LUKISAN
Pengenalan
1. Lakaran merupakan proses awal lorekan ringkas dan cepat sebagai punca idea
serta perkembangnya.
2. Lukisan merupakan proses lanjutan melibatkan kerja yang lebih sistematik
menggunakan jalinan, ton, cahaya, ruang dan komposisi.
3. Alatan dan bahan lukisan: pensel, pensel warna, arang, krayon, pastel, pen dan
dakwat.
PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 3
PENSEL
- Dibuat daripada arang dan tanah liat.
- Jenis keras (H) digunakan
untuk melakar manakala jenis
lembut (B) untuk membuat
lorekan atau ton.
- Kegelapan pensel ditentukan oleh gred
pensel, kelajuan pensel semasa melukis dan tekanan pada pensel.
ARANG
- Asalnya merupakan arang batang kayu yang
terbakar. Media yang tertua sekali.
- Kelebihan arang ialah menghasilkan gelap yang
maksimum, lembut, lebih tepat dan tajam,
lorekan yang pantas dan mampu melukis dalam
kawasan yang luas pada masa yang singkat.
- Teknik-teknik melukis arang ialah teknik
gosokan, lorekan, basah dan memadam.
PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 3
CATAN
Pengenalan
- Catan merupakan hasil seni 2 dimensi yang menggunakan media basah
- Catan memerlukan bahan pelarut seperti air untuk warna air dan minyak untuk cat
minyak (cat kilat)
2. Sejarah catan
- Sejarah awal catan bermula pada zaman Yunani Purba
- Zaman Renaissance abad ke-14 hingga 16 merupakan zaman kemuncak, pelukis
yang terkenal ialah Leonardo Da Vinci dengan lukisannya ‘Mona Lisa’
- Zaman Baroque dan Rococo abad ke-17 hingga 18
- Zaman Romantik dan impression abad ke 19 mengutamakan gaya Impressionisme,
Ekspressionisme dan Kiubisme
- zaman Seni Moden abad ke-20 mengutamakan gaya Surealisme
i- Seni Op (optic) – reka bentuk geometri, garisan dan warna tertentu untuk
menghasilkan imej gerak pada penglihatan.
4. Teknik Catan
a- Teknik impasto – menggunakan warna pekat terus daripada tiub warna kepada
berus atau pisau palet ke atas kanvas
b- Teknik glazing – mewarna selapis demi selapis untuk menimbulkan kesan lembut,
licin dan berkilau
c- Teknik titik (pointilisme) – menghasilkan titik-titik menggunakan berus untuk
membentuk objek
d- Teknik Hard Edge – mempunyai rupa bentuk yang jelas dan perbatasan yang
tepat, menggunakan ‘masking tape’ untuk memisahkan warna
e- Teknik Scumbling (melembut) – menggunakan lapisan nipis warna legap di atas
warna latar untuk menimbulkan kesan lutsinar atau kesan kusam
f- Teknik kolaj – menampal bahan kutipan ke permukaan lukisan/catan untuk
menghasilkan kesan tertentu
g- Teknik asemblaj – teknik mengabungkan bahan kutipan seperti kayu, logam, dan
sebagainya untuk menghasilkan karya 3 dimensi dalam membuat kolaj timbulan atau
arca
ARCA
Pengenalan
- Arca merupakan karya seni berbentuk 3 dimensi untuk dikaji dan dinikmati nilai
estetikanya
- Arca merupakan karya seni yang boleh dilihat, disentuh dan dirasai
2. Jenis-jenis arca
a- Arca Berfungsi – arca yang mempunyai nilai keindahan dan diguna untuk tujuan
tertentu seperti patung berhala untuk disembah
b- Arca Estetika – arca yang menjadi bahan tatapan sahaja untuk dinikmati nilai
PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 3
seninya
CETAKAN
Pengenalan
- Cetakan boleh didefinisikan sebagai proses menekan huruf atau gambar di atas
kertas, kain atau bahan lain
- Keistimewaan cetakan ialah ia boleh menghasilkan beberapa keeping salinanyang
asli
PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 3
2. Jenis-jenis cetakan
a- Cetakan timbul – proses membuat cetakan dengan membubuh dakwat pada
permukaan tapak cetak yang terdiri daripada blok kayu, lino atau papan
b- Cetakan benam – dakwat dibubuh ke dalam turisan atau garisan, kertas perlu
dilembapkan dahulu sebelum mencetak
c- Cetakan litografi – menggunakan blok batu kapur, teknik ini berdasarkan penolakan
minyak dengan air dan hasilnya seakan-akan lukisan pensel
d- Cetakan gurisan asid – menggunakan kepingan logam dan asid untuk membentuk
jaluran parit
e- Cetakan saring sutera/stensil – menggunakan pemidang kain sutera dengan
menggunakan kaedah potongan kertas pendua, skrin profilem dan skrin foto