Anda di halaman 1dari 15

I.

PENGENALAN

Bantu mengajar adalah faktor terpenting dalam menentukan kejayaan program


pembelajaran, menimbulkan rangsangan keinginan pelajar-pelajar untuk mengetahui sesuatu
dan untuk menjadikan pembelajaran baik dan lebih menarik. Bahan bantu mengajar
merupakan segala kelengkapan yang digunakan oleh guru untuk membantunya dalam
menyampaikan pengajaran. Bahan bantu mengajar merangkumi semua benda yang boleh
dilihat, didengar, dipegang, dibaca, dikisahkan, dirasai, dihidu, digunakan dan sebagainya.
Bahan-bahan ini boleh digunakan bersama-sama dengan aktiviti pelajaran di dalam
matapelajaran matematik. Guru boleh menggunakan pelbagai jenis bahan bantu mengajar
semasa sesi pengajaran mereka.

Kepelbagaian penggunaan bahan bantu mengajar dalam sesi pengajaran dan


pembelajaran dapat meningkatkan kefahaman murid dan dapat menarik minat dan perhatian
murid untuk lebih fokus dan memahami konsep yang diajar. Penggunaan bahan bantu
mengajar matematik juga turut memudahkan guru dalam penyampaian konsep kepada
pelajar. Pada amnya, cara menggunakan alat bantuan mengajar hendaklah diuruskan dengan
betul dan cekap, supaya murid-murid dapat memahami dan mengekalkan konsep atau fakta
matematik dalam ingatan mereka

Oleh itu, penggunaan bahan bantu mengajar dalam proses pengajaran dan
pembelajaran adalah tinggi. Ini adalah penting kerana dengan penggunaan bahan bantu
mengajar, guru dapat menyampaikan pengajarannya dengan mudah dan menarik perhatian
pelajar. Dengan penggunaan bahan bantu mengajar juga secara tidak langsung akan
menjadikan pelajar lebih menumpukan perhatian. Alat bahan bantu mengajar ialah segala
kelengkapan yang digunakan oleh guru atau murid untuk membantunya dalam
menyampaikan pengajaran di dalam kelas. Peralatan mengajar bukan terhad kepada buku-
buku teks, papan hitam, kapur dan gambar-gambar sahaja, tetapi ia merangkumi segala benda
yang digunakan dalam pengajaran yang melibatkan semua pancaindera melihat, mendengar,
rasa, hidu dan sebagainya, merangkumi apa sahaja yang dapat dialami oleh murid-murid.
Bahan bantu mengajar adalah untuk membantu ibu bapa memudahkan sesi pembelajaran
anak-anak dalam mengenal huruf, nombor dan bentuk. Alat ini membantu kanak-kanak
memahami bagaimana huruf, nombor dan bentuk dapat terbentuk. Ia juga merupakan suatu
instrumen yang dapat membantu pemahaman para pelajar. Ia dapat memberikan kefahaman
tentang konsep sesuatu perkara semasa mereka di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran
(P&P) selain daripada bertujuan untuk menarik minat pelajar dalam mata pelajaran.
Bahan bantu mengajar juga ini juga merangkumi semua benda yang boleh dilihat, didengar,
dipengang, dibaca, dirasai, digunakan dan sebagainya.

Sejajar dengan itu, membantu dalam menguatkan 'deria sentuhan' mereka dengan mengenali
jenis permukaan sama ada kasar atau licin. Di samping permukaan yang berbeza itu, dapat
merangsang daya pemikiran mereka untuk mengenali bentuk, nombor dan huruf. Secara tidak
langsung dapat merangsang juga deria penglihatan mereka selepas melihat atau meneliti
bentuk, nombor dan huruf tersebut. Mengenali asas nombor adalah langkah pertama dalam
mempelajari Matematik. Mata pelajaran Matematik adalah sangat penting dalam kehidupan
seharian. Antaranya ialah, aktiviti menabung, aktiviti jual beli semasa membeli belah, melihat
kepada waktu pada jam dan sebagainya.

