Anda di halaman 1dari 8

TEKS PENGACARAAN MAJLIS APREASIASI DAN

JAMUAN TAHUN 6 SK HICOM 2022

Tarikh : 24 FEBRUARI 2022 (Khamis)

Tempat : Laman Murni SK HICOM

Pengacara Majlis : Pn Rabiatul Adawiyah Bt Tahir

1
Pengacara Teks Catatan

2
Ucapan Alu UCAPAN ALUAN PENGERUSI MAJLIS
aluan
Bagi memulakan majlis pagi ini, marilah sama-sama kita
berdiri untuk nyayian lagu Negaraku,Negeri Selangor dan
lagu Sekolah.

*** Nyanyian lagu Negaraku/Negeri Selangor/Sekolah**

Majlis mengucapkan terima kasih atas nyanyian itu tadi.

Hadirin dipersilakan duduk.

Kata Aluan

‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬...


Melati kuntum tumbuh melata,
Sayang merbah di pohon cemara;
Assalamualaikum mulanya kata,
Saya sembah pembuka bicara.

Yang  berbahagia,
En Azizul Azizi b Ahmad
Yang Dipertua PIBG SK HICOM

Yang Berusaha
En Mohd Tamizi b Maruddin,
Guru Besar  Sekolah Kebangsaan HICOM,
Yang  Berusaha
Barisan Penolong Kanan,
En Abd Jalil Bin Abu Bakar
PK Pentadbiran
Pn Aidah bt Hajad
PK Hal Ehwal Murid
Pn NurRasyidatul Maria bt Ahmad
PK Kokurikulum
Pn Fairuz bt Basri
PK PPKI

Seterusnya rakan-rakan guru yang dikasihi serta murid-murid


yang diraikan sekalian.

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah, Tuhan Yang Maha Esa

3
kerana dengan limpah dan izin-Nya, kita dipertemukan pada pagi
ini bagi meraikan MAJLIS APREASIASI DAN JAMUAN
TAHUN 6 SK HICOM 2022.

Majlis Apresiasi SK HICOM merupakan agenda tahunan bagi


menghargai murid-murid yang cemerlang dalam bidang akademik,
sahsiah dan kokurikulum. Kecemerlangan murid mencerminkan
perkembangan dan kemajuan sekolah dalam usaha melahirkan
modal insan yang berwibawa. Secara tidak langsung ini
menunjukkan bahawa sekolah merupakan satu institusi penting
dalam pembentukan modal insan. Di samping itu, penghargaan ini
juga menjadi pencetus semangat untuk diri sendiri dan rakan
sebaya untuk terus berjaya dalam mengejar ilmu dan cita-cita.

Tetak buluh kajang sepuluh,


Laksana dititing kias ibarat;
Angkat tangan jemari sepuluh,
Doa di pohon biar selamat.

Bagi meneruskan majlis kita pada pagi ini, marilah kita


bersama-sama menadah tangan penuh kehambaan kepada-Nya,..
untuk itu, majlis menjemput Al Fadhil Ustaz Mohd Abdullah b
Abd Razak untuk bacaan doa. Dipersilakan.

******Bacaan Doa*****

 Amin, amin Ya Rabbal ‘Alamin. Terima kasih diucapkan kepada


atas bacaan doa sebentar tadi.

Hadirin yang dihormati,

Ucapan Guru Tanpa membuang masa, majlis dengan sukacitanya menjemput


Besar Yang Berusaha, Guru Besar Sekolah Kebangsaan HICOM, En
Mohd Tamizi b Maruddin untuk menyampaikan ucapan sempena
Hari Apresiasi dan Jamuan Tahun 6 SK HICOM bagi tahun
2021/2022. Dengan segala hormatnya, dipersilakan

******Ucapan Guru Besar*****

Terima kasih diucapkan kepada En Mohd Tamizi b Maruddin atas


ucapan itu tadi.

Ucapan YDP Duduk sekawan gadis jelita

4
Buat Santapan untuk pahlawan
Tampillah tuan kami meminta
Madah Ucapan Kata Aluan

Bagi melengkapkan perjalanan majlis kita pada pagi ini, majlis


menjemput dan mempersilakan Yang Berbahagia En Azizul Azizi
B Ahmad, untuk menyempurnakan bingkisan ucapan Hari
Apresiasi dan Jamuan Tahun 6 SK HICOM bagi tahun
2021/2022

******Ucapan YDP PIBG*****

Terima kasih diucapkan kepada En Azizul Azizi b Ahmad atas


ucapan itu tadi.

Hadirin sekalian,

Persembahan Pembuka acara Majlis kita pada pagi ini dimulakan dengan
Selamat Datang Persembahan Selamat Datang oleh Murid-murid Tahun 6
gabungan daripada semua kelas. Dengan ini dipersilakan
Kumpulan Dikir Barat Tahun 6 untuk menyampaikan
persembahan.

Dengan ini dipersilakan.

****** Persembahan Selamat Datang******

Tahniah Kumpulan dikir Barat Tahun 6 atas persembahan yang


begitu menarik sekali. Berikan tepukan gemuruh... Untuk
makluman, persembahan ini telah di latih oleh Pn Noorine Azla bt
Abd Hamid.

****** Persembahan Dikir Barat******

Berikan tepukan yang gemuruh untuk semua.

Dipersilakan duduk.

