Anda di halaman 1dari 15

Ramli Bin Ahmad merupakan nama seorang budak lelaki yang

berumur 12 Tahun, berbadan sedikit tegap dan tinggi, sekali

pandang Ramli mempunyai wajah yang begitu manis seiras

dengan arwah ibunya yang baru setahun meninggal dunia.

Ibunya seorang yang penyayang dan lembut, tidak pernah

meninggikan suara terhadap anak – anak, menjaga anak –

anak dengan penuh kasih sayang tetapi sikap abang dan kakak

Ramli yang leka dalam menghayati nikmat dunia ini tidak

pernah berterima kasih kepada ibu yang membesarkan

mereka dari mereka tidak pandai bercakap sehinggalah

pandai melawan cakap ibunya.

Pada malam yang hening itu, Syakir sedang merenung ke

dada langit melihat keindahan yang diciptakan oleh Allah

S.W.T sambil memikirkan nasib dia dan adiknya yang bongsu

berusia 5 tahun. Kedinginan malam itu membuatkan hatinya

hiba mengenangkan ibunya yang sudah lama pergi.

Setelah ibunya meninggal dunia, ayahnya Pak Cik Ahmad

telah mengambil alih tugas ibunya iaitu menjaga anak – anak

mereka seramai 4 orang. Anak sulung bernama Syahir

berumur 19 tahun, manakala anak kedua, Syamimi satu –


satunya si bunga dalam keluarga itu, berusia 17 tahun dan

ketiga Syakir. Anak bongsu Pak Cik Ahmad berusia 6 tahun

dan bernama Syafiq yang selalu selalu merindui belaian kasih

sayang seorang ibu. Walaupun Pak Cik Ahmad mempunyai

anak lelaki yang sudah dewasa tetapi perangai Syahir yang

tidak suka hidup dalam keadaan yang miskin telah

menyebabkan dia keluar daripada rumah dan pergi ke bandar

untuk mencari duit. Begitu juga dengan kakak Syakir yang

lebih suka menghabiskan masa di rumah kawan – kawannya

dan suka melakukan aktiviti yang tidak bermoral. Kehilangan

ibunya telah menyebabkan kehidupan mereka sekeluarga

telah berubah, tiada yang menjaga makan, pakaian dan segala

kelengkapan di rumah itu.

Pak cik Ahmad hanya bekerja sebagai petani di kebun

Pak Samad kadang – kadang pak cik Ahmad mengambil upah

menjaga dan membersihkan kandang lembu dan kambing pak

Samad. Kesungguhan pak cik Ahmad bekerja membanting

tulang mencari rezeki telah menyentuh hati Syakir dan dia

mula berazam untuk menolong sedikit banyak ayahnya itu.

Sebagai seorang anak yang bertanggungjawab terhadap

keluarganya Syakir telah mula mencari kerja sampingan di


pekan, Syakir perlu pandai menguruskan masa kerana tidak

lama lagi dia akan menduduki peperiksaan UPSR ( Ujian

Penilaian Sekolah Rendah ). Oleh itu, dia perlu bijak dalam

membahagikan masa untuk belajar dan masa untuk bekerja

supaya dia tidak akan tercicir dalam subjek yang tertentu.

Semasa pak cik Ahmad pergi mencari rezeki untuk

mereka sekeluarga, Syakir akan menghantar adiknya yang

bongsu iaitu Syafiq ke rumah Rita. Kesudian ibu Rita ingin

menjaga adiknya amat disenangi sekali oleh mereka kerana

dalam dunia yang akhir zaman ini, untuk berjumpa dengan

manusia yang masih lagi bersifat seperti ibu Rita itu amat

sukar sekali. Allah S.W.T telah meringankan segala beban

berat pak cik Ahmad dan keluarganya. Syakir mempunyai

seorang sahabat bernama Hanif dan Rita, mereka sentiasa

membonceng basikal ke sekolah bersama – sama. Mereka

merupakan sahabat baik dan sentiasa membantu antara satu

sama lain apabila berada dalam kesusahan. Hanif merupakan

anak cikgu Hasnah di sekolah mereka yang merupakan guru

kelas bagi kelas tahun 6 Bijak.


Hanif seorang yang baik dan tidak kedekut ilmu, dia

selalu menolong Syakir dalam mengulangkaji pelajaran

bersama dengan Rita. Keakraban mereka jelas terserlah

kerana mereka sentiasa meluangkan masa bersama – sama di

sekolah, mahupun di luar sekolah.