Seterusnya, ia juga dapat memberi peluang untuk mengembangkan


kemahiran membanding, membuat turutan, menyukat, graf dan operasi nombor.
Meningkatkan pengetahuan dan pengalaman mengenai asas matematik, meningkatkan
sesuatu kemahiran, seperti kemahiran berfikir. Selain itu, meningkatkan perasaan ingin tahu
dan suka untuk mengkaji dan memberikan peluang kepada kanak-kanak untuk memegang,
meneroka bahan, mengubahsuai bahan yang berkaitan dengan idea matematik serta
mengambil bahagian dalam aktiviti bermula daripada aktiviti dunia fizikal kepada idea dunia
yang lebih abstrak. Tujuan bagi meningkatkan pencapaian, penguasaan kemahiran dan
penghasilan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran dalam matematik dari aspek
akademik khususnya kepada murid-murid yang berpencapaian rendah perlu memikirkan
pelbagai cara bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran pemulihan matematik adalah
lancar dan berkesan. Selain menguasai pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran pemulihan,
guru perlu berkemahiran dalam membuat pemilihan dan pembinaan bahan bantu mengajar.

Fungsi utama bahan bantu mengajar adalah bagi memudahkan para pelajar
memahami isi pengajaran. Bahan bantu mengajar yang berkesan haruslah dapat membantu
proses pengajaran dan pembelajaran. Guru-guru yang mempunyai daya kreativiti, bijak
memilih bahan yang sesuai dan kaedah pengajaran yang terbaik agar ianya berkesan.
Walaupun pada masa-masa tertentu pelajar-pelajar untuk memahami.

II. PERANCANGAN PENGAJARAN

Pada masa ini, mengenal nombor ini adalah merupakan salah satu fokus yang
sangat ditekankan kepada kanak-kanak di awal usia mereka supaya kanak-kanak lebih awal
mengenal pasti setiap nombor pada usia awal mereka dan topik ini juga terkandung dalam
fokus tunjang sains dan teknologi yang ada terkandung dalam kurikulum standard prasekolah
kebangsaan. Hal ini kerana, ia merupakan salah satu aspek pendidikan yang sangat penting
untuk kanak-kanak.

Seterusnya, sebelum kanak-kanak belajar dengan lebih terperinci lagi dengan


mengenal sistem nombor dan mereka hendaklah mengenal pasti setiap nombor berikut
dengan mendedahkan beberapa nombor asas kepada kanak-kanak . Contohnya,nombor 1
hingga 10 dahulu. Hal ini berlaku kerana , kanak-kanak akan dapat memahami dan
memerhatikan serta mengingat nombor yang telah di ajar satu per satu dengan baik.

Pada waktu yang sama , dengan banyak pelbagai cara yang dapat guru gunakan
kepada kanak-kanak belajar mengenal pasti nombor-nombor serta mendedahkan kanak-kanak
untuk mengenal nombor ini dengan menggunakan kad nombor sebagai contoh rancangan
pengajaran harian yang telah dinyatakan di atas . Jelaslah bahawa pengajaran yang telah
disusun dalam rancangan pengajaran harian dapat membantu guru menya,paikan isi
kandungan pelajaran dengan mudah.

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)

Kelas: Tadika Orkid

Tarikh: 25 Ogos 2021

Masa: 7:30am – 8:30am ( 30 minit )

Umur: 4-5 Tahun

Bilangan Murid: 10 orang

Modul: Bertema

Tema: 1 hingga 100

Tunjang Utama/Fokus: Sains dan teknologi ( awal matematik )

Standard Kandungan: S&T Mengenal nombor 1 hingga ke nombor 100

Standard Pembelajaran: S&T 1.1.1 Mengenal pasti dan menyebut nombor secara rawak

: S&T 1.1.2 Menyebut nombor 1 hingga ke nombor 100 dengan

mengikut urutan
: S&T 1.1.3 menyusun nombor 1 hingga ke nombor 100

Kesepaduan Tunjang: Menunjukkan sikap ingin tahu tentang nombor 1 hingga nombor

100

Kreativiti: Pemerhatian, Analisis dan Penjanaan idea

Nilai: Mendengar arahan guru dan mematuhi

Keusahawan: Belajar mengenal nombor

Objektif Pembelajaran: 1. Kanak-kanak dapat mengenal nombor 1 hingga ke nombor 100

