Anda di halaman 1dari 20

1.

PENGENALAN

Sistem pendidikan, melalui sistem persekolahan, merupakan elemen yang penting bagi sesebuah negara dalam usaha menuju ke arah membangunkan masyarakat dari segi ekonomi, politik, dan sosial. Sistem persekolahan bukan sahaja berperanan untuk memberi pelajaran kepada masyarakat semata-mata, bahkan ia merupakan saluran untuk menyampaikan kepada rakyat berkenaan dengan wadah perjuangan negara yang sangat mementingkan nilai-nilai murni dalam masyarakat berbilang kaum demi mencapai perpaduan. Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum, agama, dan adat resam di mana ia dikenali sebagai masyarakat majmuk. Pelaksanaan sistem pendidikan yang dijalankan perlu mengikut keperluan dan kesesuaian masyarakat Malaysia. Dalam PPPM, antara 5 aspirasi Sistem Pendidikan Malaysia yang ditekankan, aspirasi keempat dengan jelas menyatakan bahawa murid yang berumur antara 7 hingga 17 tahun menghabiskan lebih satu perempat daripada masa mereka di sekolah. Oleh itu, sekolah berperanan untuk mengukuhkan lagi perpaduan dalam kalangan murid. Melalui interaksi bersama murid lain dari pelbagai latar belakang sosioekonomi, agama dan etnik, dan belajar untuk memahami, menerima serta menghayati perbezaan, suatu perkongsian pengalaman dan aspirasi dapat dibentuk. Kementerian berhasrat untuk menjanakan suatu sistem pendidikan yang memberi peluang kepada murid berkongsi pengalaman dan aspirasi demi membentuk dan memperkukuhkan lagi asas perpaduan rakyat Malaysia.

2.0

KONSEP PENDIDIKAN DI MALAYSIA Pendidikan, mengikut Plato, ialah suatu proses membentuk individu yang berakhlak

mulia. Menurut Jean Jacues Rousseau pula, pendidikan sebagai suatu proses yang berterusan dan bermula dari masa kanak-kanak lagi. Dalam proses ini, segala kebolehan semula jadi lahir dengan sendirinya mengikut kehendak dan peraturan semula jadi (Mok Soon Sang, 2000:xvi). Masyarakat dan pendidikan adalah bergerak seiring kerana pendidikan adalah acuan membentuk insan. Masyarakat Malaysia yang terdiri dari bangsa Melayu, Cina, India, lain- lain etnik, dan beragama Islam, Buddha, Hindu, dan Kristian menjadi rujukan pihak pemerintah sebelum
1

sesuatu dasar dirangka agar manfaat dan faedah dapat dirasai oleh semua golongan masyarakat. Melalui pendidikan, nilai-nilai murni seperti hormat-menghormati, bertoleransi, bekerjasama, dan aspek- aspek moral diterapkan kepada masyarakat yang bertujuan untuk melahirkan pewaris negara yang berkualiti, bertanggungjawab, berdaya saing, bijak, dan mempunyai sifat patriotik di mana ia penting untuk memupuk perpaduan di kalangan masyarakat. Sistem pendidikan yang dilaksanakan di dalam sesebuah negara, penting bukan sahaja kerana fungsi kebajikan dan sosialisasinya iaitu di mana kanak kanak dididik untuk menjadi insan yang berjaya dan mengenali budaya serta alam sekeliling, tetapi juga boleh digunakan sebagai wadah untuk menyampaikan ideologi kebangsaan kepada masyarakat iaitu melalui penerapan tentang kefahaman serta nilai nilai positif untuk perpaduan kaum di kalangan para pelajar.

3.0

PERPADUAN Perpaduan ialah satu proses yang menyatupadukan anggota masyarakat dan negara

keseluruhannya melalui ideologi negara supaya tiap-tiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta satu perasaan kebangsaan bersama di kalangan mereka. Perpaduan memainkan peranan penting dalam memacu kestabilan & kemajuan negara. Sejak merdeka lagi, kerajaan telah memupuk semangat perpaduan dalam memakmurkan negara kita. Pelbagai dasar telah dijalankan untuk mencapai proses perpaduan ini. Tanpa perpaduan, kemajuan negara yang ingin dicapai untuk Wawasan 2020 tidak mungkin akan menjadi kenyataan kerana kerjasama diperlukan untuk menjana kemajuan. Dalam membentuk perpaduan kaum, kerajaan perlu menjalankan dasar perpaduan supaya rakyat Malaysia menjadikan dasar ini sebagai pegangan mereka dalam mencapai perpaduan kaum yang harmoni. Dasar perpaduan boleh dicapai melalui dua cara iaitu: 1) Integrasi Integrasi merupakan satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional di kalangan kumpulan-kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik.
2

2) Asimilasi. Manakala asimilasi pula ialah satu proses bagaimana kumpulan-kumpulan minoriti diasimilasikan melalui perkahwinan campur dan sebagainya ke dalam kumpulan etnik yang lebih besar.

Kewujudan pelbagai jenis sekolah kebangsaan dan swasta di peringkat rendah dan menengah dalam sistem pendidikan menyediakan peluang kepada ibu bapa untuk memilih jenis sekolah bagi anak-anak mereka. Walau bagaimanapun, kewujudan persekitaran etnik yang homogen di sekolah menimbulkan kebimbangan tentang kurangnya peluang untuk berinteraksi dalam kalangan murid. Demi pengukuhan identiti dan perpaduan nasional, interaksi dalam kalangan murid perlu dipertingkatkan bagi membolehkan mereka berkongsi pengalaman dan aspirasi masa depan Malaysia. Situasi kepelbagaian jenis sekolah yang wujud dalam sistem pendidikan pada masa ini tidak menyumbang kepada interaksi yang dihasratkan.

