Anda di halaman 1dari 3

Subjek Kenegaraan

Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia mewajibkan kepada pelajarnya mengambil subjek
bersifat kenegaraan dengan hasrat topik-topik yang dipelajari oleh pelajar akan meniupkan
semangat patriotisme dan cinta negara lebih tinggi. Jika di peringkat sekolah menengah rendah
dan atas para pelajar didedahkan dengan subjek Sejarah yang menghuraikan topik kenegaraan
dan sejarah negara, juga berhasrat memupuk semangat cinta negara dengan kefahaman yang
jelas. Di peringkat IPT pelajar sekali lagi disogok dengan topik kenegaraan.

IPT swasta juga tidak terkecuali dari menawarkan subjek kenegaraan ini kepada pelajarnya.
Subjek ini menjadi salah satu keperluan bagi pelajar untuk melengkapkan kursus di peringkat
ijazah pertama. Ia bukan saja wajib diikuti malah subjek ini merupakan subjek wajib lulus.
Antara subjek kenegaraan yang ditawarkan di IPT adalah Pengajian Malaysia, Hubungan Etnik,
Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) dan di beberapa IPTS terdapat juga subjek seperti
Perlembagaan Malaysia (Malaysian Constitution).

Semua subjek-subjek ini jika dilihat dari segi topik-topiknya hampir sama. iaitu menjelaskan
kepada pelajar berkaitan sejarah negara bermula dari zaman sebelum penjajahan, menuntut
kemerdekaan, penubuhan Malaysia, keadaan ekonomi, politik, sosial di Malaysia dan semua
perkara yang berkaitan dengan Malaysia. Cuma tumpuannya berbeza berdasarkan fokus
subjek tersebut.

Persoalannya, berjayakan subjek-subjek kenegaraan ini mencapai objektif penawarannya.


Objektif utamanya untuk memupuk, mendidik, dan menggalakkan pelajar menyayangi
negaranya serta wujud semangat partiotisme yang tinggi dalam kalangan pelajar yang
mengikutinya. Semangat patriotisme ini diharap mampu dicapai setelah para pelajar memahami
dengan jelas setiap topik yang dibincangkan melalui subjek ini. Hal ini amat berkait dengan
proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang berlangsung di IPT tersebut. Sejauh mana
pencapaian pelajarnya terhadap subjek ini boleh diukur kepada sejauh mana pencapaian
proses P&P berlangsung.

(1) Negara Bangsa — Presentation Transcript

 1. NEGARA BANGSA BAB 1

 2. Objektif Memahami istilah-istilah yang penting dalam subjek Kenegaraan Malaysia Dapat
membezakan antara kenegaraan dan sejarah. Mengenali konsep negara bangsa Membezakan
maksud Malaysian Malaysia.

 3. Kursus yang sama dengan Sejarah? Ilmu Kenegaraan Maksud Kenegaraan Malaysia

 4. Maksud Kenegaraan Malaysia Bidang ilmu yang dibentuk khusus untuk mewujudkan rasa jati
diri malaysia sekaligus melahirkan warganegara yang baik dan bertanggungjawab. Ilmu yang
terbentuk hasil gabungan ilmu sejarah, sosiologi, antropologi, sains politik, agama, undang-
undang dan ekonomi. Ilmu ini merentasi di antara bidang ilmu.

 5. Sejarah sebahagian komponen ilmu kenegaraan Intipati ilmu kenegaraan Sejarah –


penghubung masa lalu dan masa kini. Sejarah – identiti bangsa PERBEZAAN KENEGARAAN
MALAYSIA DAN ILMU SEJARAH
 6. Negara sesuatu kawasan atau wilayah mempunyai penduduk yang menetap kerajaan yang
mempunyai kedaulatan

 7. Negara Unit Politik yang mempunyai kedaulatan dan tanggungjawab dan kuasa menjalankan
pentadbiran sendiri Penduduk Sempadan Kerajaan Kedaulatan Definisi Elemen negara :

 8. Negara ( Rumusan ) Istilah 'negara' merujuk kepada sebuah unit politik yang mempunyai
kedaulatan dan tanggungjawab serta kuasa untuk menjalankan pemerintahannya sendiri. Negara
berfungsi sebagai perantaraan antara pemerintah dengan masyarakat.

 9. Segala tindakan dan kegiatan yang dilakukan oleh sesebuah negara tertakluk kepada undang-
undang dan peraturan yang sah. Negara boleh diumpamakan sebagai sebuah keluarga kerana
negara mempunyai unsur-unsur yang saling berkait antara satu sama lain.

 10. Ras, Etnik dan Bangsa Dari sudut biologi, 'ras' merujuk kepada satu kelompok manusia yang
mempunyai persamaan daripada segi fizikal seperti warna kulit, bentuk kepala, mata, hidung,
bibir, telinga dan lain-lain

 11. Ras, Etnik dan Bangsa 'etnik', anggota masyarakatnya mempunyai rasa 'kekitaan' atas ciri-ciri
persamaan bagi membezakan antara 'mereka' dan 'orang lain’. bangsa, unsur politik memainkan
peranan yang sangat penting.

