Anda di halaman 1dari 12

PENGLAHIRAN BAKAT KREATIF SEM 04

WARKAH BIRU
Nama aku Sara. Aku seorang wanita berkerjaya. Umurku baru mencecah 25 tahun.
Dalam usiaku sebegini, aku dikira sudah layak untuk berumah tangga. Dalam kehidupanku, aku
sudah mempunyai sebuah kereta, rumah yang selesa, pekerjaan yang mempunyai pasaran yang
baik dan yang paling penting sekali adalah aku mempunyai sebuah keluarga yang bahagia.
Keluargaku terdiri daripada aku sebagai anak tunggal keluargaku, ayahku, Dato Ahmad,
salah seorang usahawan berpengaruh di Malaysia dan emakku, Datin Maria yang mempunyai
butik miliknya sendiri.
Dari sudut lain, aku juga mempunyai minatku tersendiri. Cak lempong merupakan alat
muzik tradisional yang aku amat minati. Keluargaku menyokong minatku dan aku mengetahui
aku berbakat dalam seni muzik ini apabila aku mewakili persembahan kebudayaan pada malam
penamat Program Khidmat Latihan Negara (PLKN) padahal asasku terhadap bidang ini agak
tipis. Namun kerana minat, aku sanggup mengambil jalan untuk belajar sendiri teknik bermain
cak lempong melalui laman Youtube.
Cuma satu yang belum lengkap dalam hidupku tetapi aku agak malas untuk memikirkan
hal yang satu ini iaitu mengenai perkahwinan. Emakku, Datin Maria sudah habis bertekak
denganku soal jodoh tetapi seperti biasa aku pun mempunyai senjataku sendiri iaitu hujahku
yang ku kira agak mantap juga.
Mama, soal jodoh ni biarlah Allah dan masa sahaja yang menentukannya. Lagipun Sara
dah ada plan sendiri. Bukankah kita dah bincang pasal ni dulu? balasku kepada emakku apabila
sekali lagi beliau menyuarakan hasratnya untuk aku menemui anak teman baiknya.
1

Karya Asli: Rashidah Murat.

PENGLAHIRAN BAKAT KREATIF SEM 04


Beliau selalu menceritakan mengenai perihalku kepada teman baiknya, Datin Sofea untuk
menjodohkan aku dengan anak teman baiknya itu tetapi aku pantas menidakkan kesudianku
dalam hal sedemikian.
Dulu, aku juga seperti remaja lain. Aku berkenalan dengan seorang pria semasa berada
dalam PLKN iaitu setelah habis menduduki Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) dahulu.
Perhubungan kami yang dahulunya teman tapi mesra bertukar ke fasa seterusnya.
Tetapi perhubungan kami putus di tengah jalan. Setelah tamat tempoh tiga bulan dalam
PLKN, kami semakin jarang berhubung disebabkan masing-masing mempunyai haluan
tersendiri. Dia menuntut di Institut Pendidikan Guru (IPG) dan aku pula di sebuah Institut
Pengajian Tinggi Awam (IPTA) setelah memperolehi keputusan yang agak baik di peringkat Sijil
Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM).
Jarak kami dipisahkan oleh Laut China Selatan. Dalam hal ini, aku lebih mempercayai
naluri hatiku dan merasakan bahawa percintaan di alam remaja tidak akan membawaku ke manamana. Lalu aku memutuskan supaya kami kekal berhubung tetapi hanya sebagai kawan. Dia juga
bersetuju dan sememangnya berfikiran sama sepertiku. Lagipun aku ingin memberikannya
kebebasan untuk memilih seseorang yang lebih baik dariku dalam tempoh kami berkawan.
Beberapa tahun pun berlalu dan aku tidak mendengar khabar berita tentangnya lagi. Kini
soal perkahwinan pula ditimbulkan. Siapa lagi kalau bukan emak yang memulakan semua ini dan
beriya-iya menyuruh aku berkahwin dalam usia yang ku kira bukan dalam list perancanganku.
Bukan aku tidak pernah memikirkan hal perkahwinan yang sebenarnya amat penting bagi aku
sebagai insan khilaf.