4.0

SEJARAH PENDIDIKAN DI MALAYSIA Jika kita lihat pada zaman British dahulu, sistem pendidikan kita berpandukan dasar

pendidikan British pada abad ke-19. Sistem ini hanya dijalankan di Negeri-negeri Selat (Melaka, Pulau Pinang & Singapura). Negara kita dahulu terikat dengan pendidikan yang dijalankan oleh penjajah iaitu British yang mementingkan pendidikan untuk kepentingan mereka sendiri. Pada zaman itu, pihak British memberi keutamaan kepada pelajaran Melayu dan Inggeris. Pendidikan untuk orang Melayu diberikan untuk diberi jawatan rendah kerajaan sama ada sebagai kerani atau guru. Pendidikan Cina dan Tamil dibiarkan berkembang secara sendirian. Pendidikan ini dikenali sebagai pendidikan vernakular. Pendidikan kaum Cina menggunakan bahasa Mandarin sebagai bahasa pengantar, gurunya & buku teks didatangkan dari China. Mereka mempunyai sistem pendidikan yang tersendiri. Pendidikan kaum India menggunakan bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar di sekolah. Kebanyakan sekolah Tamil ini terletak di kawasan ladang getah atau kopi. Sekolah Inggeris pula dianggap sistem persekolahan yang unggul pada zaman penjajahan British. Sekolah ini terdedah dengan budaya pemikiran Barat. Tambahan pula, sukatan pembelajaran pelajaran juga tidak sama dengan sistem pendidikan sekolah lain menyebabkan perpecahan perpaduan kaum berlaku.
3

Jelas sekali bahawa British sengaja mengasingkan sistem pendidikan antara semua kaum supaya perpaduan kaum tidak berlaku. Jika perpaduan kaum berlaku, akan wujud kesedaran berpolitik antara kaum dan sekali gus menggugat penjajahan British di Tanah Melayu. Pihak Inggeris tidak memberatkan objektif perpaduan dalam sistem pelajarannya. Tidak ada satu dasar pendidikan kebangsaan sepertimana yang kita lihat hari ini. Yang penting bagi mereka ialah memberi pelajaran kepada segolongan rakyat untuk membolehkan sebahagian mereka memenuhi keperluan tenaga dan ekonomi. Kesimpulannya, perbezaan sistem pendidikan menyebabkan perpaduan kaum sukar wujud suatu ketika dahulu.

5.0

AKTA PENDIDIKAN 1996 [AKTA 550] Tujuan Akta Pendidikan 1996 adalah untuk membentuk sistem pendidikan ke arah yang

lebih baik. Sebelum Akta Pendidikan 1996 terdapat beberapa penyata pendidikan seperti penyata Razak dan Penyata Rahman Talib. Semua penyata pendidikan yang digubal adalah semata-mata untuk memajukan system pendidikan yang ada di Negara kita. Kandungan setiap penyata yang digubal adalah berdasarkan suasana dan keadaan kehidupan semasa demi untuk memajukan sistem pendidikan di Malaysia. Dalam setiap penyata yang digubal masih ada lagi kelemahan dari segi beberapa perkara yang dihadapi dalam suasana semasa dan dalam kehidupan masyarakat yang berbilang bangsa. Maka Akta Pendidikan 1996 diperkenalkan untuk memperbaiki kelemahan yang terdapat dalam penyata pendidikan sebelum ini. Dasar yang dinyatakan di atas akan dilaksanakan melalui suatu sistem pendidikan kebangsaan yang memperuntukkan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama, Kurikulum Kebangsaan dan peperiksaan yang sama; pendidikan yang diberikan adalah pelbagai dan komprehensif skopnya dan yang akan memenuhi keperluan negara, serta memupuk perpaduan negara melalui pembangunan budaya, sosial, ekonomi dan politik selaras dengan prinsip-prinsip Rukunegara. Sistem Pendidikan Kebangsaan adalah terdiri daripada pendidikan prasekolah, pendidikan rendah, pendidikan menengah, pendidikan lepas menengah dan pendidikan tinggi. Perkembangan Pendidikan di Malaysia: Falsafah dan Dasar. Ada tiga kategori institusi pendidikan iaitu institusi pendidikan kerajaan, bantuan kerajaan dan swasta. Bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama. Jika bahasa pengantar utama di sesuatu institusi pendidikan adalah selain daripada bahasa kebangsaan, maka bahasa kebangsaan hendaklah diajar sebagai
4

mata pelajaran wajib di institusi pendidikan itu. Kurikulum Kebangsaan hendaklah digunakan oleh semua sekolah. Sekolah hendaklah menyediakan murid bagi peperiksaan yang ditetapkan. Persoalan besar yang dihadapi para pemimpin dan pendidik selepas Perang Dunia Kedua ialah mencari formula untuk melahirkan satu masyarakat Malaysia yang bersatu padu, yakni masyarakat majmuk yang mempunyai keazaman, kesanggupan dan kesediaan untuk hidup bersama dengan rukun dan damai serta mempunyai kesedaran, keperibadian dan nilai-nilai sebagai rakyat Malaysia. Satu cara yang penting untuk mewujudkan perpaduan di dalam sesebuah negara ialah menerusi pendidikan.

5.1

SEKSYEN 15 : SISTEM PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Kementerian Pelajaran Malaysia memainkan peranan yang sangat penting dalam membawa perubahan pendidikan di Malaysia sejak sekian lama lagi. Misi Kementerian Pelajaran Malaysia ialah membangunkan sistem pendidikan yang berkualiti dan bertaraf dunia, di samping memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara. Kementerian Pelajaran Malaysia menetapkan matlamat, iaitu melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia, bersatu padu, beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan, sejahtera, menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara, dan memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara. Sistem Pendidikan Kebangsaan hendaklah terdiri daripada sub-seksyen berikut: a. Pendidikan Prasekolah

Program pendidikan bagi murid yang berumur dari empat hingga enam tahun;

b. Pendidikan Rendah

Kursus pengajian pada peringkat rendah yang direncanakan bagi tempoh enam tahun tetapi yang boleh tamat diikuti dalam tempoh antara lima hingga tujuh tahun;

Ia terdiri daripada sekolah kebangsaan atau sekolah jenis kebangsaan;

c. Pendidikan Menengah

Pendidikan yang terdiri daripada pendidikan menengah rendah dan menengah atas;

Pendidikan menengah yang diadakan terdiri daripada :I. II. III. sekolah akademik sekolah teknik dan vokasional sekolah kebangsaan agama

d. Pendidikan Lepas Menengah

Pendidikan yang disediakan untuk seseorang yang sudah tamatmengikuti pendidikan menengah rendah dan menengah atas, tetapi tidak termasuk pendidikan tinggi.

e.

Pendidikan Tinggi

Tetapi tidak termasuk pendidikan di sekolah ekspatriat atau sekolah antarabangsa [Pindaan Akta A1152] Melalui sistem persekolahan, kanak-kanak yang terdiri daripada berbilang bangsa dapat saling kenal-mengenal dan berinteraksi dengan baik. Dari ketika itu mula wujud hubungan antara masyarakat dan seterusnya membina perpaduan nasional yang kukuh. Perpaduan yang erat dapat dikekalkan dan diperkukuhkan melalui dasar-dasar yang kerajaan laksanakan. Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, mengatakan bahawa beliau sedia menimbangkan untuk mewujudkan hanya satu sistem sekolah sahaja yang diguna pakai sekiranya rakyat Malaysia bersetuju untuk mengikuti satu sistem persekolahan. Dalam melaksanakan dasar baru itu, kerajaan perlu mengambil kira kehendak rakyat kerana tidak mahu timbul perbalahan dan kesan buruk kepada rakyat. Sehingga kini, masyarakat Malaysia masih belum bersetuju untuk menggunakan satu sistem sekolah sahaja. Masyarakat Cina dan India dilihat masih mahu menggunakan sistem sekolah pelbagai aliran yang dianggap dapat menjaga bahasa ibunda mereka dan menjamin hak-hak mereka. Idea menubuhkan satu aliran sistem persekolahan perlu dilaksanakan kerana melaluinya semangat perpaduan di kalangan rakyat dapat dipupuk. Pelaksanaan sekolah satu aliran tidak akan menyebabkan kehilangan identiti kaum tertentu, malah ia akan terus menyemai semangat perpaduan yang kukuh di kalangan masyarakat Malaysia. Masyarakat Cina, India, dan semua
6

kaum masih boleh mengekalkan penggunaan bahasa ibunda mereka, walaupun belajar di sekolah yang sama aliran. Di sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil, bilangan murid-murid Melayu terlalu sedikit jika dibandingkan dengan sekolah kebangsaan. Keadaan ini menunjukkan jurang yang begitu luas antara murid-murid Melayu, Cina, dan India. Masalah ini disebabkan oleh penggunaan bahasa, iaitu bahasa Melayu, Cina, dan Tamil yang menjadi faktor utama wujud jurang pendidikan antara masyarakat. Contohnya, di sekolah kebangsaan, bahasa Cina dan Tamil tidak diterapkan; manakala di sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil, bahasa Melayu bukan bahasa utama. Jadi, wujud dua keadaan yang berbeza dan masalah ini sering berlanjutan sehingga kini. Dalam usaha mencapai perpaduan, penting bagi setiap murid berinteraksi dan belajar bersama-sama rakan sebaya dan guru daripada pelbagai etnik, agama, budaya dan latar belakang sosioekonomi. Kementerian telah menyediakan program Rancangan Integrasi Murid untuk Perpaduan (RIMUP) menerusi aktiviti kokurikulum bagi mengukuhkan interaksi dalam kalangan murid di pelbagai jenis sekolah. Rancangan Integrasi Murid untuk Perpaduan (RIMUP) adalah hasil ilham bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Hj Ahmad Badawi pada tahun 1986, ketika beliau menjadi Menteri Pelajaran Malaysia. Pada peringkat awal, pelaksanaan RIMUP tertumpu pada peringkat sekolah rendah dan merangkumi pelaksanaan aktiviti kokurikulum serta sukan secara bersama oleh pelajar pelbagai kaum. Namun, penekanan tidak diberikan tentang kefahaman konsep aktiviti yang dilaksanakan. Kajian semula yang dijalankan oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) mendapati program RIMUP berjaya mewujudkan pergaulan antara etnik di dalam dan di luar bilik darjah Oleh itu, di dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP 2003-2010), Kementerian Pelajaran Malaysia telah menggerakkan semula RIMUP dan memberikannya pendekatan yang lebih segar sebagai salah satu langkah untuk membolehkan pelajar dari sekolah yang terdiri daripada satu kaum untuk berinteraksi dengan pelajar kaum yang lain dari sekolah yang lain. Penglibatan masyarakat setempat, pentadbiran sekolah,guru dan pelajar sekolah dalam kegiatan khas bersama telah memperkukuhkan lagi konsep RIMUP. Program RIMUP mempunyai 3 komponen utama iaitu akademik,kokurikulum dan sukan, serta e-integrasi dan akan dilaksanakan melalui kegiatan dalam enam bidang berikut :aktiviti kecemerlangan akademik, aktiviti kesukanan dan permainan, aktiviti kokurikulum ,aktiviti khidmat masyarakat, aktiviti meningkatkan patriotisme serta aktiviti virtual melalui e-integrasi.