 12. Ras, Etnik dan Bangsa Kesimpulannya, dapat dirumuskan bahawa konsep 'ras' atau 'etnik'
diasaskan kepada ciri-ciri, nilai, budaya, sejarah dan warisan daripada satu kumpulan sahaja.

 13. Manakala 'bangsa' pula boleh merangkumi beberapa kumpulan 'ras' atau 'etnik' yang
disatukan di bawah satu sistem pemerintahan dan perundangan serta mempunyai tanggungjawab
yang sama untuk mematuhi perlembagaan 'bangsa' itu.

 14. Kepelbagaian Kaum di Malaysia Kepelbagaian kaum ini menjadikan masyarakat yang wujud
di Malaysia lebih unik dan menarik kerana di dalamnya terdapat pelbagai budaya, bahasa,
agama, muzik, tarian, kesenian, pakaian dan makanan yang ada antaranya boleh dikongsi
bersama.

 15. NEGARA BANGSA sebuah Negara yang berdaulat dengan rakyatnya hidup bersatu padu
tanpa dipisahkan oleh ikatan primordial yang sempit mempunyai keyakinan serta kepercayaan
yang tinggi kepada sistem pemerintahan dan undang-undang yang dilaksanakan di negara
tersebut

 16. NEGARA BANGSA “ ...membentuk sebuah negara yang bersatu padu serta menyanjung
masa hadapan yang dikongsi bersama. Bangsa itu mestilah sejahtera, berintegrasi wilayah-
wilayah dan kelompok-kelompoknya, menikmati kehidupan bersama yang sepenuhnya
berasaskan persamaan hak dan keadilan, membentuk sebuah Bangsa Malaysia dengan rasa taat
setia dan pengabdian yang tidak berbelah bagi terhadap bangsa tersebut.”

 17. Faktor Pembentukan Negara Bangsa Lingua Franca Integrasi Kewarganegaraan Patriotisme
Demokrasi

 18. Fokus dan strategi pelaksanaan Negara Bangsa Memperkasakan Bahasa Kebangsaan
Memantapkan perpaduan negara dan integrasi nasional Memupuk kecintaan terhadap seni,
warisan dan budaya bangsa Membina jati diri dan semangat patriotik dalam diri individu

 19. MALAYSIAN MALAYSIA dibawa oleh Lee Kuan Yew Malaysia for Malayan berusaha untuk
mempengaruhi orang bukan Melayu di Malaysia ingin mengenepikan institusi beraja dan
mencabar kedudukan istimewa orang Melayu “ persamaan hak bagi semua” melalui satu ideologi
politik, sosial dan ekonomi
 20. MALAYSIAN MALAYSIA seakan sama dengan rancangan Malayan Union rancangan ini
mendapat bantahan yang keras dari orang Melayu.

 21. SEBAB-SEBAB PENOLAKAN “MALAYSIAN MALAYSIA” Mengenepikan agama Islam


sebagai agama rasmi. Menafikan kewujudan institusi beraja. Menolak bahawa Bahasa Malaysia
sebagai bahasa rasmi Menentang hak-hak istimewa orang-orang Melayu dan bumiputera

 22. KEPENTINGAN MATAPELAJARAN KENEGARAAN Memberi kefahaman tentang latar


belakang, proses dan perkembangan sejarah pembinaan negara supaya nilai-nilai murni yang
terkandung di dalamnya dapat difahami dan dihayati sepenuhnya. Membantu melahirkan sebuah
masyarakat Malaysia yang mempunyai nilai-nilai moral dan keperibadian yang tinggi serta
berpegang teguh kepada nilai-nilai dan amalan agama yang dianuti

 23. KEPENTINGAN MATAPELAJARAN KENEGARAAN Membentuk masyarakat supaya


mempunyai keyakinan yang teguh terhadap kemampuan dan kebolehan diri sendiri bagi
menghadapi pelbagai masalah dan cabaran yang bakal ditempuhi. Meninggalkan sebuah negara
Malaysia yang cemerlang dan gemilang sebagai satu warisan untuk diperturunkan kepada
generasi yang akan datang.

 24. KESIMPULAN Bagi membina negara bangsa ini, nilai-nilai kenegaraan yang tinggi perlu
disemai dalam setiap sanubari rakyat Malaysia tanpa mengira kaum bagi memperjuangkan
keamanan dan mencapai matlamat wawasan 2020 sekaligus menjadikan Malaysia sebagai
sebuah negara maju. Walau bagaimanapun bukan mudah untuk membentuk Malaysia sebagai
negara bangsa. Oleh itu, semua pihak harus memainkan peranan masing-masing dan harus
konsisten bagi memastikan pembentukan negara bangsa Malaysia tercapai dan menuju ke arah
negara maju.

Anda mungkin juga menyukai