Anda di halaman 1dari 20

PENGHARGAAN

Pertama sekali saya ingin bersyukur kepada Tuhan yang sentiasa berada di sisi
saya dalam menyiapkan kajian ini. Ilmu dan tenaga yang diberikan oleh Tuhan
membolehkan saya menyiapkan kajian ini dengan lengkap dan lancar. Saya ingin
mengucapkan ribuan terima kasih kepada penyelia saya iaitu Pn. Nurul Shafini Binti
Shafurdin Samy yang memberi tunjuk ajar dalam menyiapkan projek ini.

Saya juga mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan untuk menyiapkan


projek ini. Tidak terlupa juga kepada keluarga saya yang telah memberikan sokongan
moral dan kewangan kepada saya dalam menyiapakan projek ini.

1
ABSTRAK

Perkataan seni dapat ditakrifkan sebagai sesuatu yanghalus iaitu kecil, elok, tipis
dan halus, enak didengar iaitu mengenai suara, comel bentuk badan (Kamus
Dewan,2005). Sesuatu yang dikatakan seni pula adalah suatu bentuk karya seperti
pantun,ukiran, muzik dan lain-lain lagi yang dicipta dengan bakat yang tersendiri.
Perkataan ‘seni’ jika ditambah dengan imbuhan ‘ke’ (awalan) dan ‘an’ (akhiran)
membentuk perkataan ‘kesenian’ yang membawa pengertian yang lebih luas lagi iaitu
perihal seni, yang berkaitan dengan keindahan dan ketelitian penciptaan sesebuah
karya seni tersebut. Kesenian telah menjadi identiti dan amalan yang amat
penting kepada kebudayaan masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa sejak
turun temurun lagi. Dengan kepelbagaian amalan kesenian dalam masyarakat
berbilang kaum di negara ini, identiti masyarakat Malaysia yang bersifat multikultural
lebih terserlah dan dikenalirama. Penulisan ini adalah berkaitan perkembangan
pengurusan seni persembahan. Pengurusan seni persembahan mempunyai peranannya
tersendiri dalam menyumbang kepada sesuatu persembahan yang menarik. Kaedah
yang digunakan dalam kajian ini adalah rujukan perpustakaan dan laman sesawang.
Hasil penyelidikan ini dapat membantu memgumpulkan data serta menganalisisnya
demi mengutarakan hujah-hujah dan jawapan yang tepat dan berfeadah. Hasil dari
kajian ini mendapati bahawa pasukan pengurusan dan artis dalam persembahan
berperanan penting bagi menghasilkan sesebuah persembahan yang mantap.

2
KANDUNGAN

Halaman

PENGHARGAAN Error! Bookmark not defined.


ABSTRAK 1
KANDUNGAN 2
SENARAI JADUAL Error! Bookmark not defined.
KANDUNGAN 3
SENARAI JADUAL Error! Bookmark not defined.

BAB I PENGENALAN
1.1 DEFINISI KESENIAAN Error! Bookmark not defined.
1.2 DEFINISI PENGURUSAN PERSEMBAHAN
SENI Error! Bookmark not defined.

BAB II KAJIAN LEPAS


2.1 KAJIAN LEPAS TENTANG PENGURUSAN
PERSEMBAHAN SENI Error! Bookmark not defined.

BAB III KAEDAH KAJIAN / METODOLOGI


3.1 Pengenalan Kaedah Kajian Error! Bookmark not
defined.

BAB IV KEPENTINGAN DAN PERANAN KESENIAAN


4.1 Pengenalan Kepentingan Dan Peranan Kesenian Error!
Bookmark not defined.

BAB V PENGURUSAN PERSEMBAHAN SENI


5.1 Pengenalan Pengurusan Persembahan Seni Error!
Bookmark not defined.

BAB VI ELEMEN UTAMA DALAM PENGURUSAN SENI


6.1 Pengenalan Elemen Utama Dalam Pengurusan
Seni Error! Bookmark not defined.

3
BAB VII CABARAN DALAM PENGURUSAN
PERSEMBAHAN SENI
7.1 Pengenalan Cabaran Dalam Pengurusan Persembahan
Seni Error! Bookmark not defined.
7.1.1 Kekangan Sumber Pendapatan Tetap Error!
Bookmark not defined.
7.1.2 Naskhah yang Berkualiti Error! Bookmark not
defined.
7.1.3 Pengurusan persembahan seni yang mapan Error!
Bookmark not defined.
7.1.4 Kekurangan artis berbakat dan peralatan
berteknologi tinggi Error! Bookmark not defined.

BAB VIII CABARAN DALAM PENGURUSAN PERSEMBAHAN SENI

Pengenalan Dalam Pengurusan Persembahan Seni

RUJUKAN

Lampiran A Borang Soal Selidik Error! Bookmark not defined.

Lampiran B Sila beri tajuk lampiran B yang panjang sikit untuk uji di
dalam kandungan Error! Bookmark not defined.