Syakir, Rita dan Hanif merupakan calon harapan sekolah

dalam peperiksaan UPSR, kerana mereka sentiasa mendapat

keputusan yang cemerlang setiap kali peperiksaan dijalankan.

Sikap cikgu Hasnah yang baik hati sentiasa menolong Syakir

membuatkan Syakir berasa amat bersyukur sekali dengan

kehadirannya kerana cikgu Hasnah banyak membantunya

dalam pelajaran serta kelengkapan pakaian sekolah, duit

saku dan sebagainya. Jasa dan budi baik cikgu Hasnah tidak

akan Syakir lupakan sampai bila – bila kerana tanpa

pertolongan cikgu Hasnah ini Syakir tentu tidak akan keluar

dari kepompong kesusahnya itu.

Di penghujung hari, aku berdiri di depan jendela bilik

yang sengaja aku buka untuk memandang bintang yang tidak

pernah lelah menghiasi malam. Saat ini pada pukul 11.35

malam tetapi mataku belum juga terpejam. Terlalu banyak


masalah yang sedang memenuhi fikiranku ini . Ada saja

masalah yang terjadi dalam hidupku ini. Apa yang aku

inginkan hanyalah sehari saja dalam hidup tanpa masalah.

Namun, aku hanyalah manusia biasa yang memiliki sekadar

keinginan dan kemahuan. Aku hanya dapat berdoa dan DIA

yang akan menentukannya.

Di dada langit, aku melihat satu bintang yang cahayanya

sangat terang. Terangnya lebih daripada bintang yang

lainnya. Ingin sekali aku memetik bintang itu dan ku genggam

erat dengan tanganku. Namun, hal itu tidak mungkin terjadi.

Bagiku, ada tiga alasan yang membuatnya ia adalah mustahil .

Pertama, bintang itu sangat jauh. Kedua, bintang lebih besar

dari tanganku walau dari kejauhan memang terlihat kecil.

Ketiga, bintang itu mempunyai haba yang tinggi. Oleh sebab

itu, lebih baik aku hanya menikmatinya dengan diam dan

tenang. Itu sudah lebih dari cukup bagiku untuk mehilangkan

resah di hati.

Aku melihat jam di dinding bilik yang terletak indah di

dinding yang ada di depan meja belajarku. Ya, aku sengaja

meletakkan jam itu di dinding depan meja belajar agar aku


dapat melihat dengan mudah waktu untuk aku mengulangkaji

pelajaran kerana peperiksaan UPSR semakin hampir. Malam

semakin kelam aku mengambil keputusan untuk melelapkan

mata supaya esok masih ada tenaga untuk aku meneruskan

perjalanan hidup ini bersama dua permata hati kesayanganku.

Matahari mula merangkak tinggi, ayah sudah bertolak ke

tempat kerjanya dan aku pula membonceng basikal bergerak

ke sekolah ditemani oleh dua sahabatku iaitu Rita dan Hanif.

Pembelajaran di sekolah hari ini berjalan dengan lancar dan

setelah itu aku membonceng basikal menuju ke pekan untuk

mencari kerja sambilan bagi membantu ayah menyara

kehidupan kami. Dari jauh aku melihat warung Pak Ali yang

sibuk dengan pelanggangnya itu, setibanya aku disana aku

meminta tolong Pak Ali supaya memberikan aku peluang untuk

bekerja di situ.

“ baiklah Syakir kerjalah nanti aku bagi kau upahnya,

kau hanya perlu basuh pinggan dan gelas sahaja di belakang

kedai aku ni “. Kata pak Ali kepada Syakir. Perasaan Syakir

begitu gembira kerana dapat bekerja dan membantu ayahnya

itu.
Hari sudah senja, Syakir meminta diri untuk pulang ke rumah

dan pak Ali memberikannya duit saku sebanyak RM10 untuk

hari pertama dia bekerja. Syakir pulang ke rumah dengan

gembira dan berasa bersemangat untuk mengulangkaji

pelajaran pada sebelah malam itu.

Pada suatu petang, aku melihat ayah yang berkerut –

kerut dengan badannya yang sudah terbongkok – bongkok

sedikit dan disertai suaranya yang batuk – batuk itu. Keadaan

ayah yang sudah uzur tetapi sentiasa bersemangat untuk

pergi bekerja mencari rezeki dan ayah sanggup berkorban

demi aku dan adikku Syafiq.

Terlintas di mindaku kejadian yang berlaku setahun

yang lepas. Suatu hari, untuk membeli gula – gula , adik telah

mengambil RM 1 dari poket seluar abang. Petang itu, selepas

aku pulang saja dari sekolah aku mendengar abang

memanggil aku dan adikku. Dia meminta aku dan adik berdiri

di tepi dinding.

