Anda di halaman 1dari 8

TEKS

JURUACARA MAJLIS
MAJLIS AKU JANJI MURID TINGKATAN 5
DAN PENETAPAN SASARAN SPM (ETR)
TAHUN 2022

26 JUN 2022, AHAD


SMK BANDAR PUTRA
AKSARA PENGACARA MAJLIS : SITI SALMAH ERANG
ATUR CARA MAJLIS
MAJLIS AKU JANJI MURID TINGKATAN 5 DAN PENETAPAN SASARAN SPM
TAHUN 2022
SMK BANDAR PUTRA, KULAI

10.00 pagi : Sesi pendaftaran guru, ibu bapa dan penjaga

: Ibu bapa mengambil tempat

: Ketibaan tetamu jemputan

10.30 pagi : Ketibaan tetamu kehormat Encik Abdullah bin Jusoh

YDP PIBG SMK Bandar Putra, Kulai

11.00 pagi : Bacaan Doa oleh Ustaz Ariffin bin Zakaria

: Ucapan Pn. Kamsiah binti Mohd Ali

Guru Penolong Kanan Pentadbiran SMK Bandar Putra, Kulai

: Lafaz Ikrar Calon SPM 2022 diketuai oleh Muhammad Ammar

Naim bin Mat Arof, Ketua Pengawas SMK Bandar Putra

: Lafaz Ikrar Calon SPM 2022 diketuai oleh Encik Mohd Ikhwan bin

Jasmee, Ketua Badan Pengawas SMK Bandar Putra mewakili

ibu bapa dan guru

: Majlis menandatangani MoU antara pihak sekolah, ibu bapa

dan murid

: Diskusi Akademik

1.00 petang : Majlis Bersurai


TEKS PENGACARA MAJLIS AKU JANJI DAN
PENETAPAN SASARAN SPM
MURID TINGKATAN 5 TAHUN 2022

Bil AGENDA TEKS


1. Ketibaan para [PENGUMUMAN AWAL SEBELUM MAJLIS]
jemputan dan ibu Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera.
bapa
1. MAJLIS AKAN DIMULAKAN SEBENTAR LAGI.
SEPANJANG MAJLIS BERLANGSUNG MOHON
KERJASAMA DIF-DIF JEMPUTAN SERTA HADIRIN-
HADIRAT SEKALIAN UNTUK MEMATIKAN TELEFON
BIMBIT ATAU MENUKARKAN KEPADA MOD
SENYAP.
2. MOHON PARA IBU BAPA DAN MURID
MEMENUHKAN RUANGAN TEMPAT DUDUK DI
HADAPAN KERANA MAJLIS KITA AKAN BERMULA
PADA BILA-BILA MASA SAHAJA.
3. DIPOHON JUGA HADIRIN-HADIRAT BERDIRI
SEMASA KETIBAAN TETAMU KEHORMAT, YANG
BERUSAHA EN. ABDULLAH BIN JUSOH, YANG
DIPERTUA PIBG SMK BANDAR PUTRA.
4. HADIRIN JUGA DIMOHON TERUS BERDIRI SEMASA
MENYANYIKAN LAGU NEGARAKU.

[PENGUMUMAN KETIBAAN]
HADIRIN DIMINTA BERDIRI BAGI MENYAMBUT
KETIBAAN TETAMU KEHORMAT.

Mengumumkan ketibaan;
Yang Dihormati Encik Abdullah bin Jusoh,
Yang Dipertua PIBG SMK Bandar Putra,

Yang Berusaha Puan Kamsiah binti Mohd Ali,


Guru Penolong Kanan Pentadbiran,
SMK Bandar Putra,

BARISAN KEPIMPINAN SEKOLAH SERTA PARA


JEMPUTAN SEKALIAN

[NYANYIAN LAGU NEGARAKU]


[Juruacara tidak perlu sebut]

[Selesai nyanyian]
Hadirin sekalian dipersilakan duduk.
Bil AGENDA TEKS
2. Kata Alu-aluan [JURUACARA MULA BACA TEKS APABILA DIF
Pengacara Majlis JEMPUTAN/ TETAMU TELAH SENYAP]

Sirih berlipat sirih pinang,


Sirih dari Pulau Mutiara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara.