Anugerah Murid Majlis kita pada pagi ini di teruskan lagi dengan penyampaian
Aktif anugerah-anugerah kepada murid-murid yang berpotensi
sepanjang tahun ini di SK HICOM .

5
Untuk menyempurnakan acara penyampaian Anugerah Murid
Aktif, saya dengan ini mempersilakan, Pn Aidah Bt Hajad diiringi
Puan Nur Rasyidatul Maria Bt Ahmad ke pentas untuk
menyampaikan anugerah. Dipersilakan…
Rujuk senarai
****** Penyampaian Anugerah Murid Aktif****** nama

Terima kasih diucapkan kepada Pn Aidah Bt Hajad atas kesudian


beliau menyampaikan anugerah itu td.

Seterusnya, Majlis diteruskan lagi dengan Persembahan Kedua


yang akan disampaikan oleh murid-murid Tahun 6. Persembahan
yang kedua adalah ______________________________

Dengan ini dipersilakan.

****** Persembahan Kedua******

Berikan tepukan yang gemuruh untuk semua.

Dipersilakan duduk.

Majlis kita pada pagi ini diteruskan dengan Slot Cabutan Cabutan
Bertuah. Kita akan mencabut nama pemenang sebanyak 15 orang. Bertuah
Sama-sama kita nantikan siapa yang bertuah. 15orang

****** Cabutan Bertuah******

Tahniah diucapkan kepada semua yang Berjaya. Nantikan


cabutan bertuah yang seterusnnya selepas ini.
Anugerah Nilam

Rujuk Senarai
Seterusnya, adalah penyampaian Anugerah Nilam. Majlis dengan
berbesar hati menjemput Penolong Kanan Pentadbiran SK Hicom, Tokoh Nilam
En Abd Jalil B Abu Bakar diiringi Puan Rasyidatul Maria bt
Ahmad ke pentas untuk menyampaikan anugerah kepada Pembaca
penerima. Dipersilakan… Terbanyak

****** Penyampaian Anugerah Nilam******

Terima kasih diucapkan kepada En Abd Jalil B Abu Bakar di atas


kesudian beliau menyampaikan anugerah itu td.

Anugerah

6
Tokoh Harapan Kita teruskan lagi majlis dengan penyampaian Anugerah Tokoh
Harapan. Untuk itu saya berbesar hati menjemput Guru Besar
SK HICOM, En Tamizi B Maruddin diiringi En Abd Jalil B Abu
Bakar bagi menyampaikan anugerah kepada penerima.
Anugerah Khas Dipersilakan. Baca Biodata

Tokoh ****** Penyampaian Anugerah Tokoh Harapan******


Akademik

L&P
Terima kasih diucapkan kepada En Abd Jalil B Abu Bakar di atas
Tokoh Koku kesudian beliau menyampaikan anugerah itu td. Semoga dengan
penghargaan ini dapat memberi dorongan supaya terus maju di
L&P masa hadapan.

Kemuncaknya, acara yang dinanti-nanti adalah penyampaian


Anugerah Khas iaitu Anugerah Tokoh. Dengan ini dijemput Tuan
Yang Dipertua PIBG, En Azizul Azizi B Ahmad diiringi Guru
Besar , En Tamizi b Maruddin ke pentas bagi menyampaikan
anugerah kepada penerima . Dipersilakan.

****** Penyampaian Anugerah Tokoh******

Terima kasih diucapkan kepada En Azizul Azizi B Ahmad atas


kesudian beliau menyampaikan hadiah itu td.

Tuan YDP dan juga Para Pentadbir diminta kekal di pentas bagi
sesi fotografi.

Untuk itu, marilah kita sama-sama memberi perhatian


kepada Persembahan yang Terakhir. Mereka akan
menyampaikan __________________________

Dengan ini dipersilakan.

****** Persembahan Penutup******

Tahniah dan Terima Kasih diucapkan atas persembahan yang

7
hebat itu tadi. Berikan tepukan paling gemuruh.

Slot Cabutan Bertuah ke 2. Kita akan mencabut nama pemenang


sebanyak 15 orang lagi. Sama-sama kita nantikan siapa yang
bertuah.

Anugerah Sebelum kita menutup tirai majlis pada hari ini, saya akan
Pakaian Terbaik mengumumkan pemenang untuk pakaian terbaik yang berjaya
menarik perhatian para juri . Untuk itu, majlis menjemput Pn
Nur Rasyidatul Maria bt Ahmad bagi menyampaikan anugerah
Pakaian Terbaik. Dipersilakan.

******Anugerah Pakaian Terbaik******

Tahniah dan Terima Kasih diucapkan. Sekalung tahniah juga


diucapkan buat semua penerima anugerah pada hari ini.

Penutup

Dengan berakhirnya penyampaian anugerah itu tadi, maka


berakhirlah Majlis Apresiasi dan Jamuan Tahun 6Sekolah
Kebangsaan HICOM bagi tahun 2021/2022.

Ribuan kemaafan saya pohon andai ada salah dan silap sepanjang
mengacarakan majlis ini.

Pohon berangan tempat bertemu,


Girangnya rasa si anak dara;
Baliklah tuan membawa ilmu,
Binalah bangsa bangunkan negara.

Sekian dahulu, salam hormat, wa bilLahit Taufiq walHidayah


wassalamu `alaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh.

Majulah Bangsa untuk Negara.

Anda mungkin juga menyukai