Anda di halaman 1dari 17

SSeMKL

1.0 PENGHARGAAN

Syukur alhamdulillah kerana dengan keizinan-Nya, maka saya telah dapat

menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Tugasan ini memberi banyak manfaat

kepada saya dari segi pengetahuan dan pengalaman semasa menyiapkannya.

Pertama sekali, saya ingin mendedikasikan jutaan terima kasih ini kepada

jurulatih sv saya, bonda Rafidah binti Saharudin kerana memberi bimbingan, tunjuk

ajar serta garis panduan sepanjang tempoh saya menyiapkan tugasan ini mengikut

kriteria yang ditetapkan. Tanpa tunjuk ajar dan dorongan beliau, tidak mungkin saya

dapat menyelesaikan tugasan yang diberikan.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada kedua ibu bapa saya di atas dorongan

dan sokongan yang diberikan serta sumbangan dari segi wang, masa dan idea

kepada saya untuk menambahbaik tugasan ini. Malah turut membantu menyemak

dan membuat teguran agar saya memperolehi hasil tugasan yang memuaskan.

Saya juga ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada Puan Nurhidayah

binti Zakaria dari Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara(JKKN), yang bermurah

hati membantu dan memberi kebenaran kepada saya mendapatkan maklumat

daripada pihak JKKN serta rakan-rakan yang turut menyumbangkan buah fikiran,

cadangan dan memberi kata-kata semangat dan sentiasa berfikiran positif.

Akhir kata, terima kasih sekali lagi kepada semua pihak yang terlibat memberi

kerjasama dan bantuan kepada saya, sama ada secara langsung ataupun tidak

langsung dalam menyiapkan tugasan ini.

Sekian, terima kasih.


SSeMKL

2.0 ISI KANDUNGAN

Kandungan MS
1.0 Penghargaan 1

2.0 Isi kandungan 2

3.0 Pengenalan 3-5

4.0 Media dan teknik catan cat air 6-9

5.0 Tokoh catan cat air tempatan 10-11

5.1 Gambar tokoh 10

5.2 Biodata tokoh 10

5.3 Karya 11

6.0 Tokoh catan cat air antarabangsa 12-14

6.1 Gambar tokoh 12

6.2 Biodata tokoh 12

6.3 Karya 13 - 14

7.0 Rujukan 15
SSeMKL

3.0 PENGENALAN CATAN CAT AIR

Catan cat air mempunyai sifat-sifat serta keistimewaan tersendiri yang

tersimpan ciri-ciri artistik. Ia merupakan proses hasil seni bahan tara pigmen warna

pada permukaan rata seperti kertas atau canvas serta mewakili gambaran pemikiran

atau rekaan tertentu sama ada nyata atau abstrak. Ia juga merupakan hasil seni

yang menghasilkan corak dalam bentuk dua dimensi.

Dalam seni lukis catan cat air, pelukis biasanya lebih cenderung

menggunakan warna air sebagai media utama untuk mengekspresikan idea-idea

mereka. Warna air ini juga, boleh didapati dalam bentuk kiub dan tiub. Manakala air

pula digunakan sebagai bahan tara untuk mencairkan warna. Disamping itu, terdapat

beberapa agen pelarut yang turut digunakan seperti gam arab, minyak linsid,

turpentine dan air dalam kerja catan.

Catan cat air juga, mempunyai kesan khusus dan ciri-ciri khas yang tersendiri.

Ia memiliki sifat-sifat lut sinar dengan warna lembut yang menarik serta teksturnya

yang unik memberikan kesan estetik yang sulit dicapai oleh material lain. Walaupun

lambat kering sehingga memungkinkan ekspresi spontan, namun ia dapat

menimbulkan kesan-kesan tertentu untuk memberikan variasi dan kepelbagaian

dalam sesuatu catan. Teknik yang diaplikasikan dalam catan cat air tidak akan

menutup dan menghilangkan warna dasarnya. Pengolahan ruang yang seimbang

juga digunakan supaya ia mudah terpengaruh oleh suasana sekitar, umpamanya

kelembapan atau kekeringan udara.


