Anda di halaman 1dari 6

MAJLIS KECEMERLANGAN MURID TINGKATAN 3 2018 &

MESYUARAT AGUNG PIBG SMK SERENDAH 2019


OLEH: PUAN MAIZATULAKHMA BINTI MAIDIN

AGENDA TEKS CATATAN


Kata alu-aluan Di tepi kali mengail ikan,
pengerusi Kail dibawa dari pekan.
Selamat datang kami ucapkan,
Kecil tapak tangan nyiru kami tadahkan.

Bismillahirrahmanirrahim..

1.Yang Berusaha,
En. Mahmud Pa’aid bin Yusoff
Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Pengurusan Kualiti
Wakil Pegawai Pendidikan Hulu Selangor
Selaku Pegawai Angkat SMK Serendah,

2. Yang Berusaha Tn. Hj Abdul Karim bin Ihwan


Pengetua SMK Serendah

3. Yang Berusaha Tn. Hj Yahya bin Shaari


Yang Di Pertua PIBG SMK Serendah

Yang Dihormati
4. Puan Puspa a/p Rajah Gopal
Penolong Kanan Pentadbiran

5. Puan Kamariah binti Murshid


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

6. En Rosli bin Jamaluddin


Penolong Kanan Kokurikulum

7. Pn Siti Haidah binti Musa


Penolong Kanan Petang

8.Pn. Maimon bt Omar


Penolong Kanan PPKI

Barisan Guru Kanan Mata Pelajaran, Barisan AJK PIBG,


Guru-guru, para ibu bapa yang dikasihi dan murid-murid
yang diraikan.
Assalamualaikum WBT, salam sejahtera dan salam
perpaduan.

BACAAN DOA Alhamdulillah. Mari kita memanjatkan setinggi-tinggi


kesyukuran ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia dan
izin- Nya jua kita dapat berkumpul di Dewan Zamrud pada
pagi yang indah ini bagi meraikan Majlis Kecemerlangan
Murid Tingkatan 3 tahun 2018 dan Mesyuarat Agung PIBG
SMK Serendah tahun 2019.

Majlis terlebih dahulu merakamkan sekalung penghargaan


dan terima kasih atas keprihatinan dan kesudian semua
hadirin terutamanya para ibu bapa untuk sama-sama
meraikan kejayaan anak-anak dalam bidang pendidikan.

Bunga mawar cantik tersemat,


Dipetik gadis di tepi titi.
Doa dibaca memohon rahmat,
Semoga majlis sentiasa diberkati.

Hadirin sekalian,
Bagi memberkati majlis kita pada hari yang bermakna ini,
majlis mempersilakan Ustaz Mohd Fuad bin Talib untuk
memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

Amin Amin Ya Rabbal Alamin. 


Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ustaz Mohd
Fuad atas bacaan doa itu tadi.

UCAPAN Hadirin yang dihormati sekalian,


PENGETUA
Majlis diteruskan dengan mempersilakan .
Yang Berusaha Tn. Hj Abdul Karim bin Ihwan, Pengetua
SMK Serendah, untuk menyampaikan
ucapan alu-aluan . Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan tuan.

***Ucapan***

Terima kasih diucapkan atas ucapan alu-aluan yang telah


telah disampaikan oleh Tuan Pengetua sebentar tadi.  
UCAPAN YDP Hadirin sekalian,
PIBG
Bagi meneruskan agenda kita pada pagi ini, Majlis dengan
suka citanya mempersilakan Tn. Hj Yahya bin Shaari, Yang
Dipertua PIBG SMK Serendah untuk menyampaikan
ucapan.

***Ucapan***

.Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima


kasih kepada Tn. Hj Yahya atas ucapan itu tadi.

UCAPAN VIP Hadirin yang dihormati sekalian,


WAKIL PPDHS
Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan . Yang
Berusaha,
En. Mahmud Pa’aid bin Yusoff
Wakil Pegawai Pendidikan Hulu Selangor
Selaku Pegawai Angkat SMK Serendah,untuk
menyampaikan ucapan, seterusnya ,
merasmikan Majlis Kecemerlangan Murid Tingkatan 3 2018
dan Mesyuarat Agung PIBG SMK Serendah 2019.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

***Ucapan***

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan  terima


kasih kepada En. Mahmud atas ucapan dan perasmian
sebentar tadi.