5.2

SEKSYEN 16: KATEGORI INSTITUSI PENDIDIKAN

Sistem pendidikan Kebangsaan menggariskan bahawa perlu ada tiga kategori institusi pendidikan: Institusi pendidikan kerajaan Institusi pendidikan bantuan kerajaan Institusi pendidikan swasta Rang Undang-Undang Pendidikan turut diwujudkan pada tahun 1995. Sistem pendidikan

kebangsaan dicorakkan untuk menghasilkan pendidikan bertaraf dunia dari segi kualiti untuk mencapai aspirasi negara. pendidikan kebangsaan. Falsafah Pendidikan Negara dijadikan landasan kepada dasar Pendidikan

Tempoh pendidikan rendah adalah antara 5-7 tahun.

prasekolah sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan. Pendidikan teknik & politeknik dipertingkatkan. Peruntukan diadakan bagi mengawal selia pendidikan swasta. Paling penting untuk mewujudkan perpaduan kaum ialah dasar pendidikan yang

mengetengahkan tentang keperluan menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama bagi memastikan semua rakyat Malaysia fasih menuturkan bahasa ibunda. Selain itu

penyeragaman kurikulum yang dilakukan akan dapat memastikan semua pelajar mendapat pendidikan yang seimbang dan sama rata dalam semua bangsa dan kumpulan etnik. Pendemokrasian dari segi mutu dengan mengagihkan peruntukan secara seimbang dan adil serta memberikan perhatian khas kepada kumpulan yang kurang bernasib baik juga kawasan luar bandar dan pedalaman turut dilakukan. Ini penting untuk memastikan seluruh rakyat Malaysia mendapat pendidikan yang sempurna dan akhirnya akan lahir insan yang berpendidikan dan berpengetahuan di dalam mewujudkan perpaduan di kalangan masyarakat di negara ini. Secara keseluruhannya sistem pendidikan yang terbentuk kini adalah atas dasar kontrak sosial daripada pemimpin terdahulu bagi memastikan taraf pendidikan negara kita di masa akan datang sentiasa berkembang tanpa melupakan kaum-kaum yang lain. Sesungguhnya, pendidikan yang berkualiti wujud daripada kerjasama daripada semua kaum di Malaysia.

5. 3

SEKSYEN

17: UTAMA

BAHASA

KEBANGSAAN

SEBAGAI

BAHASA

PENGANTAR

AKTA BAHASA KEBANGSAAN - Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu telah diluluskan pada tahun 1967. Akta ini memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan seperti yang termaktub dalam perlembagaan & menjadi jaminan kepada perpaduan rakyat Malaysia. Pada tahun 1982, bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar di sekolah dan menjadi bahasa yang digunakan di mahkamah pada 1990. Akta ini mewujudkan penggunaan satu bahasa perhubungan dan persefahaman di antara satu kaum dengan yang lain tanpa menimbulkan rasa curiga. Cara paling penting untuk menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di Malaysia ialah melalui penggunaan bahasa kebangsaan. Penggunaan satu bahasa perhubungan dan persefahaman di antara satu kaum dengan yang lain dapat diwujudkan tanpa menimbulkan rasa curiga. Langkah ini mempercepatkan lagi perpaduan dan rasa harmoni antara kaum di negara ini. Pendaulatan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan bukanlah bermakna bahawa bahasa-bahasa pendatang di Malaysia ini didiskriminasikan. Hak setiap bahasa asing itu terpelihara dalam Perlembagaan Malaysia (1972:116-7). Bahasa-bahasa lain adalah dibenarkan untuk dipergunakan dan dipermajukan bersama-sama bahasa Malaysia. Sebenarnya, sekolahsekolah yang menggunakan bahasa asing itu tidak terganggu di Malaysia. Dasar kerajaan adalah untuk membolehkan bahasa-bahasa ini wujud bergandingan. Tetapi dalam proses membangun negara seperti ini, maka kewujudan bahasa-bahasa pendatang itu janganlah pula menghalang perkembangan bahasa Kebangsaan itu daripada menjadi maju dan kukuh. Bahasa Melayu merupakan bahasa pengantar yang menjadi nadi penghubung interaksi sosial antara kaum di negara ini. Bahasa Melayu adalah lambang kepada pengenalan identiti bangsa Malaysia yang dikongsi bersama sejak sekian lama dan ia merupakan aspek utama yang menyumbang ke arah pembentukan integrasi nasional di negara ini. Oleh yang demikian, dalam kurikulum KBSR dan KBSM, kedudukan Bahasa Melayu adalah sangat tinggi nilainya dalam sistem pendidikan di negara ini agar setiap kaum memperoleh pengetahuan, nilai dan kefahaman yang saksama dan adil

5.4

SEKSYEN

18:

KURIKULUM

KEBANGSAAN

HENDAKLAH

DIGUNAKAN OLEH SEMUA SEKOLAH The Minister shall prescribe a curriculum to be known as the national Curriculum which subject to subsection (3) shall be used by all schools in the National education system (Education Act 1996,Sec. 18).1 Penyataan ini, jelas menunjukkan bahawa kurikulum merupakan satu rancangan pendidikan yang terkandung di dalamnya segala pengetahuan, kemahiran, nilai-nilai dan norma, unsur-unsur kebudayaan dan kepercayaan yang telah menjadi pilihan masyarakat untuk diperturunkan kepada ahli-ahlinya. Peranan kurikulum dalam pendidikan adalah untuk membina perkembangan pelajar yang lengkap dari segi jasmani, rohani, emosi dan intelek. Akta Pendidikan 1996 telah menggariskan beberapa perkara. Antaranya ialah mengutamakan ilmu pengetahuan kerana ilmu pengetahuan adalah penentu utama arah tujuan negara dan penyelamat bangsa Tujuan pendidikan adalah untuk membolehkan masyarakat Malaysia menguasai ilmu, kemahiran dan nilai murni yang diperlukan dalam dunia yang bersaing tinggi serta bersifat global, kesan daripada perkembangan pesat sains, teknologi dan maklumat. Pendidikan mempunyai peranan penting dalam menjayakan wawasan negara demi untuk mencapai taraf negara maju sepenuhnya dari segi kemajuan ekonomi, keadilan sosial, dan kekuatan rohani, moral dan etika, ke arah mewujudkan suatu masyarakat yang bersatupadu, demokratik, liberal dan dinamik. Menjadi suatu misi untuk menghasilkan sistem pendidikan yang bertaraf dunia dari segi kualiti bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan mencapai aspirasi negara Malaysia Kurikulum ialah satu rancangan pendidikan yang terkandung di dalamnya segala ilmu pengetahuan serta kemahiran, nilai-nilai dan norma, unsur-unsur kebudayaan dan kepercayaan yang telah menjadi pilihan masyarakat untuk diperturunkan kepada ahli-ahlinya. Peranan kurikulum dalam pendidikan adalah untuk membina perkembangan pelajar yang lengkap dari segi jasmani, rohani, akal dan emosi. Dalam konteks negara Malaysia, kurikulum juga berperanan untuk melahirkan rakyat yang mendukung cita-cita negara dalam mewujudkan

10

perpaduan yang berpandukan Rukun Negara di samping menghasilkan tenaga rakyat yang terlatih untuk keperluan negara (modal insan). Di Malaysia, penggunaan kurikulum di sekolah adalah sama iaitu berdasarkan Kurikulum Kebangsaan. Kurikulum Kebangsaan merupakan satu lagi ciri Dasar Pendidikan Kebangsaan yang bertujuan untuk mewujudkan keperibadian ke arah pembentukan perpaduan kaum di negara kita. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan yang terbaru Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) digubal dengan bertujuan untuk membangunkan modal insan yang berilmu pengetahuan di samping menerapkan nilai-nilai murni seperti semangat patriotik dan sikap saling menghormati. Bagi pendidikan sekolah menengah yang masih menggunakan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pula, ia merupakan kesinambungan kurikulum sekolah rendah yang menekankan pendidikan yang seimbang dan bersepadu. Melalui kurikulum yang sama, asas perpaduan dapat dipupuk semenjak dari alam persekolahan lagi. Pendedahan awal ini mampu memupuk semangat patriotisme yang tinggi terutamanya melalui subjek Sejarah ataupun Sivik/Kewarganegaraan. KBSR dan KBSM dirancang untuk

mencerminkan keinginan Falsafah dan Matlamat Pendidikan Kebangsaan dalam usaha untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang sempurna dan mempunyai keperibadian yang tinggi seperti percaya kepada Tuhan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, setia kepada negara, memberi sumbangan kepada kemajuan negara serta mempunyai semangat perpaduan dan integrasi nasional yang tinggi antara kaum. Integrasi nasional antara kaum adalah antara aspek penting yang perlu ditekankan dalam masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa ini. Tanpa semangat perpaduan dan kejelekan antara kaum, kemajuan dan pembangunan negara pasti akan terjejas dan akhirnya akan menyebabkan berlakunya konflik dan perpecahan kaum 5.5 SEKSYEN 19: SEKOLAH HENDAKLAH MENYEDIAKAN MURID BAGI

PEPERIKSAAN YANG DITETAPKAN Rancangan kerajaan untuk menyeragamkan kurikulum di sekolah-sekolah telah diperkukuhkan lagi dengan mewujudkan satu sistem peperiksaan yang seragam. Dengan adanya sukatan pelajaran dan peperiksaan yang seragam, pelajaran para pelajar tidaklah terganggu apabila terpaksa berpindah sekolah. Langkah ini boleh menolong proses menyatupadukan pelajar berbilang kaum di samping mewujudkan keperibadian yang sama.
11

Jika kita lihat sekarang, dasar pendidikan yang dijalankan kerajaan kini menampakkan hasilnya. Oleh itu, ditekankan bahawa pendidikan menjadi alat membentuk perpaduan kaum 5.6 PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN (KURIKULUM

KEBANGSAAN) 1997 SUB PERATURAN 3- KURIKULUM KEBANGSAAN Kurikulum sekolah yang digubal merupakan satu usaha berterusan bagi membangunkan anakanak secara menyeluruh, merangkum pelbagai dimensi, iaitu intelek, rohani, emosi, dan jasmani seperti yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Dalam Kurikulum Kebangsaan ada menyatakan dengan jelas bahawa: "... suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan" (Akta Pendidikan 1996 [Peraturan-peraturan (Kurikulum Kebangsaan) Pendidikan 1997]) Melalui penyataan ini, jelas bahawa kurikulum dalam pendidikan kebangsaan juga penting dalam perpaduan negara. Kurikulum merupakan satu usaha ke arah mewujudkan berbagai-bagai program pengajaran dan pembelajaran bagi membolehkan murid dan pelajar menerima ilmu pengetahuan, memperkembang dan meningkatkan kemahiran serta menghayati nilai-nilai yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Negara. Di negara ini, penggunaan kurikulum di sekolah adalah sama iaitu berdasarkan Kurikulum Kebangsaan. Kurikulum Kebangsaan merupakan satu lagi ciri dasar Pendidikan Kebangsaan yang bertujuan untuk mewujudkan keperibadian kebangsaan ke arah pembentukan perpaduan negara. Kurikulum Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah di negara ini telah digubal sedemikian demi mencapai dasar perpaduan. Bagi sekolah rendah, kurikulumnya digubal untuk memberi kemahiran asas dan menerapkan perkembangan ilmu pengetahuan dan sosialisasi di kalangan murid-murid sekolah rendah. Manakala, sekolah menengah pula merupakan kesinambungan sekolah rendah dan ia pula menekankan pendidikan yang seimbang dan bersepadu. Melalui pelaksanaan ini, Kementerian Pendidikan yakin mampu mewujudkan jenis rakyat yang diingini oleh Falsafah
12

