Anda di halaman 1dari 3

TAJUK JURNAL : PEMILIHAN BUKU BACAAN BAHASA MELAYU YANG SESUAI UNTUK KANAK-KANAK DI MALAYSIA Pengenalan 1.

0 Konsep pengajaran dan pembelajaran Pembelajaran dianggap sebagai perolehan maklumat dan pengetahuan, penguasaan kemahiran dan tabiat, serta pembentukan sikap dan kepercayaan. Proses pembelajaran berlaku sepanjang hayat bermula sabaik sahaja dilahirkan. Proses pengajaran dan pembelajaran merupakan elemen penting dalam memastikan para pelajar dapat mengikuti isi kandungan subjek yang disampaikan. Kaedah pengajaran yang baik ialah yang mempunyai langkah-langkah dan strategi yang tersusun serta objektif yang tepat dan boleh dicapai. Di samping itu, matlamat yang hendak dituju juga mestilah terang dan jelas. Strategi pengajaran ialah satu yang sangat penting dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Dari sudut pengajaran dan pembelajaran, pemilihan buku bacaan bahasa melayu perlu diberi perhatian kerana ia dapat memupuk minat kanak-kanak pada usia tertentu. Ciri-ciri sesuatu bahan bacaan seperti jenis buku, bentuk ayat yang sesuai, ilustrasi, serta bentuk cerita merupakan perkara asas yang dititikberatkan dalam proses penghasilan buku bacaan bahasa melayu.

2.0 Bahan/Data Kajian Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk mengupas tentang peranan Teori Perkembangan Kognitif dan Linguistik oleh Pieget dan Teori Sosio-Emosi oleh Erickson sebagai asas dalam menentukan ciri-ciri buku kanak-kanak pada peringkat usia tertentu. Kajian ini dilakukan dengan melihat ciri-ciri buku yang sesuai pada peringkat umur dua ke empat tahun dan lima ke tujuh tahun.

3.0 Teori Kajian Teori yang digunakan dalam kajian ini ialah Teori Perkembangan Kognitif dan Linguistik oleh Pieget dan Teori Sosio-Emosi oleh Erickson.

4.0 Kaedah Kajian Kajian ini tiada responden kerana pengkaji hanya mengupas tentang peranan Teori Perkembangan Kognitif dan Linguistik oleh Pieget dan Teori Sosio-Emosi oleh Erickson sebagai asas dalam menentukan ciri-ciri buku kanak-kanak pada peringkat usia dua ke empat tahun dan lima ke tujuh tahun.

5.0 Hasil Kajian Pemilihan buku bacaan yang baik ialah buku yang bermutu yang ditulis dengan persembahan yang menarik, fakta-fakta yang tepat dan sesuai, bahasa yang mudah dan dalam lingkungan pemahaman peringkat umur kanak-kanak yang dituju. Dapatan kajian juga dapat menjadi rujukan kepada ibu-bapa dan guru dalam menentukan buku bacaan terbaik untuk kanakkanak.

6.0 Kelemahan Kajian Kajian ini hanya merujuk kepada Teori Perkembangan Kognitif dan Linguistik oleh Pieget dan Teori Sosio-Emosi oleh Erickson sahaja. Pengkaji seharusnya menggunakan responden kanak-kanak yang berumur dari dua hingga tujuh tahun untuk melihat tahap minat kanakkanak tersebut dalam menentukan pemilihan buku bacaan bahasa melayu yang sesuai pada peringkat umur mereka.

7.0 Kekuatan Kajian Kajian ini menerangkan dengan jelas panduan pemilihan buku mengikut peringkat perkembangan yang dilalui oleh kanak-kanak. Pengkaji memperihalkan mengenai pemilihan buku mengikut peringkat umur kanak-kanak. Di setiap peringkat umur dijelaskan panduan dengan lebih lengkap mengikut teori pilihan iaitu Teori Perkembangan Kognitif dan Linguistik oleh Pieget dan Teori Sosio-Emosi oleh Erickson.

8.0 Kesimpulan Setiap kanak-kanak mempunyai ciri-ciri psikologi yang berbeza antara satu sama lain. Persembahan dan penyampaian yang sesuai amat diperlukan dalam sebuah bahan bacaan. Pemilihan buku yang sepadan dengan ciri-ciri yang dikemukakan oleh Teori Perkembangan Kognitif dan Linguistik oleh Pieget dan Teori Sosio-Emosi oleh Erickson akan dapat menarik minat kanak-kanak untuk membaca. Pemilihan buku yang sesuai bagi peringkat umur

tertentu adalah amat penting bagi kanak-kanak kerana pada peringkat awal bacaan, minat dan penghayatan kanak-kanak terhadap sesuatu buku akan memotivasikannya untuk mencari strategi bagi mendekod bacaan kerana dia ingin membaca sendiri buku yang disukainya.

Anda mungkin juga menyukai