"Siapa ambil duit aku?" tanya abang Syahir bagai singa

lapar. Aku dan adik langsung tidak berdaya menentang


renungan tajam mata abang. Kedua-dua kami membisu,cuma

tunduk memandang lantai.

"Baik,kalau tak mengaku,dua-dua aku pukul!" sambung abang

sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan

sulungnya ke pipi adik. Lantas , aku menangkap tangan abang

dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata, "Saya

yang ambil!" Belum sempat aku menarik nafas selepas

mengungkapkan kata-kata itu, hayunan dan balunan silih

berganti menghentam tubuhku.

Aku tergamam,lidah kelu untuk bersuara. Walau perit

menahan sakit, setitis pun airmata abang tak tumpah.

Setelah puas aku ditolak ke lantai, abang merungut: "jangan

kau berani ambil duit aku lagi ?"

Malam itu, adik memeluk aku. Dia melihat mukaku yang

luka kerana telah dibelasah oleh abang dan aku segera

memeluk adik dan menasihatkannya supaya tidak mengulangi

lagi perbuatannya itu. Adik menangis kerana tidak dapat

membantu aku yang telah dipukul itu.


Berbulan – bulan telah berlalu, peristiwa aku dibelasah

kerana mempertahankan adik bagaikan baru semalam

berlaku. Abang telah menghilangkan diri dan meninggalkan

ayah keseorangan untuk mencari duit demi sesuap nasi.

Perbuatan abang itu tidak dapat aku maafkan dan aku hanya

mampu berdoa supaya dia sedar akan kesalahannya itu dan

pulang ke rumah hidup bersama – sama dalam satu keluarga.

Mengingat kisah lama tidak akan mampu mengubah nasib

keluarga kami jika tidak berusaha dan meminta pertolongan

daripada ALLAH S.W.T. Ayah sudah melelapkan mata kerana

badannya sudah letih seharian bekerja demi kami. Aku

sentiasa berdoa supaya ALLAH akan memberikan kesenangan

kepada ayah suatu hari nanti.

Sudah seminggu aku bekerja di warung pak Ali dan aku

sudah memberi wang hasil daripada kerjaku kepada ayah dan

ayah kelihatan amat sedih dan sebak sekali kerana ayah

merasa bersalah terhadap anak – anaknya itu. Sebagai

seorang bapa, dia merasakan bahawa dia tidak menjalankan

tanggungjawabnya dengan baik malah menyusahkan anak –

anak mencari wang untuk menampung kehidupan mereka. ayah


memelukku dan mengucapkan terima kasih, air mata ayah

telah bercucuran menyebabkan aku sebak dan juga

mengalirkan air mata.

Ayah berpesan padaku, “Syakir belajar la bersungguh –

sungguh, jadi orang yang berguna supaya mak kau rasa

bangga dengan kau, jangan sia-siakan peluang yang ada

menyesal dah tak guna, janji ngan ayah kau akan belajar

bersungguh – sungguh dan jaga adik dengan baik.”

Saya janji ayah, saya akan belajar bersungguh – sungguh dan

akan ubah nasib keluarga kita ayah. Ayah mengusap

rambutku dan menyuruhku masuk tidur dan mengulangkaji

pelajaran.

Air mata aku masih lagi mengalir dan aku dapat

merasakan kasih sayang ayah yang begitu kuat untuk anak –

anaknya. Aku nekad akan mengubah nasib keluarga aku dan

tidak akan menyusahkan ayah lagi, malam itu aku tidur

dengan semangat yang membara untuk meneruskan

perjalanan ini. Tinggal sebulan lagi untuk menghadapi Ujian

Penilaian Sekolah rendah dan aku mengambil keputusan untuk


berhenti bekerja untuk seketika dan menumpukan perhatian

terhadap pelajaran aku ni.

Pada suatu petang yang hening aku ternampak kelibat

abang Syahmi pulang ke rumah dengan muka yang ketat dan

masam, aku menegurnya tetapi ditolaknya badan aku hingga

jatuh tersungkur.Abang berlari masuk ke dalam rumah

menyelongkar semua barang dalam bilik akud dan biik ayah.

“abang kau cari apa”?,

“Ahhh!! Sibuk la kau suka hati aku la, mana ayah?”

“ayah pergi kerja la bang.”

“aku nak duit mana duit”? sambil mengeledah bilik ayah dan

abang terjumpa dompet ayah yang terdapat beberapa not

berwarna merah. Aku tidak sempat menyambar dompet ayah

dan abang melarikan dompet ayah.