Bismillahirohmanirohim
Assalamualaikum WBT dan
Salam Sejahtera,

Yang Dihormati Encik Abdullah bin Jusoh,


Yang Dipertua PIBG,
SMK Bandar Putra.

Yang Berusaha Puan Kamsiah binti Mohd Ali,


Guru Penolong Kanan Pentadbiran,
SMK Bandar Putra.

Yang Dihormati Encik Mohd Kamal bin Ali,


Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
SMK Bandar Putra.

Yang Dihormati,
En Mohd Ismail bin Amin,
Guru Penolong Kanan Kokurikulum,
SMK Bandar Putra.

Barisan Guru Kanan Mata Pelajaran, Barisan Guru


Cemerlang, Ahli-Ahli Jawatankuasa PIBG, Guru-
guru, Para Ibu Bapa dan anak-anak didik yang
dihormati sekalian.

Alhamdulillah, bersyukur kita pada pagi ini, dengan


izin serta limpah rahmat-Nya dapat kita berkumpul
bersama bagi menjayakan majlis.
Pihak Jawatankuasa Pengelola program serta
seluruh warga akademik SMK Bandar Putra, turut
sama merakamkan ucapan terima kasih yang
tidak terhingga kepada seluruh hadirin dan hadirat
khususnya kepada Yang Dihormati Encik Abdullah
bin Jusoh, Yang Dipertua PIBG SMK Bandar Putra
kerana sudi meluangkan masa bagi bersama-
sama menjayakan Majlis Aku Janji dan Penetapan
Sasaran Akademik SPM 2022 yang kita rencanakan
pada hari ini.

Semoga dengan berkat kedatangan tuan-tuan


dan puan-puan ke program kita pada pagi ini
akan menambahkan lagi semangat dan
keazaman calon-calon SPM tahun 2022 dalam
menjulang legasi kecemerlangan SMK Bandar
Putra dalam bidang akademik, sahsiah dan juga
kokurikulum.

3. Bacaan Doa Hadirin yang dihormati sekalian,

Tetak buluh kajang sepuluh,


Laksana dititing kias ibarat,
Mengangkat tangan jemari sepuluh,
Doa dipohon biar selamat.

Bagi memberkati majlis, marilah sama-sama kita


menadah tangan dengan penuh ketakwaan
untuk mengaminkan doa yang akan dibacakan
oleh Mohd Hafizuddin bin Abd Salim.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

[SELESAI BACAAN DOA]

Amin Amin Ya Rabbal ‘Alamin.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan


dan terima kasih kepada Mohd Hafizuddin bin Abd
Salim, atas pimpinan bacaan doa itu tadi.
4. Ucapan pengetua/ Jejaran mengkudu berbias kesuma,
Wakil Pengetua Pn. Di celah angsana di Tanah Jawa,
Kamsiah binti Mohd Ali Ucapan Aluan pembuka bicara,
Di Dewan Perdana Putra kita bersua.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Bagi memulakan persada ucapan, majlis dengan


segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha
Puan Kamsiah binti Mohd Ali, Guru Penolong
Kanan Pentadbiran SMK Bandar Putra untuk
menyampaikan ucapan.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.


……………….

[SEHINGGA UCAPAN TAMAT]

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha


Puan Kamsiah binti Mohd Ali, Guru Penolong
Kanan Pentadbiran SMK Bandar Putra atas ucapan
beliau itu tadi. Semoga kata-kata yang telah
disampaikan sebentar tadi dapat dijadikan
panduan dan renungan kita bersama.

5. Lafaz Ikrar Calon SPM Hadirin yang dimuliakan,


2022
Majlis diteruskan dengan Lafaz Ikrar Murid Calon
SPM 2022.

Murid-murid calon SPM 2022 diminta untuk berdiri.