Lampiran C Sila beri tajuk lampiran C Error! Bookmark not defined.

Lampiran D Tajuk Tajuk Error! Bookmark not defined.

Lampiran D.1 Tajuk Tajuk Error! Bookmark not defined.

Lampiran D.1.1 tajuk tajuk Error! Bookmark not defined.

4
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Definisi Kesenian
Kesenian adalah sesuatu produk, pertunjukan atau persembahan, benda atau
apa-apa yang berseni yang memiliki ciri-ciri estetika, keindahan atau kecantikan.
Kesenian lahir dari sentuhan rasa yang mendalam. Ianya dihasilkan untuk
meninggalkan kesan kepada nurani orang lain. Seni daripada sumber Ensiklopedia,
menterjemahkan seni sebagai jelmaan rasa indah yang terkandung dalam jiwa manusia,
dilahirkan dengan perantaraan alat komunikasi ke dalam bentuk yang dapat ditangkap
oleh pancaindera pendengaran (seni suara), penglihatan (seni lukis) atau dilahirkan
dengan perantaraan gerak (seni tari atau drama). Seni menjadi salah satu ruang untuk
dimanipulasikan secara harmoni. Kesan harmoni dalam seni berkait rapat antara
individu yang menghasilkannya dengan objek atau persembahan yang dihasilkan
Selain itu, seni juga dikaitkan dengan budaya, Jika seni mempunyai pengertian
yang tersendiri begitu juga dengan budaya. Budaya boleh didefinisikan sebagai satu
konsep yang penting untuk membandingkan perbezaan antara suatu masyarakat dengan
suatu masyarakat yang lain. Justeru itu, budaya secara amnya, merujuk kepada cara
hidup manusia. Ia merupakan perkembangan lanjut tubuh badan, akal dan semangat
manusia. Perkara ini dapat dilihat melalui etimologi perkataan “budaya” yang
bermaksud yakni budi sebagai aspek dalaman manusia manakala daya sebagai aspek
lahiriah manusia. Maka pada kesimpulannya, budaya boleh difahami sebagai segala
penghasilan masyarakat manusia. Seterusnya, berdasarkan definisi yang direncanakan
oleh Ahmad Rashidi bin Hasan di dalam buku Sejarah Seni Lukis adalah seni
merupakan satu bidang yang luas yang melibatkan pelbagai bidang kehidupan. Dalam
bidang tampak, kegiatan seni merangkumi antaranya lukisan, fotografi, cetakan dan
catan. Dalam bidang binaan pula, kegiatan seni merangkumi seni bina dan arca,
manakala dalam bidang kraftangan, kegiatan seni itu melibatkan pelbagai jenis dan
bentuk kraf seperti seramik, tekstil, anyaman dan sebagainya. Bidang seni persembahan
pula merangkumi kegiatan seperti drama, teater, muzik dan tarian.

1.2 Definisi Pengurusan Persembahan Seni

5
Seni Persembahan merujuk kepada teori dan amali tari, muzik dan drama, teater
dan filem. Seni Persembahan merupakan sebahagian daripada industry kreatif dan
budaya. Industri seni persembahan merangkumi tenaga manusia kreatif, produk artistik
dan kemudahan persembahan. Manakala, pengurusan acara ialah suatu bidang dimana
sesebuah acara itu dibuat atas dasar tertentu, sama ada kerana mengingati sesuatu, ulang
tahun, acara khas dan sebagainya. Aspek yang paling penting apabila membuat
sesebuah acara ialah perancangan, dimana ianya menjadi penentu acara yang bakal
dilakukan. Menurut Allen (2000), merancang sesebuah acara merupakan kata kunci
kepada perjalanan sesuatu acara, supaya berjalan lancar tanpa ada sekatan. Maka
dengan itu segala aspek penelitian harus dilakukan dengan baik agar perjalanan acara
nampak teratur. Menurut Wahab (2004), pengurusan acara adalah suatu cabang
pengurusan yang penting bagi memastikan satu-satu acara yang dikendalikan oleh
badan atau jawatankuasa tertentu dapat berjalan dengan jayanya. Terdapat berbagai
jenis acara yang diuruskan oleh berbagai kumpulan individu yang lebih dikenali sebagai
jawatankuasa penganjur yang kemungkinan secara terpaksa atau secara sukarela
melaksanakan sesuatu acara untuk faedah bersama ataupun bermotifkan keuntungan.
Dalam pengurusan seni persembahan, Pauline (1988:8) menyatakan bahawa
pengurusan seni persembahan melibatkan beberapa pihak iaitu, pasukan pengurusan
panggung, pengurusan produksi, pengurus teknikal panggung, pengurusan syarikat,
pemangku pengurus panggung, penolong pengurus panggung dan bahagian hartabenda.
Setiap pengurus mempunyai peraturan dan tugas masing-masing mengikut kepakaran.
Mereka akan melakukan tugas berdasarkan empat perkara iaitu selalu, kadang-kadang,
ganda dan kualiti.

