Anda di halaman 1dari 6

PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 3

LUKISAN

Pengenalan

1. Lukisan adalah kerja-kerja peringkat awal bentuk imej untuk menghasilkan


karya-karya yang kompleks, seni halus, animasi, seni bina dan sebagainya.
2. Lukisan ialah karya seni visual dua dimensi yang dihasilkan dengan
menggunakan media kering seperti pensel, krayon, pen, pastel warna, arang,
pen marker, pensil warna dan sebagainya.
3. Bentuk-bentuk ini dihasilkan dengan menggunakan media kering seperti pensel,
arang, pastel dan sebagainya. Penggunaan warna amat terhad.
4. Teknik lukisan termasuk teknik garisan. Contohnya teknik garisan silang
pangkah, garisan berombak dan garisan selari, contengan, gosokan, titik dan
lorekan.
5. Proses menghasilkan karya lukisan adalah seperti berikut:

MENGENAL PASTI OBJEK MEMBAHAGIKAN RUANG


MENENTUKAN SUDUT
YANG HENDAK DILUKIS. KERTAS LUKISAN KEPADA
PANDANGAN,
RUANG BELAKANG, RUANG
PERSPEKTIF, TON DAN
TENGAH DAN RUANG HADAPAN
CAHAYA.

MEMPERINCIKAN KESAN TON (CAHAYA


MEMBUAT LAKARAN
DAN BAYANG), BENTUK DAN RUANG
KASAR DENGAN MELUKIS
UNTUK MELENGKAPKAN LUKISAN
GARISAN LUAR OBJEK.

Perbezaan Lakaran Lukisan dan Catan.

1. Lakaran merupakan proses awal lorekan ringkas dan cepat sebagai punca idea
serta perkembangnya.
2. Lukisan merupakan proses lanjutan melibatkan kerja yang lebih sistematik
menggunakan jalinan, ton, cahaya, ruang dan komposisi.
3. Alatan dan bahan lukisan: pensel, pensel warna, arang, krayon, pastel, pen dan
dakwat.

By: Nurul Shazleen Azahar (SMK ST JOSEPH MIRI)


PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 3

PENSEL
- Dibuat daripada arang dan tanah liat.
- Jenis keras (H) digunakan untuk
melakar manakala jenis lembut
(B) untuk membuat lorekan
atau ton.
- Kegelapan pensel ditentukan oleh gred
pensel, kelajuan pensel semasa melukis dan
tekanan pada pensel.
ARANG
- Asalnya merupakan arang batang kayu yang
terbakar. Media yang tertua sekali.
- Kelebihan arang ialah menghasilkan gelap yang
maksimum, lembut, lebih tepat dan tajam,
lorekan yang pantas dan mampu melukis dalam
kawasan yang luas pada masa yang singkat.
- Teknik-teknik melukis arang ialah teknik
gosokan, lorekan, basah dan memadam.

CATAN
Pengenalan

By: Nurul Shazleen Azahar (SMK ST JOSEPH MIRI)


PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 3

- Catan merupakan hasil seni 2 dimensi yang menggunakan media basah


- Catan memerlukan bahan pelarut seperti air untuk warna air dan minyak untuk cat
minyak (cat kilat)

2. Sejarah catan
- Sejarah awal catan bermula pada zaman Yunani Purba
- Zaman Renaissance abad ke-14 hingga 16 merupakan zaman kemuncak, pelukis
yang terkenal ialah Leonardo Da Vinci dengan lukisannya ‘Mona Lisa’
- Zaman Baroque dan Rococo abad ke-17 hingga 18
- Zaman Romantik dan impression abad ke 19 mengutamakan gaya Impressionisme,
Ekspressionisme dan Kiubisme
- zaman Seni Moden abad ke-20 mengutamakan gaya Surealisme

3. Aliran seni lukis / gaya catan


a- Realisme – lukisan / catan dibuat tepat dan menyerupai bentuk sebenar
b- Impresionisme – mengutamakan kesan suasana atmosfera dan tumpuan kepada
pencahayaan
c- Ekspresionisme – menekankan pernyataan emosi, bentuk objek tidak jelas
digambarkan
d- Ekspresionisme Abstrak – catan yang spontan, imej yang abstrak dan tiada sifat
realistic
f- Kiubsisme – mementingkan bentuk-bentuk geometri yang dipecah-pecah serta
menimbulkan ilusi 3 dimensi
g- Surealisme – menggambarkan imej bawah sedar atau khayalan
h- Seni Pop – menggunakan unsur-unsur tampak iklan atau bidang komersial
i- Seni Op (optic) – reka bentuk geometri, garisan dan warna tertentu untuk
menghasilkan imej gerak pada penglihatan.
4. Teknik Catan
a- Teknik impasto – menggunakan warna pekat terus daripada tiub warna kepada

By: Nurul Shazleen Azahar (SMK ST JOSEPH MIRI)


PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 3

berus atau pisau palet ke atas kanvas


b- Teknik glazing – mewarna selapis demi selapis untuk menimbulkan kesan lembut,
licin dan berkilau
c- Teknik titik (pointilisme) – menghasilkan titik-titik menggunakan berus untuk
membentuk objek
d- Teknik Hard Edge – mempunyai rupa bentuk yang jelas dan perbatasan yang
tepat, menggunakan ‘masking tape’ untuk memisahkan warna
e- Teknik Scumbling (melembut) – menggunakan lapisan nipis warna legap di atas
warna latar untuk menimbulkan kesan lutsinar atau kesan kusam
f- Teknik kolaj – menampal bahan kutipan ke permukaan lukisan/catan untuk
menghasilkan kesan tertentu
g- Teknik asemblaj – teknik mengabungkan bahan kutipan seperti kayu, logam, dan
sebagainya untuk menghasilkan karya 3 dimensi dalam membuat kolaj timbulan atau
arca

ARCA
Pengenalan
- Arca merupakan karya seni berbentuk 3 dimensi untuk dikaji dan dinikmati nilai
estetikanya
- Arca merupakan karya seni yang boleh dilihat, disentuh dan dirasai

2. Jenis-jenis arca
a- Arca Berfungsi – arca yang mempunyai nilai keindahan dan diguna untuk tujuan
tertentu seperti patung berhala untuk disembah
b- Arca Estetika – arca yang menjadi bahan tatapan sahaja untuk dinikmati nilai
seninya

3. Bahan binaan arca


- Arca biasanya dibina menggunakan tanah liat, kayu, batu, logam dan campuran
bahan-bahan tersebut.

By: Nurul Shazleen Azahar (SMK ST JOSEPH MIRI)


PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 3

4. Teknik membina arca


a- Arca luakan – memerlukan pengurangan, pembuangan dan pemotongan bahagian
tertentu sehingga bentuk yang dikehendaki terhasil
b- Arca binaan – satu bahan utama digunakan dan dibuat penambahan sehingga
terbentuk hasil yang dikehendaki
c- Arca asemblaj – menggunakan bahan-bahan yang berlainan seperti kayu, logam,
batu dsb untuk membentuk sesuatu yang menarik
d- Arca acuan – dibuat dengan menuang bahan seperti ‘plaster of paris’, lilin, simen,
tanah liat dsb ke dalam acuan
e- Arca timbulan – bentuk 3 dimensi tersembul keluar dari permukaan 2 dimensi, alat
yang biasa diguna seperti pahat, tukul, pengikir, dan pengikis
f- Arca bergerak/mobail/kinetik – arca ini boleh bergerak atau berputar, biasanya ia
dibuat daripada besi dawai, kepingan logam, dan bahan yang ringan
g- Arca dinding – dihasilkan di atas kepingan kayu atau logam nipis dan dijadikan
hiasan dinding, meja atau digantung pada siling
h- Arca gabungan – gabungan beberapa jenis arca di atas

CETAKAN 
Pengenalan
- Cetakan boleh didefinisikan sebagai proses menekan huruf atau gambar di atas
kertas, kain atau bahan lain
- Keistimewaan cetakan ialah ia boleh menghasilkan beberapa keeping salinanyang
asli

2. Jenis-jenis cetakan
a- Cetakan timbul – proses membuat cetakan dengan membubuh dakwat pada
permukaan tapak cetak yang terdiri daripada blok kayu, lino atau papan
b- Cetakan benam – dakwat dibubuh ke dalam turisan atau garisan, kertas perlu
dilembapkan dahulu sebelum mencetak

By: Nurul Shazleen Azahar (SMK ST JOSEPH MIRI)


PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 3

c- Cetakan litografi – menggunakan blok batu kapur, teknik ini berdasarkan penolakan
minyak dengan air dan hasilnya seakan-akan lukisan pensel
d- Cetakan gurisan asid – menggunakan kepingan logam dan asid untuk membentuk
jaluran parit
e- Cetakan saring sutera/stensil – menggunakan pemidang kain sutera dengan
menggunakan kaedah potongan kertas pendua, skrin profilem dan skrin foto

3. Kaedah cetakan stensil


a- Kaedah kertas pendua – imej digunting di atas kertas pendua
b- Kaedah profilem – filem laker diguna untuk membentuk corak/motif, seterika
diguna untuk melekatkan filem laker pada pemidang
c- Kaedah skrin foto – menggunakan filem asetat dan foto emulsi, dihasilkan melalui
proses dedahan cahaya lampu (250W – 500W) atau cahaya matahari

By: Nurul Shazleen Azahar (SMK ST JOSEPH MIRI)

Anda mungkin juga menyukai