Anda di halaman 1dari 1

1 .

Pemerolehan bahasa kanak-kanak berkembang sedikit demi sedikit dan secara


berperingkat-peringkatt selari dengan perkembangan otaknya. Kanak-kanak akan
menggunakan bahasa yang diperoleh dan dipelajarinya secara formal dan tidak formal.
Berdasarkan pernyataan di atas, bincangkan teori mentalis dalam pemerolehan bahasa
kanak-kanak secara kritis.

Contoh Hujah :

 Teori mentalis menganggap pemerolehan bahasa merupakan satu proses mental.


Teori ini dipelopori oleh Noam Chomsky. Menurut Noam Chomsky, kanak-kanak
dilahirkan dengan keupayaan Language Acquisition Device (LAD).
 Pembelajaran bahasa merupakan satu proses mental. Melalui proses ini,
pembelajaran bahasa dianggap sebagai satu proses pemikiran dan pemikiran ini
dilahirkan melalui pertuturan.
 Menurut Noam Chomsky, kanak-kanak mula bertutur dalam bahasa pertama mereka
ketika mereka berumur lapan belas bulan.
 Penguasaan sebutan (struktur luaran) adakala tidak sama dengan penguasaan
rumus tatabahasa dan makna (struktur dalaman) walaupun penguasaan bahasa
luaran bergantung kepada keupayaan bahasa dalaman.
 Kanak-kanak dapat mempelajari bahasa kerana mereka telah dilahirkan dengan
kebolehan semula jadi untuk berbuat demikian. Membolehkan mereka menganalisis
pertuturan yang mereka dengar.
 Kadar perkembangan bahasa adalah sama bagi kanak-kanak pada peringkat
kematangan yang sama dalam keadaan yang normal.
 Bahasa pertama akan dikuasai oleh kanak-kanak secara semulajadi melalui proses
pemerolehan bahasa dan ahli bahasa berpendapat bahawa proses pemerolehan
bahasa tersebut berlaku sejak seseorang itu masih dalam kandungan ibunya.
 Di alam persekolahan kanak-kanak akan meningkatkan kosa kata
 Menekankan kebolehan untuk menggunakan struktur-struktur bahasa yang betul dari
segi tatabahasa dan makna bagi membolehkan kanak-kanak itu berkomunikasi dalam
masyarakat.
 Kajian-kajian bahasa biasanya dilakukan berasaskan bahasa tulisan.
 Kajian-kajian bahasa disampaikan secara deduktif (penerangan dahulu kemudian
contoh).
 Tatabahasa disampaikan secaraa formal dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Pada masa yang sama, mereka perlu menguasai rumus tatabahasa
agar mereka dapat menggunakannya secara kreatif. Maksudnya di sini, murid dapat
menghasilkan ayat-ayat baharu.

Anda mungkin juga menyukai