2. Kanak-kanak lancar menyebut nombor 1 hingga ke nombor 100

3. Kanak-kanak dapat meneka nombor dengan betul

Pengetahuan sedia ada: Kanak-kanak dapat membilang nombor 1 hingga ke nombor

100

Bahan bantu mengajar: 1. Kad nombor 1 hingga 100

2. Batang aiskrim

3. Gam

Kemahiran berfikir: Menjana idea, menghubungan kait,menganalisis.

Fokus MI( Multiple Intelligence): Kecerdasan,naturalis,verbal-liguistik.


LANGKAH ISI PELAJARAN AKTIVITI CATATAN
Persediaan Bersoal jawab tentang . Guru masuk ke kelas BBM: Kad nombor,
kad nombor itu kepada dan mengenalkan
( Set Induk) Gam dan batang
kanak-kanak
tajuk pelajaran pada
( 5 minit ) aiskrim
hari ini.

. Guru menunjukkan
kad nombor yang KB: Menjana idea,

sudah siap dihasilkan menghubungkait,


dan meminta murid
menganalisis
untuk meneka nombor

. Murid hendaklah
menjawab pertanyaan
NILAI:Mendengar
guru dengan tepat dan
arahan guru dan
jelas.
mematuhi

MI: Kecerdasan,

naturalis,verbal-
liguistik
( Langkah 1) Contoh soalan: . Guru menanyakan KB: Menjana idea,
kepada kanak-kanak
( 10 minit ) 1. Adakah menghubungkait,
sama ada mengenal
mengenal
nombor 1 hingga 100
menganalisis
nombor 1 hingga
adalah wajid dan
100 wajid ?
kanak-kanak
hendaklah menjawab
NILAI: Mendengar
soalan yang diajukan
arahan guru dan
oleh guru.
mematuhi

MI: Kecerdasan,

naturalis,verbal-
liguistik
( Langkah 2 ) Aktiviti: Meneka nombor . Guru menunjukkan BBM: Kad nombor,
cara untuk melekatkan
( 10 minit ) melekat nombor batang aiskrim, gam
setiap kad nombor
yang telah dihasilkan
mengikut urutan

. Murid juga
KB: Menjana idea,

memberikan perhatian
menghubungkait,
dan
menganalisis
melihat guru
melekatkan setiap kad
nombor tersebut
NILAI: Mendengar
arahan guru dan
mematuhi

MI: Kecerdasan,

naturalis,verbal-
liguistik
( Langkah 3) Aktiviti: Melekat kad . Guru mengagihkan BBM: Kad nombor,
nombor
( 18 minit ) bahan untuk melekat batang aiskrim dan gam
kad nombor kepada
murid-murid.

NILAI: Mendengar
arahan guru dan
. Setiap murid akan mematuhi
membuat aktiviti
melekat seperti yang
telah ditunjukkan oleh
guru.

Penutup Rumusan dan penilaian . Guru akan BBM: Kad nombor,

( 5 minit ) Imbas kembali sesi membimbing murid- batang aiskrim dan gam
pembelajaran. murid untuk membuat
rumusan tentang
pelajaran yang telah
dibuat pada hari ini.
NILAI: Mendengar
arahan guru dan
mematuhi

III. Perancangan aktivti yang dilakukan

Nama aktiviti : Menghitung nombor 1 hingga 100

Prosedur : Eveline A’an Lawing

Cara penggunaan alat bahan :


1. Sebelum memulakan aktivti, pendidik akan bertanya khabar, bermesra dan
berinteraksi dengan kanak-kanak.

2. Pendidik akan menerangkan aktiviti yang dijalankan.

3. Kemudian, pendidik akan menunjukkan setiap nombor kepada kanak-kanak.

4. Pendidik bertanyakan soalan berdasarkan nombor yang ditunjukkan kepada kanak-


kanak.

