Anda di halaman 1dari 6

\

KERTAS CADANGAN
________________________________________________________________

PROJEK INOVASI

PERMAINAN SUKU KATA


(PerSuKa)
(PERANCANGAN PROJEK)
________________________________________________________________

NAMA PELAJAR: MOHD NUR SALAM BIN SAIPIN

NO. MATRIK : 2015192340052

PENSYARAH:

EN. MOHD ROSE DZIDAN B. MOHAMAD DARDAN


1.0 TUJUAN

Kertas kerja ini dikemukakan bertujuan untuk menjalankan satu Projek Inovasi yang melibatkan
warga sekolah bagi memenuhi tuntutan yang digariskan dalam panduan pelaksanaan Internship iaitu
Program Latihan di lapangan pensiswazahan Guru Kampus Bahasa Melayu.

2.0 PENGENALAN

Membaca boleh ditakrifkan sebagai perlakuan mendapatkan maklumat melalui lambang-

lambang bertulis atau bercetak. Membaca boleh juga dimaksudkan sebagai menyuarakan

tulisan, mengambil isi dan fikiran yang bertulis dan memahamkan kandungannya. Mengajar

membaca bermakna mengajar murid memindahkan tulisan kepada suara serta melatih mereka

memahami apa yang terkandung dalam bacaan itu.

Membaca merupakan asas kepada kejayaan seseorang murid. Kemahiran membaca bermula

daripada mengenal, mengecam dan menyebut huruf, membunyikan suku kata, membatangkan

suku kata seterusnya membaca perkataan dan ayat. Kemahiran membaca merupakan salah

satu fokus dalam Tunjang Komunikasi Bahasa Malaysia yang perlu dikuasai oleh murid-

murid berkeperluan khas. Menguasai kemahiran membaca bukan sekadar membantu kanak-

kanak lebih berjaya menguasai tunjang-tunjang lain tetapi juga membantu meningkatkan

proses perkembangan mental, psikologikal dan sosial dengan lebih baik. Inovasi ini

dijalankan bertujuan menambahbaik amalan pengajaran pengkaji untuk membantu murid

meningkatkan kemahiran membatangkan suku kata terbuka kv + kv bagi membolehkan

murid-murid menguasai kemahiran membaca yang lebih kompleks.

Pengkaji menggunakan pendekatan belajar melalui bermain sebagai suatu inisiatif untuk
meningkatkan kemahiran murid membatangkan suku kata terbuka kv + kv melalui permainan
‘PerSuKa’. Permainan yang menyeronokkan dengan suku kata yang berwarna-warni
diharapkan dapat menarik minat murid untuk meningkatkan kemahiran membatangkan suku
kata terbuka kv + kv, seterusnya kv + kv + kv.

3.0 OBJEKTIF

Objektif program ini adalah untuk:-

 Memenuhi syarat yang digariskan dalam panduan pelaksanaan Internship iaitu


Program Latihan di lapangan pensiswazahan Guru Kampus Bahasa Melayu.

 Membantu murid menguasai kemahiran membatangkan suku kata terbuka kv + kv.

 Mengekalkan minat belajar membatang suku kata terbuka kv + kv melalui pendekatan

belajar melalui bermain ‘PerSuKa’.

 Meningkatkan prestasi membatangkan suku kata terbuka kv + kv melalui pendekatan

belajar melalui bermain permainan ‘PerSuKa’.

4.0 KUMPULAN SASARAN


Bagi projek ini kumpulan sasaran saya adalah murid-murid tahap satu iaitu tahun 2

5.0 STRATEGI PELAKSANAAN

Tarikh : Subjek : Bahasa Kelas :


Mac 2019 Melayu 2 Sapphire

Tempat :
PPKI Sk. Taman
Tun Dr Ismail 2
6.0 PERBELANJAAN

Barang keperluan Harga (RM)


Bola Ping Pong 4 15.00
Kertas warna 10 5.00
Buku jawapan 4 2.00
Kertas Laminate 10 3.50
JUMLAH 34.50

7.0 JANGKA MASA

 Tarikh : 4 Mac sehingga 15 March 2019

 Tempoh: 2 Minggu

8.0 KESIMPULAN
Projek Inovasi ini seharusnya dilaksanakan bagi membekalkan ilmu pengetahuan kepada bakal
pendidik serta dapat membantu meningkatkan prestasi murid di sekolah. Besarlah harapan agar semua
perkara yang telah dirancang ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan. Oleh itu, kerjasama
daripada pihak tuan amat saya hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

9.0 SYOR
Kami memohon agar pihak tuan dapat mempertimbangkan cadangan projek inovasi yang telah
dinyatakan seterusnya meluluskan cadangan untuk melaksanakan projek inovasi iaitu Permainan Suku
Kata (PerSuKa)

Disediakan oleh : Disokong oleh :


(MOHD NUR SALAM BIN SAIPIN) (EN. MOHD ROSE DZIDAN B. MOHAMAD
Pelajar Pismp 8, DARDAN)
Institut Pendidikan Guru Kampus Pensyarah Penyelia Internship,
Bahasa Melayu Jabatan Kecemerlangan Akademik,
Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu.

Disemak oleh :

(Puan Siti Aisyah Binti Ibrahim)


Guru Pembimbing Pendidikan Khas,
Pendidikan Khas,
Sk., Kuala Lumpur.
Lampiran

i. Lakaran Kasar Projek Inovasi


ii. Cara bahan berfungsi

1. Pada awal permainan, muzik akan dimainkan oleh guru.


2. Murid akan diberikan balang yang berisi nombor soalan untuk diberikan pada rakan
yang berada di sebelah. Perbuatan ini diteruskan sehingga muzik berhenti.
3. Murid yang memegang balang tersebut ketika muzik dihentikan akan mengambil satu
nombor daripada balang tersebut.
4. Kemudian, murid tersebut akan menjawab soalan berdasarkan kad soalan.
5. Permainan diteruskan sehingga kad soalan habis.

Anda mungkin juga menyukai