Anda di halaman 1dari 3

BAB 2 LUKISAN Tingkatan 4

Seni Halus.
1. Lukisan adalah kerja-kerja peringkat awal dalam bentuk imej untuk menghasilkan
karya-karya yang lebih kompleks, seni halus, animasi, seni bina dan sebagainya.
2. Bentuk-bentuk ini dihasilkan menggunakan media kering seperti pensil, pen,
arang, pastel dan sebagainya. Penggunaan warna amat terhad.
3. Antara pelukis-pelukis terkenal ialah Albrecht Durer dan Leonardo da Vinci yang
menggabungkan matematik dan lukisan dalam kajian figura mereka.
Perbezaan Lukisan dan catan
1. lakaran - merupakan proses lorekan ringkas dan cepat sebagai punca idea serta
perkembangannya.
2. Lukisan merupakan proses lanjutan melibatkan kerja yang lebih sistematik
menggunakan jalinan, ton, cahaya, ruang dan kompisisi.
3. Catan merupakan hasil karya 2D dengan penggunaan pelbagai teknik dan bahan
pewarna seperti cat yang memerlukan bahantara air dan minyak
4. Alatan dan bahan lukisan pensel, pensel warna, arang, karyon, pastel, pen dan
dakwat.
5. Karya lukisan yang dihasilkan biasanya menggunakan media jenis kering dan
tidak menggunakan warna kecuali warna daripada alat lukis seperti pensil warna,
krayon, dan lain-lain.
Teknik melukis
1. Teknik-teknik yang digunakan ialah teknik garisan, pangkah, titik, lorekan dan
campuran.
2. Pensil:
(a) Dibuat daripada arang dan tanah liat.
(b) Jenis keras (H) digunakan untuk melakar manakala jenis lembut (B) untuk
membuat lorekan atau ton.
(c) Kegelapan pensel ditentukan oleh gred pensel, kelajuan pensel semasa melukis
dan tekanan pada pensel.
3. Arang
(a) asalnya merupakan arang batang kayu yang terbakar. Media yang tertua sekali.
(b) Kelebihan arang ialah menghasilkan kesan gelap yang maksimum, lembut, lebih
tepat dan tajam, lorek yang pantas dan mampu melukis dalam kawasan yang luas
pada masa yang singkat.
(c) Teknik-teknik melukis arang ialah teknik gosokan, lorekan, basah dan memadam.
Asas Sebelum Melukis
1. Memilih teknik melukis.
2. Memahami perspektif dan pengaruh ruang serata cara penimbulan tiga dimensi
ilusi. Gunakan tetingkap fokus untuk lukisan pemandangan.
3. memilih objek atau tema.
4. menentukan cahaya dan sudut pandangan.
5. membuat lakaran objek.
6. jenis-jenis perspektif ialah perspektif satu titik lenyap, perspektif dua titik lenyap
dan perspektif tiga titik lenyap.

Pengetahuan asas
1. Kemahiran menggunakan bahan penting. Cuba kenali watak dan sifat bahan
sebelum melukis:
(a) Pensel H adalah jenis keras dan B adalah jenis lembut.
(b) Arang untuk memberi kesan ton gelap dan legap.
2. Mengetahui asas-asas seni reka untuk mewujudkan komposisi yang baik.
3. Memahami kesan dan pengaruh cahaya serta baying terhadap sesuatu bentuk.
Perspektif dalam lukisan
1.

Perspektif amat penting dalam sesebuah lukisan. Ia menampilkan perbezaan


dari segi saiz, warna dan jalinan sesuatu objek apabila ia berada jauh dari
pandangan mata.

Garisan Horizon
1. Garisan horizon ialah satu garis mendatar yang merentasi gambar.
2. Ia selalu berada pada paras mata pelukis dan kedudukannya bergantung dari paras
mata kita memandang sama ada dari tempat tinggi atau memandang sesuatu dari
jarak dekat.
3. Jika berdiri, aras pandangan mata akan turut meninggi dan jika kita duduk, aras
pandangan mata akan menjadi rendah. Begitu juga apabila kita mendongak atau
menundukkan kepala, ia akan mengubah garisan horizon.
4. Horizon sebenarnya tidak nampak atau nyata, kita tidak perlu menggunakan
garisan horizon untuk melakar gambar dalam perspektif.
5. Garisan Horizon juga dikenali sebagai garisan aras mata atau garisan kaki langit.
Titik lenyap
1. Semua garisan selari yang terdapat disekeliling kita seperti garis lurus di bahagian
kiri dan kanan jalanraya akan bertemu disuatu titik yang dipanggil titik lenyap.
2. Titik lenyap ialah satu titik yang terletak pada garis horizon. Titik lenyap
merupakan titik di mana semua garisan yang digunakan untuk melukis perspektif
bertemu.

Tetingkap Fokus
1. merupakan sekeping kad bod yang ditebuk di bahagian tengah.
2. Tujuannya untuk memfokus sesuatu objek atau halbenda.
3. Memilih sudut yang menarik dan indah.
4. Digunakan untuk melukis di luar studio.
5. Memberi tumpuan pada sesuatu objek khusus yang hendak dilukis sahaja.
6. Membantu mendapatkan gubahan, ruang atau kawasan yang menarik dan
membuat pemilihan reka letak sama ada menegak atau melintang.
Alatan dan bahan
1.
2.

Pensel
Arang

- diperbuat daripada grafit


- terhasil dari kayu yang dibakar menghasilkan ton warna hitam
yang tinggi
-

3.
4.
5.
6.

Kapur
Pastel
Krayon
Pensel warna

7.
8.
9.
10.

Dakwat
Pen
Pen marker
- mempunyai mata pen yang diperbuat daripada fiber dan gentian.
Perisian komputer

- diperbuat daripada lilin dan cair bila dipanaskan


- diperbuat daripada pigmen yang dicampur dengan lilin dan tanah
liat kaolin

Soalan
1. Apakah fungsi tetingkap fokus?
_____________________________________________________________________
2. Apakah yang dimaksudkan media kering dan media basah?
_____________________________________________________________________
3. Garisan _______________ dalam sebuah lukisan perspektif ialah satu garis
__________________ yang merentasi gambar.
4. Kesan ____________ dan _______________ akan menjadikan bentuk dan rupa
lukisan lebih kemas dan menarik.
5. Prinsip asas dalam lukisan bermula dengan ______________, kemudian
_____________, dan struktur garisan diikuti ________________.

10

Anda mungkin juga menyukai