Karya Asli: Rashidah Murat.

PENGLAHIRAN BAKAT KREATIF SEM 04


Tetapi apabila memikirkan semula betapa besarnya tanggungjawab yang perlu dipikul
semasa berada di alam rumah tangga nanti, aku sedar hal ini bukan semudah yang disangka.
Banyak lagi persediaan yang perlu dibuat sebelum melangkah ke fasa itu.
Namun, yang paling aku gusarkan bukannya soal perkahwinan. Ada lagi perkara yang
membimbangkan kami sekeluarga iaitu mengenai rumah peninggalan arwah nenekku yang
meninggal dua minggu lepas. Peguam arwah nenekku telah menyerahkan wasiat allahyarham itu
kepada ayah termasuk beberapa geran tanah yang telah dipinda nama ke atas nama ayah pada
minggu lepas. Nama tersebut sempat dipinda sebelum arwah nenekku menghembuskan nafasnya
yang terakhir.
Sehingga sekarang masih terngiang-ngiang suara nenekku memberikan amanatnya yang
terakhir kepada ayah ketika berada di Hospital Serdang dua minggu lepas. Aku cuba mencari
makna yang tersirat di sebalik kata-kata arwah nenekku yang kelihatan tidak jelas di
pendengaranku ketika itu.
Mat, balik ke rumah itu. Ca..cari surat biru di peti bawah katil ibu Apapun..ka..kau
mesti balik ke sana juga.. kata arwah nenekku yang terakam kemas dalam lipatan memori
jangka panjangku.
Dua minggu sudah berlalu sejak arwah nenekku dijemput Ilahi namun keputusan belum
dibuat. Aku faham situasi ayah yang berada dalam dilema. Jika diturutkan hati ayah, pasti rumah
itu dijual sahaja atau paling kurang disewa memandangkan ayah sudah mempunyai
perniagaannya sendiri. Kesibukan ayah sudah pasti tidak mampu menjaga rumah itu seperti yang
diamanatkan oleh arwah nenekku.

Karya Asli: Rashidah Murat.

PENGLAHIRAN BAKAT KREATIF SEM 04


Di pagi yang cerah, seperti biasa kami sekeluarga bersarapan bersama-sama sebelum
keluar bekerja. Cuma emakku, Datin Maria tidak keluar ke mana-mana hari itu memandangkan
butik miliknya tidak dibuka hari itu. Maklumlah pada hari Sabtu dan Ahad, emak bolehlah
merehatkan diri di rumah agam kami apabila tiba hari minggu, kerana beliau tidak perlu keluar
bekerja seperti kami berdua.
Semasa aku dan ayah bersoal jawab tentang perniagaannya yang ku kira semakin maju
tahun demi tahun, emak sengaja memecahkan perbualan mengenai hal yang membuatkan ayah
hilang mood secara tiba-tiba. Apalagi kalau bukan hal mengenai rumah tersebut. Aku kasihan
melihat keadaan ayah.
Bang, bila kita nak pergi ke rumah itu? Pasti Pak Leman dan Mak Jenab tengah menanti
anak majikan mereka yang seorang ini. kata emak kepada ayahku.
Pak Leman dan Mak Jenab pula merupakan pembantu rumah itu dan telah lama
berkhidmat di sana sejak arwah nenekku masih hidup lagi. Mereka memang mengenali susurgalur keluarga kami jadi tidak hairanlah jika mereka mengenali dengan baik ayahku sebagai anak
majikan mereka. Kami sekeluarga pula sudah lama tidak menjejakkan kaki ke sana iaitu sejak
beberapa bulan yang lepas.
Ku lihat ayah yang sedang menyuap nasi lemak yang beraroma enak itu tergamam
sebentar sebelum mengunyahnya perlahan-lahan. Ayah kelihatan sedang merencanakan sesuatu
dengan memandang jauh ke hadapan dan suasana riuh tadi dengan gelak ketawa dan gurausenda senyap sebentar bagi menghormati ketua keluarga kami.
Aku memberi isyarat kepada emak agar tidak meneruskan pertanyaannya yang pasti
mematikan selera ayah. Emak faham tentang situasi itu tetapi beliau buat tidak tahu sahaja.
4

Karya Asli: Rashidah Murat.