Pendidikan Negara. Kementerian Pendidikan telah menjadikan kurikulum sebagai salah satu asas untuk membentuk perpaduan di kalangan murid-murid yang mendapat pendedahan bermula dari alam persekolahan lagi. Pendedahan sejak awal dapat memupuk semangat patriotisme yang tinggi misalnya melalui subjek sejarah. Hal ini kerana, subjek ini menceritakan kisah perjalanan pembentukan negara sejak awal lagi. Ia turut memuatkan semangat perjuangan pejuang tanah air untuk menuntut kemerdekaan. Secara tidak langsung semangat patriotisme meresap dalam diri pelajar yang belajar mengenainya. Malah, sukatan pelajaran yang sama juga menyumbang kepada perpaduan negara. Sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan perlu mendapat pendedahan yang sama kerana dari situlah semangat pelbagai bangsa dapat ditingkatkan untuk menjaga negara kita daripada dijajah semula baik dari segi pemikiran atau penaklukan negara. Isu mewajibkan penggunaan kurikulum kebangsaan sebenarnya telah diperakukan oleh Jawatankuasa Kabinet pada tahun 1979: Dengan tujuan untuk mewujudkan keperibadian kebangsaan, maka adalah diperakukan supaya pendidikan yang diberi kepada semua murid hingga ke tingkatan V di sekolah-sekolah swasta hendaklah menggunakan sukatan pelajaran yang sama (Perakuan 33). Mata pelajaran Kurikulum bagi sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan mengandungi mata

pelajaran tertentu yang telah disusun mengikut kategori-kategori yang berbeza. Antara yang dapat membantu dalam usaha menggalakkan perpaduan antara kanak-kanak di sekolah adalah mata pelajaran bahasa kebangsaan yang menjadi mata pelajaran teras di semua peringkat persekolahan seperti yang ditunjukkan dalam jadual yang berikut:
TERAS SEKOLAH RENDAH Bahasa kebangsaan Bahasa Inggeris Bahasa Cina/Bahasa Tamil Matematik Sains Kajian tempatan PendidikanIslam/Pendidikan Moral TERAS SEKOLAH MENENGAH Bahasa kebangsaan Bahasa Inggeris Matematik Sains Sejarah Pendidikan Islam/Pendidikan Moral KELAS PERALIHAN Bahasa kebangsaan Bahasa Inggeris Bahasa Cina Bahasa Tamil Amalan Bahasa Kebangsaan Pendidikan Seni Pendidikan Jasmani

Seperti yang semua pihak sedia maklum, bahasa memainkan peranan penting dalam membina semangat dan jati diri berkaitan kenegaraan. Ia adalah sebahagian kaedah untuk

13

mengukuhkan semangat patriotisme. Bahasa adalah juga simbolik kepada perpaduan di kalangan masyarakat yang mempunyai pelbagai latar belakang bahasa dan budaya. Selain daripada itu, mata pelajaran Sejarah turut memainkan peranan penting ke arah matlamat pembangunan. Melalui pelajaran Sejarah diharapkan dapat membina semangat perpaduan dan perasaan hormat menghormati terutama dalam masyarakat yang berbilang kaum, agama dan adat resam. Sukatan pelajaran yang seragam membolehkan pandangan dunia (world view) setiap kaum di Malaysia hampir sama & tidak mewujudkan perselisihan dalam persefahaman. Kegiatan Kokurikulum Menurut Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 2/2007, Kementerian pendidikan telah menetapkan peruntukan waktu untuk kegiatan kokurikulum di sekolah-sekolah rendah dan menengah di Malaysia. Program dan inisiatif yang membangunkan komponen bukan akademik dilaksanakan di dalam bilik darjah dan menerusi aktiviti kokurikulum. Kementerian juga menetapkan setiap murid mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya 1 sukan, 1 kelab dan 1 badan beruniform bagi membina bakat dan memupuk minat, di samping membentuk kemahiran kepimpinan. Data yang diperoleh menunjukkan kadar penyertaan dalam aktiviti kokurikulum adalah tinggi. Sukan adalah agen perpaduan yang berkesan bagi segenap lapisan masyarakat. Dalam perspektif ini, Malaysia adalah antara negara yang telah terbukti berjaya menggunakan sukan sebagai platform kepada pengukuhan integrasi nasional. Sukan merupakan contoh di dalam mendukung aspirasi 1 Malaysia yang melangkaui batasan agama, bangsa dan politik. Bagi mengukuhkan lagi pencapaian sukan ke arah kegemilangan imej negara, Dasar Sukan Negara kini dalam proses transformasi agar ianya dinamik bersesuaian dengan kaedah, pemikiran dan teknologi terkini selaras dengan perkembangan dan keperluan sukan di persada antarabangsa. Peruntukan waktu minimum Peruntukan waktu minimum seminggu untuk mata pelajaran yang diajar di

bawah kurikulum bagi sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan di subperaturan (2) adalah dinyatakan da1am Jadual 11 hingga 15 dalam buku Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) halaman
14

139-144. Apa yang menarik dalam peruntukan yang telah ditetapkan ialah peruntukan waktu minimum seminggu mata pelajaran bahasa kebangsaan bagi sekolah-sekolah rendah dan menengah adalah antara 150 minit hingga 450 minit mengikut kategori-kategori yang telah ditetapkan. Kurikulum Bahasa Melayu sekolah menengah sekali lagi mengalami perubahan setelah disemak semula selepas digunakan selama lebih 10 tahun semenjak penggubalan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1987. Dalam perubahan ini kurikulum Bahasa Melayu digubal berdasarkan penggunaan bahasa yang merangkumi tiga bidang utama iaitu Bidang Interpersonal, Bidang Maklumat dan Bidang Estetika (Kementerian Pendidikan Malaysia 2000). Penumpuan kepada bidang-bidang tersebut bertujuan untuk membolehkan murid menggunakan bahasa Melayu secara berkesan dalam kehidupan harian, bidang kerjaya, dan seterusnya sebagai bahasa ilmu yang boleh dimanfaatkan sepanjang hidup mereka. 6.0 ISU-ISU PENDIDIKAN KE ARAH PERPADUAN Namun begitu, dengan situasi masyarakat dan negara sekarang timbul persoalan tentang persediaan untuk menghadapinya. Contohnya, hubungan masyarakat Malaysia kini masih lagi perlu diperkukuhkan kerana masih wujud tanda-tanda kelemahan dalam hubungan masyarakat. Sistem persekolahan sepatutnya menjadi medium penggerak kepada masyarakat supaya mereka dapat disatupadukan melalui peluang pendidikan. Tetapi, masih wujud permasalahan dalam menentukan sistem persekolahan kerana ada sesetengah pihak mahu mengekalkan sistem persekolahan yang sedia ada, manakala sesetengah pihak lain mahu perubahan. Masalah-

masalah dalam sistem pendidikan yang bermatlamatkan perpaduan negara diringkaskan melalui: (1) Masalah isu berbangkit hak bumiputera dan bukan bumiputera; (2) Jurang pencapaian pendidikan orang Melayu dan bukan Melayu melalui peluang pekerjaan dan pendapatan; (3) Masalah keciciran pelajar-pelajar Melayu dan bukan Melayu; (4) Hubungan yang renggang antara pelajar Melayu dan bukan Melayu;

15

(5) Kurangnya pergaulan antara pelajar Melayu dan pelajar bukan Melayu, terutama selepas waktu sekolah; dan (6) Kurangnya pengetahuan dan tidak memahami dengan mendalam mengenai budaya, amalan, dan adat resam sesuatu kaum.

7.0

LANGKAH-LANGKAH PENDIDIKAN KE ARAH PERPADUAN

Pertama: Peranan Dasar Kerajaan. Kerajaan memainkan peranan utama dalam membentuk lanskap masyarakat Malaysia, terutama selepas merdeka. Melalui dasar-dasar dan strategik yang dilaksanakan, perubahan demi perubahan telah kelihatan, malah menjadi agenda utama negara untuk membangunkan masyarakat (INTAN Malaysia, 1994). Dasar-dasar awam merupakan alat yang digunakan untuk memastikan pentadbiran kerajaan berjalan dengan lancar dalam membangunkan negara dan masyarakat. Melalui dasar pendidikan, kerajaan boleh memainkan peranan dengan: (1) Semua sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil bergabung mengadakan dan menganjurkan program bersama yang melibatkan penyertaan semua muridmurid dan guru; (2) Pengisian pelajaran di sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil diselaraskan semula dengan menggunakan isi kandungan yang sama dengan menambah bahasa Mandarin dan Tamil sebagai mata pelajaran wajib; (3) Satu sistem persekolahan boleh dijalankan melalui penggabungan elemen-elemen termasuk kebudayaan, pemakanan, dan adat resam yang terdapat dalam sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil; (4) Pengisian kurikulum dan ko-kurikulum perlu seiring dengan keperluan masyarakat kini yang menekankan nilai-nilai jati diri, mempunyai sifat patriotisme, bertoleransi yang harus diperkasakan lagi, dan memerlukan nilai tambah; serta

16

(5) Menjadikan gagasan 1Malaysia sebagai tambahan wajib dalam matapelajaran di semua jenis sekolah yang menjadi peneraju pembinaan bangsa kerana pendidikan merupakan cabang utama penggerak kepada tercapainya gagasan 1Malaysia. Kedua, Sistem Penyampaian. Pihak kerajaan adalah pihak pemerintah yang berkuasa penuh untuk membuat keputusan kerana telah mendapat mandat daripada rakyat. Kerajaan seharusnya menggunakan segala keperluan dan kebebasan yang ada untuk menjadi pihak penyampai yang esyen. Sistem penyampaian merupakan alat yang sangat penting yang berperanan sebagai pemberi maklumat yang tepat dan berinformasi. Masalah yang perlu diambil serius ialah mengenai cara penyampaian oleh pihak pemerintah kepada rakyat. Biasanya, sistem penyampaian ini ialah melalui media-media dan juga agensi- agensi kerajaan, contohnya Kementerian Penerangan dan Komunikasi. Dalam menyampaikan informasi mengenai pendidikan, tidak semua masyarakat tahu mengenai perubahan yang dilakukan terhadap dasar, dan mereka juga sering terpengaruh dengan beritaberita yang salah. Keadaan ini menyebabkan masyarakat akan memandang serong terhadap kerajaan, walaupun sebenarnya kerajaan telah menjalankan tanggungjawab dengan baik. Zaman kini merupakan zaman yang terbuka dari segala segi, termasuk sumber maklumat. Melalui Kementerian Penerangan dan Komunikasi serta agensi- agensi kerajaan yang lain, sistem penyampaian dapat menjadi penggerak utama dalam mengambil semula hati rakyat dan kepercayaan mereka terhadap dasar-dasar kerajaan. Sistem penyampaian sistematik dan berkesan boleh dilakukan melalui: (1) Menggunakan sepenuhnya peranan media, sama ada cetak mahupun elektronik, sebagai medium utama dengan menayangkan iklan-iklan TV bertemakan perpaduan dengan lebih kerap lagi dan ruang papan kenyataan yang mempromosikan keunikan masyarakat Malaysia; (2) Melakukan promosi- promosi dengan lebih kerap lagi dengan membuka pusat sehenti di merata tempat, terutama memberi fokus kepada masyarakat luar bandar berkenaan dengan dasardasar kerajaan yang terkini supaya rakyat memahami perkara sebenar; (3) Menggunakan Van bergerak di seluruh negara yang menjadi simbol dan rujukan untuk rakyat mengetahui perancangan yang dilakukan kerajaan; serta
17

