Anda di halaman 1dari 7

TEKS PENGACARA MAJLIS MAJLIS PENUTUP SAMBUTAN BULAN

KEMERDEKAAN DAN BULAN KEMANUSIAAN ,PERINGKAT SEKOLAH PADA


29 OGOS 2022
JK JURUACARA:-
PN SITI SALWA BINTI AHMAD SUHAIMI
CIK NURLIYANA BINTI MAT ZAKIR

BIL AGENDA TEKS

SIRIH BERLIPAT SIRIH PINANG

SIRIH DARI PULAU MUTIARA,


1 Kata Alu-aluan Pengacara
PEMANIS KATA SELAMAT DATANG,
Majlis
AWAL BISMILLAH PEMBUKA BICARA.

Bismilahhirahmanirahim...

 Yang Berusaha/ Puan Sofiah bt Harun /Pengetua SMK Bandar

Baru Darulaman.

 Yang Berusaha/ Pn Zarini binti Ahmad/ Penolong Kanan

Pentadbiran

 Yang Berusaha/ En Syahar bin Osman Penolong Kanan Hal

Ehwal Murid

 Yang Berusaha/ Pn Siti Nor Azura bt Samsu

Penolong Kanan Kokurikulum.

 Yang Berusaha, Puan Sharipah binti Umar, Penolong Kanan

Petang.

 Yang Dihormati / En Latiff bin Dan/ Naib Yang Dipertua PIBG,

SMK Bandar Baru Darulaman

 Yang Dihormati Barisan Guru Guru Kanan Mata Pelajaran/

Guru-guru seterusnya/

 seterusnya anak-anak Budiman pelajar yang dikasihi sekalian

1
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh/ dan selamat pagi.

Alhamdulillah/ bersyukur kita pada pagi ini/ dengan izin serta limpah

rahmat-Nya/ dapat kita berkumpul bersama-sama dengan satu tujuan/

iaitu menyemarakkan Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan kali ke-65

tahun/ dalam Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan dan Bulan

Kemanusiaan Peringkat Sekolah/bagi tahun 2022. Dengan bertemakan

Keluarga Malaysia,/ Teguh Bersama.

Hadirin sekalian,

Bagi meneruskan majlis kita pada pagi ini, marilah sama-sama kita

bersatu hati, berjiwa setia dengan nyanyian lagu Negaraku/ Lagu Negeri

Kedah/ Lagu Sekolah. Dengan itu, diminta para guru dan murid bersedia

menyanyikan lagu dengan penuh semangat.

NYANYIAN LAGU

3. Bacaan Doa Lebat kemiri pohonnya rendah,

Dahan terikat tali perkasa;

Sepuluh jari kami menadah,

Mohon berkat yang Maha Esa.

2
Hadirin dan hadirat sekalian,

Dengan harapan agar majlis kita pada pagi ini memperoleh keberkatan/,

marilah bersama-sama kita menadah tangan/ memanjatkan doa ke

hadratNya./ Untuk itu majlis mempersilakan/ Al fadil Ustaz Mohamad

Ashrof bin Ismail / untuk memimpin bacaan doa.

Dengan segala hormatnya/ dipersilakan.

4.

Majlis mengucapkan/ terima kasih kepada kepada

_____________________________________________ atas pimpinan bacaan

doa sebentar tadi.

Hadirin sekalian,

IKRAR RUKUN NEGARA

Bagi meneruskan acara majlis pada pagi ni, majlis mempersilakan

Saudara_________________________________selaku Ketua Pengawas

SMK Bandar Baru Darulaman untuk mengetuai bacaan ikrar Rukun

Negara dan Ikrar Pelajar. Dipersilakan

Majlis mengucapkan terima kasih/ kepada Saudara

-Selesai ucapan- _________________________ atas bacaan ikrar sebentar tadi.

Para guru dan murid dijemput duduk untuk acara seterusnya.

Terbang sekawan si itik nila,

UCAPAN PENGETUA Di atas papan batang selasih,

3
Tampillah tuan kami persila

Bersama ucapan pengikat kasih

Majlis diteruskan/ dengan mempersilakan/ Yang Berusaha/ Pn Sofiah bt

Harun/ Pengetua SMK Bandar Baru DarulAman /untuk menyampaikan

ucapan Sempena Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan ke 65 tahun dan

Bulan Kemanusiaan Peringkat Sekolah bagi tahun 2022/ Dipersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Pn Sofiah bt Harun/ Pengetua

SMK Bandar Baru Darul Aman / atas ucapan penutupan sebentar tadi.

-Selesai ucapan-

Hadirin sekalian,

Utusan dikirim darilah pekan,


Ucapan disulam seindah bicara,
Lafaz ikrar janjimu tuan,
PERSEMBAHAN
Persembahan penyeri menyusul acara.
PELAJAR

Bagi memeriahkan lagi majlis kita pada hari ini/ marilah sama-sama kita
saksikan/dua buah persembahan iaitu Persembahan Nyanyian Solo Lagu
Patriotik oleh Saudari Alya Uzmana bt Ahmad Walid dari kelas 5 Beta
dgn lagu ___________________________dan Nyanyian Duet dari
Muhammad Abdullah Fahim bin Mazzelan bersama Muhammad Aznizar
bin Anwar dari kelas 3 Bestari dengan lagu
_________________________________________.

Dengan itu, marilah sama-sama kita saksikan.

Hadirin sekalian, begitulah tadi, persembahan yang cukup menarik,


HABIS bertenaga sempena Penutupan Bulan Kemerdekaan kali ke 65 tahun yang
cukup bermakna ini.
PERSEMBAHAN
Majlis mengucapkan terima kasih kepada para pelajar yang telah

4
PELAJAR membuat persembahan sebentar tadi.

Hadirin yang dihormati sekalian,

PENYAMPAIAN Bersempena dengan Bulan Kemerdekaan yang telah dilancarkan pada 14


Ogos 2022. Bidang Kemanusiaan SMK Bandar Baru Darulaman telah
HADIAH menyediakan pelbagai aktiviti sepanjang berlangsungnya Bulan
Kemanusiaan ini.
PENYAMPAIAN

HADIAH NO 1-NO 5 Dengan bertujuan/ memupuk semangat patriotisme/ , mengambil iktibar


peristiwa sejarah/, menghargai jasa tokoh-tokoh kemerdekaan/ dan
-PENGETUA – memupuk minat pelajar ke arah peristiwa kemerdekaan/ yang
menyemarakkan lagi sambutan kemerdekaan dengan penglibatan dari
warga Budiman.

Tanpa membuang masa lagi, majlis diteruskan lagi dengan Penyampaian


Hadiah kepada pemenang bagi Sembilan (9) aktiviti yang dijalankan.

Dengan ini, majlis mempersilakan/ Yang Berusaha/ Pn Sofiah bt Harun/


Pengetua SMK Bandar Baru DarulAman /untuk menyampaikan hadiah
bagi lima kategori pertandingan kepada para pemenang.
(rujuk senarai pemenang)

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Pn Sofiah bt Harun/ Pengetua


SMK Bandar Baru Darul Aman / atas penyampaian sebentar tadi.
Tahniah kepada semua pemenang.

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah bagi empat kategori


yang dipertandingkan. Dengan ini, majlis mempersilakan Encik Latiff bin
Dan, Naib Yang Dipertua PiBG SMK Bandar Baru Darulaman untuk
menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

(rujuk senarai pemenang)

Seterusnya, majlis diteruskan dengan Anugerah Pencapaian Kehadiran


Terbaik dari Bulan Mei hingga Bulan Julai dari Unit Hal Ehwal Murid
SMK Bandar Baru Darulaman. Dengan itu, Majlis sekali lagi
PENYAMPAIAN mempersilakan Encik Latiff bin Dan, Naib Yang Dipertua PiBG SMK
Bandar Baru Darulaman untuk menyampaikan hadiah kepada para
HADIAH
pemenang.
PENYAMPAIAN
Bagi Kategori Menengah Rendah, kelas yang terbaik kehadiran ialah

5
HADIAH NO 6-NO 9 KELAS 1 BITARA dan bagi kategori MENENGAH ATAS, dimenangi
oleh 4 Delta, dengan ini majlis menjemput Guru Kelas 4 Delta Bersama
EN. LATIFF BIN DAN Ketua Kelas 4 Delta untuk mengambil hadiah.

Tahniah diucapkan kepada kelas 1 BITARA DAN 4 DELTA

Majlis juga mengucapkan terima kasih kepada Encik Latiff bin Dan/ Naib
Yang Dipertua PiBG / atas penyampaian sebentar tadi. Tahniah kepada
semua pemenang.

Hadirin sekalian,

Majlis diteruskan lagi dengan acara kemuncak Majlis Penutupan Bulan


Kemerdekaan dan Bulan Kemanusiaan dengan gimik persembahan Silat
PERSEMBAHAN GIMIK dari Pasukan Silat (rujuk kertas Cg Ruslindawati).

PENUTUP
Begitulah tadi selesai sudah upacara gimik sebagai simbolik Penutupan
SILAT Majlis Bulan Kemerdekaan/ dan Bulan Kemanusiaan Peringkat Sekolah
bagi tahun 2022.

Tibalah masanya kita ke hujung acara majlis. Diminta semua guru dan
murid berdiri bersama-sama dengan penuh semangat merdeka dan jiwa
yang membara sambil mengibarkan jalur gemilang untuk kita nyanyikan
lagu keramat kemerdekaan iaitu :

Saya Anak Malaysia


Negaraku Sehati Sejiwa
Aku Negaraku

Sambutan kita berakhir sudah,


Tahun hadapan bersua lagi,
Kalau ada silap dan salah,
Harap tuan maafkan kami.

Maka dengan ini tamatlah sudah perhimpunan rasmi Sempena Majlis


PENUTUP MAJLIS Penutupan Bulan Kemerdekaan ke 65 tahun dan Bulan Kemanusiaan
Peringkat Sekolah bagi tahun 2022
NYANYIAN LAGU
Saya akhiri majlis ini dengan Wabillahitaufik wal hidayah
PATRIOTIK wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

6
7

Anda mungkin juga menyukai