6
BAB II
KAJIAN LEPAS

2.1 Kajian Lepas Tentang Pengurusan Persembahan Seni


Kajian amalan pengurusan organisasi seni di Malaysia pula ada dijalankan oleh
beberapa indvidu. Pertama adalah kajian oleh Zaiton Ismail (2002) yang bertajuk
Pengurusan Institusi Kesenian: Kes Istana Budaya. Kajian ini adalah mengenai aspek
pengurusan yang mengkaji tentang keberkesanan pengurusan seni persembahan di
Istana Budaya meliputi pengurusan bangunan dan organisasi, syarat pementasan,
prosedur pengurusan, carta aliran kerja, tugas dan tanggungjawab, serta panduan dan
etika menonton persembahan. Dalam kajian ini juga, Zaiton Ismail mengambil
pendekatan teori pengurusan birokrasi oleh Max Weber selain teori pengurusan lain
oleh Frederick W. Taylor dan Henry Fayol sebagai rujukan untuk meneliti setiap satu
aspek pengurusan yang ingin dikaji dalam kajian beliau.
Selain daripada itu, kajian oleh Bahizal Abu Bakar (2011) juga menjadi rujukan
dalam kajian ini. Sekali lagi, Istana Budaya dipilih sebagai sampel kajian dan Bahizal
Abu Bakar yang bertajuk Pengurusan Konsert: Panduan dan Amalan. Kajian ini
menyenaraikan penuh hampir kesemua keperluan berkenaan pengurusan seni
persembahan seperti konsert dan orkestra. Kajian beliau ada menyentuh tentang
pengurusan seni sama ada persembahan muzik, pengurusan acara, pengurusan artistik,
dan juga pengurusan orkestra. Meskipun ia adalah persembahan muzik, cara
pengurusannya hampir sama dengan pengurusan acara yang lain yang mempunyai
proses perancangan, pembentukan organisasi dan jawatankuasa- jawatankuasa yang
wujud dalam sesebuah persembahan pentas misalnya pengurus pentas, juru audio dan
pencahayaan, runner dan seumpamanya. Kajian ini juga menerangkan tentang
pengurusan tidak hanya tertumpu kepada pengurusan pentadbiran tetapi juga melihat
kepada aspek kepimpinan dan gaya komunikasi dalam sesebuah organisasi.
Pengurusan dalam konteks persembahan juga antara kajian yang boleh diguna
pakai sebagai rujukan dalam kajian ini. Pengurusan Persembahan: Pengalaman Peribadi
di Belakang Tabir Penerbitan Sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu oleh Abd. Ghani bin
Ahmad (2009) adalah kajian melihat bagaimana sebuah persembahan berbentuk sitcom

7
dengan memberi fokus kepada kerja-kerja di belakang tabir persembahan tersebut. Apa
yang berkait rapat dengan kajian pengurusan organisasi seni Unit Muzik ini adalah
mengenai pengurusan. Kajian oleh Abd. Ghani Ahmad ini ada menyentuh mengenai
pengurusan dan falsafah pengurusan. Kejayaan penerbitan sesebuah pementasan
menurut kajian ini dipengaruhi oleh pengurusan pentas. Perlunya perancangan dan
persediaan, latihan serta komitmen setiap ahli untuk menghasilkan sebuah persembahan
yang berjaya. Hal ini menunjukkan betapa pengurusan amat penting tidak hanya dalam
aspek persembahan tetapi juga dalam pentadbiran.

8
BAB III
KAEDAH KAJIAN
3.1 Pengenalan Kaedah Kajian
Kajian ini menggunakan metodologi secara perpustakaan iaitu kajian yang tidak
melibatkan aktiviti di lapangan. Metodologi ini lebih menjimatkan masa dan tidak
memerlukan kos yang tinggi. Walau bagaimana pun, cara ini adalah terhad dari segi
maklumat yang berkaitan dengan tajuk kajian memandangkan hanya bergantung
kepada bahan-bahan rujukan di perpustakaan. Namun begitu, metodologi ini dirasakan
paling sesuai bagi menjalankan kajian ini. Pengkaji telah menggunakan perkhidmatan
perpustakaan di Perpustakaan Tun Sri Lanang
Selain itu, kajian-kajian lepas juga perlu diteliti oleh pengkaji bagi menyokong
tajuk kajian dan menjadikannya sebagai sumber rujukan. Kebanyakan kajian-kajian
lepas itu diambil daripada kajian yang dilakukan di dalam negara. Selepas bahan-bahan
rujukan yang diperlukan dicari dan dijumpai, pengkaji mula membaca dan meneliti
setiap maklumat yang ada dalam rujukan-rujukan itu. Maklumat-maklumat itu mestilah
yang berkaitan dengan tajuk kajian
Saya juga telah membuat penyelidikan dengan melayari Internet dan mencari
laman-laman web yang berkaitan dengan kajian saya. Kaedah ini juga amat membantu
dalam kajian saya. Melalui kemudahan Internet, saya dapat mencari maklumat yang
diperlukan dalam masa yang singkat.

