Anda di halaman 1dari 3

“The mediocre teacher tells. The good teacher explains.

The superior teacher


demonstrates. The great teacher inspires.”
(William Arthur Ward)

Laporan Temubual

Petikan di atas menggambarkan betapa pentingnya peranan guru sebagai penyampai ilmu
dan kemahiran kepada pelajar-pelajar dan mencorak mereka. guru boleh diibaratkan sebagai
lilin yang menyinarkan hidup pelajar. Namun, sebagai guru, kita harus peka terhadap
perubahan yang berlaku dalam pendidikan. Guru sebagaimana ditakrif oleh Iman Al-Ghazali
sebagai seseorang yang menyampaikan sesuatu yang baik, positif kreatif atau membina
kepada seseorang yang berkemampuan tanpa mengira peringkat umur walau terpaksa
melalui dengan pelbagai cara dan kaedah sekali pun tanpa mengharapkan sebarang ganjaran

Melalui pemerhatian saya, Puan Arozani sangat peduli akan murid-muridnya.


Kepedulian terhadap murid inilah etika guru yang perlu ada dalam setiap insan yang bergelar
guru. Kepedulian boleh ditakrifkan sebagai perasaan mengambil berat terhadap orang lain.
Kepedulian guru boleh dikategorikan kepada beberapa aspek seperti kepedulian guru
terhadap murid, profesion perguruan dan intelektual ataupun perkembangan profesion.
Menurut Syed Ismail Syed Mustapa dan Ahmad Shubki Miskon ( 2004 ) mendefinisikan
kepedulian sebagai “ambil peduli, mengambil berat dan menyayangi, yang melibatkan
responsif sensitif terhadap orang lain berdasarkan sikap keterbukaan dan prihatin terhadap
pengalaman mereka”. Berbalik kepada diri saya sendiri, sebagai bakal guru, saya sangat
menyokong dan bersetuju dengan tindakan Puan Arozani yang peduli akan murid-muridnya.
Hal ini dapat dibuktikan dengan keprihatinan yang ditunjukkan oleh Puan Arozani semasa
mengendalikan murid-muridnya di dalam kelas mahupun semasa berada di kantin. Beliau
akan sentiasa cuba untuk memberikan perhatian sepenuhnya kepada murid-muridnya.
Kebanyakan murid-murid Puan Arozani mengalami masalah pembelajaran Autisme yang
teruk, di mana mereka memerlukan latihan yang sangat intensif untuk mencapai tahap
kefungsian yang lebih tinggi. Selain daripada apa yang dibincangkan di atas, sebagai guru
juga, penting untuk kita mengetahui perkembangan permasalahan murid yang mempengaruhi
pembelajaran mereka seperti faktor keluarga, rakan sebaya, masalah komunikasi, masalah
peribadi serta faktor-faktor dari segi psikologi. Sebagai guru, membimbing murid membuat
penyelesaian dalam peribadi social, emosi, akademik, perkembangan mental dan akhlak
serta membantu murid dalam membuat keputusan yang rasional.
Saya juga tertarik dengan pernyataan Puan Arozani yang berbunyi, ‘Apabila kita
hendakkan sesuatu, buat sampai jadi’. Puan Arozani sentiasa berusaha untuk membina
suasana pembelajaran dan pengajaran yang kondusif di dalam kelasnya. Hal ini kerana, murid
yang dapat belajar dalam suasana kondusif dapat meningkatkan dan memperkembangkan
potensi yang ada dalam diri mereka. Jika seseorang guru itu dapat mewujudkan suasana sesi
pengajaran dan pembelajaran yang kondusif, ia akan memberikan standard yang tinggi untuk
setiap sesi pengajaran dan pembelajaran kepada murid. Oleh itu, guru akan lebih kawalan
dan dapat memotivasikan muridnya di sekolah. Akhirnya guru mempunyai kepedulian yang
tinggi terhadap emosi dan persekitaran murid akan mewujudkan suasana yang menyokong
dan selamat kepada murid.

PPPM yang berhasrat untuk meningkatkan kualiti pendidikan negara kita setanding
dengan negara-negara maju yang lain, sikap ambil berat guru terhadap murid sangat penting
untuk merealisasikannya. Guru yang mengambil berat terhadap murid dapat memberikan
keyakinan kepada murid untuk terus bersaing dalam arus era globalisasi yang semakin
mencabar. Keyakinan murid untuk terus bersaing sangat penting untuk mereka terus berminat
untuk mempelajari pelbagai perkara. Sebagai contoh, seseorang guru yang sentiasa
menunjukkan sifat mesra dan dekat dengan murid seperti sentiasa berdialog secara terbuka
dengan murid akan membuat murid tersebut bersemangat dan berkeyakinan untuk belajar.
Selain itu, ia juga boleh dianggap sebagai salah satu bentuk motivasi kepada murid untuk
belajar. Oleh itu, guru mestilah mencuba sedaya upaya untuk menunjukkan sikap ambil peduli
terhadap murid untuk memastikan murid dapat merasai kesungguhan guru tersebut
membantunya. Sehubungan dengan itu, guru yang mempunyai nilai kepedulian yang tinggi
terhadap murid sepatutnya mampu untuk menunjukkan komitmen mereka dalam mengajar
dan sentiasa menyedari kekuatan dan kelemahannya dalam cara menghasilkan murid yang
baik. Pengetahuan berdasarkan buku teks sahaja tidak memadai memandangkan
perkembangan maklumat dan pengetahuan baharu sentiasa berlaku. Selain daripada itu,
kaedah pengajaran dan bahan yang digunakan oleh guru menjadi tanda aras kepada tahap
kepedulian guru terhadap murid.

Pendidikan merupakan pelaburan yang penting dalam sesebuah negara, dan kualiti
generasi di masa hadapan sebahagian besarnya terletak di tangan guru-guru. Justeru, guru
perlu sentiasa bersedia menghadapi transformasi dalam bidang pendidikan dengan
meningkatkan profesionalisme diri dari segi keilmuan, ketrampilan dan kemahiran serta
pembentukan sahsiah yang berakhlak mulia. Dengan ini, guru dapat bergerak seiring dengan
arus perubahan dalam era teknologi dan globalisasi.
Rujukan

S. I. Syed Mustafa, A. Subki Miskon (2014), Asas Kepimpinan dan Perkembangan


Profesional.

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2015. Diperolehi daripada


http://www.moe.gov.my/v/pelan-pembangunan-pendidikan-malaysia-2013-2025

Day, C. (1999). Developing teachers: The challenges of lifelong learning (Perkembangan


guru: Cabaran pembelajaran seumur hidup). London: Falmer Press.

Mohamed Amin Embi, Muhammad Kamarul Kabilan & Azmi Abdul Latiff. (2002). Online
professional development for a community of practicing English language teachers
(Perkembangan profesionalisme online untuk komuniti guru bahasa Inggeris). Dalam
Prosiding seminar kebangsaan profesion perguruan. Bangi: Fakulti Pendidikan,
Universiti Kebangsaan Malaysia.

Hamid Fahmy Zarkasyi. (1990). Pemikiran Al Ghazali tentang pendidikan. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Anda mungkin juga menyukai