SSeMKL
Terdapat empat teknik mewarna dalam catan cat air iaitu basah atas basah,

basah atas kering, kering atas basah dan kering atas kering. Karya catan cat air

biasanya dihasilkan pada kertas lukisan. Ia juga cepat kering tetapi kurang bertahan

lama. Dalam menghasilkan karya catan cat air, peralatan dan bahan yang diperlukan

adalah seperti dibawah :

3.1 pensil dan pemadam untuk melukis lakaran kasar

3.2 pewarna atau pigmen dalam bentuk kiub atau tiub

3.3 palet untuk membancuh warna sebelum disapu pada lukisan

3.4 bekas air untuk mencuci berus

3.5 kertas cat air jalinan kasar atau katrij tebal

3.6 berus cat jenis lembut pelbagai saiz

Aliran ini mula berkembang pada zaman Renaissance yang diterajui oleh

Leonardo Da Vincci, Albrecht Durer dan Michelangelo. Penghasilan catan pada

awalnya telah dijumpai pada dinding gua yang dihasilkan oleh manusia pada zaman

purba lagi. Penggunaan materialnya adalah menggunakan bahan-bahan semulajadi

yang dicampur dengan air dan disapukan pada permukaan dinding gua.

Sejarah catan cat air di Malaysia mula berkembang pada tahun 1930-an pada

abad ke-19. Kemunculan pelukis-pelukis tanah air sejak era sebelum merdeka

sehingga kini dipengaruhi oleh pelbagai faktor, aliran, gaya, penggunaan bahan

serta teknik. Malah, terdapat pelbagai idea gubahan dalam karya seni catan yang

dirujuk sebagai aliran-aliran seni contohnya aliran realisme, naturalisme, surealisme

dan lain-lain. Antara tokoh seni catan cat air yang terkemuka ialah Yong Mun Seng

dan Abdullah Ariff.


SSeMKL
Yong Mun Seng dikenali sebagai Bapa Lukisan cat air di Malaysia. Beliau

merupakan pengasas catan tanah air, karya-karya cat air beliau bertemakan alam

dan manusia. Beliau juga dipengaruhi dengan gaya aliran impresionisme Eropah dan

menggunakan sapuan berus kaligrafi Cina. Manakala Abdullah Ariff pula diperakui

oleh Yong Mun Seng sebagai pelopor seni lukis cat air di Malaysia. Beliau juga

terkenal dengan kepakaran mengawal media. Karya-karya beliau lebih cenderung

kepada ciri-ciri Eropah dan lebih banyak menggunakan tema landskap.

Menerusi sesebuah karya catan,seseorang pelukis dapat membuat

interpretasi pandangan, merakam gambar yang dilihat dan dirasai serta

menyampaikan hasrat diri atau masyarakat melalui imej visual yang tertentu. Melalui

catan cat air juga pelukis membuat penerokaan yang jauh dan mendalam tentang

gaya persembahan yang asli dan tersendiri.

Untuk menghasilkan karya seni catan cat air yang baik, pelukis hendaklah

membuat beberapa lakaran kasar dengan berpandukan olahan idea dan tema.

Contohnya mendapatkan sudut pandangan yang menarik, pecahan ruang yang

seimbang dan rupa bentuk yang tepat supaya pengkarya dapat menginterpretasikan

hasil kerja seni yang menarik dan unik.