9
BAB IV
KEPENTINGAN DAN PERANAN KESENIAAN
4.1 Pengenalan Kepentingan Dan Peranan Keseniaan
Kepentingan seni dapat dikaitkan dalam kehidupan melalui pengaruhnya dalam
aktiviti sosial. Imej perlakuan dan tingkah laku manusia ditunjukkan melalui aksi figura.
Gambaran ini membawa penceritaan yang menimbulkan beberapa isu untuk menjawab
anggapan daripada masyarakat bahawa seni itu tiada apa-apa dan hanya kepuasan dan
hiburan. Proses evolusi membuktikan peranan seni dalam masyarakat dan sumbannya
dalam ketamadunan manusia tidak dapat dinafikan.
Dari sudut psikologi pula, seni itu meninggalkan suasana yang mengusik
perasaan audiens. Ada elemen visual seperti warna, jalinan dan garisan yang boleh
menarik perhatian audiens melalui kekucar-kaciran dalam bentuk pergerakan,
pengulangan dan suasana ruang. Perkara-perkara tersebut bergantung pada kemampuan
seniman, terdapat karya seni untuk membalikkan kesan suasana kepada pemerhati
dalam bentuk sama ada kuat, lemah, baik atau buruk. Kemampuan yang dimaksudkan
ini ialah sejauh mana karya itu boleh mempengaruhi perasaan dan dikaitkan dengan
penerimaan pemerhati untuk mengamati karya atau persembahan seni. Hal ini
membawa maksud, seni itu ada persamaan dengan perasaan. Seni itu mengandungi
lamunan perasaan oleh pemerhati dan perasaan yang dilahirkan daripada penghasilan
seniman itu sendiri.
Seni juga berperanan membawa perasaan sosial menjadi suatu karya yang
berhubung sesama manusia, serta manusia bersama-sama alam yang tersirat rasa sensasi
dan beremosi. Sesuatu yang lumrah dalam seni ialah aspek kejiwaan, pengalaman dan
emosi tidak dapat ditinggalkan. Sedikit sebanyak seniman akan mengajak pemerhati
berkongsi hal yang sama dalam kehidupan seniman. Hal ini bergantung pada sejauh
mana dekatnya diri dan pengetahuan tentang riwayat kehidupan seniman dan karyanya
yang diambil tahu oleh masyarakat.
Selain seni yang menyentuh kesegaran dan kematangan adanya seni yang gagal
apabila tiada kesimpulannya sendir, iaitu gagal menonjolkan keindahnnya. Gagal
menunjukkan pemahaman tentang seni dan keindahan dalam kehalusan objek seni,
seterusnya khalayak tidak merasai ada kehidupan di dalam seni itu. Seni yang
menjalinkan perasaan halus boleh melepasi sempadan pemikiran, ideology, sempadan
bangsa dan budaya. Hal ini membawa satu reaksi yang ada jawapannya apabila seni itu
dihayati dan sejarahnya dipelajari dalam kehidupan.

10
Sebagai ahli dalam masyarakat, aspek komunikasi yang berkesan amat penting.
Proses penyampaian komunikasi yang baik dan berkesan dapat mencerminkan
perspektif sosialisasi yang baik. Bidang seni dan kebudayaan ini sebagai
mediamendidik dan mengkritik yang lazim digunakan pada zaman dahulu
dan berkesansebagai media komunikasi. Aspek seni seperti wayang kulit, wayang
orang dan seniteater, syairdan seumpamanya mempunyai pesanan atau mesej
dalam bentukkomunikasi lisan dengan tujuan mendidik masyarakat. Oleh yang
demikian, komunikasiadalah alat dan sumber kepada manusia untuk terus berhubung
dengan orang lain. Tuan Yacob (1998), menyatakan komunikasi sebagai informatif,
iaitu seseorang individuitu mengerti dan mengetahui, dan juga sebagai persuatif, iaitu
agar seseorang individuitu bersedia menerima sesuatu perubahan atau keyakinan untuk
melakukan sesuatuperbuatan atau kegiatan.

11
BAB V
PENGURUSAN PERSEMBAHAN SENI

5.1 Pengurusan Persembahan Seni


Dalam melaksanakan pengurusan yang mapan daya pengurusan dan perancangan
perlu upaya inisiatif dan motivasi melalui diri penggerak utama, dan perlu sokongan
kuat para pengendali kegiatan secara usaha sama. Pengukuran yang berlaku adalah
bertunjangkan keupayaan pengurusan dan kepimpinan serta keberkesanan pelaksanaan.
Sebagai kerja usaha sama sesuatu pengukuran keupayaan pengelolaan dan pengurusan
persembahan sentiasa dilandaskan kepada tiga elemen yang telah dinyatakan di atas,
iaitu strategi, kewangan atau dana yang dicapai, dan keberhasilan persembahan grup
itu. Ganjaran yang sangat memuaskan dalam bergerak dalam kerja kreatif lebih dilihat
pada kepuasan dan ketahanan mental dan emosi para ahli dalam membuahkan
kecapaian kreatif.
Oleh itu, pengurusan persembahan seni memerlukan perancangan awal dan
rangka kerja yang sistematik bagi memudahkan mengurus aktiviti-aktiviti seni.
Perancangan dan perlaksanaan amat penting bagi pengurus persembahan seni untuk
menghasilkan sesebuah rekaan pakaian, jenis-jenis persembahan dan binaan set
sesebuah pementasan. Oleh itu, di dalam menjalankan sesuatu program seni terlebih
dahulu perlu merangka apakah agenda at au program yang ingin dilakukan. Maka itu,
satu mesyuarat akan dibentuk bagi melantik pengarah projek bagi mengetuai sesuatu
program seni. Dalam mesyuarat itu juga akan diberi penerangan bahawa pengarah perlu
membuat kertas kerja bagi tujuan mendapat pertimbangan dan kelulusan daripada
Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP), Universiti Kebangsaan Malaysia bagi
menjayakan sesuatu program seni serta bantuan kewangan. Setelah selesai berurusan
dengan pihak BHEP dan pengarah projek telah dilantik maka pengarah perlu memilih
beberapa orang untuk membentuk organisasi baru bagi menjayakan projek seni tersebut
yang bakal dilaksanakan. Pengarah perlu memastikan bahawa segalanya berjalan
mengikut prosuder yang telah ditetapkan. Bagi mana-mana Ahli Jawatan Kuasa (AJK)
yang melanggar peraturan yang telah ditetapkan maka boleh dilucutkan jawatan.
Pengarah perlu mengadakan mesyuarat susulan bagi mendapatkan jawapan mengenai
kerja yang telah dipertanggungjawab kepada AJK. Pengarah juga perlu mengadakan
mesyuarat terakhir dimana segala perutusan dan amanat terakhir disampaikan dan

12
segala persiapan sudah teratur. Setelah selesai acara pengarah perlu memastikan
segalanya kembali pada sedia asal. Post mortem perlu diadakan oleh pengarah dan perlu
dihadir oleh semua Ahli Jawatan Kuasa (AJK) bagi mengetahui kelemahan yang
ditimbul dan semua penyataan akan digunakan sebagai garis panduan bagi
penambahbaikan dan dapat mengajurkan program seni yang lebih baik pada masa
hadapan.
Pengarah dan Ahli Jawatan Kuasa (AJK) perlu membuat kajian tentang rujukan
dan menggunakan kaedah-kaedah seperti pemahaman maklumat serta berbincang atau
berkomunikasi dengan dramatis dan ahli-ahli dalam pasukan kreatif yang lain dapat
membantu mereka membuat perancangan dan perlaksanaan sesuatu program atau
majlis. Selain itu, mereka juga perlu mengkaji atau menimbang dengan jangkaan masa
dan kewangan yang akan digunakan untuk melaksanakan rekaan set pementasan
tersebut. Hal ini amat penting kerana jika sesuatu tugasan tidak dapat disiapkan dalam
jangkaan masa tertentu sememangnya ini akan meninggalkan kesan yang amat buruk
dalam pelbagai aspek. Kegagalan menguasai perkara yang disebutkan di atas boleh
menyebabkan gagal menghasilkan sesuatu persembahan seni yang mantap. Sebagai
contoh, bagi seni teater, seorang pereka set perlulah merancang melaksana dan menilai
sesebuah rekaan set dengan teliti supaya persembahan teater lebih mantap dan berkesan.
Pereka set juga perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kepelbagaian
kemahiran teknik dengan lebih sistematik dalam penghasilan sesebuah rekaan set
bermula dari penilaian skrip sehingga akhir sesebuah persembahan. Selain daripada
mendapat idea yang terbaik, aspek analisis fungsi juga penting dalam sesuatu rekaan
dan binaan set.
Analisis fungsi bertujuan mengenal pasti fungsi utama yang perlu dilakukan
oleh seseorang pereka. Takrif fungsi di sini merupakan ciri-ciri utama yang perlu ada
pada sesuatu rekaan untuk memenuhi keperluan atau tujuan rekabentuk. Bukan itu
sahaja, Raptai dimesti diadakan bagi melancarkan persembahan untuk sesebuah majlis.
Melalui raptai dapat menentukan sususan artis dalam persembahan. Artis juga dapat
menjangka masa dengan lebih tepat dalam persembahan. Artis dapat menjadikan raptai
sebagai medium untuk memperbaiki kelemahan atau sebarang masalah yang ada dalam
persembahan. Penyelaras majlis boleh memberi pandangan terhadap persembahannya.
Aspek teknikal, kedudukan artis dan mekanisme persembahan dapat diperbaiki melalui
raptai untuk memberi persembahan yang mantap pada hari kejadian. Pengurus
persembahan seni juga dapat menggunakan idea alternatifnya jika peracangan awalnya
bermasalah. Jika artis yang terlibat lebih daripada satu persembahan perlu diberikan
jangka masa yang tepat untuk bersedia untuk persembahan yang seterusnya untuk
mengelakkan situasi kelam kabut bagi artisnya. Persiapan tempat dan logistik perlu
diteliti dengan baik memandangkan ia akan mempengaruhi kelancaran majlis dan
persembahan, pergerakan petugas dan tetamu kehormat serta keselesaan tetamu.
Pengurus persembahan seni perlu memastikan keadaan pentas akan digunakan dalam
keadaan selamat. Beliau juga perlu bekerjasama dengan pengurus teknikal untuk
melancarkan persembahanya dari segi penggunaan sistem dan lagu.

13
Dengan itu, sebarang usaha pembangunan seni persembahan terikat kepada
syarat nilai seni dan estetik lalu perlaksanaan persembahannya hendaklah sewajarnya
memberi tumpuan kepada aspek berikut:

1. Memiliki sesuatu stail persembahan yang dikenal pasti dan difahami.


2. Mengandungi interaksi dan pembicaraan terpilih, iaitu merujuk kepada
perkara-perkara berikut:
i. Kepaduan persepsi (penyampaian & perlambangan –
mengesankan pemaknaan, situasi & konteks).
ii. Klasifikasi yang nyata (menepati genre & stail).
iii. Penguasaan kognitif (boleh dibuktikan secara afektif, emosi &
maklum balas).
3. Dikaitkan kepada yang menyentuh perasaan dan sosial budaya, iaitu
merujuk kepada:
i. Integrasi peringatan (sesuatu yang biasa kerana berhubung rapat
dengan asosiasi budaya serta kesukaan peserta/ penonton).
ii. Merangsang penilaian (sama ada berasaskan kepuasan cita rasa
atau pemikiran, atau kedua-duanya sekali).

Diingat bahawa sesebuah persembahan seni yang mantap bahkan sebarang


usaha persembahan tidak boleh dijayakan seorang diri, sebaliknya perlukan usaha sama
dalam kumpulan. Dalam menangani usaha bersama itulah perlu seorang pemimpin yang
memiliki daya pengetahuan yang mapan terhadap sesuatu bentuk seni persembahan
yang diusahakan; dan melalui kendaliannya setiap ahli perlu mempunyai keupayaan
seperti berikut:
 Hendaklah jelas pegangan kumpulan kepada sesuatu gaya atau stail yang
dikenal pasti dan difahami.
 Hendaklah memiliki pengetahuan dalam bidang persembahan yang
diceburi.
 Perlu berkemampuan mengekalkan kegiatan.
 Sentiasa berfikiran strategik dan terus menerus melaksanakan kegiatan.
Secara ringkasan, pengukuran keupayaan pengelolaan atau pengurusan persembahan
sentiasa dilandaskan kepada perlaksanaan kumpulan yang berlandaskan kepada
kejelasan strategi, pencapaian kewangan atau dana yang didapati, dan, keberhasilan
persembahan kumpulan itu.
14
BAB VI
ELEMEN UTAMA DALAM PENGURUSAN PERSEMBAHAN SENI

6.1 Pengenalan Elemen Utama Dalam Pengurusan Persembahan Seni

Pra Pasca
Persembahan Persembahan
persembahan
-Pelaksaan mesyuarat
dengan ahli Acara mahupun program Memperlihatkan kejayaan
pengurusan seni yang dianjurkan dan keberkesanan serta
- Perancangan sedang berlangsung kelancaran perlaksaan
belanjawan -Semua tenaga kerja sesebuah program dan
manusia harus acara yang telah dilakukan
-Pemilihan aktivtiti mengikut perancangan
kesenian memastikan semua
perancangan berjalan persembahan.
dengan lancar mengikut Mengemaskini laporan
apa yang telah produksi untuk post
dirancangkan di mortem, pengstoran
peringkat Pra barang dan kebersihan
persembahan tempat.

JADUAL 6.1 Pengenalan Elemen Utama Dalam Pengurusan Persembahan Seni

15
BAB VII
CABARAN DALAM PENGURUSAN PERSEMBAHAN SENI
7.1 Pengenalan Cabaran Dalam Pengurusan Persembahan Seni
7.1.1 Kekangan Sumber Pendapatan Tetap
Dalam masyarakat tempatan satu pendapatan tetap amat diperlukan untuk
meneruskan hidup. Dalam hal ini, pendapatan tetap boleh diperoleh melalui bekerja
bergaji dan juga menjalankan perniagaan yang menguntungkan. Perkara ini amat
memberi kesan dalam pengurusan sesebuah program atau majlis. Hal ini kerana,
sebelum menyampaikan persembahan seni yang sempurna perlu lakukan latihan yang
kerap untuk memperkasakan gerakanya. Tenaga manusia yang digunakan sama ada
dalam pengurusan persembahan seni perlu dibayar keatas kerahan tenaga dan masa
mereka. Perkara –pekara yang disebut di atas akan memberi kos yang perlu dibayar.
Namun begitu, jika kumpulan pengurusan persembahan seni besar maka kosnya juga
meningkat. Maka perancangan wang perlu diperincikan supaya tidak berlaku
pertindihan dan penangguhan pembayaran. Jika tidak, tuntutan untuk mendapatkan
pendapatan tetap ialah satu bentuk tanggungjawab yang berat dan sebahagian daripada
mereka terpaksa meninggalkan bidang ini dan beralih arah kepada bidang lain seperti
mendapatkan kerjaya bergaji atau menjalankan perniagaan lain. Manakala, kepada
kumpulan penggiat di belakang tabir pula mereka memilih untuk mengembangkan
kebolehan mereka dalam bentuk seni persembahan lain seperti menjadi pereka lampu
bagi persembahan konsert ataupun menjadi kumpulan teknikal dan rakaman video
komersial ataupun filem. Tidak kurang juga terlibat sebagai krew acara dan
persembahan. Ini ialah untuk mendapat sumber pendapatan yang lebih kerap. Hal ini
kerana perkara ini lebih baik daripada tidak mempunyai pendapatan tetap. Namun
begitu, masih banyak yang memilih untuk tidak terlibat terus dalam seni teater Ini untuk
mengurangkan tekanan daripada tidak mendapat sumber pendapatan tetap kepada
mendapat sumber pendapatan yang kerap. Oleh itu, dengan memberikan gaji atau upah
yang dijanjikan pada masa yang tepat dapat mengelakkan perkara ini.

16
7.1.2Naskhah yang Berkualiti
Naskhah yang berkualiti akan memberi kepuasan menonton kepada penonton.
Selain itu, naskhah yang berkualiti juga mampu untuk membincangkan banyak perkara
secara berkesan dalam medium persembahan seni. Untuk menghasilkan skrip dan
pengaliran persembahan sebegini bukanlah satu tugas yang mudah. Ramai tidak
sedarakan betapa pentingnya satu skrip yang berkualiti untuk dihidangkan kepada
penonton tetapi sebaliknya lebih mementingkan keuntungan semata-mata.Jumlah skrip
berkualiti yang dihasilkan oleh penggiat-penggiat muda adalah terlalu
sedikit..Pengarah-pengarah baharu kurang mendapat pendedahan untuk membuat satu
bentuk pengarahan baharu tetapi sebaliknya hanya membuat arahan yang biasa dan
kurang menarik.Dalam hal ini, walaupun naskhah bagus telah dipilih tetapi perkara lain
seperti pengarahan pentas juga tidak boleh diabaikan.Walaupun masalah naskhah
kurang berkualiti ini wujud namun begitu, masih adakumpulan produksi dan pengkarya
yang boleh menghasilkan naskhah yang bagus. Mereka ialah individu berbakat yang
ada suntikan ilmu penulisan dalam menghasilkan karya yangbaik. Namun begitu,
perkara ini masih tidak membanggakan kerana masih terdapat banyak naskhah yang
kurang berkualiti sekaligus menafikan naskhah yang bagus untuk dianggap sebagai satu
persembahan teater yang perlu ditonton. Secara langsung naskhah skrip yang tidak
menarik akan memberi impak kepada persembahan. Maka perkarangan dan pemilihan
skrip bukan sahaja memberi persembahan yang menarik namun dapat meningkatkan
pendapatan.

7.1.3Pengurusan persembahan seni yang mapan.


Tenaga manusia adalah elemen yang penting dalam pengurusan persembahan
seni. Persembahan seni sentiasa memerlukan kesediaan ahli-ahlinya kepada daya hasil
karya agar menepati keperluan promosi untuk merangsang khalayak serta membuat
persembahan. Pengurusan persembahan seni mampu mengatur arus dinamik
masyarakat dalam memberi kefahaman, kenikmatan dan kesedaran kepada khalayak
terutama dalam bidang seni melalui persembahanya. Sementara itu, mengurus
persembahan seni bukan boleh dilakukan oleh sebarang orang; kerana prosesnya sama
seperti melakukan prosedur untuk mengurus organisasi walaupun matlamat akhirnya
keuntungan wang ringgit tetapi dengan menjaga kebajikan ahlinya diutamakan juga.
Dalam melaksanakan pengurusan yang mapan, daya pengurusan dan perancangan
diperlukan supaya inisiatif dan motivasi melalui diri penggerak utama, dan perlu
sokongan kuat para pengendali kegiatan secara usaha sama. Pengukuran yang berlaku
adalah berdasarkan keupayaan pengurusan dan kepimpinan serta keberkesanan
pelaksanaan. Sebagai kerja usaha sama sesuatu pengukuran keupayaan pengelolaan dan
pengurusan persembahan sentiasa dilandaskan kepada tiga elemen iaitu strategi,
kewangan atau dana yang dicapai, dan keberhasilan persembahan kumpulan itu.
Ganjaran yang sangat memuaskan dalam bergerak dalam persembahan seni lebih dilihat
pada kepuasan dan ketahanan mental dan emosi para ahli dalam membuahkan
kecapaian kreatif melalui persembahan yang mantap.
17
7.1.4 Kekurangan artis berbakat dan peralatan berteknologi tinggi
Ramai artis hanya berbekalkan kecantikan dan gelaran ratu cantik dari luaranya
sahaja. Malah mereka gagal menjiwai watak lakonan atau persembahanya dengan
berkesan. Artis juga berkelalukan kurang berdisiplin seperti tidak menghadiri latihan
atau bersedia mempelajari sesuatu yang baru. Bukan itu sahaja, peralatan atau pros
canggih serta kreativiti dapat menghasilkan sesuatu persembahan yang menarik.
Penggunaan teknologi dapat menghasilkan kesan khas dan teknik suntingan yang baik
dalam persembahan.