PENGLAHIRAN BAKAT KREATIF SEM 04


Dalam hal ini, nampaknya emak bersifat lebih tegas kerana hal ini bukan perkara yang boleh
dibuat mainan. Wasiat tetap wasiat. Begitulah yang aku nampak tentang pendirian emak. Perkara
itu tidak boleh dibendung dan harus diselesaikan segera.
Emak hanya ingin mendapatkan jawapan yang pasti daripada mulut ayah sendiri sama
ada ingin menyimpan rumah itu sebagaimana yang tertulis dalam wasiat dan mengikuti amanat
allahyarham atau mengendahkannya begitu sahaja seterusnya menjual rumah tersebut.
Sebagai menantu dalam keluarga sulung itu, dalam benak hati emak, emak sememangnya
berharap yang terbaik untuk sekeluarga. Bagi emak, tidak ada masalah jika ayah terus
mengekalkan wasiat arwah nenekku cuma kali ini, apapun keputusan ayah akan diterima dengan
sepenuh hati.
Ayah menghela nafas sebentar sebelum mengatakan sesuatu. Aku dan emak hanya
berpandangan sesama sendiri bagi menantikan jawapan ayah.
Baiklah, Selasa depan kita semua boleh pergi ke sana. Tapi kalau ada yang nak tangguh
ke hari lain, minta maaf tapi memang tak dapat. So macam mana? soal ayah sambil memandang
kami dengan mengharapkan jawapan.
Sure, tiada masalah. Mama pula macam mana? aku bertanya kepada emak pula.
Ermm.. boleh tu boleh tapi kena bertolak pagilah. Petang tu ada stok baju baru akan
sampai ke butik mama. Jadi mama tak boleh lama di sana nanti. jawab emak kepadaku.
Tiba hari yang dinanti, aku, emak dan ayah sampai di tempat yang dituju. Kami hanya
menggunakan satu kereta sahaja supaya perjalanan kami lebih mudah dan cepat.

Karya Asli: Rashidah Murat.

PENGLAHIRAN BAKAT KREATIF SEM 04


Aku memandang rumah tersebut dengan pandangan kagum. Rumah yang sudah berusia
setengah abad itu masih tersergam indah yang terletak di hujung kampung ayahku. Arwah
nenekku mempunyai rumahnya sendiri yang didiaminya setelah berkahwin dengan arwah atukku
yang terletak di tengah kampung yang ternyata lebih ramai penguninya. Namun sekali-sekala
beliau akan bermalam dua tiga hari di sana.
Rumah tua tersebut didirikan semasa zaman moyangku iaitu arwah datuk ayahku namun
masih dapat mempesonakan hati sesiapa sahaja yang melihatnya buat kali pertama. Dengan
langkah penuh semangat, kami masuk ke sana dan disambut mesra oleh Pak Leman dan Mak
Jenab.
Teringat sahaja tentang wasiat arwah nenek supaya mencari surat biru di biliknya yang
terletak di bawah katil, aku terus bergegas ke bilik tersebut sementara ayah dan emak
bersembang dengan mereka. Maklumlah sudah beberapa bulan mereka tidak berjumpa, jadi agak
banyak juga perkara yang perlu dibangkitkan termasuk wasiat arwah nenek itu.
Apabila aku menapak ke bilik tersebut, aku melihat segala perabot nenek agak tersusun
rapi dan kemas. Aku terus duduk di katil milik nenek dan menjenguk ke bawah katil. Memang
benar di sana terdapat sebuah peti lama yang bersaiz sederhana kecil.
Lantas aku membukanya dan sekali lagi telahanku tepat. Sepucuk surat biru yang sudah
lusuh memang wujud dan di sekelilingnya ada beberapa duit kertas dan syiling lama yang
menjadi koleksi peribadi arwah nenekku.
Aku membuka surat tersebut dengan berhati-hati dan membaca isi kandungannya.

Karya Asli: Rashidah Murat.

PENGLAHIRAN BAKAT KREATIF SEM 04


Ke hadapan anakandaku Ahmad,
Tika membaca warkah ini, ibu mungkin sudah meninggalkan dunia yang fana ini. Ibu
sentiasa berdoa dan mengharapkan agar anak ibu ini dapat menjadi ketua keluarga yang baik
terhadap isterimu dan cucu ibu yang seorang itu, Sara.
Ibu memintamu menjaga rumah ini dan jangan sekali-kali menjualnya. Rumah ini adalah
lambang keluarga kita dan warisan untuk generasi cucu ibu juga. Namun ada lagi permintaan
ibu yang hanya akan diketahui setelah anak ibu selesai membaca warkah ini.
Ibu mempunyai rahsia yang selama ini ibu sembunyikan dan tidak diketahui sesiapapun
termasuk bapamu. Zaman ibu remaja dahulu, ibu merupakan seorang yang mahir bermain cak
lempong dan pernah dihadiahi sebuah alat muzik cak lempong oleh Sultan Selangor.
Cak lempong amat bermakna dalam hidup ibu sehinggalah pada suatu ketika ibu
berjumpa seorang lelaki yang berkongsi minat yang sama seperti ibu. Kami saling menyukai
sesama sendiri sehingga timbulnya bibit-bibit cinta tetapi perhubungan kami tidak pernah
direstui oleh arwah datukmu yang bersifat materialistik ketika itu.
Demi memisahkan kami, ibu tidak dibenarkan lagi bermain cak lempong apatah lagi
menyentuh alat muzik cak lempong kesayangan ibu dan menyuruh ibu melupakan lelaki tersebut.
Ibu tidak mendengar kata datukmu dan terus menjalinkan hubungan dengan lelaki tersebut.
Ugutan datukmu untuk membuang cak lempong tersebut jika ibu masih berdegil lantas
menyedarkan ibu bahawa sekeras-keras ibu, mana mungkin dapat menandingi datukmu yang
terkenal dengan panas-barannya.

Karya Asli: Rashidah Murat.

PENGLAHIRAN BAKAT KREATIF SEM 04


Ibu memutuskan untuk berjumpa dengan lelaki pujaan hati ibu itu untuk kesekian kalinya
dan mungkin juga untu kali terakhir. Datukmu telah menjodohkan ibu dengan ayahmu ketika itu.
Pantas benar tindakan datukmu dan ibu tidak menyangka senekad itu datukmu bagi memisahkan
kami.
Di pertemuan akhir ibu dengannya yang merupakan suatu petang yang mendung, ibu
menyerahkan cak lempong ibu untuk dia simpan sebagai kenangan kami dan dia menerimanya
dengan berat hati serta mendoakan agar ibu bahagia dengan bakal suami ibu iaitu bapamu.
Lagipun, cak lempong itu sudah tidak bermakna lagi saat bapamu melafazkan akad nikah di
malam itu juga. Segala-galanya berubah dalam sekelip mata. Memang ibu bahagia dengan
bapamu dan cak lempong hanya tinggal kenangan masa lalu walaupun ibu teringin dan rindu
hendak bermain cak lempong saat itu juga.
Ibu menceritakan semua ini agar anak ibu dapat mengambil semula cak lempong
tersebut dari lelaki itu dan menyerahkannya kepada cucu ibu, Sara. Ibu tahu Sara minat akan
seni muzik cak lempong dan Sara layak untuk memiliki warisan berharga ibu itu. Ibu memang
sudah lama menyedarinya. Lalu ibu mengambil keputusan untuk menulis warkah ini.
Di belakang warkah ini terdapat alamat lelaki tersebut. Ibu memang menyimpan
alamatnya tetapi selepas berkahwin dngan ayahmu, ibu tidak pernah lagi bertemu dengannya
dan itu tidak mungkin akan terjadi. Carilah lelaki tersebut, namanya Khalid. Ibu pasti dia masih
hidup dan saat ini sudah pun beranak-pinak dan mempunyai cucu seperti ibu juga.
Tunjukkan surat ini kepadanya dan dia akan faham maksud ibu. Sekian.
Daripada Ibunda,
Sakinah
8

Karya Asli: Rashidah Murat.

PENGLAHIRAN BAKAT KREATIF SEM 04


Aku menyeka air mata yang sudah lama bergenang di pipiku. Rupa-rupanya di sebalik
wasiat arwah nenek terdapat satu lagi wasiat tersirat yang disampaikan melalui surat biru ini.
Aku melangkah ke ruang tamu di mana menjadi tempat perbincangan keluargaku
bersama penjaga rumah warisan arwah nenek lalu aku mengunjukkan surat itu kepada ayahku.
Ayah membacanya dengan penuh berhati-hati. Setelah selesai membacanya, ayah menghela
nafas sebelum memulakan percakapan. Kami menunggu setiap butir bicara ayah kali ini dan aku
menduga sesuatu apa yang ayah akan sampaikan.
Nampaknya, satu wasiat bakal dilaksanakan dan satu lagi ayah minta kamu yang pergi
ke rumah seperti dalam alamat itu. Ayah akan mengekalkan semua yang terdapat di rumah ini
termasuk juga Pak Leman dan Mak Jenab. Wasiat yang satu lagi ayah minta kamu yang tunaikan
kerana ia untuk kamu. Sampaikan salam ayah kepada lelaki yang bernama Khalid itu. Insya
Allah ada masa nanti ayah pula akan berjumpa dengannya. jelas ayah panjang lebar dan
memfokuskan aku dalam bicaranya.
Aku bersetuju dengan ayah dan esok aku pasti akan pergi ke sana. Aku memutuskan
untuk bermalam di rumah itu sementara menunggu hari esok sementara ayah dan emak sudah
berangkat pulang petang itu juga. Di malam yang hening itu, bermacam-macam persoalan yang
timbul di benak hatiku. Ada rasa tidak sabar untuk berjumpa orang yang pernah bertakhta dalam
hati arwah nenekku yang bernama Khalid itu, dan memiliki cak lempong milik arwah nenekku
yang disimpannya. Cepat-cepat aku memejamkan mata.
Keesokan harinya, awal pagi lagi aku pergi menuju ke alamat itu dengan menaiki kereta
yang ku pinjam daripada Pak Leman. Nampaknya balik nanti aku perlu menaiki teksilah
jawabnya. Kereta yang kami naiki pada hari kelmarin pula telah digunakan oleh ayah dan emak.
9

Karya Asli: Rashidah Murat.

PENGLAHIRAN BAKAT KREATIF SEM 04


Setelah satu jam lebih mencari dan bertanya perihal alamat itu kepada penduduk
kampung sekitar kawasan berdekatan, akhirnya aku menemuinya juga.
Aku telah sampai ke sebuah rumah batu dua tingkat yang kelihatan seperti diubah suai
dan mempunyai reka bentuk moden yang ku kira asalnya dulu hanya rumah kayu satu tingkat.
Kelihatan seorang lelaki tua sedang duduk di kerusi malas yang disediakan di beranda rumah
bahagian bawah sambil membaca surat khabar.
Aku memberi salam dan menyapanya. Lelaki tua tersebut mendengar sapaan tersebut dan
menoleh ke arahku.
Minta maaf, kalau boleh saya bertanya, adakah ini rumah Encik Khalid bin Jiwa?
kataku dalam memulakan perbualan.
Ya, memang betul dan saya orangnya yang bernama Khalid. Anak ini siapa? katanya
kepadaku.
Dalam hati aku mengucapkan kalimah syukur. Aku menghela nafas lega sebelum
menjawab pertanyaan itu.
Saya Sara, cucu tunggal kepada arwah nenek saya, Sakinah. Dia baru meninggal dua
minggu yang lepas. Pasti atuk masih ingat lagikan? Ada sesuatu yang perlu saya tunjukkan.
jawabku lembut dengan membahasakannya atuk supaya lebih mesra.
Aku takut terguris hatinya jika aku mengkhabarkan berita mendukacitakan itu. Aku
membuka begku dan menyerahkan surat biru itu kepadanya.
Dia tergamam dan menghela nafas berat sambil mengambil surat itu perlahan-lahan dan
membacanya. Ku lihat raut wajahnya yang sudah dimamah usia itu. Memang kacak orangnya
10

Karya Asli: Rashidah Murat.

