Anda di halaman 1dari 7

TEKS JURUACARA

MAJLIS GRADUASI TINGKATAN 5


SMK IDEAL HEIGHTS
TAHUN 2018

Tarikh : 29 SEPTEMBER 2017 (Sabtu)


Tempat : Inti College Subang
Masa : 8.00 pagi hingga 1.00 tengah hari

JURU
BIL PERKARA
ACARA
1 ASSALAMUALAIKUM WBT DAN SALAM SEJAHTERA. LAN

PARA HADIRIN YANG DIHORMATI,

Majlis akan bermula pada bila-bila masa sahaja. Bagi


memastikan majlis hari ini berjalan dengan lancar,
jawatankuasa ingin membuat beberapa pengumuman
penting:

 Sila matikan telefon bimbit atau letakkan


dalam mod senyap sepanjang majlis
berjalan.
 Para hadirin tidak dibenarkan keluar dari
dewan semasa majlis sedang berlangsung
dan mesti berada di tempat duduk
tuan/puan sehingga majlis berakhir.
 Tidak dibenarkan berada di hadapan
pentas bagi tujuan mengambil gambar.
Kita ada jurugambar profesional.
 Berdiri ketika tetamu kehormat berarak
memasuki dewan serta semasa nyanyian
lagu “Negaraku”
 Kekal berada di dalam dewan sehingga
Tetamu Kehormat keluar.
 Sesi bergambar akan diadakan selepas
majlis bergilir-gilir mengikut kelas. Sesi
bergambar semua guru selepas selesai
semua kelas. Pengumuman akan dibuat,
sila ikut arahan.

Sekian, terima kasih. Kerjasama anda amat


diharapkan bagi memastikan kelancaran majlis
ini.

1
2 PARA HADIRIN DIMOHON BERDIRI. JIDAH

Mengumumkan perarakan masuk tetamu kehormat, diiringi


barisan pentadbir Sekolah Menengah Kebangsaan Ideal Heights
dan tetamu jemputan khas. Para hadirin dimohon kekal
berdiri untuk menyanyikan Lagu Negeri Selangor diikuti Lagu
Negaraku.

NYANYIAN LAGU NEGERI SELANGOR


NYANYIAN LAGU NEGARAKU

3 PARA HADIRIN DIPERSILAKAN DUDUK LAN

 Yang Dihormati, Encik Mohammad Ezrin bin Abdul Jalil


Manager of Partner School Counselor
 Yang Berusaha, Encik Samsuki Bin Sudin
Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Ideal Heights
 Yang Dihormati Encik Ooi Kek Keong
Yang DiPertua Persatuan Ibu bapa Dan Guru SMK Ideal
Heights
 Puan Noor Aliza Rashdiah bt Taufek,
Penolong Kanan Pentadbiran SMK Ideal Heights
 Puan Azziah bt Bakrin,
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

 Puan Norshimah bt Neimad


Penolong Kanan Kokurikulum,
 Barisan Pentadbir SMK Ideal Heights
 Ahli Jawatankuasa PIBG, guru-guru,
murid-murid tingkatan 5 yang diraikan
serta hadirin yang dihormati.

ASSALAMUALAIKUM WBT
SALAM SEJAHTERA

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah


kurnia-Nya dapat sama-sama kita berkumpul dalam satu majlis
yang penuh makna, penuh warna iaitu Majlis Graduasi
Tingkatan 5, SMK Ideal Heights buat kali keenam.

2
4 HADIRIN YANG DIMULIAKAN, LAN

Bagi mendapatkan keberkatan agar majlis pada pagi ini berjalan


lancar penuh barakah, dipersilakan Ustaz Abdul Atif bin
Borham, untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

BACAAN DOA

5 Terima Kasih diucapkan kepada Ustaz Abdul Atif bin JIDAH


Borham atas pimpinan dan bacaan doa itu tadi.

PARA HADIRIN YANG DIHORMATI,

Bagi memulakan majlis pada hari ini, dipersilakan Yang


Berusaha Encik Samsuki bin Sudin, Pengetua Sekolah
Menengah Kebangsaan Ideal Heights untuk
menyampaikan ucapan alu-aluan.

Dipersilakan.

UCAPAN TUAN PENGETUA

6 Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan LAN


Pengetua, Encik Samsuki bin Sudin atas ucapan alu-aluan itu
tadi.

HADIRIN SEKALIAN,

Tanpa melengah-lengahkan masa, majlis dengan penuh takzim


mempersilakan Yang Dihormati, Encik Mohammad Ezrin
bin Abdul Jalil untuk menyampaikan taklimat dan seterusnya
merasmikan Majlis Graduasi SMK Ideal Heights bagi tahun
2018.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan

UCAPAN PERASMI

7 Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada JIDAH


Yang Dihormati, Encik Mohammad Ezrin bin Abdul Jalil
atas ucapan dan kesudian merasmikan Majlis Graduasi SMK
Ideal Heights tahun 2018.

