Anda di halaman 1dari 7

TUGASAN 1 : PENULISAN ESEI

Berdasarkan tarian etnik Melayu, etnik Sabah dan etnik Sarawak huraikan jenis-jenis
tarian, sejarah tarian dan ciri-ciri tarian.

Pengenalan

Tarian adalah ungkapan perasaan jiwa manusia yang diungkapkan melaui gerak ritma yang
indah dan diiringi oleh muzik. Tarian juga dibahagikan kepada dua, iaitu sebagai hibutan dan
juga sebagai salah satu bentuk komunikasi. Tarian berbentuk hiburan bersifat untuk
menghibur sahaja dan tidak memerlukan persiapan yang lengkap. Manakala tarian yang
bersifat komunikasi pula mempunya gerak-ruang-waktu yang membawa pesanan sesebuah
tarian untuk menyampaikan mesej kepada orang yang menonton tarian tersebut.

Sesebuah tarian juga merupakan alat ekspresi ataupun sarana komunikasi seseorang
seniman ataupun artis kepada orang lain. Sebagai alat ekspresi, tarian dapat membuatkan
penonton peka terhadap sesuatu yang ada di sekelilingnya. Hal ini demikian kerana, seni tari
adalah sebuah ungkapan mengenai realiti kehidupan yang boleh di jiwai oleh penonton
setelah persembahan sesebuah tarian selesai.

Menurut ahli sejarah iaitu C.Sachs, tarian dapat ditakrifkan sebagai seni lakon dibawah
unsur kesenian dan dilihat dibawah aspek kebudayaan. Tarian dapat dizahirkan melalui
sebarang gerakan yang dapat melambangkan kebudayaan sesuatu masyarakat dan gerakan
yang dilakukan pula menggambarkan perasaan jiwa manusia. Selain itu, tarian juga
merupakan perasaan yang ada dalam diri manusia yang mendorong diri mereka untuk
meluahkan perasaan tersebut melalui pergerakan yang mengikut rentak. Menurut Corrie
Hartong iaitu seorang penari dari Belanda menyatakan bahawa tarian adalah gerak-geri yang
diberi bentuk dan ritma dari badan di dalam sesuatu ruang.

Masyarakat majmuk dalam negara kita sudah semestinya kaya dengan pelbagai seni
tari mengikut budaya sesuatu kaum tersebut. Setiap kaum di Malaysia mempunyai seni
tarinya yang tersendiri. Sebagai contoh, di Semenanjung Malaysia tarian seperti Joget, Inang,
Mak Yong dan Zapin di tarikan oleh masyarakat Melayu di Semenanjung. Manakala,
masyarakat di Sabah pula terkenal dengan tarian Sumazau oleh kaum Kadazandusun. Selain
itu, kaum Iban di Sarawak sinonim dengan tarian Ngajat.

Dalam tugasan ini kali ini , terdapat beberapa tarian yang akan dikupas dan dijelaskan
dengan lebih lanjut. Tarian-tarian yang dibincangkan dalam tugasan ini mewakili masyarakat
bumiputera di Malaysia iaitu tarian etnik Melayu, etnik Sabah dan etnik Sarawak. Antaranya
adalah tarian Piring bagi etnik Melayu. Di samping itu, tarian Mongigol Sumundai bagi etnik
Sabah serta Tarian Alu Alu bagi etnik Sarawak.

1.0 Tarian Piring

1.1 Sejarah Tarian Piring

Tarian Piring (Minangkabau: Tari Piriang) merupakan sebuah seni tarian kebudayaan orang
Minangkabau yang berasal dari Sumatra Barat, Indonesia. Ia merupakan salah satu seni
tarian Minangkabau yang masih diamalkan penduduk Negeri Sembilan keturunan
Minangkabau.

Tarian ini memiliki gerakan yang menyerupai gerakan para petani semasa bercucuk
tanam, membuat kerja menuai dan sebagainya. Tarian ini juga melambangkan rasa gembira
dan syukur dengan hasil tanaman mereka. Tarian ini merupakan tarian gerak cepat dengan
para penari memegang piring di tapak tangan mereka, diiringi dengan lagu yang dimainkan
oleh talempong dan saluang. Kadangkala, piring-piring itu akan dilontar ke udara atau pun
dihempas ke tanah dan dipijak oleh penari-penari tersebut. Bagi menambah unsur-unsur
estetika , magis dan kejutan dalam tarian ini, penari lelaki dan perempuan akan memijak
piring-piring pecah tanpa rasa takut dan tidak pula luka. Penonton tentu akan berasa ngeri
apabila kaca-kaca pecah dan tajam itu dipijak sambil menarik.

Tari Piring yang berasal dari Suku Minangkabau memiliki sejarah dimana pada zaman
dahulu sebagian masyarakat Minangkabau memiliki pekerjaan sebagai petani. Pada saat
istirahat sambil menunggu makan siang, petani memainkan piring yang dipegang dengan
memutar – mutar piring dan membuat atraksi dari piring itu sendiri. Atraksi tersebut lama -
kelamaan menjadi sebuah tarian, yang dinamakan Tari Piring. Tari Piring diiringi alat musik
gendang, galembong, serunai, dan alat tiup lain yang terbuat dari batang padi, akan tetapi
bagi seniman – seniman yang ada di Sumatera Barat menciptakan tari piring dengan berpijak
pada tari piring tradisi yang dikembangkan sesuai dengan keinginan seniman itu sendiri. Tari
piring juga dimiliki oleh masyarakat Melayu yang dilaksanakan pada Malam Berinai.
Khususnya pada masyarakat melayu Sumatera Utara yang berada di Pesisir Timur yaitu
Serdang Bedagai.

Di Malaysia , tarian piring dipersembahkan ketika majlis perkahwinan terutama bagi


keluarga berada, bangsawan dan hartawan di sesebuah kampung. Tarian ini biasa dilihat di
kawasan Seremban,Kuala Pilah dan Rembau oleh kumpulan tertentu. Ada yang
dipersembahkan dengan pakaian lengkap dan pakaian tarian tidak lengkap. Sedikit bayaran
akan dikenakan jika menjemput kumpulan tarian ini mempersembahkan tarian piring. 10 - 20
minit diperuntukkan untuk persembahan tarian ini.

Tarian piring dan silat dipersembahkan di hadapan mempelai di luar rumah. Majlis
perkahwinan atau sesuatu apa-apa majlis akan lebih meriah jika diadakan tarian piring.
Namun begitu, segelintir masyarakat tidak dapat menerima kehadiran kumpulan tarian kerana
dianggap ada percampuran lelaki dan perempuan. Bagi mengatasi masalah itu, kumpulan
tarian disertai hanya gadis-gadis sahaja.

1.2 Ciri-Ciri Khas Tarian Piring

Seperti kita ketahui, piring tersebut awalnya digunakan untuk membawa sajian pada dewa,
maka pada zaman dahulu terdapat banyak makanan yang diletakkan pada piring yang dibawa
oleh para penari. Namun karena amalan ini tidak diamalkan lagi, maka piring tidak akan diisi
apa-apa, tetapi ada pula beberapa versi tari piring yang menambahkan lilin menyala yang
diletakkan pada permukaan piring untuk membuat tarian tersebut menjadi lebih menarik.

Sesuai dengan sejarah asal usul tari piring tarian ini, ia hanya boleh ditarikan jika
jumlah penarinya dalam angka ganjil mulai dari satu, tiga, tujuh, mahupun Sembilan. Biasanya
tarian piring ditarikan selama kurang lebih sepuluh minitt hingga paling lama dua puluh minit
kerana di dalamnya juga terdapat ritual sembah pada raja atau pengantin yang dilakukan
sebelum maupun setelah tarian berakhir.

Penari harus mengenakan pakaian yang indah terutama dalam warna merah menyala
dan corak emas yang dipercaya sebagai warna keuntungan dan kekayaan. Untuk muziknya
tarian piring ini pada awalnya diiringi dengan menggunakan alat musik tradisional rebana dan
gong saja. Namun seiring dengan perkembangannya yang menuntut agar musik yang
dimainkan harus semakin menarik maka Saluang iaitu alat musik yang terbuat dari buluh,
gendang serta Talempong iaitu alat muzik yang rupanya seperti gong kecil, digunakan untuk
menambah dinamik tarian tersebut.

Gambar 1 Penari Tarian Piring.


2.0 Tarian Mongigol Sumundai

2.1 Sejarah Tarian Mongigol Sumundai

Rungus terkenal dengan kebudayaan mereka yang asli dan tidak ditelan zaman.Pakaian
tradisional mereka adalah hasil tenunan tangan mereka sendiri dengan menggunakan kapas
yang lebih dikenali sebagai kapok oleh penduduk setempat.

Suku kaum Rungus di Sabah memilih hitam sebagai warna pakaian tradisional
mereka. Penggunaan warna hitam asalnya daripada kepercayaan bahawa warna hitam
adalah lambang kekuasaan atau warna ketuhanan yang mana dapat melindungi si pemakai
daripada makhluk-makhluk halus yang jahat. Ada sesetengah pihak mengatakan bahawa
penggunaan warna hitam adalah disesuaikan dengan cara hidup dan keadaan semulajadi
pada waktu itu.

Pakaian tradisi wanita Rungus juga sarat dengan manik-manik yang direkacipta
sendiri. Wanita Rungus pada zaman dahulu sentiasa memakai pakaian ini dalam kehidupan
seharian seperti memasak, mengangkat air, menyulam dan lain-lain lagi.Kini ia hanya dipakai
ketika majlis perkahwinan, keraian, kematian mahupun menjemput ketibaan tetamu ke rumah
panjang. Pakaian tradisi lelaki Rungus pula cukup ringkas dengan hanya sandai atau sopilang
( kain panjang dipakai bersilang), hokos (tali pinggang kain yang biasanya berwarna
merah,hijau dan kuning), sigar (tengkolok) dan baduh (baju atau kain sarung) yang biasanya
dipakai ketika melakukan tarian Sumundai Mongigol.

Tarian Mongigol Sumundai merupakan sejenis tarian masyarakat Rungus di utara


Sabah. Ia sebenarnya merujuk pada dua jenis tarian iaitu yang ditarikan oleh kaum lelaki dan
yang ditarikan oleh kaum perempuan. Tarian Mongigol merupakan tarian bagi lelaki
sementara tarian sumundai pula bagi perempuan, namun tarian ini dipersembahkan secara
serentak iaitu lelaki akan mendahului tarian dan diikuti oleh empat atau lebih penari
perempuan.

Tarian mongigol sumundai ini biasanya diiringi dengan paluan gong yang dimainkan
oleh pemalu gong yang terdiri daripada sekumpulan enam atau tujuh orang pemain muzik.
Alat muzik tradisi kaum Rungus adalah gong dan masih digunakan sehingga kini. Gong
masyarakat Rungus terdiri daripada tujuh jenis iaitu, koritikon (canang), sandangau (canang),
pompom, soludon, tongikon (tavag), hungkodonan (tavag) dan bimbingan (Tavag).

Tarian suku kaum Momogun Rungus ditarikan oleh seorang lelaki dan beberapa orang
perempuan. Tarian yang dinamakan Sumundai-Mongigol ini diiringi dengan paluan gong.
Apabila lelaki dan perempuan sama-sama menari, ia dipanggil "miandak" dalam bahasa
Rungus. Tarian Sumundai-Mongigol ini ditarikan apabila tiba Pesta Kaamatan, majlis
perkahwinan, kematian, keraian ataupun ketika menyambut tetamu yang istimewa. Kadang-
kadang semasa tarian ini ditarikan, beberapa orang Rungus akan membawa beberapa gelas
arak buatan sendiri seperti "kinomol" yang diperbuat dari beras dan "tinonggilan" yang
diperbuat dari jagung untuk para tetamu yang hadir dalam majlis berkenaan.

Gong sangat suci bagi suku kaum Rungus malah menganggap gong merupakan salah
satu barangan yang sangat bernilai.Gong dianggap harta tidak ternilai yang menjadi warisan
pada sesebuah keluarga, diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi.

2.2 Ciri-Ciri Khas Tarian Mongigol Sumundai

Kadang-kadang semasa tarian ini ditarikan, beberapa orang penari akan membawa beberapa
gelas arak buatan sendiri seperti "kinomol" yang diperbuat dari beras dan "tinonggilan" yang
diperbuat dari jagung untuk para tetamu yang hadir dalam majlis berkenaan.

