Anda di halaman 1dari 8

Tugasan 2 : Penulisan Akademik

Pengenalan

Guru adalah agen pendidikan yang berkesan ( Muhammad Uthman el-Muhammady, 1991,
dalam Ahmad Mohd Salleh, 1997). Walau sebaik mana pun sesuatu sistem pendidikan itu,
jika guru yang mengajar bukannya guru yang berkesan bermakna apa disampaikan atau
diajar tidak akan difahami oleh murid dan tidak mencapai matlamat pengajaran. Oleh hal yang
demikian, guru perlu menjadi pelajar sepanjang hayat memandangkan ilmu pengetahuan
sentiasa berkembang dan berubah. Untuk menjadi seorang agen pendidikan yang berjaya,
guru perlu mengambil masa yang lama. Guru perlu mengamalkan sikap ingin 'belajar untuk
mengajar', sentiasa meningkatkan penguasaan ilmu dan pengetahuan isi kandungan
pelajaran melalui pembacaan, perbincangan dengan rakan sejawat, menghadiri kursus dalam
perkhidmatan, menjalankan penyelidikan dan mempamerkan sikap keterbukaan kepada
peluang pemerolehan ilmu.

Pelaksanaan konsep Guru Cemerlang bertujuan untuk menjadikan guru-guru yang


dilantik sebagai suri teladan yang akan menjadi sumber inspirasi dan motivasi kepada guru
lain untuk sama-sama bersaing meningkatkan lagi tahap pencapaian kualiti P&P di sekolah
masing-masing. Kewujudan Guru Cemerlang diharapkan dapat menjadi pemangkin bagi
sesebuah sekolah untuk meningkatkan prestasi akademik yang lebih cemerlang dan
gemilang.

Guru cemerlang merupakan guru yang mempunyai sahsiah yang terpuji,


berketrampilan dan berpegang teguh kepada etika perguruan dan etika perkhidmatan awam
serta peka dan prihatin terhadap keperluan pelajar. Biasanya, golongan ini menguasai dan
menghayati sepenuhnya kandungan mata pelajaran kepakarannya, menjadi pakar rujuk
pengajaran dan pembelajaran, bijak mengurus masa, bahan sumber, alat pengajaran dan
pembelajaran, mampu mengenalpasti keperluan dan masalah pembelajaran pelajar serta
menyediakan program tindakan susulan, berpengetahuan dan berkemahiran dalam bidang
teknologi maklumat dan komunikasi.

Dalam penulisan ini, penerangan mengenai hasil dapatan temu bual yang telah
dijalankan meliputi aspek peranan, tanggungjawab dan sumbangan guru cemerlang yang
telah ditemubual. Puan Arozani telah banyak memberikan input yang berguna dan bermakna
kepada kami sebagai siswa guru semasa menemubual beliau. Hasil dapatan temubual ini
akan dihuraikan pada bahagian yang seterusnya.
Hasil Dapatan

Latar Belakang Guru Cemerlang.

Nama Arozani Binti Abdul Aziz


Tempat Lahir Kelantan
Tarikh Lahir 25/12/1963
Pendidikan Maktab Perguruan Perempuan Melayu,Melaka
Pengalaman 35 Tahun
Mengajar
Berdasarkan pemerhatian saya, Puan Arozani merupakan seorang guru yang sangat disegani
dan dihormati oleh pentadbir sekolah, rakan sejawat, pembantu pengurusan murid, dan
murid-murid. Pada pendapat saya, perwatakan beliau yang tegas dan penuh kasih sayang itu
merupakan faktor utama yang menjadikan beliau seorang guru yang disegani. Beliau juga
seorang yang sangat rendah diri. Sebagai contohnya, beliau sentiasa berusaha untuk
mempelajari perkara baharu. Hal ini kerana pendidikan merupakan satu perkara yang bersifat
progresif.

Saya memetik kata-kata beliau yang berbunyi ‘minat saya kepada perguruan
merupakan adalah atas dasar ingin memajukan anak bangsa’. Puan Arozani merupakan
seorang guru yang sangat prihatin terhadap murid-muridnya. Kepedulian terhadap murid ini
merupakan salah satu etika keguruan yang patut dimiliki oleh semua guru. Beliau sentiasa
mencuba perkara baharu yang inovatif dan kreatif untuk meastikan sesi pembelajaran dan
pangajaran beliau berjalan dengan lancar dan nseiring dengan zaman sekarang. Beliau juga
sentiasa mencuba untuk mencapai objektif pembelajara pada tahap yang maksimum untuk
memastikan anak-anak muridnya sentiasa mendapat perkara baharu di dalam pengajaran
beliau.

Selain itu, Puan Arozani juga mementingkan perkembangan permasalahan murid


yang mempengaruhi pembelajaran mereka. Seperti faktor sosio-ekonomi keluarga, emosi,
fizikal, dan sosial murid. Puan Arozani akan sentiasa bertanya khabar kepada murid-
muridnya. Ini adalah untuk merapatkan hubungan guru dengan murid agar murid lebih selesa
bersama beliau. Menurut Shahabudin Hasyim dan Noor Miza Abdul Rahman (2014)
menyatakan bahawa “guru seharusnya membina perhubungan yang baik antara murid dan
persekitaran agar dapat mengurangkan tahap kerisauan murid terhadap pembelajaran dan
mewujudkan pembelajaran yang bermakna dan menarik”. Dengan suasana pembelajaran dan
pengajaran yang kondusif dengan kepedulian guru, ia akan membantu murid dalam
pencapaian akademiknya.

Seseorang guru yang sentiasa menunjukkan sifat mesra dan dekat dengan murid
seperti sentiasa berdialog secara terbuka dengan murid akan membuatkan murid tersebut
lebih bersemangat dan berkeyakinan untuk belajar. Oleh itu, guru mestliah mencuba sedaya
upaya unttuk menunjukkan sikap ambil peduli terhadap murid untuk memastikan murid dapat
merasai kesungguhan guru tersebut membantunya. Sehubungan dengan itu, guru yang
mempunyai nilai kepedulian yang tinggi terhadap murid sepatutnya mampu untuk
menunjukkan komitmen mereka dalam mengajar dan sentiasa menyedari kekuatan dan
kelemahannya dalam cara menghasilkan murid yang baik. Pengetahuan berdasarkan buku
teks sahaja tida memadai memandangkan perkembangan maklumat, teknologi, dan
pengetahuan baharu sentiasa berlaku. Selain daripada itu, kaedah pengajaran dan bahan
yang digunakan oleh guru menjadi tanada aras kepada tahap kepedulian guru terhadap
murid. Hal ini dapat saya perhatikan pada Puan Arozani, kerana setiap kali saya
memerhatikan kelas beliau, sentiasa ada bahan bantu mengajar yang sangat inovatif dan
kreatif. Seterusnya beliau juga sedang melengkapkan projek PECS yang mana akan
membantu murid non-verbal untuk berkomunikasi dan menyampaikan hasrat mereka kepada
guru ataupun rakan-rakan.

Pemilihan kerjaya guru sebagai kerjaya merupakan satu pilihan yang sangat berat
untuk dilakukan, namun begitu kerjaya ini memberikan peluang untuk berkhidmat kembali
keapda masyarakat, dan mereka juga boleh menyampaikan ilmu pengetahuan kepada orang
lain. Di saamping itu pandangan umum yang menganggap bidang perguruan merupakan satu
profesion yang mulia. Saya memetik kata-kata Puan Arozani:

Iya merupakan satu kerjaya yang merangkumi semua, minat saya kepada
perguruan adalah atas dasar ingin memajukan anak bangsa. Sebenarnya
bila dikatakan sebagai pendidik, tugasnya merangkumi semua, semua jenis
tugas. Selain daripada pdp ataupun pdpc, guru juga bertanggungjawab
mendidik murid-murid kepada nilai-nilai murni sejagat, dan sosialisasi serta
guru juga boleh menerapkan disiplin kepada anak bangsa.

Tanggungjawab utama seorang guru merupakan mendidik dan mengajar anak bangsa
kita. Namun begitu kerjaya ini bukanlah satu kerjaya yang mudah bagi seorang guru,
mahupun guru tersebut mempunyai pengalaman mengajar yang luas. Seorang guru yang
hebat akan sentiasa menjadi insan yang terbuka untuk belajar. Guru perlulah menjadi seorang
yang sentiasa rajin dan gigih belajar untuk membentuk diri menjadi seorang yang guru yang
sentiasa relevan dalam industri pendidikan ini selari dengan peredaran zaman.

Matlamat seorang guru tersebut perlulah dijadikan sandaran utama bagi seseorang
guru itu untuk menentukan hala tuju kerjaya mereka. Matlamat inilah nanti yang akan menjadi
kayu ukur bagi kepuasan kerja seseorang guru itu. Mereka tidak akan mudah berasa bosan
dan akan terus bergerak secara progresif demi mencapai keinginan yang dihajatkan.

Di samping itu, guru perlu sentiasa mencari ilmu serta mengamalkannya bagi
memenuhi keperluan pendidikan dan masa depan generasi muda negara. Guru
bertanggungjawab mencari dan meningkatkan pengetahuan, menggunakannya atau
mengaplikasikan ilmu pengetahuan dalam pelbagai aspek kehidupan. Sebagai insan pendidik
yang berjiwa guru, harus menganggap tugas mengajar adalah suatu amanah yang diberikan
untuk berbakti dan bersedia berkongsi ilmu tanpa mengharapkan ganjaran mahupun
pengiktirafan demi kemajuan bangsa dan negara. Seperti yang dikatakan oleh Puan Arozani.

Untuk meningkatkan mutu pdp kita perlulah kreatif, dan kita perlu minat
dalam sesuatu. Untuk meningkatkan apa sahaja yang kita hendak, target
kita, kita perlu kreatif dan mestilah berfikiran di luar kotak.

Dalam memperkembangkan diri, saya harus mengamalkan konsep “belajar seumur


hidup”. Amalan membaca, menulis dan melakukan penyelidikan tindakan untuk
memperluaskan pengalaman, pengetahuan dan pandangan dapat menajamkan kecekapan
serta keyakinan dan ia akan menjadi kreatif, reflektif dan berinovasi dalam amalan
pengajaran.

Guru seharusnya sedar akan tanggungjawab mereka dan sentiasa prihatin terhadap
murid. Guru perlulah cakna dalam hal ini dan berusaha sebaik mungkin untuk menjadi
pendorang serta pencetus semangat bagi murid tersebut untuk terus mempertingkatkan diri
mereka samada dari segi akademik ataupun sahsiah.

Pelbagai sumbangan yang boleh dilakukan sebagai seorang guru di sekolah.


Seseorang guru itu tidak semestinya menjadi sekadar guru kepada muridnya. Sebagai
seorang umat manusia, seorang guru juga perlulah menjadi seorang rakan sekerja yang
sentiasa memberikan sokongan moral kepada rakan yang lain. Sekiranya terdapat rakan
sekerja yang mempunyai masalah, kita perlulah menghulurkan bantuan yang termampu.
Tindakan tersebut telah dilakukan oleh Puan Arozani yang tidak teragak-agak untuk tampil
membantu dan menyelesaikan masalah rakan sekerjanya.

Sebagai guru harus mengetahui betapa pentingnya mengetahui peranan sebagai


pemimpin profesional dalam pelbagai aspek pengurusan dan pentadbiran pendidikan. Guru
atau para pendidik juga seharusnya mempunyai dedikasi dan komitmen terhadap profesion
serta tanggungjawab moral mereka sebagai seorang guru. Perkembangan pendidikan masa
kini memerlukan guru melaksanakan pelbagai peranan seperti berikut:
Pengamal Agen Pengganti
ilmu perubahan ibu bapa

Agen Pembentuk
pembimbing
sosialisasi tingkah laku

Pengamal Pengurus
penyelidik pembelajara
reflektif n

Sebagai pengamal ilmu, seseorang guru mempunyai peranan serta tugas yang amat
berat, rumit dan mencabar. Pembangunan insan dan negara terletak di atas bahu guru. Dalam
era ledakan teknologi maklumat dan pada ketika dunia kini menjadi sebuah ‘global village’,
tuntutan terhadap ilmu pengetahuan menjadi semakin mendadak. Justeru itu, guru-guru perlu
dan harus sentiasa mengemaskinikan serta mempertingkat ilmu pengetahuan masing-
masing. Sebagai contoh teladan atau model, guru haruslah secara berperingkat dan
berterusan mempersiapkan diri dari segi keilmuan, berusaha membersihkan diri dari segi
sahsiah menerusi ibadah-ibadah asas, meningkatkan kecekapan, ketajaman dan ketrampilan
diri dalam pelaksanaan tugas dan interaksi dengan masyarakat, melaksanakan tugas
keguruan dengan sebaiknya.

