Anda di halaman 1dari 8

TUGASAN INDIVIDU

PENGENALAN TENTANG BUDAYA/TRADISIS KAUM IBAN

Kaum saya adalah kaum iban, banyak budaya dan tradisi yang kaum
iban amalkan. Salah satunya ialah dalam tarian ngajat. Tarian Ngajat sudah cukup
sebati dengan kehidupan masyarakat Iban di Sarawak, malah turut menjadi
sebahagian identiti etnik itu. Tarian Ngajat ini telah diwarisi sejak turun-temurun,
penggunaan kostum tradisi menarik setiap kali tarian ini dipersembahkan dengan
alunan pelbagai peralatan muzik tradisi seperti gong, gendang, tawak, bebendai,
engkurumong dan sape, ia kelihatan begitu unik, terutama di kalangan pelancong
asing.

Dalam kalangan masyarakat Iban, ngajat adalah sebahagian tradisi


terpenting mereka, yang bukan sahaja dipersembahkan setiap kali tiba Hari Gawai,
malah untuk menyambut kehadiran tetamu, terutama ketika berlangsungnya sesuatu
acara atau majlis rasmi. Tidak lengkap sambutan Hari Gawai atau sesuatu majlis yang
dianjurkan tanpa persembahan tarian tradisi itu, malah ia seolah-olah sudah menjadi
satu kewajipan sejak berzaman. Tarian itu pula dulunya hanya dapat dinikmati ketika
Hari Gawai dan musim menuai, namun kini sudah diperkembangkan untuk
memperkasakan sektor pelancongan negeri, selain membantu mempromosikan
budaya masyarakat Sarawak.

Ngajat menjadi salah satu daya tarikan pelancong untuk ke Sarawak.


Sebagai generasi pewaris, kami bangga kerana semakin ramai anak muda
mempelajari tarian ini, malah ia turut dipersembahkan oleh kaum lain. Ini jelas
membantu usaha pemuliharaan warisan kesenian dan kebudayaan kami 
ISI- ISI TENTANG TRADISI KAUM IBAN IAITU TARIAN NGAJAT

Ngajat bagi orang-orang Iban ialah tarian semasa menyambut Hari


Gawai orang-orang Iban sebelum berperang dan selepas musim menuai. Pada zaman
dahulu tarian tersebut ditarikan selepas mereka kembali dari berperang. Tarian ini
ditarikan dengan berdiri atas bulatan langsaran ke atas dan ke bawah, penari akan
melompat bersama iringan lagu. Setiap rentak yang dimainkan adalah bersesuaian
dengan upacaranya. Bagi Gawai Sandau Ari, gendang rayah dimainkan untuk tetamu
kehormat dan orang yang menyambut gawai untuk berayah sambil
membawa tengkorak musuh. Satu lagi jenis tarian ini ialah penari akan memegang
perisai kayu di tangan kiri dan pedang di tangan kanan lalu menari seperti berdepan
dengan musuh dengan menghayunkan badannya ke kiri dan ke kanan.

Selain itu, Sinonim dengan lengguk tarinya, tarian Ngajat pada suatu
ketika dahulu adalah menyambut pahlawan Iban pulang daripada berperang. Mereka
diraikan dengan sambutan Gawai yang dipanggil Gawai Kenyalang. Selain
kepelbagaian Gawai yang ada di Sarawak, terdapat beberapa jenis Ngajat. Dari segi
lengguk tarinya dan mereka yang mempersembahkan tarian itu adalah bergantung
kepada tujuan tarian itu. Sudah pastinya, setiap tarian Ngajat ini membawa maksud
tertentu.Dari segi pemakaian pula, penari akan mengenakan pakaian tradisional asli
masyarakat Iban iaitu Baju Burung bagi lelaki dan Ngepan bagi wanita.

Seterusnya, Penari lelaki akan memakai pakaian tradisi seperti 'sirat',


'gagung' atau baju burung. Penari juga memakai topi yang dihias dengan bulu-bulu
burung. Gagung merupakan sejenis baju yang tebal dan keras yang diperbuat daripada
kulit haiwan seperti kulit beruang tetapi tidak dijahit kiri dan kanannya. Bagi penari
wanita atau digelar sebagai 'kumang', mereka memakai pakaian tradisi seperti sugu
tinggi sebagai hiasan kepala, rawai tinggi di bahagian dada, kain tenun yang diikat
pada pinggang, gelang tangan dan kaki, dan anting-anting.

Jenis-jenis tarian Ngajat terbahagi kepada berikut

Ngajat Bebunoh

Ngajat Bebunoh ditarikan dengan mengekspresikan langkah tari yang sama


sebagaimana yang dilakukan ketika memburu. Tarian ini selalunya dipersembahkan
oleh kaum lelaki dan ia mempunyai pergerakan yang tangkas dan berani.

Ngajat Lesong

Ngajat Lesong juga dipersembahkan oleh golongan lelaki. Tarian ini


cukup menarik kerana ia melibatkan lesung ketika ditarikan. Sudah pasti ia
memerlukan kekuatan dan kegagahan kerana penarinya akan mengigit lesung
sepanjang tarian ini ditarikan.

Ngajat Induk

Induk bermaksud wanita dalam Bahasa Iban. Sudah jelas, tarian ini
ditarikan oleh golongan wanita sahaja. Lengguk tari yang lembut dan halus ini
menggambarkan kehidupan seharian dan aktiviti yang dilakukan oleh masyarakat
Iban. Ngajat ini masih lagi dipersembahkan terutamanya pada majlis-majlis
kebudayaan di Sarawak.
Ngajat Ngalu Temuai.

Ngajat ini dipersembahkan untuk mengalu-alukan temuai atau tetamu.


Lazimnya, Ngajat ini ditarikan bagi menjemput kehadiran orang kenamaan, tetamu-
tetamu kehormat dan sebagainya.

Ngajat Kuta

Ngajat Kuta ini menggabungkan penari lelaki dan wanita. Penarinya akan
mempersembahkan tarian ini mengikut langkah tersendiri. Selalunya dipersembahkan
ketika majlis kebudayaan dan masih lagi dipraktikkan sehingga kini.

Ngajat Pua Kumbu

Penggunaan Pua Kumbu (tekstil tradisi masyarakat Iban) dalam tarian ini
memberi kelainan kepada Ngajat ini dan ia dipersembahkan oleh golongan wanita.
Bagi mengiringi tarian-tarian Ngajat ini, Tabuh Iban akan dimainkan. Bunyi
keramatnya amat memukau dan cukup unik.
KESIMPULAN

Kesimpulannya, terdapat pelbagai jenis tarian di serata dunia dimana ia


menonjolkan kesenian dan kebudayaan sesuatu kaum atau bangsa. Oleh itu, tarian
perlulah dijaga keseniannya agar generasi akan datang dapat mengenali dan
mempelajari tarian secara mendalam dan tarian tradisional pula tidak akan dilupakan
oleh masyarakat akan datang. Tarian juga mencerminkan budaya dan identiti
sesebuah masyarakat yang berbilang kaum.

Pada era modenisasi sikap manusia yang mengagungkan budaya barat


menyebabkan tarian tradisional semakin ditelan zaman. Generasi muda sekarang tidak
lagi pandai untuk menarikan tarian tradisional seperti mana mereka menarikan tarian
moden. Kesannya, tarian tradisional kian ditelan zaman dan kurang mendapat
perhatian. Cuba kita lihat pada masa kini sukar untuk kita melihat tarian tradisional
ditarikan kecuali dalam majlis-majlis keramaian seperti majlis perkahwinan dan
majlis-majlis kebudayaan.

Sudah menjadi tanggungjawab generasi muda untuk


memperkembangkan tarian tradisional dimata dunia supaya ianya dikenali ramai.
Tidak semua tarian baik untuk masyarakat khususnya masyarakat melayu, contohnya
tarian poco-poco yang dikatakan haram untuk ditarikan namun sebaliknya jika untuk
senaman. Oleh itu, diharap tarian tradisional ini akan terus ditarikan oleh generasi
muda tanpa malu supaya tidak ditelan zaman serta dapat memartabatkan nama negara
kita dipersada dunia.
RUJUKAN

1. https://www.astroawani.com/gaya-hidup/tarian-ngajat-identiti-masyarakat-iban-
208669

2. https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=ngajat&d=175768&
LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai