Anda di halaman 1dari 29

$

PENGENALAN

Merupakan proses mewarna menggunakan bahantara warna seperti


cat air, cat akrilik, cat gouche, dan cat minyak di atas pelbagai
permukaan rata seperti kanvas, kertas dll.

CIRI-CIRI CATAN

1. Mewarna secara maksimum.


2. Merupakan cara membentuk imej secara abstrak atau realistik.

SEJARAH CATAN

1. Mula wujud sejak zaman Yunani Purba. Lebih tertumpu pada hal-
hal keagamaan.
PERBEZAAN LUKISAN DAN CATAN

LUKISAN
Menggunakan media kering atau warna yang paling minimum.

CATAN
Menggunakan media basah berasaskan pigmen warna seperti cat air,
akrilik, cat minyak dll.
PELBAGAI JENIS BERUS UNTUK CATAN
MEDIA CATAN

Media Ciri-ciri Bahan


Cat air Bersifat lut sinar dan boleh dilegapkan Kertas
Cat poster Bersifat legap dan lut sinar Kertas
Cat tempera Adalah teknik tertua, bersifat lut sinat Kertas/kanvas
Cat gouce Agak bersifat legap, hampir sama dengan cat air Kertas
Cat akrilik Bersifat lut sinar, legap dan cepat kering Kertas/kanvas
Cat Air
1. Pewarna atau pigmen dalam bentuk kek
atau tiub.
2. Pengilat: gam arab.
3. Bahantara: air
4. Ciri-ciri: bersifat lutsinar, boleh
menimbulkan kesan legap jika disapu
beberapa kali, membolehkan kerja-kerja
dilakukan dengan spontan.
Cat Minyak

1. Pewarna atau pigmen dalam bentuk


tiub.
2. Bahan pengilat: minyak linsid, minyak
poppy, atau minyak kacang untuk mencair
atau memekatkan cat.
3. Bahantara: turpentin.
4. Ciri-ciri : bersifat legap, licin, dan
berkilat atau kasar dan berjalinan
terpulang kepada teknik yang digunakan
CONTOH KARYA CATAN CAT MINYAK
Cat Poster

1. Pewarna dalam bentuk tiub atau botol.


2. Ciri-ciri: bersifat legap.
3. Bahantara: air.
4. Alat: berus pelabagai saiz jenis lembut
atau keras.
5. Kertas katrij tebal atau licin.
CONTOH KARYA CATAN CAT POSTER
Cat Akrilik

1. Pewarna ini dicampur dengan plastik


cecair berwarna putih yang menjadi cerah
apabila kering
2. Diperkenalkan pada tahun 1940-an.
3. Cat sintetik ini cepat kering dan sesuai
dengan teknik glazing, hard edge dan
impasto
4. Bahantara: air, tidak akan melarut
dalam air apabila kering
5. Teknik dan proses sama dengan catan
cat minyak.
Cat Tempera

1. Pewarna dalam bentuk tiub atau serbuk


2. Pengilat: kuningg telur
3. Bahantara: air.
4. Ciri-ciri: lutsinar hampir lembut, sama
seperti catan air di atas kertas. Akan
memberi kesan seperti catan cat minyak
jika pada permukaan keras dan tebal.
5. Alatan : berus pelbagai saiz dan jenis
lembut atau keras seta tempat
pembancuh warna.
6. Ketas: kertas tebal, kain, kanvas, papan
dan sebagainya.

Catan Cat tempera


CATAN CAT AIR
ALATAN DAN BAHAN CATAN CAT AIR

1. Pewarna atau pigmen dalam bentuk kek atau tiub


2. Pengilat: gam arab.
3. Bahantara: air
4. Ciri-ciri: bersifat lutsinar, boleh menimbulkan kesan legap jika
disapu beberapa kali, membolehkan kerja-kerja dilakukan dengan
spontan.
5. Alat: berus jenis lembut pelbagai saiz, palet, bekas air untuk
bancuhan warna, kertas cat air jalinan kasar atau kertas katrij tebal.
6. Teknik: basah atas basah, basah atas kering, kering atas basah
cat air dalam tiub cat air jenis kek

cat air boleh dimasukkan ke dalam bekas


warna, dibasahkan serta digunakan pada bila-
bila masa kerana ia boleh mengering dan
basah semula
pelbagai saiz dan bentuk jenis berus lembut

Kertas Cat Air pelbagai ketebalan dan


bertekstura
CONTOH CATAN CAT AIR
PROSES CATAN CAT AIR

Proses Catan Cat Air

1. Penyediaan Kertas Cat Air


Regangkan kertas cat air dengan merendam kertas ke dalam air dan
lekatkan pada papan alas (drawing board) dan lekatkan dengan pita
pelekat kertas (paper tape)

2. Penetapan Tajuk Catan


Pemilihan bahan kajian catan sama ada dari alam benda atau alam
semulajadi

3. Membuat Lakaran
Menghasilkan lakaran atau lukisan dengan ringkas atau sekiranya perlu.
Elakkan daripada memadam kerana permukaan kertas akan rosak jika
dipadam.
4. Proses Mewarna
Memulakan dengan mewarna dengan lapisan warna yang nipis dan ditindih
berperingkat dengan ton yang semakin gelap. Bahagian yang cerah atau
pantulan cahaya tidak perlu diwarnakan. Gunakan teknik-teknik catan cat air
yang perlu bagai kawasan-kawasan tertentu. contohnya jika melukis awan, langit
atau laut, teknik basah atas basah sesuai digunakan dengan berus yang bersaiz
besar atau span.

5. Kemasan dan Persembahan


Catan yang telah siap dibiarkan kering dalam keadaan rata. Catan perlu
dibingkaikan agar kelihatan menarik dan elakkan terdedah pada pancaran
matahari
TEKNIK-TEKNIK
PENGHASILAN CATAN AIR
TEKNIK BASAH ATAS BASAH

Teknik ini dilakukan dengan memasukkan


warna lain di atas warna yang sedia ada
semasa basah.

Ini bertujuan supaya warna kedua dapat


menyerap ke dalam warna pertama untuk
menghasilkan tona yang menarik. Untuk
tujuan ini kertas yang telah dibasahkan
hendaklah dihamparkan atas permukaan yang
rata, supaya air dapat bertindak mengalirkan
warna yang dimasukkan.

* Teknik ini amat sesuai apabila hendak


mewarna permukaan yang luas seperti langit,
tanah, dinding bangunan serta latar belakang
untuk lukisan alam benda.
TEKNIK BASAH ATAS KERING

Lapisan pertama dibiarkan kering terlebih


dahulu sebelum warna kedua yang basah
disapu dengan sapuan yang lembut. Teknik ini
juga sesuai digunakan pada permukaan yang
luas, tetapi kerja-kerja perincian hendaklah
dilakukan.

Untuk permukaan langit yang luas, pelukis


boleh menggunakan teknik ini untuk melukis
awan. Cara ini juga digunakan untuk
menggelapkan lapisan pertama dengan
memasukkan tona yang lebih gelap di atas
warna yang sedia ada.
TEKNIK KERING ATAS KERING

Maksud kering di sini bukanlah sebagai mana


kain kering di sidaian tetapi warna yang
melekat pada berus tidak banyak. Jika banyak
elok di sapu pada kertas lain atau tisu untuk
membuang warna yang lebih itu. Kemudian di
sapu di atas warna lain yang sudah kering
untuk menghasilkan warna yang lain. Tetapi
tidak tebal. Sekadar untuk mewujudkan
keharmonian warna dengan suasana
sekitarnya.

Anda mungkin juga menyukai