Puan Arozani juga pernah menjadi warden asrama untuk murid berkeperluan kha
(masalah pendengaran) Beliau juga pernah berkhidmat sebagai juru bahsa isyarat untuk
orang-orang pekak di Mahkamah. Hal ino menunjukkan guru merupakan salah satu daripada
profesisin yang memainkan peranan yang penting dalam masyarakat. Peranan guru amatlah
meluas.

Kesimpulan

Untuk menjadi guru yang hebat dan cemerlang bukanlah sesuatu yang mudah untuk
di capai. Bahkan saya juga terkesan dan dapat mengambil iktibar daripada kata-kata Puan
Arozani.

bagi guru cemerlang pakar Pendidikan khas, saya, iaitu masalah


pembelajaran, saya perlu lah pakar dalam bidang saya. Bidang yang saya
pilih ialah Pendidikan khas masalah pendengaran. Jadi mahir dalam
bahasa isyarat dan bagaimana untuk ada inovasi untuk murid
meningkatkan pelajaran
Pada beliau, guru ini merupakan anggota masyarakat yang sangat penting terutama
sekali dalam meningkatkan kemenjadian seorang anak bangsa. Kemenjadian murid
merupakan aspek yang terpenting bagi matlamat seorang guru itu.

Pendidikan merupakan pelaburan yang penting dalam sesebuah negara, dan kualiti
generasi di masa hadapan sebahagian besarnya terletak di tangan guru-guru. Justeru, guru
perlu sentiasa bersedia menghadapi transformasi dalam bidang pendidikan dengan
meningkatkan profesionalisme diri dari segi keilmuan, ketrampilan dan kemahiran serta
pembentukan sahsiah yang berakhlak mulia. Dengan ini, guru dapat bergerak seiring dengan
arus perubahan dalam era teknologi dan globalisasi.

Akhir sekali, guru berperanan penting dalam institusi Pendidikan dan mempunyai
tanggungjawab besar dalam membangunkan masyarakat agar tidak ditelan peredaran zaman
tanpa menghiraukan komuniti kerja sekeliling. Puan Arozani telah memberikan input yang
sangat banyak serta wajar dijadikan inspirasi. Jauh di sudut hati, temu bual ini telah banyak
menerbitkan rasa syukur kerana Tuhan telah mempertemukan saya dengan insan yang
sangat hebat. Temu bual ini telah membuka mata saya tentang besarnya peranan,
tanggungjawab dan sumbangan sebagai seorang guru.
Rujukan

Kamarudin Hj. Kachar (1989). Pendidikan dan Masyarakat, Kuala Lumpur. Teks Publishing
Sdn. Bhd

Marshal, D.G (1992). Teacher’s Career and Promotional Patterns. Bristol; The Palmer Press.

Mohd Aris Aris B. Abdul Karim (1990). “Pengurusan Sumber Dalam Meningkatkan Produktiviti
Guru”, Kertas Kerja Yang Dibentangkan Di Konvensyen Pendidikan II.

Irawati, I. I. 2014. ‘Pengaruh Disiplin Guru Terhadap Motivasi Belajar Pendidikan Agama
Islam’ Doctoral Dissertation, Iain Kendari).

Rozi Mohamad. 2016. ‘Komitmen Guru Dan Kepuasan Kerja Guru Di Sekolah Menengah
Harian Berprestasi Tinggi Dan Berprestasi Rendah’. Di Daerah Kota Bharu, Kelantan

Sulaiman, M. B. 2013. ‘Hubungan Tekanan Dengan Komitmen Dan Kepuasan Kerja


Dalam Kalangan Guru Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah
Pembelajaran’. Di Zon Mertajam.

Anda mungkin juga menyukai