5. Seterusnya, pendidik akan menyuruh kanak-kanak meneka setiap nombor.

6. Kanak-kanak yang sudah mahir mengenal nombor akan diberi hadiah manakala yang
belum mahir diajar sehingga berjaya, kemudian diberi hadiah.

IV. KEBAIKAN,KEBURUKAN DAN PENAMBAIKAN AKTIVITI DAN ALAT


BANTU MENGAJAR TERSEBUT DALAM PROSES PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN PADA MASA HADAPAN.

KEBAIKAN AKTIVITI DAN ALAT BAHAN BANTU MENGAJAR TERSEBUT


DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PADA MASA HADAPAN
Salah satu kebaikan Bahan Bantuan Mengajar (BBM) ialah dapat
memberikan kefahaman kepada pelajar tentang konsep sesuatu perkara semasa belajar.Oleh
itu, bahan bantu mengajar memainkan peranan penting kearah memahami konsep di dalam
proses pengajaran selain daripada bertujuan untuk menarik minat pelajar dalam mata
pelajaran. Bahan bantu mengajar merupakan instrumen dalam membantu pemahaman
para pelajar. Pertama, bahan bantu mengajar juga dikatakan lebih membantu merangsang
dunia pelajar untuk pelajar. Penggunaan bahan bantu mengajar juga memberi sumbangan
yang amat besar dalam mempertingkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di kalangan
guru dan pelajar. Bahan bantu mengajar juga dapat menyelesaikan pelbagai kaedah
pengajaran guru yang sentiasa berubah mengikut peredaran zaman. Hal ini dapat
digambarkan seperti seorang guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Selain itu, pSalah satu kebaikan Bahan Bantuan Mengajar (BBM) ialah dapat
memberikan kefahaman kepada pelajar tentang konsep sesuatu perkara semasa belajar.Oleh
itu, bahan bantu mengajar memainkan peranan penting kearah memahami konsep di dalam
proses pengajaran selain daripada bertujuan untuk menarik minat pelajar dalam mata
pelajaran. Peralatan yang digunakan juga menjadi penggalak dalam penyampaian pelajaran.
Bahan bantu mengajar dapat mewujudkan suasana persekitaran yang sesuai kepada pelajar.
Jika bahan bantu mengajar digunakan dengan teratur semasa memberi penerangan,
pengajaran yang disampaikan akan mencetuskan minat pelajar. Penggunaan bahan bantu
yang sesuai akan mendorong minat pelajar untuk melalui proses pembelajaran yang
menyeronokkan. Pembelajaran yang menyeronokkan ini dapat membantu para pelajar
mencapai objektif pembelajaran seperti yang telah dirancang.

Bukan itu sahaja, pelbagai bahan bantu mengajar digunakan sebagai


satu cara untuk menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan berkesan.
Penggunaan bahan bantu mengajar dalam proses pengajaran amat penting. Ini kerana ia dapat
membantu guru menyampaikan pengajaran dengan mudah, cepat serta menarik. Cara
penggunaan bahan bantu mengajar hendaklah diuruskan dengan betul dan cekap supaya
pelajar dapat memahami dan mengekalkan konsep atau fakta matematik dalam ingatan
mereka .

Seterusnya, BBM juga memberi kebaikan kepada pelajar dari segi pengalaman
pancaindera. Penggunaan bahan bantu mengajar sebenarnya memberi peluang kepada pelajar
untuk memperoleh pengetahuan melalui penggunaan pelbagai deria seperti deria penglihatan,
deria sentuh, dan deria pendengaran. Keenam, pula menyatakan bahan bantu mengajar
sesuatu mata pelajaran seperti perisian multimedia dapat menyokong pembelajaran kendiri.
Perisian perisian memberi peluang kepada pelajar untuk memilih maklumat yang
disukai mengikut kebolehan masing-masing kerana pelajar dapat memilih masa,
kandungan serta hala tuju pembelajaran dengan kadar yang cepat. Pembelajaran dapat
dilakukan berulang kali, terutamanya untuk topik yang agak sukar.