3
HADIRIN YANG DIHORMATI,

Kini tibalah masa yang kita nanti-nantikan, iaitu majlis


penganugerahan sijil graduasi kepada murid-murid tingkatan 5
Sekolah Menengah Kebangsaan Ideal Heights.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Puan Noor


Aliza Rashdiah bt Taufek, Penolong Kanan Pentadbiran
SMK Ideal Heights untuk membacakan Pengisytiharan
Graduasi Tahun 2018.

Dipersilakan.

PENGISYTIHARAN OLEH PK

8 Terima kasih diucapkan kepada Puan Noor Aliza Rashdiah bt LAN


Taufek, Penolong Kanan Pentadbiran SMK Ideal Heights.

HADIRIN YANG DIHORMATI,

Untuk menyempurnakan majlis pada pagi ini, majlis dengan


berbesar hati mempersilakan, Yang Dihormati, Encik
Mohammad Ezrin bin Abdul Jalil diiringi Encik Samsuki
bin Sudin untuk menyampaikan Sijil Tokoh Murid 2018

MUZIK

(BIODATA)

Dipersilakan saudari Hanim Fayani binti Mustafa Amin

9 Terima kasih diucapkan kepada Yang Dihormati, Encik LAN


Mohammad Ezrin bin Abdul Jalil
dan Yang Berusaha Encik Samsuki bin Sudin atas
penyampaian sijil Tokoh Murid 2018.

Sebagai selingan, marilah sama-sama kita saksikan satu


tayangan video pendek suntingan Encik Abdul Aziz bin
Mohamad Ashari.

4
**

HADIRIN SEKALIAN, JIDAH

Bagi meneruskan upacara penganugerahan sijil graduasi


tingkatan lima bagi sesi 2018 dengan segala hormatnya
mempersilakan sekali lagi
Yang Dihormati, Encik Mohammad Ezrin bin Abdul Jalil
Diiringi, Puan Noor Aliza Rashdiah bt Taufek, untuk
menyampaikan sijil kepada para graduan. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.

Dipersilakan, penerima Sijil Tamat Tingkatan 5 bagi tahun


2018..

NO 1-19 JIDAH
NO 20-37 LAN
NO 38-56 JIDAH
NO 57-75 LAN
NO 76-93 JIDAH
NO 94-113 LAN
NO 114-132 JIDAH
NO 133-151 LAN
NO 152-163 JIDAH

RUJUK SENARAI NAMA MURID

10 Terima kasih diucapkan kepada Yang Dihormati, Encik JIDAH


Mohammad Ezrin bin Abdul Jalil,
atas kesudian menyampaikan sijil kepada para graduan
Tingkatan Lima dan sebagai tanda penghargaan, majlis
dengan penuh takzim mempersilakan Encik Samsuki bin Sudin
Pengetua, SMK Ideal Heights,
untuk menyampaikan cenderahati kepada Yang Dihormati,
Encik Mohammad Ezrin bin Abdul Jalil,

PENYAMPAIAN CENDERAMATA / MUZIK


11 Terima kasih sekali lagi diucapkan kepada Yang Dihormati, JIDAH
5
Encik Mohammad Ezrin bin Abdul Jalil dan Tuan Pengetua,

12 HADIRIN SEKALIAN, JIDAH

Majlis diteruskan lagi dengan satu persembahan daripada anak-


anak Idealian.

Dipersilakan kumpulan Future Noiser untuk membuat


persembahan.

(PERSEMBAHAN)

13 Terima kasih diucapkan kepada Kumpulan Future Noiser, Pn. LAN


Yazleen dan Pn. Fariha Ayuni diatas persembahan yang begitu
menarik sebentar tadi.

PARA HADIRIN YANG DIHORMATI,

Dengan berakhirnya persembahan tadi, maka majlis kita pada


hari ini telah berada dipenghujungnya.

Alhamdulillah, Majlis Graduasi SMK Ideal Heights bagi Tahun


2018 telah disempurnakan dengan jayanya.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua graduan


Tingkatan 5. Selamat maju jaya dalam peperiksaan Sijil
Pelajaran Malaysia dan semoga anda semua memperoleh
kejayaan yang cemerlang, Insya-Allah.

Bagi pihak jawatankuasa pelaksana, kami ingin merakamkan


setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Encik
Mohammad Ezrin bin Abdul Jalil atas kesudian
menyempurnakan majlis graduasi SMK Ideal Heights bagi
tahun 2018.

Enak dimakan buah bidara,


Tumbuh di dusun berpohon-pohon,
Andai tersalah kata bicara,
Jari disusun maaf dimohon.

Wabillahitaufik walhidayah, Asssalamualaikum


Warahmatullahiwabarakatuh
SEKIAN, TERIMA KASIH.

6
DIUMUMKAN PERARAKAN KELUAR TETAMU
KEHORMAT DIIRING BARISAN PENTADBIR SMK
IDEAL HEIGHTS.
PARA HADIRIN DIMOHON BERDIRI

Anda mungkin juga menyukai