Anda di halaman 1dari 2

KESIMPULAN

Kesimpulannya, penggunaan BBM yang hanya berasaskan bahan bercetak sahaja yang
mempunyai tahap penggunaan yang tinggi di kalangan guru-guru. Penggunaan BBM yang lain
seperti poster/carta, perisian komputer dan LCD projektor pula adalah pada tahap sederhana.
Manakala tahap penggunaan peralatan audio visual seperti televisyen dan radio, radio dan
kaset, gambar foto dan papan gulung pula adalah rendah.Oleh itu, aspek latihan dalam
perkhidmatan, penyediaan bahan pembelajaran interaktif, menggalakkan penggunaan internet
dalam pengajaran serta penyediaan teknologi yang sesuai dengan keperluan semasa perlu
diberikan perhatian. Penggunaan alat bantu mengajar berkemampuan dalam memberikan
pengalaman dan pandangan yang sama serta tepat tentang sesuatu konsep atau prinsip kepada
semua pelajar. Selain itu, pencapaian para pelajar akan menjadi lebih berkesan melalui
penggunaan alat bantu mengajar. Hal ini kerana murid dapat memahami dan menguasai tentang
sesuatu konsep dan secara tidak langsung dapat memperbaiki keputusan penilaian di dalam
kelas. Guru juga dapat memenuhi pencapaian objektif pembelajaran yang diharapkan dalam
sesuatu isi kandungan dan pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran.

Bahan bantu mengajar ialah segala kelengkapan yang digunakan oleh seseorang guru dan
murid untuk menbantunya dalam menyampaikan pengajaran di dalam bilik darjah.Selain itu
sebagai guru haruslah menyampaikan pengajaran denga sebaik mungkin dengan persediaan
awal dari aspek perancangan kaedah penyampaian,pengajaran dan penggunaan bahan bantu
mengajar yang mencukupi.Bahan bantu mengajar ini bukan hanya terhad kepada buku
teks,papan tulis,kapur dan gambar-gambar tetapi ia juga mestilah merangkumi apa sahaja yang
dapat dialami oleh murid-murid.Di samping itu,bahan bantu mengajar ini bukan hanya dalam
bentuk bahan tradisional seperti bahan bukan elektronik,namun ia juga terbahagi kepada tiga
kategori iaitu bahan bantu mengajar bukan elektronik,bahan bantu mengajar elektronik serta
bahan bercorak pengalaman dan bahan sebenar.Pada masa kini,penggunaan alatan elektronik
sebagai bahan bantu mengajar ini sudah berkembang dengan pesat dan meluas dalam dunia
pendidikan.Oleh itu,sector pendidikan juga perlu bergerak mamu seiring dengan
perkembangan dunia.Bahan bantu mengajar yang diguna pakai oleh guru dalam
pengajarannnya adalah berfungsi untuk memudahkan penyampaian maklumat disampaikan
kepada murid dan mengatasi sifat murid yang pasif untuk lebih cenderung dan aktif semasa
proses pengajaran berlaku,meningkatkan persepsi dalam kalangan pelajar,serta memberikan
persamaan pengalaman terhadap para murid.

Anda mungkin juga menyukai