Anda di halaman 1dari 5

MAJLIS ASPIRASI ILMU 2019

Teks Pengacara Majlis


Aspirasi Ilmu 2019

PEMBACA SKRIP ATURAN


MAJLIS

Bismillhirahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t.... dan salam sejahtera

Yang Berusaha,
Puan Norliza binti Baharun
Guru Besar SK Kuala Kubu Bharu Satu

Yang Berusaha,
Encik Kamaruzzaman bin Abdul Rahman
Yang Dipertua PIBG SK Kuala Kubu Bharu Satu

Yang Berusaha, barisan Guru Penolong Kanan Sekolah


Kebangsaan Kuala Kubu Bharu Satu,

Puan Anita binti Man – GPK Pentadbiran


Tn Hj Abdul Razak bin Mat Husin – GPK HEM
Encik Zamhariz bin Hj Din – GPK Ko-Kurikulum

Barisan Ahli Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK


Kuala Kubu Bharu Satu,
UCAPAN ALUAN
PENGERUSI
Guru-guru penjana modal insan gemilang,
MAJLIS
Para ibu bapa dan penjaga pendukung generasi berwawasan,

dan seterusnya anak didik, calon-calon UPSR 2019 .

Puji dan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah


kurniaNya dapat sama-sama kita berkumpul dalam Dewan Ibn
Sina dalam Majlis Aspirasi Ilmu (Aku Janji Calon UPSR 2019).

“Menuju Kualiti, Strategi Teliti, Kejayaan Menanti”

Majlis merakamkan ucapan jutaan terima kasih yang tidak


terhingga kepada seluruh hadirin warga dewan kerana telah
sudi meluangkan masa bagi bersama - sama menjayakan majlis
yang kita rencanakan pada hari ini.

Hari ini, tanggal 12 Januari 2019, warga dewan hadirin hadirat


sekalian akan turu bersama - sama menyaksikan pelancaran
Ikrar Aki Janji oleh murid - murid Tahun Enam.

adilamaarof/2019 Page 1
MAJLIS ASPIRASI ILMU 2019

Hadirin warga dewan yang dihormati sekelian, majlis


seumpama ini sememangnya menjadi agenda wajib dalam acara
takwim sekolah. Sesungguhnya ianya bukan sahaja dapat
memupuk semangat kerjasama antara pihak sekolah dengan
waris penjaga, malahan turut juga dapat mengetengahkan
segala pandangan waimma idea bernas daripada warga sekolah
mahupun para ibu bapa sekalian.

Justeru, adalah menjadi harapan kami warga pendidik agar


ianya menjadi tonngak bagi memulakan anjakan paradigma dan
pencetus revolusi dalam meningkatkan lagi mutu pencapaian
anak-anak kita dalam aspek duniawi mahupun ukhrawi.. Insha
Allah.

Hadirin yang dihormati,

Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, marilah kita sama-
sama menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan
dipimpin oleh AlFadhil Ustaz Mohamad Fadli bin Mhd Isa.
Dipersilakan…
BACAAN DOA
--------- Bacaan doa ---------

Aamin, Aamin Ya Rabbal Alamin.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada AlFadhil Ustaz


atas pimpinan bacaan doa itu tadi.

Hadirin dan hadirat sekalian,

Sebagai pembuka persada ucapan, majlis dengan segala


hormatnya menjemput dan mempersilakan Yang Berusaha
Encik Kamaruzzaman bin Abdul Rahman, Yang Dipertua
PIBG SK Kuala Kubu Bharu Satu untuk menyampaikan
ucapan dan seterusnya merasmikan Majlis Aspirasi Ilmu
2019. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. UCAPAN YDP
PIBG
------ Ucapan YDP PIBG ------

Majlis merakamkan setinggi penghargaan dan ucapan terima


kasih kepada Yang Berusaha En Kamaruzzaman bin Abdul
Rahman atas ucapan perasmian beliau itu tadi.

adilamaarof/2019 Page 2
MAJLIS ASPIRASI ILMU 2019

Hadirin dan warga dewan sekalian,

Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan


mempersilakan Yang Berusaha Puan Norliza binti Baharun,
Guru Besar SK Kuala Kubu Bharu Satu untuk menyampaikan
ucaptamanya pada pagi ini. Dipersilakan.
UCAPAN GURU
------ Ucapan Tuan Guru Besar ------
BESAR
Majlis merakamkan setingg-tinggi penghargaan dan ucapan
terima kasih kepada Tuan Guru Besar atas ucapan beliau
sebentar tadi. Adalah menjadi harapan kami agar kata - kata
yang telah diluahkan tadi menjadi renungan dan panduan untuk
kita bersama… insha Allah.

Hadirin yang dihormati,

Majlis seterusnya menjemput dan mempersilakan Yang


Berusaha Puan Anita binti Man, Guru Penolong Kanan
Pentadbiran, untuk menyampaikan ucapan. Majlis dengan
segala hormatnya mempersilakan.
UCAPAN GPK
PENTADBIRAN
**** Ucapan GPK Pentadbiran ****

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang


Berusaha Puan Anita binti Man Hui di atas ucapan beliau itu
tadi.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Agenda seterusnya merupakan pembentangan Program


Kecemerlangan UPSR bagi sesi 2019 yang akan disampaikan PEMBENTANGAN
sendiri oleh saya, selaku Penyelaras Program Kecemerlangan PROGRAM
Tahun Enam. KECEMERLANGAN
UPSR
***pembentangan****

Hadirin sekalian,

Kita akan teruskan dengan pembentangan Format Kertas UPSR


bagi keempat - empat subjek teras. Untuk itu, saya serahkan PEMBENTANGAN
majlis kepada guru - guru yang berkenaan. Dipersilakan. FORMAT KERTAS
UPSR
Untuk itu saya menjemput Puan Haryanti binti Hamli, Ketua
Panitia Bahasa Melayu membentangkan Format Kertas UPSR
Bahasa Melayu.

adilamaarof/2019 Page 3
MAJLIS ASPIRASI ILMU 2019

Hadirin yang dihormati sekalian,

Agenda kemuncak majlis pada hari ini diteruskan dengan Bacaan


Ikrar Aku Janji oleh calon - calon UPSR 2019, yang akan
diketuai oleh adik __________________ dari kelas 6 Sakura.
Dipersilakan calon-calon UPSR untuk naik ke atas pentas .

***bacaan ikrar****

Demikianlah tadi Bacaan Ikrar Aku Janji oleh calon-calon UPSR


2019 yang begitu bersemangat dan berkobar - kobar. Diharapkan
dengan bacaan ikrar itu tadi, sedikit sebanyak dapat menyuntik
semangat baru, memasang niat yang betul untuk menghadapi
peperiksaan yang sebenar.

Hadirin sekalian,

Acara yang menyusul seterusnya adalah sesi dialog ibu bapa BERSURAI
penjaga bersama para guru dalam kelas anak masing-masing.
Dalam sesi ini, sebarang cadangan dan pandangan para waris
penjaga adalah amat dialu - alukan. Ini bukan sahaja untuk SESI DIALOG
kebaikan bersama, malahan ianya juga tidak lain bermotifkan PRESTASI
strategi peningkatan pencapaian anak-anak menjelang UPSR
tahun ini. Insh Allah..

Saya selaku wakil pihak majlis dengan takzimnya menyusun


sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat
sebarang khilaf tanpa sedar sepanjang saya mengacara hari ini.

Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Allah SWT,


yang kurang itu datangnya daripada kelemahan diri saya.

Sekian.

Majlis Bersurai

adilamaarof/2019 Page 4
MAJLIS ASPIRASI ILMU 2019

adilamaarof/2019 Page 5

Anda mungkin juga menyukai