KEBURUKAN AKTIVITI DAN ALAT BAHAN BANTU MENGAJAR TERSEBUT


DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PADA MASA HADAPAN

Kesukaran ini pastinya memberi kesan kepada kelancaran proses pengajaran


dan pembelajaran di dalam bilik darjah kerana keperluan masa telah mempengaruhi guru
dalam menyediakan BBM ini. Selain itu, kurangnya kemahiran guru dalam memilih bahan
bantu mengajar (BBM) yang sesuai. Guru seharusnya lebih memahami dan menguasai
teknik- teknik yang digunakan dalam penghasilan alat bantu mengajar tersebut. Jika
seseorang guru kurang menguasai kemahiran memilih BBM, maka para pelajar pastinya
sukar mendapat input atau maklumat pengetahuan dalam pembelajaran dan pengajaran di
dalam kelas. Hal ini juga menyebabkan terdapat murid yang kurang jelas dengan
pembelajaran mereka pada hari itu.

Akhir sekali, faktor pelaksanaan yang tidak sistematik dan tidak dirancang
secara rapi oleh guru. Perkara yang seharusnya diambil perhatian adalah alat bantu mengajar
adalah alat yang digunakan sebagai sokongan atau tambahan dalam sesi pembelajaran dan
bukan sebagai pengganti peranan guru sepenuhnya. Jika guru-guru kurang cekap
menggunakan alat bantu mengajar di sekolah atau tidak ada pengetahuan dan kemahiran yang
cekap dalam mengendalikan alat bantu mengajar tersebut, maka sesi pelajar tidak dapat
memahami dengan berkesan pekara yang ingin disampaikan.

Terdapat pelbagai keburukan dan kelemahan alat bantuan mengajar yang dihadapi
oleh guru dan murid di sekolah.Oleh itu,kita mestilah sentiasa membaiikan kelemahan yang
terdapat dalam alat bantuan mengajar agar kelemahan yang dihadapi dapat diperbaiki dengan
lebih baik.

PENAMBAHBAIKAN AKTIVITI DAN ALAT BAHAN BANTU MENGAJAR


TERSEBUT DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PADA
MASA HADAPAN

Pelajar menyemai minat dan berusaha dengan lebih gigih lagi dalam mempelajari
memandangkan kebanyakan responden mempunyai semangat yang tinggi dalam mempelajari
alat bantu mengajar. Pelajar menyemai minat dan berusaha dengan lebih gigih lagi dalam
mempelajari memandangkan kebanyakan responden mempunyai semangat yang tinggi
dalam mempelajari alat bantu mengajar. Di samping itu, pelajar perlu berusaha dan
mempunyai inisiatif untuk melakukan sesuatu dan bukan sekadar minat dan semangat sahaja.
Manakala guru perlu memperbanyakkan aktiviti di dalam kelas dengan kaedah
yang dapat menarik perhatian pelajar . Aktiviti yang sesuai dan pelbagai dapat
menghindarkan pelajar daripada membuat hal sendiri dan lewa dalam proses pembelajaran
berlangsung. Selain itu,guru perlu memainkan peranan yang penting dan mencari jalan
sendiri bagi memastikan peningkatan dalam pencapaian pelajar dalam Bahasa Arab,
contohnya guru perlu mahir menggunakan komputer untuk mencari maklumat mengenai
kaedah pembuatan komik di dalam kelas dengan pelajar. Seterusnya, guru perlu memastikan
proses pembelajaran di kelas berlangsung dengan dua hala iaitu guru memberi dan pelajar
bertindakbalas dengan aktiviti di dalam kelas. Di samping itu, guru perlu lebih banyak
menggunakan bahan tambahan yang sesuai pembelajaran . Namun, penggunaan bahan-bahan
ini harus dipelbagaikan mengikut kesuaian pelajar, objektif dan manfaatnya. Akhir sekali,
guru harus cuba memandang sikap pelajar secara positif walaupun pada dasarnya pelajar
seperti tidak berminat. Ini kerana cara guru berfikiran akan mempengaruhi dan memberi
kesan kepada pelajar itu sendiri.

