Anda di halaman 1dari 4

1

MAJLIS GRADUASI TAHUN 6 SK. PINGGAN-PINGGAN TAHUN 2022

PERARAKAN Mengumumkan perarakan masuk para graduan. AIZUL


MASUK Hadirin diminta berdiri.
GRADUAN

**Graduan mengambil tempat. Semua kekal


-NYANYIAN
LAGU NEGARAKU berdiri. Audio dimainkan.
&
SABAH TANAH
AIRKU Hadirin dipersilakan duduk.

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum WBT MAI


KATA ALUAN dan salam sejahtera.

Yang Berusaha, Puan Saharah binti Said, Guru


Besar, SK Pinggan-Pinggan,

Encik Sagolah bin Chupoi, Guru Penolong


Kanan Ko-kurikulum,

Rakan-rakan guru dan seterusnya semua murid


Tahun 6 yang dikasihi sekalian.

“SELAMAT DATANG / KE MAJLIS /


GRADUASI TAHUN 6 / SEKOLAH
KEBANGSAAN PINGGAN-PINGGAN TAHUN
2022”

KATA ALUAN (Pantun) AIZUL


Sungguh manis si buah lokan,
Dibeli dari Pulau Mutiara,
Selamat dating kami ucapkan,
Awal Bismillah pembuka bicara.

Hadirin yang dihormati, setinggi-tinggi


kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan izin
dan rahmatNya dapat kia Bersama-sama
bertemu dan berkumpul dalam dalam majlis ceria
dan penuh bermakna pada hari ini.
AIZUL
2

Sesungguhnya, majlis graduasi pada hari ini


merupakan acara kemuncak yang pasti akan
menjadi detik bersejarah yang sering dinanti-
nantikan oleh setiap pelajar Tahun 6 SK.
Pinggan-Pinggan. Inilah saat paling gemilang
untuk kita memberi apresiasi atas usaha dan
kejayaan yang ditunjukkan sepanjang 6 tahun di
sekolah ini.

BACAAN DOA Hadirin hadirat, MAI


Sebelum kita memulakan majlis, marilah kita
bersama-sama memohon keberkatan daripada
Ilahi. Untuk itu, majlis menjemputnya Ustaz
Rahman bin Duraim untuk memimpin bacaan
doa.

*BACAAN DOA**

Amin Ya Rabbal Al amin. Terima kasih diucapkan


kepada Ustaz Rahman bin Duraim atas
kesudian untuk membacakan doa tadi.

UCAPAN GB Hadirin sekalian, AIZUL


Sebagai pembuka tirai majlis dengan segala
hormatnya menjemput Puan Saharah bin Said,
Guru Besar SK Pinggan-Pinggan untuk
menyampaikan ucapan. Majlis mempersilakan.

*UCAPAN GB**

Pihak majlis merakamkan ribuan terima kasih


kepada Puan Saharah bin Said atas ucapan
yang disampaikan sebentar tadi.
3

UCAPAN Seterusnya, bagi melangsungkan majlis, dengan MAI


PPD segala hormatnya dijemput Tuan Normansur
bin Ismail,
_______________________________, untuk
menyampaikan ucapan sekaligus merasmikan
Majlis Graduasi Tahun 6 SK. Pinggan- Pinggan
bagi Tahun 2022.

*UCAPAN PPD**
MAI

Terima kasih diucapkan kepada Tuan


Normansur bin Ismail atas kesudian untuk
menyampaikan ucapan dan merasmikan majlis
pada hari ini.

PENYAMPAIAN Hadirin sekalian, AIZUL & 1) 6 N


SIJIL TAHUN 6 Acara kemuncak telah pun tiba. Untuk MAI 2) 6 M
menyempurnakan penyampaian sijil, majlis 3) 6 Z
dengan sukacitanya menjemput dan
mempersilakan En Sagolah bin Chupoi untuk
menyampaikan sijil kepada murid Tahun 6
Nilam.

------* 6 NILAM * ------

Terima kasih diucapkan kepada En Sagolah bin


Chupoi atas kesudian untuk menyampaikan sijil
sebentar tadi.

2) Seterusnya, dijemput Puan Saharah binti


Said untuk menyampaikan sijil kepada semua
murid Tahun 6 Mutiara.

-----* 6 MUTIARA * -------

Terima kasih diucapkan kepada Puan Saharah


binti Said atas kesudian untuk menyampaikan
sijil-sijil tersebut.
4

3) Hadirin,
Kita teruskan lagi majlis pada hari ini dengan
menjemput Tuan Normansur bin Ismail untuk
menyampaikan sijil kepada murid Tahun 6
Zamrud.

-----* 6 ZAMRUD * -----

Terima kasih diucapkan kepada Tuan


Normansur bin Ismail atas kesudian untuk
menyampaikan sijil-sijil tersebut.

PENYAMPAIAN *(Minta Tn Normansur untuk tunggu di pentas)


CENDERAMATA MAI
PPD

Hadirin hadirat,
Sebagai tandamata atas kesudian Tuan
Normansur bin Ismail hadir ke majlis graduasi
pada hari ini, pihak majlis sekali lagi menjemput
Puan Saharah bin Said untuk menyampaikan
cenderamata. Majlis mempersilakan.

-----* PENYAMPAIAN CENDERAMATA * --

Pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih


kepada Tuan Normansur dan Puan Saharah.

PENUTUP Hadirin, AIZUL


Dengan penyampaian cenderamata sebentar
tadi, berakhirlah sudah Majlis Graduasi Tahun 6
SK Pinggan-Pinggan pada tahun 2022.

Bagi pihak majlis, kami ingin menyusun 10 jari


memohon maaf sekiranya tersilap kata dan tutur
bicara sepanjang majlis ini berlangsung.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai