Anda di halaman 1dari 8

PRINSIP-PRINSIP PENGAJARAN BAHASA PERTAMA DAN BAHASA KEDUA Prinsip Pengajaran Bahasa Malaysia Sebagai Bahasa Pertama.

1) Kemahiran bahasa dikuasai secara beransur-ansur. Mereka mengeluarkan bunyi-bunyi mencantumkan unit-unit bunyi itu menjadi perkataan dan selepas itu mencantumkan pula perkataan perkataan menjadi ungkapan atau ayat-ayat. Kanak-kanak memerhati dan menangkap sebarang kemahiran bahasa daripada penutur lain. Proses kefahaman wujud lebih awal daripada proses mengeluarkan ucapan

2) Banyak aspek bahasa dikuasai sekaligus Meskipun terdapat pelbagai rumus dan peraturan namun kemahiran berbahasa dapat dikuasai secara perlahan dan serentak. Misalnya, kanak-kanak dapat menguasai bunyi, perkataan, pengimbuhan, makna dan penggunaan dalam ayat sekaligus.

3) Kanak-kanak mempelajari menggunakan bahasa tetapi tidak mengenainya. Kanak-kanak tidak cuba mengkaji jalan bahasa dalam proses menguasai sesuatu bahasa itu.

Kanak-kanak belajar menggunakannya tetapi tidak diminta menjelaskan kenapa sesuatu ayat itu betul atau salah tetapi perlu tahu betul salahnya. Misalnya, dalam bidang tatabahasa, kanak-kanak tidak diminta mengkaji rumus-rumus dan peraturanperaturannya, memadai sekadar menggunakannya dalam ayat dengan betul. Kanak-kanak yang lemah bahasanya, latihan perlu diperbanyakkan bagi membolehkan mereka tahu menggunakan ayat tersebut 4) Kanak-kanak menggunakan bahasa mengikut konteks makna.

Kanak-kanak belajar menggunakan bahasa dengan memerhati atau mendengar menggunakan unsur yang sama dalam keadaan yang serupa bagi memberikan makna. Walaupun mereka tidak faham tentang sistem tatabahasa, tetapi mereka amat mengetahui hubungan perkataan dengan perkataan dalam ayat dan antara ayat dengan ayat yang lain. Jadi semasa mengajar seorang guru perlu mencari konteks makna bagi menjelaskan makna perkataan itu. Pelajar diberi latihan dan latih tubi untuk meningkatkan penguasaan mereka.

5) Kanak-kanak mempunyai kebiasaan sendiri mempelajari bahasa dan pertuturan. Mempunyai kumpulan sendiri dan mempunyai habit dalam cara bertutur yang tersendiri. Kanak-kanak tidak perlu dihalang mengembangkan kebolehan mereka berbahasa secara tersendiri malah harus diberi galakkan. Guru tidak perlu menghalang atau menentukan bagaimana kanak-kanak harus bertutur dan membentuk ayat, tetapi berperanan membimbing serta membetulkan kesalahan jika ada.

PRINSIP MENGAJAR BAHASA MALAYSIA SEBAGAI BAHASA KEDUA 1) Pembelajaran bahasa kedua itu suatu proses mekanis Satu proses mekanis yang membentuk lakuan baru, iaitu lakuan kemahiran bahasa. Latihan-latihan yang diteguhkan dilakukan untuk membina habit bahasa yang dipelajari. 2) Bentuk bahasa pertuturan hendaklah dipelajari dahulu

Pengajaran berbentuk aktiviti lisan Bermula daripada kemahiran mendengar, bertutur dan seterusnya kepada membaca dan menulis. Kanak-kanak diajar menyebut sesuatu kata sebelum bentuk-bentuk tulisan. Jadi pengajaran akan lebih berkesan. 3) Pelajar belajar secara membuat analogi Analogi digunakan bagi menghasilkan penguasaan struktur bahasa tanpa menghabiskan masa dan tenaga untuk menerangkan konsep-konsep tatabahasa.

Pelajar menerima pelajaran dengan cara melihat persamaan dan pertalian di antara bentuk-bentuk yang diajar. Diberi latihtubi dalam pola-pola yang diajar.

4) Makna dipelajari dalam konteks Konteks dipelajari akan dapat menerangkan makna itu sendiri. Misalnya, makna perkataan perlulah diajar dalam konteks kebudayaan yang penuh.

Anda mungkin juga menyukai