Tarian yang ditarikan oleh kaum lelaki disebut 'Tarian Mongigol' manakala tarian yang
ditarikan oleh kaum wanita disebut 'Tarian Sumundai'. Tarian ini akan dibuat secara serentak
sambil kaum lelaki berada dihadapan sambil diikuti oleh kaum wanita yang terdii daripada 4
orang. Biasanya Tarian Mongigol Sumundai ini akan ditarikan sambil diiringi muzik dari alat
muzik tradisional kaum Rungus seperti Gong. Gong ini akan dimainkan oleh pemuzik yang
terdiri daripada 7 orang. Tarian Mongigol Sumundai selalu dipersembahkan ketika majlis-
majlis keramaian dan juga persembahan kebudayaan agar dapat memperkenalkan lagi tarian
ini kepada seluruh masyarakat mahupun pelancong luar. Tarian ini juga merupakan salah
satu tarian yang mampu menarik perhatian para pelancong dalam dan luar negara untuk
mengenali dengan lebih lanjut mengenai suku kaum Rungus.

Gambar 3 Penari Wanita Etnik Rungus Mengenakan Pakaian


Gambar 2 Penari Tarian Mongigol Sumundai Tradisional Mereka
3.0 Tarian Alu Alu

3.1 Sejarah Tarian Alu Alu

Kepelbagaian kaum menjadikan Sarawak itu unik baik dari masyarakatnya, adat tradisi serta
budayanya. Dan masyarakat Melanau merupakan antara pembentuk masyarakat Sarawak
yang tidak kurang keunikan budayanya.

Tarian Alu-alu merupakan salah satu daripada tarian tradisional yang sudah diwarisi
sejak dahulu lagi. Ianya sekarang merupakan salah satu tarian yang sering dipersembahkan
apabila ada keramaian di Sarawak. Malah tarian ini juga cukup sinonim dipersembahkan di
luar Negara dan sering mendapat perhatian orang luar yang gemar dengan tarian tradisi
seperti ini.

Sebenarnya, tarian alu-alu adalah salah satu daripada tarian yang mempunyai kaitan
dengan hari perkabungan bagi masyarakat Melanau dahulu kala. Kebiasaannya, tarian ini
akan dipersembahkan di ketika waktu malam iaitu bermula dari malam pertama sehingga
malam keempat hari perkabungan.

Tujuannya hanya satu iaitu untuk menghiburkan hati keluarga dan rakan si mati agar
tidak terlalu bersedih. Menariknya gerak tari tarian alu-alu ini tidak mempunyai gerakan yang
spesifik sebaliknya gerak tarinya pula sebenarnya berlandaskan aksi-aksi harian. Contohnya
proses membuat sagu juga boleh dijadikan satu gerak tari di dalam tarian alu-alu ini. Dan
menurut tradisi Melanau, gerak tarinya juga boleh diperolehi menerusi mimpi, pekerjaan
seharian, perubatan, permainan rakyat dam banyak lagi. Apa yang pasti, tarian alu-alu ini
bukanlah semua boleh melakukannya lebih-lebih lagi gerak tari penari lelaki yang harus
mengimbangi badan di atas buluh sambil berpusing-pusing dan mengikut rentak muzik
menuntut latihan yang berulang-ulang untuk melakukannya.

3.2 Ciri-Ciri Tarian Alu Alu

Tarian ini melibatkan langkah-langkah melompat dan tarian itu memaparkan


kemahiran para penari yang menggerakkan kaki mereka masuk dan keluar agar tidak dapat
dikepit oleh buluh mereka. Kedua-dua buluh buluh biasanya kira-kira 6 kaki panjang dan
dipegang oleh 2 penari yang menghentak mereka bersama-sama dan lebih panjang kayu atau
buluh mewujudkan irama yang lebih menarik.
Kadang-kadang, 4 tiang juga dipegang oleh 4 penari. Tempo boleh ditingkatkan untuk
memperlihatkan kemahiran para penari. Antara alat muzik yang digunakan ialah gong dan
buluh. Kedua-duanya adalah instrumen perkusi yang memberikan irama untuk
memperlihatkan kemahiran penari. Pelawat dapat melihat tarian ini dilakukan oleh orang
Melanau di bawah rumah tinggi di Kampung Budaya Sarawak pada masa-masa tertentu.
Mereka juga mengadakan tarian ini di pertunjukan budaya utama.

Gambar 3 Persembahan Tarian Alu Alu di Rumah Budaya Sarawak

Anda mungkin juga menyukai