Tetapi belum sempat abang keluar daripada rumah ayah

sudah tiba di rumah dan sempat menghalang abang tetapi

abang telah menolak ayah lalu ayah jatuh tersungkur. Kepala

ayah terhantuk dan berdarah. “Ayah! Abang kau kenapa

sanggup kau buat ayah macam ni”


Abang terus menghilang dan aku pergi ke rumah pak Samad

untuk meinta pertolongan daripadanya. Alhamdulillah Ayah

masih selamat dan mengalami cedera ringan di dahi tetapi

ayah tidak dibenarkan membuat kerja yang berat dan ayah

diarahkan oleh doktor supaya berehat di rumah selama

seminggu untuk mengembalikan semula kesihatannya.

Aku sangat kesal dengan perbuatan abang itu, aku harap

dia akan berubah dan tidak akan melakukan sesuatu yang

akan memberikan kesan yang buruk terhadap dirinya.

Seminggu berlalu, aku dikejutkan dengan berita tentang

abang yang telah ditangkap oleh polis kerana dia telah

dicekup ketika dia sedang menghisap dadah bersama kawan –

kawannya di satu lorong di hujung kampung.

Aku begitu terkejut dengan perbuatan abang yang

sanggup membinasakan diri sendiri dengan terjurumus ke

lembah dadah itu. Abang telah dimasukkan ke dalam Pusat

Pemulihan Agensi Dadah Kedah, aku harap abang akan

berubah dan menjadi insan yang berguna untuk keluarga.

Sebulan telah berlalu, tiba masa untuk aku bersiap sedia

bagi menempuhi peperiksaan ini yang sekian lama telah aku


nantikan kehadirannya. Tidak lupa aku kepada dua sahabat

baik aku Hanif dan Rita, aku hanya mampu memberikan

semangat kepada mereka agar mereka dapat melakukan

dengan baik.

Masa berlalu dengan begitu pantas, seminggu sudah berlalu,

peperiksaan UPSR sudah aku tempuhi. Sementara menunggu

keputusan UPSR aku mengambil keputusan untuk kembali

bekerja di warung Pak Ali untuk menampung perbelanjaan

kami sekeluarga. Ayah dah mula bekerja selepas seminggu

keluar daripada hospital dan aku tidak mahu menyusahkan

ayah yang sudah berumur itu serta aku harap usaha aku

dapat membantu meringankan beban ayah.

Di suatu petang yang nyaman, semasa dalam perjalanan

pulang ke rumah aku ternampak kelibat susuk badan yang aku

amat kenal. Tanpa melengahkan masa lagi aku berlari

mendapatkannya, betul tekaanku orang itu ialah kakakku

Syamimi. Keadaan kakakku tidak terurus.

“kak akhirnya kau dah balik”.

“Akir, kak nak jumpa ayah” sambil teresak – esak menangis.


“jom kita balik jumpa ayah” kami membonceng basikal

bersama.

Ayah menyambut kepulangan kami dengan air mata

berguguran di pipinya yang sudah berkedut itu. Kakak berlari

dan memeluk ayah dan meminta ampun daripada ayah. Ayah

begitu gembira melihat kepulangan kakak dan memaafkan

segala kesalahan kakak dan meminta agar kakak tidak akan

pergi meninggalkan kami semua lagi.

Alhamdulillah, semua ahli keluarga aku sudah bersatu

walaupun abang tidak berada di sini bersama kami, aku dapat

rasakan abang sudah bertaubat dan insaf. Kami akan sentiasa

menunggu kepulangan abang dengan hati yang terbuka.

Empat bulan telah berlalu, perubahan kakak begitu

mengembirakan ayah. Kakak sudah berubah menjadi seorang

yang penyayang dan bertanggungjawab, Syafiq begitu rapat

dengan kakak, pengganti kasih sayang seorang ibu untuk

Syafiq adikku yang bongsu. Aku dan sahabat baikku, Rita dan

Hanif mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR, kami

telah merancang untuk melanjutkan pelajaran di Sekolah


Berasrama Penuh (SBP) bersama – sama. Aku sangat

bersyukur dikurniakan sahabat yang begitu baik dan jujur

dalam persahabatan kami.

Aku merenung ke dada langit melihat keindahan ciptaan

Allah S.W.t, bintang yang bersinar terang itu menemani

malam ku yang kegelapan ini. Aku berdoa semoga Allah

merahmati keluargaku dan apa yang aku inginkan aku ingin

mengubah nasib keluargaku. Malam itu aku tidur

berbantalkan semangat juang aku demi keluargaku tercinta.

Anda mungkin juga menyukai