TAYANGAN
MONTAJ Hadirin  yang dihormati sekalian,

Seterusnya, kita akan dipertontonkan dengan tayangan


video hasil kreativiti murid SMK Serendah dalam
pertandingan ________________peringkat negeri 2018.
Wakil murid sekolah kita telah mendapat tempat kedua
pada peringkat negeri kerana terdapat kekurangan dari segi
peralatan terutamanya drone. Jadi, pihak sekolah berbesar
hati sekiranya ibu bapa yang hadir pada hari ini dapat
memberi sumbangan ke dalam
tabung video digital yang diedarkan.
Semoga dengan sumbangan ini dapat membantu SMK
Serendah mendapat tempat pertama dalam pertandingan
yang akan diadakan pada bulan April nanti.

.Marilah kita sama-sama saksikan tayangan video yang


disediakan.

*Tayangan multimedia*

Terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada


jawatankuasa yang menyiapkan persembahan multimedia
sehingga berjaya dipertontonkan dalam majlis yang penuh
bermakna ini.

PENYAMPAIAN Hadirin sekalian,


CENDERAMATA
Detik yang dinanti telah tiba. Berikut ialah majlis
penyampaian anugerah bagi Kecemerlangan Murid
Tingkatan 3 2018.

Buat pengetahuan semua, aspek kecemerlangan dan


pencapaian Murid Tingkatan 3 2018 ini dinilai dari segi
Pentaksiran Berasaskan Sekolah iaitu:

1.Keputusan PT3
2. Keputusan Pentaksiran Sekolah
3. PAJSK
4. Peratus Kehadiran
5.Sahsiah Murid
6. Penilaian Psikometrik.

Baiklah, bagi menyempurnakan majlis penyampaian


anugerah kecemerlangan ini, dijemput Yang Berusaha
En. Mahmud Pa’aid , Wakil PPD Hulu Selangor, diiringi Tn.
Hj Abdul Karim bin Ihwan untuk menyampaikan anugerah
kepada penerima.

Dipersilakan.

PENUTUP Terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada Yang


Berusaha En. Mahmud atas kesudian menyampaikan
anugerah itu tadi.
Hadirin sekalian, Majlis Kecemerlangan Murid Tingkatan 3
2018 berakhir di sini.

Agenda kita akan diteruskan dengan Mesyuarat Agung PIBG


SMK Serendah 2019.

***Mohon kesetiaan ibu bapa untuk terlibat dalam Mesyuarat


Agung PIBG yang akan diadakan sebentar lagi sehingga
tamat mesyuarat.

*susun meja kerusi*

Majlis mempersilakan Yang Dipertua PIBG dan AJK PIBG


2018/2019 untuk mengambil tempat di hadapan pentas.

Tanpa membuang masa  saya menjemput Tn.Hj Yahya bin


Shaari untuk mempengerusikan Mesyuarat Agung PIBG
SMK Serendah kali ke - _______________.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

PENGUMUMAN
Assalamualaikum dan selamat pagi

Tuan-tuan dan puan –puan sidang hadirin yang dihormati sekalian, di sini ada beberapa
pengumuman iaitu:

 1.Majlis kita akan dimulakan sebentar lagi. .Mohon kerjasama semua hadirin untuk
berada di dewan Zamrud pada pukul 8.30 pagi..

2.Tuan-tuan boleh pergi tandas yang terletak di aras bawah Blok Melor.

3.Mohon meletakkan kedudukan telefon bimbit berada dalam keadaan mod senyap .

4.Majlis yang diadakan pada hari ini adalah untuk kepentingan anak-anak, jadi besarlah
harapan kami tuan-tuan,puan-puan bersama kami sehingga ke penghujung majlis.,.

5.Kerjasama,sokongan daripada tuan-tuan,puan-puan kami ucapkan jutaan terima kasih

Anda mungkin juga menyukai