PENGLAHIRAN BAKAT KREATIF SEM 04


pada usia mudanya jika diteliti. Sehingga kini, wajah tua itu masih kekal kacak bagiku. Tidak
hairanlah arwah nenekku menyukainya. Tambahan pula, ku kira beliau merupakan seorang yang
baik.
Setelah membacanya, dia menyuruh aku masuk ke ruang tamu dan meminta aku
menunggunya di situ. Aku menunggu dengan sabar. Sepanjang penantianku, mataku melihat ke
segenap ruang tamu dan memujinya dalam diam.
Cantik susunan perabot dalam rumah ini. bisik hatiku.
Tiba-tiba mataku terarah ke satu bingkai gambar kecil. Seperti aku pernah melihat salah
seorang daripada mereka yang terdapat dalam gambar tersebut tetapi belum sempat aku cuba
ingin mengingat siapa orang itu, Tok Khalid datang dari suatu bilik dan membawa suatu set alat
muzik cak lempong ke hadapanku.
Agak kasihan juga aku melihat dia mengangkatnya seorang diri dengan beban yang agak
berat itu lalu aku menawarkan pertolongan untuk meletakkannya di meja besar dengan penuh
berhati-hati.
Ambillah, ini memang milik arwah nenek kamu. Dan sekarang ia kepunyaan kamu.
Sudah terlalu lama atuk menyimpannya. Itulah hasrat arwah nenek kamu yang memberikan
kepercayaannya untuk atuk simpan ia supaya suatu hari nanti, benda itu akan dikembalikan
kepada pewarisnya iaitu kamu. kata Tok Khalid kepadaku.
Aku terharu mendengarnya dan memandang ke arah cak lempong itu.
Minatku yang satu ini akan kembali bernafas. Aku akan menjagamu sebaik mungkin.
tekadku di dalam hati sambil memandangnya dengan penuh makna.
11

Karya Asli: Rashidah Murat.

PENGLAHIRAN BAKAT KREATIF SEM 04


Sebelum aku meminta izin untuk pulang, tiba-tiba aku terlihat sebuah kereta Proton Alza
berwarna putih berhenti di hadapan rumah itu. Seorang pemuda segak keluar dari kereta tersebut
dan nyaris aku terjelepuk ke tanah.
Di hadapanku kini adalah seorang insan yang ku amat kenali dan tidak lagi ku dengar
khabar beritanya beberapa tahun yang sudah setelah lost contact. Dia pun aku lihat seperti
terkejut melihat kedatanganku ke sana. Tidak salah telahanku, dialah yang ku lihat dalam bingkai
gambar tersebut dan pasti dia yang dimaksudkan oleh Tok Khalid sebagai cucu tunggalnya
seperti aku, cucu tunggal arwah Sakinah.
Adakah ini memang semua kebetulan? aku bertanya di dalam hati.
Dia kemudiannya tersenyum dan menuju ke arahku. Aku membalas senyumannya dan
menanti. Pasti banyak soalan yang akan ditujukannya padaku, begitu juga aku.
Kini aku pasti bahawa dialah jodohku. Patutlah aku termimpikannya semalam setelah
lama aku cuba menghapuskannya daripada ingatanku. Aku bersyukur ke hadrat Ilahi dan
berterima kasih kepada arwah nenekku kerana dialah, aku dapat menghidupkan minatku yang
telah lama terkubur dan sekaligus dapat pula berjumpa untuk kali kedua dengan insan yang tidak
pernah aku lupakan sepanjang hidupku.

12

Karya Asli: Rashidah Murat.

Anda mungkin juga menyukai