Anda di halaman 1dari 6

PENGENALAN SOMPOTON

Alat muzik Sompoton ini dimainkan oleh Suku kaum Dusun Kadazan yang berada di
pedalaman.Alat muzik ini merupakan alat organ mouth yang dikategorikan sebagai
alat muzik erofon.

SEJARAH ASAL-USUL

Alat muzik ini berasal dari Kampung Tikolod,daerah Tambunan di negeri Sabah.Alat
muzik ini dipercayai berasal dari asia tenggara.Alat muzik ini juga merupakan alat
muzik terawal yang menghasilkan harmoni iaitu muzik polifonik.Sompotan ini
hampir-hampir menyerupai engkerurai di negeri Sarawak.

BENTUK

Ia terdiri daripada 8 batang buluh yang diikat dengan rapi seperti bentuk rakit dan
diselit masuk ke dalam labu(koburu).Batang buluh itu dikukuhkan dengan
menggunakan lilin lebah.Sompoton ini disusun dalam dua barisan yang dimana satu
baris mengandungi empat batang.Sompoton juga mempunyai rid pada semua
batang buluh dan terdapat tiga lubang jari pada alat muzik ini.

CARA PERMAINAN

Untuk membunyikan sompoton ini,lubang jari harus ditutup untuk menghentikan


bunyi,tutup lubang atas keempat-empat buluh pendek.Salah satu batang buluh
yang panjang tidak menghasilkan bunyi dengan memastikan ikatan buluh tersebut
tidak bergerak.Terdapat tiga cara asas memegang.
1.berdiri-dipegang tegak/menyendeng kea rah kanan pemuzik
2.baring-bahagian panjang disandar pada bahu kiri
3.duduk-buluh panjang diatas peha.

CIRI-CIRI MUZIK

-Dimainkan untuk mengiringi tarian magarang


-Melodi berasaskan skel pentatonic
-Jeda harmonic jeda8 dan ke4

FUNGSI

Dimainkan semasa perhimpunan


Menghasilkan muzik solo untuk hiburan dan untuk mengiringi sinding(vocal).

Pengenalan
Diperbuat dari labu air yang telah dikeringkan. Lapan batang buluh kecil disusun
dalam dua lapisan dan dimasukkan kebahagian buah labu tersebut dengan
menebuk. Gam kelulut digunakan untuk melekatkan batang-batang buluh tersebut
juga untuk menahan angin dari keluar melalui celah-celah buluh apabila tiupan
dilakukan. Salah satu daripada buluh ini tidak berfungsi hanya untuk
memperseimbangkan kedudukan bentuk alat tersebut. Beberapa kepingan kecil plat
buluh diletakkan pada dasar tiap-tiap tepian buluh untuk menghasilkan bunyi
mengikut kod muzik yang telah ditentukan.

Fungsi

Alat ini dimainkan oleh suku kaum Kadazan di Sabah dalam persembahan nyanyian
dan tarian. Sompotan boleh dimainkan secara hiburan persendirian atau kumpulan
untuk mengiringi tarian.
Cara Bermain
Pemain boleh meniup atau menyedut mulut labu dengan menutup dan membuka
tiga daripada empat buluh terpendek pada hujungnya dengan tiga kecil pada dasar
buluh terpendek serta hadapan dan belakang paip yang lebih panjang dengan jari
tangan kiri. Ianya akan mengeluarkan nada yang bergetar dan menghasilkan satu
bunyian harmoni yang merdu.

http://faizuddinpro.blogspot.com/2012/11/alat-muziksompoton.html

Peralatan Musik Tradisional


Negeri Dibawah Bayu
Sabah mempunyai Pelbagai alatan tradisional yang diperbuat dari alam
sekitar...PEralatan ini mempunyai funsinya yang tertentu..sabah merupakan salah satu
negeri yang mempunyai pelbagai kaum didalamnya...x heran la klu bnyak alatan
tradisional di sabah,,,x kiralah alat musik atau alatan untuk tujuan pertanian...

ALATAN MUSIK
SOMPOTON
Sompoton ialah sejenis organ mulut ataupun mouth organ yang popular di kalangan
suku kaum Dusun dan Kadazan. Ianya dikatakan mempunyai kaitan rapat dengan
khene sejenis organ mulut yang terdapat di Laos.

Sompoton diperbuat daripada beberapa batang ataupun pipa buluh kecil dari jenis
sumbiling yang dipotong mengikut ukuran yang diperlukan.
Diperbuat dari labu air yang telah dikeringkan. Lapan batang buluh kecil disusun
dalam dua lapisan dan dimasukkan kebahagian buah labu tersebut dengan menebuk.
Gam kelulut digunakan untuk melekatkan batang-batang buluh tersebut juga untuk
menahan angin dari keluar melalui celah-celah buluh apabila tiupan dilakukan. Salah
satu daripada buluh ini tidak berfungsi hanya untuk memperseimbangkan kedudukan
bentuk alat tersebut. Beberapa kepingan kecil plat buluh diletakkan pada dasar tiaptiap tepian buluh untuk menghasilkan bunyi mengikut kod muzik yang telah
ditentukan.

Fungsi
Alat ini dimainkan oleh suku kaum Kadazan di Sabah dalam persembahan nyanyian dan
tarian. Sompotan boleh dimainkan secara hiburan persendirian atau kumpulan untuk
mengiringi tarian. Pada suatu ketika dahulu, sompoton dimainkan di majlis keagamaan
namun kini penggunaan alat muzik ini sudah diperluaskan di mana ia juga dimainkan
di majlis perkahwinan dan juga keramaian. Sompoton boleh dimainkan secara individu
dan juga secara berkumpulan bersama-sama alat muzik moden dan alat muzik bambu
yang lain seperti bungkau dan marakas.

Cara Bermain

Pemain boleh meniup atau menyedut mulut labu dengan menutup dan membuka tiga
daripada empat buluh terpendek pada hujungnya dengan tiga kecil pada dasar buluh
terpendek serta hadapan dan belakang paip yang lebih panjang dengan jari tangan
kiri. Ianya akan mengeluarkan nada yang bergetar dan menghasilkan satu bunyian
harmoni yang merdu. Kaedah penipuan juga menggunakan teknik menghembus serta
menyedut untuk menghasilkan bunyi menggunakan teknik penjarian yang teratur
pada lubang-lubang petik yang telah sedia ditebuk untuk menghasilkan pic suara yang
berbeza-beza dan berharmoni. Sompoton juga menggunakan system free reed yang
tunggal sebagai bahan bunyinya
http://alliwannadoinmyheart.blogspot.com/p/peralatan-musik-tradisional-negeri.html

Anda mungkin juga menyukai