Bagi menyempurnakan upacara aku janji dalam


majlis yang penuh bermakna ini, dipersilakan wakil
pelajar Muhammad Ammar Naim bin Mat Arof,
Ketua Pengawas untuk mengetuai lafaz ikrar murid.

Dipersilakan.

[SELESAI LAFAZ IKRAR]

Majlis mengucapkan terima kasih kepada


Muhammad Ammar Naim bin Mat Arof atas lafaz
ikrar itu tadi.
Semoga dengan termeterinya Aku Janji tersebut
mampu meningkatkan semangat calon-calon SPM
2022 untuk menjalankan tanggungjawab yang
digalas sebaiknya.

6. Lafaz Ikrar Ibu Bapa Hadirin yang dimuliakan,


dan Guru
Majlis diteruskan dengan Lafaz Ikrar Ibu Bapa dan
guru.

Dijemput Ibu Bapa/ Penjaga murid dan barisan


guru mata pelajaran Tingkatan 5 untuk berdiri.

Bagi menyempurnakan upacara aku janji,


dipersilakan wakil ibu bapa dan guru, Encik Mohd
Ikhwan bin Jasmee untuk mengetuai lafaz ikrar.

Dipersilakan.

[SELESAI LAFAZ IKRAR]

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Encik


Mohd Ikhwan bin Jasmee atas lafaz ikrar itu tadi.

7. Majlis Hadirin dan hadirat sekalian,


menandatangani
Dokumen Aku Janji Ibu Majlis diteruskan lagi dengan Upacara
Bapa/ Penjaga Menandatangani Dokumen Aku Janji MoU antara
pihak sekolah, Ibu Bapa/ Penjaga dan murid.

Bagi menyempurnakan majlis menandatangani


Dokumen MoU, majlis dengan sukacita dan
hormatnya mempersilakan

Yang Dihormati Encik Abdullah bin Jusoh,


Yang Dipertua PIBG selaku wakil ibu bapa/
penjaga murid Tingkatan 5,
SMK Bandar Putra.

Yang Berusaha Puan Kamsiah binti Mohd Ali,


Guru Penolong Kanan Pentadbiran, wakil guru,
SMK Bandar Putra.

Yang Dihormati,
Muhammad Ammar Naim bin Mat Arof,
Wakil Murid Tingkatan 5, Calon SPM 2022,
SMK Bandar Putra.
Untuk bersama-sama Menandatangani Dokumen
MoU Aku Janji antara pihak sekolah, Ibu Bapa/
Penjaga murid calon SPM 2022, dan guru-guru
mata pelajaran Tingkatan 5.

Dipersilakan.
[SELESAI MAJLIS MoU]

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan


dan terima kasih kepada Yang Dihormati Encik
Abdullah bin Jusoh, Yang Berusaha Puan Kamsiah
binti Mohd Ali dan Muhammad Ammar Naim bin
Mat Arof di atas sempurnanya majlis
menandatangani MoU sebentar tadi.

8. Diskusi Akademik Hadirin yang dihormati sekalian,

Majlis Aku Janji dan Penetapan Sasaran Akademik


calon SPM bagi tahun 2022 akan diteruskan
dengan acara Diskusi Akademik.

Dijemput para ibu bapa murid Tingkatan 5 dan


guru-guru tingkatan 5 untuk mengambil tempat.

[IBU BAPA DAN GURU TINGKATAN MENGAMBIL


TEMPAT]

Ucapan Majlis Bersurai Sebelum majlis bersurai, saya selaku wakil


Jawatankuasa Pelaksana Program memohon
maaf sekiranya terdapat sebarang kesilapan
sepanjang berlangsungnya majlis ini. Jutaan terima
kasih diucapkan kepada semua yang hadir dan
sudi memeriahkan majlis.

Sekian, wabillahitaufik, walhidayah.


Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.
Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai