Anda di halaman 1dari 6

PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 3

LUKISAN Pengenalan 1. Lukisan adalah kerja-kerja peringkat awal bentuk imej untuk menghasilkan karya-karya yang kompleks, seni halus, animasi, seni bina dan sebagainya. 2. Lukisan ialah karya seni visual dua dimensi yang dihasilkan dengan menggunakan media kering seperti pensel, krayon, pen, pastel warna, arang, pen marker, pensil warna dan sebagainya. 3. Bentuk-bentuk ini dihasilkan dengan menggunakan media kering seperti pensel, arang, pastel dan sebagainya. Penggunaan warna amat terhad. 4. Teknik lukisan termasuk teknik garisan. Contohnya teknik garisan silang pangkah, garisan berombak dan garisan selari, contengan, gosokan, titik dan lorekan. 5. Proses menghasilkan karya lukisan adalah seperti berikut:
MENGENAL PASTI OBJEK YANG HENDAK DILUKIS. MENENTUKAN SUDUT PANDANGAN, PERSPEKTIF, TON DAN CAHAYA. MEMBAHAGIKAN RUANG KERTAS LUKISAN KEPADA RUANG BELAKANG, RUANG TENGAH DAN RUANG HADAPAN

MEMPERINCIKAN KESAN TON (CAHAYA DAN BAYANG), BENTUK DAN RUANG UNTUK MELENGKAPKAN LUKISAN

MEMBUAT LAKARAN KASAR DENGAN MELUKIS GARISAN LUAR OBJEK.

Perbezaan Lakaran Lukisan dan Catan. 1. Lakaran merupakan proses awal lorekan ringkas dan cepat sebagai punca idea serta perkembangnya. 2. Lukisan merupakan proses lanjutan melibatkan kerja yang lebih sistematik menggunakan jalinan, ton, cahaya, ruang dan komposisi. 3. Alatan dan bahan lukisan: pensel, pensel warna, arang, krayon, pastel, pen dan dakwat.

By: Nurul Shazleen Azahar (SMK ST JOSEPH MIRI)

PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 3

PENSEL - Dibuat daripada arang dan tanah liat. - Jenis keras (H) digunakan untuk melakar manakala jenis lembut (B) untuk membuat lorekan atau ton. - Kegelapan pensel ditentukan oleh gred pensel, kelajuan pensel semasa melukis dan tekanan pada pensel. ARANG - Asalnya merupakan arang batang kayu yang terbakar. Media yang tertua sekali. - Kelebihan arang ialah menghasilkan gelap yang maksimum, lembut, lebih tepat dan tajam, lorekan yang pantas dan mampu melukis dalam kawasan yang luas pada masa yang singkat. - Teknik-teknik melukis arang ialah teknik gosokan, lorekan, basah dan memadam.

By: Nurul Shazleen Azahar (SMK ST JOSEPH MIRI)

PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 3


CATAN Pengenalan - Catan merupakan hasil seni 2 dimensi yang menggunakan media basah - Catan memerlukan bahan pelarut seperti air untuk warna air dan minyak untuk cat minyak (cat kilat) 2. Sejarah catan - Sejarah awal catan bermula pada zaman Yunani Purba - Zaman Renaissance abad ke-14 hingga 16 merupakan zaman kemuncak, pelukis yang terkenal ialah Leonardo Da Vinci dengan lukisannya Mona Lisa - Zaman Baroque dan Rococo abad ke-17 hingga 18 - Zaman Romantik dan impression abad ke 19 mengutamakan gaya Impressionisme, Ekspressionisme dan Kiubisme - zaman Seni Moden abad ke-20 mengutamakan gaya Surealisme 3. Aliran seni lukis / gaya catan a- Realisme lukisan / catan dibuat tepat dan menyerupai bentuk sebenar b- Impresionisme mengutamakan kesan suasana atmosfera dan tumpuan kepada pencahayaan c- Ekspresionisme menekankan pernyataan emosi, bentuk objek tidak jelas digambarkan d- Ekspresionisme Abstrak catan yang spontan, imej yang abstrak dan tiada sifat realistic f- Kiubsisme mementingkan bentuk-bentuk geometri yang dipecah-pecah serta menimbulkan ilusi 3 dimensi g- Surealisme menggambarkan imej bawah sedar atau khayalan h- Seni Pop menggunakan unsur-unsur tampak iklan atau bidang komersial i- Seni Op (optic) reka bentuk geometri, garisan dan warna tertentu untuk menghasilkan imej gerak pada penglihatan.

By: Nurul Shazleen Azahar (SMK ST JOSEPH MIRI)

PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 3


4. Teknik Catan a- Teknik impasto menggunakan warna pekat terus daripada tiub warna kepada berus atau pisau palet ke atas kanvas b- Teknik glazing mewarna selapis demi selapis untuk menimbulkan kesan lembut, licin dan berkilau c- Teknik titik (pointilisme) menghasilkan titik-titik menggunakan berus untuk membentuk objek d- Teknik Hard Edge mempunyai rupa bentuk yang jelas dan perbatasan yang tepat, menggunakan masking tape untuk memisahkan warna e- Teknik Scumbling (melembut) menggunakan lapisan nipis warna legap di atas warna latar untuk menimbulkan kesan lutsinar atau kesan kusam f- Teknik kolaj menampal bahan kutipan ke permukaan lukisan/catan untuk menghasilkan kesan tertentu g- Teknik asemblaj teknik mengabungkan bahan kutipan seperti kayu, logam, dan sebagainya untuk menghasilkan karya 3 dimensi dalam membuat kolaj timbulan atau arca ARCA Pengenalan - Arca merupakan karya seni berbentuk 3 dimensi untuk dikaji dan dinikmati nilai estetikanya - Arca merupakan karya seni yang boleh dilihat, disentuh dan dirasai 2. Jenis-jenis arca a- Arca Berfungsi arca yang mempunyai nilai keindahan dan diguna untuk tujuan tertentu seperti patung berhala untuk disembah b- Arca Estetika arca yang menjadi bahan tatapan sahaja untuk dinikmati nilai seninya

By: Nurul Shazleen Azahar (SMK ST JOSEPH MIRI)

PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 3


3. Bahan binaan arca - Arca biasanya dibina menggunakan tanah liat, kayu, batu, logam dan campuran bahan-bahan tersebut. 4. Teknik membina arca a- Arca luakan memerlukan pengurangan, pembuangan dan pemotongan bahagian tertentu sehingga bentuk yang dikehendaki terhasil b- Arca binaan satu bahan utama digunakan dan dibuat penambahan sehingga terbentuk hasil yang dikehendaki c- Arca asemblaj menggunakan bahan-bahan yang berlainan seperti kayu, logam, batu dsb untuk membentuk sesuatu yang menarik d- Arca acuan dibuat dengan menuang bahan seperti plaster of paris, lilin, simen, tanah liat dsb ke dalam acuan e- Arca timbulan bentuk 3 dimensi tersembul keluar dari permukaan 2 dimensi, alat yang biasa diguna seperti pahat, tukul, pengikir, dan pengikis f- Arca bergerak/mobail/kinetik arca ini boleh bergerak atau berputar, biasanya ia dibuat daripada besi dawai, kepingan logam, dan bahan yang ringan g- Arca dinding dihasilkan di atas kepingan kayu atau logam nipis dan dijadikan hiasan dinding, meja atau digantung pada siling h- Arca gabungan gabungan beberapa jenis arca di atas CETAKAN Pengenalan - Cetakan boleh didefinisikan sebagai proses menekan huruf atau gambar di atas kertas, kain atau bahan lain - Keistimewaan cetakan ialah ia boleh menghasilkan beberapa keeping salinanyang asli 2. Jenis-jenis cetakan a- Cetakan timbul proses membuat cetakan dengan membubuh dakwat pada

By: Nurul Shazleen Azahar (SMK ST JOSEPH MIRI)

PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 3


permukaan tapak cetak yang terdiri daripada blok kayu, lino atau papan b- Cetakan benam dakwat dibubuh ke dalam turisan atau garisan, kertas perlu dilembapkan dahulu sebelum mencetak c- Cetakan litografi menggunakan blok batu kapur, teknik ini berdasarkan penolakan minyak dengan air dan hasilnya seakan-akan lukisan pensel d- Cetakan gurisan asid menggunakan kepingan logam dan asid untuk membentuk jaluran parit e- Cetakan saring sutera/stensil menggunakan pemidang kain sutera dengan menggunakan kaedah potongan kertas pendua, skrin profilem dan skrin foto 3. Kaedah cetakan stensil a- Kaedah kertas pendua imej digunting di atas kertas pendua b- Kaedah profilem filem laker diguna untuk membentuk corak/motif, seterika diguna untuk melekatkan filem laker pada pemidang c- Kaedah skrin foto menggunakan filem asetat dan foto emulsi, dihasilkan melalui proses dedahan cahaya lampu (250W 500W) atau cahaya matahari

By: Nurul Shazleen Azahar (SMK ST JOSEPH MIRI)

Anda mungkin juga menyukai