V. KESIMPULAN

Kesimpulannya, penggunaan BBM yang hanya berasaskan bahan bercetak


sahaja yang mempunyai tahap penggunaan yang tinggi di kalangan guru-guru. Penggunaan
BBM yang lain seperti poster/carta, perisian komputer dan LCD projektor pula adalah pada
tahap sederhana. Manakala tahap penggunaan peralatan audio visual seperti televisyen dan
radio, radio dan kaset, gambar foto dan papan gulung pula adalah rendah.Oleh itu, aspek
latihan dalam perkhidmatan, penyediaan bahan pembelajaran interaktif, menggalakkan
penggunaan internet dalam pengajaran serta penyediaan teknologi yang sesuai dengan
keperluan semasa perlu diberikan perhatian. Penggunaan alat bantu mengajar berkemampuan
dalam memberikan pengalaman dan pandangan yang sama serta tepat tentang sesuatu konsep
atau prinsip kepada semua pelajar. Selain itu, pencapaian para pelajar akan menjadi lebih
berkesan melalui penggunaan alat bantu mengajar. Hal ini kerana murid dapat memahami
dan menguasai tentang sesuatu konsep dan secara tidak langsung dapat memperbaiki
keputusan penilaian di dalam kelas. Guru juga dapat memenuhi pencapaian objektif
pembelajaran yang diharapkan dalam sesuatu isi kandungan dan pada akhir proses pengajaran
dan pembelajaran.

Bahan bantu mengajar ialah segala kelengkapan yang digunakan oleh


seseorang guru dan murid untuk menbantunya dalam menyampaikan pengajaran di dalam
bilik darjah.Selain itu sebagai guru haruslah menyampaikan pengajaran denga sebaik
mungkin dengan persediaan awal dari aspek perancangan kaedah penyampaian,pengajaran
dan penggunaan bahan bantu mengajar yang mencukupi.Bahan bantu mengajar ini bukan
hanya terhad kepada buku teks,papan tulis,kapur dan gambar-gambar tetapi ia juga mestilah
merangkumi apa sahaja yang dapat dialami oleh murid-murid.Di samping itu,bahan bantu
mengajar ini bukan hanya dalam bentuk bahan tradisional seperti bahan bukan
elektronik,namun ia juga terbahagi kepada tiga kategori iaitu bahan bantu mengajar bukan
elektronik,bahan bantu mengajar elektronik serta bahan bercorak pengalaman dan bahan
sebenar.Pada masa kini,penggunaan alatan elektronik sebagai bahan bantu mengajar ini sudah
berkembang dengan pesat dan meluas dalam dunia pendidikan.Oleh itu,sector pendidikan
juga perlu bergerak mamu seiring dengan perkembangan dunia.Bahan bantu mengajar yang
diguna pakai oleh guru dalam pengajarannnya adalah berfungsi untuk memudahkan
penyampaian maklumat disampaikan kepada murid dan mengatasi sifat murid yang pasif
untuk lebih cenderung dan aktif semasa proses pengajaran berlaku,meningkatkan persepsi
dalam kalangan pelajar,serta memberikan persamaan pengalaman terhadap para murid.

RUJUKAN
https://www.academia.edu/6296312/BAHAN_BANTU_MENGAJAR
https://ptsb.mypolycc.edu.my/images/prosiding_kolokium/id34.pdf
http://mohdshamsurizal.blogspot.com/p/kebaikan-bahan-bantuan-mengajar-bbm.html
http://bmk3033kwl.blogspot.com/p/kebaikan-dan-keburukan-bahan-bantu.html

Anda mungkin juga menyukai