BAB VIII
RUMUSAN
8.1 KESIMPULAN
Seniman perlu berusaha memberi persembahan yang menarik. Seniman sentiasa
bertanggungjawab menyampaikan mesej melalui karya seni. Sebagai individu seni,
hasil karyanya membawa pengaruh dan memberikan kesan pada persekitaran. Dalam
karya seni, mesej dan tema bersama-sama persekitaraya ialah sesuatu yang lumrah. Hal
yang berkaitan persekitaran masyarakatnya tidak disisih atau dibuang. Segalanya itu
ada kepentingannya dalam kehidupan. Oleh itu, dalam karya seni visual, konsep itu
dijelmakan dalam pelbagai bentuk genre seni visual secara sejagat atau universal yang
dapat diterima ramai. Namun, dalam menonjolkan identiti, karya bersifat peribadi atau
keakuan masih ketara wujud dan dibahaskan hingga kini. Hal yang demikian
disebabkan sifat peribadi yang terlalu mendalam itu sukar untuk dipisahkan dari dalam
diri seseorang pengkarya seni. Hubung kait keakuan dan kesejagatan dalam karya
sepatutnya berada seimbang dan berperanan untuk khalayak masyarakat memahami
susur-galur periwayatan seorang seniman. Walaupun keegoan yang mahu ditonjolkan,
namun atas dasar keseimbangan dan kesederhanaan perlu wujud kompromi yang saling
berperanan mengangkat mesej keakuan dalam gaya sejagat. Kematangan seniman
mengolah dan memanipulasikan medium baharu bersama-sama seni dan teknologi
membawa perkembangan inovasi dalam karya. Matlamat yang diperoleh dalam
semangat memahami sesuatu karya menunjukkan berlakunya perkongsian idea,
kemahiran dan pengalaman. Dalam menghasilkan karya, selalu difikirkan tentang
kehendak manusia. Namun, segala kelakuan, perasaan tersebut dapat dibendung dengan
pengurusan yang sistematik. Maka, wujudan pengurusan dalam persembahan juga
18
dapat memudahkan artis mempersembahkan mahupun penonton dapat menonton
persembahan yang cukup menarik. Hal ini disebabkan dalam sesebuah persembahan
bukan sahaja artis mengerah tenaga tetapi pihak pengurusan turut memainkan peranan.
Pengurusan perlu bergerak awal bagi pemasaran, publisiti dan logistic untuk meningkat
penontonya.

RUJUKAN

Buku
1. Pauline Menear And Terry Hawkins, 1988, Stage Management And Theater
Administration, Phaidon Press Limited, Littlegate House, Halama 8
2. Mohamed Noor Othman,2014, Isu dan pemikiran dalam seni visual , Dewan
Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, Malaysia. Halaman 56
Jurnal
1. Sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu, Abd. Ghani bin Ahmad: Pengurusan
Persembahan: Pengalaman Peribadi di Belakang Tabir Penerbitan (2009)
2. Bahizal Abu Bakar: Pengurusan Konsert: Panduan dan Amalan (2011)
3. Zaiton Ismail: Pengurusan Institusi Kesenian: Kes Istana Budaya (2002)
Laman Sesawang
1. Azlan Bin Johar, 2007,
https://ir.unimas.my/6336/1/Azlan%20Bin%20Johar(24%20pages).pdf,
2. Thavamalar a/p Tausee Ganu, 2017
https://ir.unimas.my/6386/1/THAVAMALAR%20AP%20TAUSEE%20GAN
U(24%20pages).pdf
3. Ab Samad Kechot & Sabzali Musa Kahn, 2011
https://www.researchgate.net/publication/245584403_Pengurusan_Artistik_Ka

19
jian_Mengenai_Peranan_Set_Selaku_Tenaga_Kreatif_Dalam_Seni_Persemba
han_Pentas_Di_Malaysia

20

Anda mungkin juga menyukai