Anda di halaman 1dari 3

ISI 1 Soalan a (punca)

Isu utama yang yang menjadi pun terjadinya situasi tersebut adalah berkaitan
kehadiran murid atau keberadaan murid yang mengikut PdPR. Berhubung mengenai
pembelajaran sera online , paling berkaitan rapat adalah peranti atau gajet. Satu kajian
lain pula menunjukkan ,kurang peratus murid mempunyai komputer riba yang sesuai
untuk menjalankan pembelajaran secara online di rumah. Dalam situasi kita
sekarang, sukar untuk menyalahkan mana-mana pihak kerana hakikatnya banyak
faktor mempengaruhi apa yang berlaku di rumah. Secara mudah, para ibu bapalah
yang seharusnya mengambil peranan dalam memastikan anak-anak mereka memasuki
kelas dalam talian.
Selain itu, kajian juga menunjukkan komunikasi murid dan guru melalui online
sangat terbatas.Ada guru memberikan terlalu banyak latihan kepada murid hingga
membebankan ibu bapa kerana terpaksa membantu anak-anak membuat latihan.
Antara keluhan ibu bapa adalah jadual belajar yang padat serta lambakan kerja
sekolah. Ibu bapa yang tidak mempunyai latar pendidikan tinggi juga berasa terbeban
untuk membantu anak-anak meneruskan proses pembelajaran di rumah.Dengan itu,
tahap kesediaan pelajar juga merupakan faktor yang menyumbang kepada isu
keciciran pembelajaran sewaktu pandemik ini. Namun demikian, segelintir guru dan
pelajar tidak dapat membiasakan diri dan gagal beradaptasi dengan teknologi. Pelajar
yang yang kurang kemahiran untuk mengakses platform kelas dalam talian seperti
Google Meet dan Zoom Meeting tidak dapat menyesuaikan diri dan sukar memahami
pelajaran yang disampaikan.
Faktor keciciran disebabkan masalah Internet juga boleh berlaku disebabkan
kurang kemampuan untuk mebelanjakan wang bagi membeli data Internet. Pandemik
yang berlaku menjejaskan pendapatan rakyat lantas menyebabkan pendapatan yang
dimiliki hanya cukup untuk menyara kehidupan asas. Selain itu, ketiadaan peranti
elektronik yang bersesuaian seperti komputer riba, telefon pintar atau tablet juga
merencatkan penglibatan pelajar dalam sesi PdPR. Oleh hal yang demikian, akses
capaian Internet dan pemilikan peranti yang terhad menyebabkan keciciran pelajar
untuk mengikuti pembelajaran dalam talian.Masalah akses capaian internet khususnya
di kawasan luar bandar dan bantuan alat peranti kepada pelajar dari kalangan keluarga
B40 juga harus menjadi keutamaan kerajaan sekarang.
Soalan b

Sekolah perlu memastikan semua murid dapat mengikuti PdPR


berdasarkan keperluan dan kesediaan mereka. Guru perlu mengenal pasti kaedah
PdPR yang sesuai supaya murid dapat menguasai kandungan mata pelajaran yang
ditetapkan. Guru hendaklah meneroka cara yang berbeza dan bersesuaian untuk
kelangsungan dan peningkatan penglibatan murid dalam PdPR  Justeru, kerjasama dan
sokongan daripada semua pihak amatlah penting, khususnya ibu bapa yang
berperanan memantau keadaan anak masing-masing dan sentiasa berkomunikasi
dengan guru untuk kepentingan pembelajaran anak-anak. Dengan demikian, isu
keciciran pelajar dapat dikurangkan dan peranan pendidikan dapat dipergiatkan
walaupun berhadapan dengan isu luar jangkaan.

Di sini, mungkin peranan guru-guru kaunseling amat diperlukan untuk


memperbaiki situasi yang timbul. Misalnya, pihak guru kaunseling boleh membuat
kempen kesedaran pentingnya ilmu hendaklah dipergiat dan mesti berterusan
terutama golongan masyarakat di luar bandar. Pihak yang berkuasa juga harus insentif
khas kepada warga guru dengan pemberian data internet tambahan untuk proses
pengajaran secara digital, penambah baik sistem jalur lebar dan kos pembelian alat
bantu mengajar secara digital perlu juga diberikan perhatian sewajarnya oleh pihak
kerajaan.

Tempoh pengajaran dalam talian perlu dipendekkan dengan menambah baik dan
mempelbagai kaedah pengajaran seperti membuat video pendek tidak melebihi 10
minit. Ini kerana, kajian juga menunjukkan kaedah pengajaran guru kurang berkesan
kerana kurang selari dengan tahap kebolehan dan pembelajaran murid.Dari segi
platform pembelajaran, selain penggunaan aplikasi perjumpaan maya seperti Google
Meet dan Microsoft Teams guru boleh membuat rakaman video dan dimuat naik ke
media sosial untuk rujukan pelajar yang tidak dapat mengikuti kelas. Guru juga
berperanan mengenal pasti pelajar yang keciciran agar mereka dapat dibantu dengan
inisiatif lain seperti penyediaan latihan tambahan dan rujukan secara bercetak.

Anda mungkin juga menyukai