(4) Menjadikan sekolah sebagai pusat sumber maklumat bagi segala dasar-dasar dan programprogram yang dijalankan oleh kerajaan.

Ketiga, Hubungan Masyarakat. Masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama mempunyai risiko untuk berkonik, malah di kalangan bangsa yang sama, banyak masalah yang timbul. Bagi menjaga keharmonian negara, masyarakat Malaysia perlu sentiasa menjaga perhubungan kaum agar dapat membangunkan masyarakat yang mempunyai minda kelas pertama. Menurut Simon Fisher et al. (2000), konik dalam masyarakat disebabkan oleh polarisasi, ketidakpercayaan, dan permusuhan di antara kelompok-kelompok yang berbeza. Teori ini boleh menjadi tunjuk sebab mengapa perpaduan negara ini sukar untuk dicapai secara keseluruhan, di mana rakyat yang berbilang kaum mempunyai pemikiran dan persepsi yang negatif terhadap kaum lain. Contohnya, peristiwa 13 Mei 1969 menjadi petunjuk hubungan kaum di Malaysia (Shamsul Amri Baharuddin, 1990: 31). Melalui pelaksanaan dasar pendidikan yang terancang dan hubungan masyarakat yang baik, maka tentunya perpaduan di kalangan Masyarakat Malaysia semakin kukuh. Jika hanya dasardasar sahaja yang berjalan dengan baik tetapi hubungan masyarakat tidak baik, pastinya negara Malaysia masih sukar untuk bergerak maju ke hadapan. Dasar-dasar yang dirancang perlu seiring dengan hubungan masyarakat yang harmoni.

8.0

PENUTUP Perkembangan pendidikan di Malaysia ternyata mengalami banyak perubahan,

terutama sejak zaman penjajahan hinggalah zaman selepas merdeka. Perkembangan masyarakat seiring dengan perkembangan dasar-dasar negara yang sentiasa ditambah baik bagi memastikan keperluan rakyat terbela. Perubahan dalam sektor pendidikan menjadi inti pati penting dalam pengukuhan perpaduan negara ke arah yang lebih baik kerana pendidikan menjadi peneraju pembentukan masyarakat. Dalam suasana masyarakat majmuk yang mempunyai "ethnocentristic" yang masyarakatnya mempunyai pelbagai agama, budaya dan fahaman" Cultural pluralism" tentunya perkara yang berkaitan dengan perpaduan nasional perlu diambil perhatian
18

dari semasa ke semasa. Untuk mewujudkan proses pemasyarakatan ini, Pendidikan adalah merupakan satu kaedah terpenting. Menyedari betapa pentingnya tujuan untuk memastikan sistem pendidikan negara menjadi wadah berkesan ke arah memenuhi aspirasi negara, selaras dengan usaha untuk melahirkan generasi yang bersatu padu, dapat menyesuaikan diri dalam masyarakat, membina kemajuan dan kesejahteraan diri serta menyumbang kepada keharmonian dan kemakmuran Negara, semua pendidik harus meletakkan kepentingan nasional dan negara pada kedudukan paling utama daripada kepentingan masing-masing. Hal ini dapat dilakukan dengan memberikan sokongan dan dorongan kepada usaha-usaha murni dan program-program yang sistematik. Kesemua ini adalah bertujuan memupuk dan mengukuhkan hubungan antara kaum yang terdapat di Malaysia tanpa melupakan matlamat dan aspirasi negara dalam menuju Wawasan 2020 iaitu menjadi negara maju mengikut acuan sendiri.

Rujukan

Abdul Shukor Abdullah. 2000. (Kata Pengantar) Sukatan Pelajaran Kurikulum

Bersepadu

Sekolah Menengah): Bahasa Melayu . Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia. ANGGUN. (2009, July 17). Retrieved Mei 12, 2012, from PERIPENTINGNYA nilai sebuah PERPADUAN perpaduan.html Khalid, N. I. (n.d.). Retrieved from http://www.scribd.com/doc/19809115/CABARAN-KEARAH-PERPADUAN Mok Soon Sang (1991). Pendidikan di Malaysia, Subang Jaya : Kumpulan Budiman Sufean Hussin, 1996, Pendidikan Di Malaysia Sejarah, Sistem dan Falsafah, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur. : http://anggunsabah.blogspot.com/2009/07/peripentingnya-nilai-sebuah-

19

20

Anda mungkin juga menyukai