Anda di halaman 1dari 6

TEKS PENGACARA MAJLIS MESYUARAT AGUNG PIBG KE-48 SK ORANGKAYA ALI, MUAR

BIL/AGENDA TEKS CATATAN


1. Ketibaan Hadirin dipersilakan mengambil tempat masing-masing kerana
tetamu majlis akan bermula sebentar saja lagi. Kerjasama dan perhatian
dari tuan-tuan dan puan-puan saya dahulukan dengan ucapan
terima kasih.
2. Ketibaan Mengumumkan ketibaan YB TUAN HJ. SELAMAT BIN TAKIM, Ahli
perasmi Dewan Undangan Negeri Sungai Balang
dengan diiringi oleh Puan Hjh Siti Mowlina bt Mashadi, Guru
Besar SK Orangkaya Ali, En. Samion bin Sarmithy, Yang Dipertua
PIBG, guru-guru Penolong Kanan dan AJK PIBG.
3. Nyanyian Lagu Sidang hadirin yang dihormati,
Bangsa Johor Marilah kita sama-sama berdiri dan seterusnya
dan Negaraku menyanyikan lagu Bangsa Johor dan lagu Negaraku.

…………………NYANYIAN……………….

Majlis mengucapkan terima kasih atas nyanyian sebentar tadi.


Hadirin dipersilakan duduk.
4. Kata aluan Kompang Bergema Pusaka Bangsa
Dipalu oleh Si Anak Muda
Hadir Tuan Puan meriah suasana
Kami menyambut penuh gembira.

‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬


‫الحمد هلل رب العالمين والصالة والسالم على أشرف األنبياء والمرسلين‬
‫وعلى آله وأصحابه أجمعين‬

Yang berhormat TUAN HJ. SELAMAT BIN TAKIM


Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Balang

Yang Berusaha Pn Hjh Siti Mowlina bt Mashadi,


Guru Besar SK Orangkaya Ali

Yang dihormati, En. Samion bin Sarmithy,


Yang Dipertua PIBG SK Orangkaya Ali,

En. Mohd Azman Bin Musa


Naib Yang Dipertua PIBG SK Orangkaya Ali,

Yang dihormati, ___________________________

Barisan Guru Penolong Kanan


Barisan Ahli Jawatankuasa PIBG
Barisan pendidik,

Seterusnya, Tuan-tuan, Puan-puan hadirin sekalian

1
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh... dan selamat
petang diucapkan.

Alhamdulillah, bersyukur kita pada petang ini, dengan izin serta


limpah rahmat-Nya dapat kita berkumpul dalam Mesyuarat Agung
PIBG kali ke-48 tahun 2022 ini.

Pihak majlis serta seluruh warga SK Orangkaya Ali, turut sama


merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada
seluruh hadirin dan hadirat khususnya kepada Yang Berhormat
TUAN HJ. SELAMAT BIN TAKIM kerana sudi meluangkan masa bagi
bersama-sama menjayakan Mesyuarat Agung PIBG yang kita
rencanakan pada hari ini.

5. Bacaan doa Bagi memberkati majlis, marilah sama-sama kita menadah tangan
dengan penuh ketakwaan serta mengaminkan doa yang akan
dibacakan oleh Ustaz Aswandi bin Hamzah. Dengan segala
hormatnya dipersilakan

........................................DOA...............................

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ustaz Aswandi


bin Hamzah atas bacaan doa itu tadi.

Warga dewan yang dimuliakan,

Kecemerlangan dan kemenjadian anak-anak adalah aset yang


amat bernilai dalam sesebuah keluarga. Lantaran itu,
permuafakatan antara ibu bapa dan guru adalah tunjang
pemangkin kepada kejayaan dan kecemerlangan sesebuah
institusi pendidikan dalam usaha menjana modal insan yang
berdaya saing dan melayari bahtera kehidupan yang semakin
mencabar ini.

Justeru, kerjasama dan komitmen yang dicurahkan oleh guru dan


ibu bapa, amat penting dalam usaha melahirkan murid yang
berketerampilan bukan sahaja dalam bidang akademik,
kokurikulum, bahkkan sahsiah diri yang cemerlang.

6. Ucapan Aluan Hadirin yang dirahmati sekalian,


Yang Dipertua
PIBG Tak molek, jika ada alu tiada lesungnya
Tak berguna, jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah majlis, jika tiada yang berbicara

Majlis hari ini dimulakan dengan ucapan aluan daripada Encik


Samion bin Sarmithy, selaku Yang Dipertua PIBG Sekolah
Kebangsaan Orangkaya Ali. Dengan segala hormatnya,

2
dipersilakan.

**************UCAPAN*************
Majlis mengucapkan terima kasih kepada Encik Samion bin
Sarmithy atas ucapan sebentar tadi.

7. Ucapan GB Hadirin dan hadirat yang dirahmati sekalian,


Majlis seterusnya mempersila Yang Berusaha Puan Hajah Siti
Mowlina binti Mashadi, Guru Besar SK Orangkaya Ali untuk
menyampaikan ucapannya. Dipersilakan..

8. Ucapan
Perasmian Oleh Tuan-tuan & puan-puan,
Perasmi Kini tibalah masa , untuk kita mendengar amanat dan ucapan yang
akan disampaikan oleh Yang Berhormat TUAN HJ. SELAMAT BIN
TAKIM, Ahli Dewan Undangan Negeri Sg Balang & seterusnya
merasmikan Mesyuarat Agung PIBG SK Orangkaya Ali kali ke 48
bagi tahun 2022.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

………UCAPAN………….

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan


terima kasih kepada Yang Berhormat TUAN HJ. SELAMAT BIN
TAKIM atas ucapan dan perasmian itu tadi. Semoga segala amanat
dan ucapan beliau itu tadi dapat kita hayati dan ambil tindakan
bersama.

9. Penyampaian Hadirin yng dimuliakan,


Bantuan Awal Majlis diteruskan dengan Penyampaian Bantuan Awal
Persekolahan Persekolahan Negeri Johor. Dengan ini, majlis mempersilakan
Negeri Johor Yang Berhormat Tuan Hj Selamat bin Takim Ahli Dewan Undangan
Negeri Sungai Balang diiringi En. Samion bin Sarmithy,
Yang Dipertua PIBG SK Orangkaya Ali serta Puan Hjh Siti Mowlina
bt Mashadi, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Orangkaya Ali untuk
menyampaikannya.

Dipersilakan..

10. Penyampaian

3
Cenderahati Seterusnya adalah cenderahati kepimpinan sekolah.
Kepimpinan Dipersilakan….
Sekolah
-SITI MOWLINA BT. MASHADI - GURU BESAR
-MD FADZLILLAH BIN ROZALI – GURU PENOLONG KANAN
PENTADBIRAN
-SIDROH ASUR BINTI ISMAIL - GURU PENOLONG KANAN HAL
EHWAL MURID
-KHAIROL ANUAR BIN IBRAHIM - GURU PENOLONG KANAN
KOKURIKULUM
11. Penyampaian Seterusnya adalah cenderahati khas guru-guru.
Cenderahati Khas
Guru-Guru ANUGERAH PERAK INOVASI ACEDEMIC INTERNATIONAL
DIALOGUE CONFERENCE (AID) 2021
-ROZYTA BINTI KAMIS
-MD FADZLILLAH BIN ROZALI
-SARIMAH BINTI JOPRI
-MUHAMAD ZHARIF BIN ISMAIL
-SYUHAILA BT MOHD TAIB

IKON DIDIK TV KPM 2021


-HARON BIN OTHMAN
-TUKIRAN BIN TASLIM

ANUGERAH GURU CEMERLANG PENDIDIKAN KHAS JPNJ 2021


-TUKIRAN BIN TASLIM

ANUGERAH EMAS INOVASI (GREEN-GREEN INNOVATOR) GGIA


2022
-HAMSAN BIN SARIMAN
-NORHALIZA BINTI MOHAMED YUSOF

ANUGERAH AL-IMAM AL-GHAZALI JPNJ 2021


-NURAINI BINTI SALIM

JOHAN INOVASI BERKUMPULAN PPD MUAR 2022


-NURAINI BINTI SALIM
-SUHAIMIE BIN MORIDAN
-FADHILAH BINTI ESA
12. Penyampaian Seterusnya adalah cenderahati khas tokoh murid 2021.
Cenderahati Dipersilakan….
Tokoh Murid 2021
NURSYAFEENA RIFQAH BINTI ESAIROL NIZAM

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Hj


Selamat bin Takim atas kesudian beliau menyampaikan
cenderahati sebentar tadi. Tahniah & syabas juga diucapkan
kepada para penerima anugerah & cenderahati. Semoga kejayaan

4
& jasa bakti mereka memberi inspirasi kepada kita semua.

13. Penyampaian Hadirin yang dimuliakan,


Cenderahati AJK
PIBG dan Perasmi Bagi menghargai jasa dan sumbangan Jawatankuasa PIBG SK
Orangkaya Ali Sesi 2021/2022, majlis berbesar hati menjemput
dan mempersilakan Puan Hjh Siti Mowlina bt Mashadi, Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Orangkaya Ali, diiringi En. Md. Fadzlillah bin
Rozali untuk menyampaikan cenderahati dan sijil penghargaan.
Dipersilakan.
.
Dipersilakan....
1. En Samion bin Sarmithy – YDP PIBG SK Orangkaya Ali
2. En. Mohd Azman Bin Musa – NYDP PIBG
3. En. Suhaimie Bin Moridan – S/U
4. Pn. Nurul Nadhirah Binti Md. Yusof - Bendahari

AJK GURU:
EN. MUHAMMAD SUHAIL FARIS BIN ABD. MANAN
EN. MOHD FAHMI BIN JAHURI
PN. NORAINZATON BINTI MD. KASIM
EN. HJ. KHAIROL ANUAR BIN IBRAHIM

AJK IBU BAPA


EN. MOHD AZMI BIN ABDULLAH
EN. MOHD ZAIMANI BIN UYOP
EN. SHAHRIZAL BIN HARON
PN. NORALIAH BINTI SUMAWAN
PN. SERIWATI BINTI BASIRON
PN. MASLIAH BINTI KHALID
PN. NOR HIDAYAH BINTI SAMSUDIN
EN. NAZARUDIN BIN ABU

Seterusnya, Penyampaian Cenderahati kepada perasmi majlis kita


pada pagi ini. Majlis dengan sukacitanya mempersilakan Yang
Berhormat Tuan Hj Selamat bin Takim ke pentas untuk menerima
cenderahati.

Terima kasih diucapkan kepada Puan Hjh Siti Mowlina bt Mashadi


atas penyempurnaan majlis sebentar tadi.

11. Rehat/ Dari mana asalnya, usah diusul

5
Molek budinya menambat hati
Dua tiga bicara salah tersasul
Jangan dibawa ke dalam hati.

Kami mewakili AJK PIBG dan SK Orangkaya Ali, merakamkan


penghargaan serta jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat
Tuan Hj Selamat bin Takim atas kesudian meluangkan masa pada
petang ini untuk merasmikan Mesyuarat Agung PIBG SK
Orangkaya kali ke 48. Tidak dilupakan juga kepada ibu bapa &
guru-guru sekalian.

Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah SWT dan yang buruk
itu datang dari kedhaifan kami sendiri.

Sekian dari kami,

Wa billahi taufiq wal hidayah, wassalamu alaikum warahmatullahi


wabarakatuh..

PENUTUP Seterusnya, kami serahkan kepada En. Samion bin Sarmithy untuk
meneruskan agenda Mesyuarat Agung PIBG SK Orangkaya Ali, kali
ke-48 bagi tahun 2022.

Anda mungkin juga menyukai