SSeMKL

4.0 MEDIA DAN TEKNIK CATAN CAT AIR

Secara umumnya, seni catan cat air merujuk kepada lukisan yang dihasilkan

dengan menggunakan media basah yang disapu menggunakan berus di atas

permukaan yang rata. Antara media dan teknik catan cat air yang digunakan ialah :

4.1 Media

4.11 Cat air – lut sinar dan legap

4.12 Cat poster – legap

4.13 Cat guace – legap

4.14 Cat akrilik – legap

4.15 Cat tempera – lut sinar dan lembut

4.2 Perantara Media Catan


SSeMKL

Jadual 1.1 , mengklasifikasi pelbagai jenis media dan teknik untuk menghasilkan

karya seni catan:-

Jenis Bahantara Teknik Kesan Sapuan


Media
Cat Air Air -Basah atas basah Bersifat lut sinar, lembut boleh
-Basah atas kering dibuat legap sekiranya cat air dari
-Kering atas basah tiub.cat air akan tebal sekiranya
-Kering atas basah disapu berlapis-lapis pada
permukaan kertas.
Pengilat : gam arab
Cat Poster Air -Scrumbling Bersifat legap dan tebal, cepat
-Glazing kering dan sesuai untuk permukaan
-Pointisme kertas.
-Impasto Pengilat : bahan pelarut air
-Hard edge
SSeMKL
Cat Akrilik -Air -Scrumbling Pelbagai teknik dan legap, seperti
-Tupertine -Glazing cat air dan cat minyak. Cepat kering.
-Pointisme Pengilat : retarder,gloss medium,
-Impasto maffe medium dan gel medium.
-Hard edge
Cat Gouce Air Campuran warna Bersifat lut sinar dan legap. Kalis air
tebal atau nipis dan minyak apabila telah kering.
boleh mendapat Pengilat : gam arab
kesan seperti cat
minyak.
Cat Air Campuran warna Agak lut sinar dan lembut tetapi
Tempera tebal atau nipis tidak seperti air.
boleh mendapat Pengilat : kuning telur
kesan seperti cat
minyak.

4.3 Teknik

4.31 Teknik basah atas basah

Campuran warna yang basah disapu atas permukaan kertas yang

basah. Teknik ini sesuai untuk menampakkan kesan air atau

awan.

4.32 Teknik basah atas kering

Warna yang basah disapu atas permukaan yang kering, sesuai untuk

menampakkan jalinan imej lut sinar pada sesuatu permukaan

atau imej.
SSeMKL
4.33 Teknik kering atas kering

Warna disapu tanpa campuran air atau campuran air yang sedikit.

Campuran warna yang agak pekat atau likat disapu di atas

permukaan kering atau yang mempunyai warna yang sudah

kering. Kesan yang menampakkan jalinan pada sesuatu objek

dan legap.

4.34 Teknik kering atas basah

Warna disapu tanpa campuran air di atas permukaan kertas yang

basah. Teknik ini memberikan kesan legap dan jalinan.

4.4 Jadual 1.2 Contoh Media, teknik dan hasil karya

Media Teknik Hasil karya


Cat air Basah atas basah
SSeMKL
Cat air Kering atas basah

Cat air Kering atas kering

Cat air Renjisan

5.0 TOKOH CATAN CAT AIR TEMPATAN

Abdullah Ariff
SSeMKL
● Dilahirkan di Pulau Pinang pada tahun 1904.

● Beliau merupakan seorang guru seni di Anglo-Chinese School, Penang.

● Beliau diiktiraf sebagai pelopor seni lukis cat air di Malaysia.

● Beliau telah bekerja di Kuala Lumpur pada tahun 1945 sebagai seorang

kartunis surat khabar ​The Straits Echo.​

● Pendekatan karya-karya beliau lebih bersifat ‘Eropah’ dengan gaya pelukis

Barat.

● Pada tahun 1947, beliau kembali ke Pulau Pinang dan bergiat aktif dalam

kegiatan politik.

● Pada 1955, beliau menyertai ​United Society of Artists,​ kumpulan pameran di

galeri ​Royal Society of Art (FRSA),Inggeris.​

● Pada tahun 1957, salah satu lukisan beliau dipilih sebagai hadiah peribadi

untuk disampaikan kepada Tunku Abdul Rahman.

● Abdullah Ariff meninggal dunia pada tahun 1962. Beliau meninggalkan

warisan lukisan cat air yang terkenal hingga ke hari ini.

● Falsafah Abdullah Ariff tentang seni adalah ‘Seni tidak mengenal halangan’.

5.1 KARYA CATAN PELUKIS TEMPATAN (ABDULLAH ARIFF)

Tajuk : Coconut Plantation - Dawn


Media : Cat air
SSeMKL
Bahan : cat air dan kertas katrij
Tahun : 1948

Tajuk : Bumi Bahagia(Lombong Bijih Timah Malaya)


Media : cat air
Bahan : cat air dan kertas katrij
Tahun : 1960

Karya catan cat air Abdullah Ariff ini berkeupayaan meninggalkan kesan

emosi yang mendalam. Kelebihannya menyerlah dari segi eksplorasi teknik wash

dan bersifat konsisten adalah dekat dengan diri pelukis dalam berkarya. Karya di

atas adalah di antara karya yang banyak diberi apresiasi oleh pengkritik dan

sejarawan seni sebagai aliran catan cat air yang terawal dalam sejarah

perkembangan seni lukis tanah air.

6.0 TOKOH CATAN CAT AIR ANTARABANGSA


SSeMKL

Leornado da Vinci

● Nama sebenar ​Leonardo da Vinci ialah ​Leonardo di Ser Piero da Vinci​, beliau

sangat popular terutama dalam bidang seni lukis.

● Beliau dilahirkan pada 15 April 1452 di ​Firenze, Italia.

● Sejak kecil ​Da Vinci sudah mulai belajar melukis dengan dengan ​Andrea del

Verrocchio.

● Da Vinci juga dikenali sebagai ilmuwan kerana mempunyai banyak idea dan

telah mencipta pelbagai gagasan seperti ​tank​, mobil, kapal selam dan

pesawat terbang.

● Antara dua lukisan popular beliau berjudul ​The Last Supper (jamuan makan

terakhir) dan Mona Lisa.

● ​ dalah lukisan Mona


Karyanya yang masih tersimpan di muzium ​Louvre Paris a

Lisa yang mengundang perdebatan sehingga kini.

● Leonardo da Vinci meninggal dunia di ​Clos Lucé, Perancis, pada 2 Mei 1519

ketika berumur 67 tahun dan dikuburkan di ​Kapel St. Hubert di ​kastel

Amboise,Perancis.

6.1 KARYA CATAN PELUKIS ANTARABANGSA (LEORNADO DA VINCI)


SSeMKL

Tajuk : Monalisa
Media : Cat minyak
Bahan : Kayu
Tahun : a​bad ke-15

Tajuk : ​Lady with an Ermine


Media : Cat minyak
Bahan : Kertas Walnut
Tahun : 1489 - 1490
SSeMKL
Da Vinci selalu membuat lukisan dalam dua versi yang berbeza atau

lebih. Beliau memang terkenal sebagai seseorang yang cepat ragu-ragu dan akan

menghapuskan segala hal yang tidak disukainya. Kepintarannya tergambar dalam

karya-karyanya yang dikenali sebagai ​maestro lukis. ​Da Vinci juga adalah seorang

yang esoterik iaitu hanya difahami oleh orang-orang tertentu, dan kerap

menggunakan simbol-simbol dalam karyanya.


SSeMKL

7.0 Rujukan

Ali, A.R, Othman,A.M(2018), Mastery KSSM,Pendidikan Seni Visual,

Tingkatan 1,Teks Kreatif Pelangi.

B West, J. (March,2017). ​Leonardo da Vinci: engineer, bioengineer,

anatomist, and artist. ​American Journal of Physiology, 312(3), 392-397.

Dimuat turun daripada ​https://en.wikipedia.org/wiki/Leonardo_da_Vinci

Chee,K(2017), Pendidikan Seni Visual, KSSM Tingkatan 1,Teks Kreatif

Pelangi.

Zakaria Ali(2007), ​Abdullah Ariff​, father of modern art in Malaysia.​ Balai Seni

Negara
SSeMKL

Anda mungkin juga menyukai