Anda di halaman 1dari 8

Bil AGENDA TEKS

1. Mengambil Tuan-tuan, Puan-puan yang dimuliakan, sila mengambil tempat


tempat masing-masing kerana majlis akan bermula sebentar saja lagi.
Kerjasama dan perhatian dari tuan-tuan dan puan-puan saya
dahulukan dengan ucapan terima kasih.
2 Ketibaan Mengumumkan ketibaan Yang Dihormati Tuan Hj Tajari b Hj
para Said(Yang Dipertua PIBG) dengan diiringi  En Shatmi bin Ismail
jemputan (Guru Besar SK Naka), Jemputan Khas, Guru-Guru Penolong
dan ibu bapa Kanan dan AJK PIBG  SK Naka. Hadirin Mohon berdiri.

3. Nyanyian Sidang Hadirin yang dihormati,


Lagu Negeri
Kedah dan Marilah kita sama-sama berdiri dan seterusnya menyanyikan lagu
Lagu Negaraku dan Allah Selamat Sultan.
Negaraku
...................................Selesai nyanyian lagu.................................

Hadirin dipersilakan duduk.

4 Kata Alu- Kompang Bergema Pusaka Bangsa


aluan Dipalu oleh Si Anak Muda
Pengacara Hadir Tuan Puan meriah suasana
Majlis Kami menyambut penuh gembira.

‫السالم عليكم ورحمة هللا وبركات‬


Bismilahhirahmanirahim...

Yang Dihormati Tn Hj Tajari bin Hj Said


Yang Dipertua Persatuan IbuBapa dan Guru Sek.Keb Naka

Yang  Berusaha En Shatmi bin Ismail


Guru Besar Sek.Keb. Naka

Yang Dihormati Tuan Hj Yahya Supi bin Abdullah


Penolong PPD Perancangan merangkap Pegawai Seranta Sek.
Keb. Naka

Yang Dihormati Tuan Sahidan bin Sab


Pegawai Perhubungan Sekolah Keb.Naka

Yg Berusaha, En. Mohd Subhi bin Abd Rahim Tee,


Guru Penolong Kanan Pentadbiran,

Yg Berusaha Pn. Rossuhaina bte Mohd Yusuf,


Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,

Yg Berusaha Pn. Siti Zaharah bt Abd. Rahman ,


Guru Penolong Kanan Kokurikulum,

Yg Berusaha Pn. Ainah bt Abd. Aziz ,


Guru Penolong Kanan Program Pendidikan Khas Integrasi

Ahli-Ahli Jawatankuasa PIBG, Guru-guru SK Naka, Guru-guru


Kafa, staff sekolah dan para Ibu Bapa dan waris, serta hadirin -
hadirat yang dihormati sekalian.

Alhamdulillah, bersyukur kita pada petang ini, dengan izin serta


limpah rahmat-Nya dapat kita berkumpul dalam Mesyuarat Agung
Persatuan IbuBapa dan Guru Sek.Keb.Naka kali ke-45 bagi tahun
2023.

Majlis turut sama merakamkan ucapan terima kasih yang tidak


terhingga kepada seluruh hadirin dan hadirat kerana sudi
meluangkan masa bagi bersama-sama menjayakan Mesyuarat
Agung PIBG yang kita rencanakan pada hari ini.

5 Bacaan Doa Lebat kemiri pohonnya rendah,


Dahan terikat tali perkasa;
Sepuluh jari kami menadah,
Mohon berkat yang Maha Esa.

Bagi memberkati majlis, marilah sama-sama kita menadah tangan


dengan penuh ketakwaan untuk mengaminkan doa yang akan
dibacakan oleh Ustaz Mohd Subhi b Abdullah. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.

................................ SELESAI BACAAN DOA ......................


Majlis mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Mohd Subhi b
Abdullah atas pimpinan bacaan doa itu tadi.

Hadirin yang dihormati sekalian.

Kecemerlangan dan kemenjadian anak-anak adalah aset yang amat


bernilai dalam sesebuah keluarga. Lantaran itu, permuafakan
antara ibu bapa dan guru adalah tunjang pemangkin kepada
kejayaan dan kecemerlangan sesebuah institusi pendidikan dalam
usaha menjana modal insan yang berdaya saing dalam melayari
bahtera kehidupan yang semakin mencabar ini.
Justeru, kerjasama dan komitmen yang dicurahkan oleh guru dan
ibu bapa, amat penting dalam usaha melahirkan murid yang
berketerampilan bukan sahaja dalam bidang akademik,
kokurikulum, bahkan sahsiah diri yang cemerlang.

6. Ucapan Alu- Seterusnya, majlis mempersilakan Yang Berusaha En Shatmi bin


aluan oleh Ismail, Guru Besar SK Naka untuk menyampaikan ucapan alu-
Guru Besar aluan. Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

……………….SELESAI UCAPAN GURU BESAR.....................

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha


En Shatmi bin Ismail atas ucapan itu tadi.

7. Ucapan Kini tibalah masa , untuk kita mendengar amanat dan ucapan yang
Perasmian akan disampaikan oleh Yang Dihormati Tuan Hj Tajari b Hj Said,
(Yang Dipertua Persatuan IbuBapa dan Guru Sek.Keb.Naka) dan
seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung PIBG SK Naka kali ke
45 bagi tahun 2023.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

………………….SELESAI UCAPAN YDP PIBG.....................

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan


terima kasih kepada Yang Dihormati Tuan Hj Tajari b Hj Said,
(Yang Dipertua PIBG SK Naka) atas ucapan dan perasmian itu
tadi.
8. Majlis Hadirin sekalian,
Penyampaian Agenda majlis pada petang ini diteruskan lagi dengan
Cenderakena penyampaian cenderakenangan kepada Ahli Jawatankuasa PIBG
ngan Khas sesi 2022/2023.
Sempena Majlis dengan ini mempersilakan
Mesyuarat Yang Dihormati Tuan Hj Yahya Supi bin Abdullah, Penolong
Agong PIBG PPD Perancangan merangkap Pegawai Seranta SK Naka
dengan diiringi Yang Berusaha En Shatmi bin Ismail, Guru Besar
Sek.Keb.Naka untuk menyampaikan cenderakenangan.
Dipersilakan.

(SENARAI AJK PIBG 2022/2023)

Majlis dengan ini mempersilakan ________________________

AJK WARIS
1. PN. FADHILAH BT HASHIM
2. PN. FAIZAH BT MAT LAZIK 3. PN. PRANI A/PICHA

AJK GURU

1.EN. MOHD RIZAL B JOHARI

2.EN. MOHD NADZIRUDDIN B ISHAK

3.PN. MARIANI BT. A GANI

4.PN. FAIZAH BT MOHD ZAHARI

5.PN. SYAHDA BT ABD RAHMAN

6.PN. NOR HAFIZAH BT HASHIM

Seterusnya, majlis dengan sukacitanya menjemput, Yang


Dihormati Tuan Hj Tajari b Hj Said, (Yang Dipertua PIBG Sek.
Keb.Naka sesi 2022 / 2023) untuk menerima cenderakenangan
daripada PIBG Sek.Keb.Naka dan Kelab Kebajikan Guru & Staff
Sek.Keb.Naka. Dipersilakan.

Malis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih


kepada Yang Dihormati Tuan Hj Yahya Supi bin Abdullah atas
kesudian menyampaikan cenderakenangan kepada AJK PIBG
sesi 2022/2023 sebentar tadi.

9. Cabutan Seterusnya, kita akan meneruskan acara pada petang ini dengan
bertuah sesi cabutan bertuah. Untuk makluman tuan-tuan dan puan-
puan yang menerima hadiah cabutan bertuah pada petang ini.
Nombor cabutan bertuah hendaklah dipegang terlebih dahulu.
Tuan-tuan dan puan-puan boleh menebus hadiah tersebut
daripada rusetia Hadiah yang berada di sebelah Bilik Guru,
setelah tamat Mesyuarat Agong PIBG kita pada hari ini.

Majlis dengan ini mempersilakan Yang Dihormati Tuan Sahidan


bin Sab, Pegawai Perhubungan Sekolah Keb.Naka
untuk membuat cabutan bertuah. Dengan segala hormatnya,
dipersilakan.
Diharap para hadirin dapat kekal di dalam dewan sehingga selesai
majlis.

1. Cabutan 1
Penerima hadiah :______________

2. Cabutan 2
Penerima hadiah :______________

3. Cabutan 3
Penerima hadiah :______________

4. Cabutan 4
Penerima hadiah :______________

5. Cabutan 5
Penerima hadiah :______________

10. Majlis Bunga dedap di atas para,


Penutup Anak dusun pasang pelita;
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.

Dengan ini maka berakhir lah Majlis Perasmian Mesyuarat Agung


PIBG SK Naka. Pihak majlis memohon kesempatan waktu untuk
menyampaikan sejuta kalungan terima kasih kepada Yang
Dihormati Tuan Hj Tajari b Hj Said Yang Dipertua PIBG SK
Naka serta tetamu jemputan yang hadir atas kesudian bertandang
ke SK Naka.

Lebat rumbia di Sungai Kedah,


Sayang senduduk di tepi muara;
Penganan mulia terletak sudah,
Samalah duduk menjamu selera.

Seterusnya, majlis mempersilakan Yang Berusaha En Shatmi bin


Ismail, Guru Besar SK Naka, menjemput serta mengiringi Yang
Dihormati Tuan Hj Tajari b Hj Said serta tetamu jemputan untuk
menikmati jamuan yang telah disediakan di Bilik Guru.
Dipersilakan.

Para ibu bapa diminta terus berada di dewan untuk meneruskan


agenda seterusnya iaitu Mesyuarat Agung PIBG kali ke 45.

TAKLIMAT PUSAT KOMPUTER ANGEL KEPADA WARIS

11. Majlis kita diteruskan dengan taklimat oleh wakil Pusat Komputer Top Angel
kepada ibu/bapa/penjaga SK NAKA

Untuk makluman tuan/puan, pihak sekolah akan bekerjasama dengan Pusat


Komputer Top Angel untuk mengadakan satu kelas komputer di sekolah kita
mulai 17 Jun 2023 😊

Pusat Komputer Top Angel merupakan sebuah syarikat swasta yang beroperasi di
sekolah untuk mengajar dan memberi pendedahan mengenai program-program
komputer yang bersesuaian dengan pelajar-pelajar dari Tahun 1 hingga ke Tahun
6.
Seterusnya, majlis mempersilakan wakil Pusat Komputer Top
Angel .Dipersilakan.

Anda mungkin juga menyukai