Anda di halaman 1dari 12

PENGENALAN Pada ketika ini, seluruh dunia dilandai cabaran globalisasi dalam pelbagai bidang seperti bidang sosial,

ekonomi dan politik. Setiap negara dalam usaha mencari dan menyusun semula strategi agar tidak tersisih daripada arus kemodenen dan sejurusnya menjadi mangsa penindasan pihak-pihak tertentu. Bagi menghadapi cabaran ini, seluruh rakyat Malaysia tidak mengira pihak pemerintah atau rakyat jelata , tanpa mengira keturunan dan anutan agama, perlu bertindak sebagai satu bangsa, iaitu Bangsa Malaysia, yang berfikir dan bertindak ke arah mencapai matlamat yang sama iaitu membina sebuah masyarakat yang lebih maju , progresif, aman dan makmur serta berupaya bersaing dalam segenap bidang dengan masyarakat lain di dunia. Untuk tujuan tersebut, Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Datuk Sri Mohd Najib Tun Razak telah memperkenalkan Konsep 1Malaysia pada 3 April 2009 yang berpaksikan prinsip Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Konsep ini bertepatan dengan cita rasa rakyat Malaysia dan sejajar dengan peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan

Persekutuan dan Prinsip-Prinsip Rukun Negara. Konsep Satu Malaysia bermatlamat untuk mengekal dan meningkatkan perpaduan dalam kepelbagaian (unity in diversity) yang selama ini menjadi kekuatan Malaysia serta rakyatnya. Kelebihan ini akan dipelihara sebagai bekalan terbaik kita untuk menghadapi sebarang cabaran. Keharmonian dan perpaduan sememangnya telah membentuk teras utama dalam hala tuju negara menuju kecemerlangan sejak Malaysia mencapai kemerdekaan pada 1957. Konsep Satu Malaysia bertujuan menyemarakkan semula semangat perpaduan dan persaudaraan di kalangan rakyat Malaysia. Untuk mencapai kemajuan bagi negara, rakyat perlu dimajukan terlebih dahulu, dan ini dimulakan dengan membentuk sikap penerimaan antara kaum, yang membawa kepada perpaduan yang utuh. Apabila perpaduan dicapai, maka urusan pembangunan negara akan berjalan dengan lebih lancar.

DASAR DAN PELAN TINDAKAN UNTUK PERPADUAN Kerajaan Malaysia telah merancang dan melaksanakan pelan tindakan untuk mengeratkan hubungan antara rakyat pelbagai kaum kearah

memperkukuhkan perpaduan nasional dan membentuk masyarakat yang harmonis. Rukun negara digubal atas tujuan menyemai dan memupuk semangat perpaduan antara kaum dan integrasi nasional ekoran peristiwa 13 Mei 1969. Rukun Negara dengan prinsip-prinsipnya diharapkan dapat membentuk jati diri rakyat Negara ini sebagai satu bangsa Malaysia. Ia dijadikan sebagai satu pedoman atau panduan dslam segala program pembangunan negara. Dasar Pembangunan Negara merupakan usaha kerajaan untuk melaksanakan perubahan dalam aspek social, kebudayaan, politik dan ekonomi secara seimbang dan adil bagi semua kaum. Dasar Ekonomi Baru (1971-1990), Dasar Pembangunan Nasional (1991-2000) serta Dasar wawasan Negara (2000-2010) adalah tiga pelan pembangunan negara utama yang telah dijalankan. Salain daripada itu, beberapa program telah dilaksanakan oleh kerajaan bagi memastikan keharmonian dan perpaduan di Malaysia sentiasa terpelihara :USAHA USAHA KERAJAAN DARI ASPEK PERUNDANGAN Konsep Satu Malaysia menekankan sikap penerimaan di kalangan rakyat berbilang kaum, di mana sesuatu kaum dapat menerima keunikan kaum yang lain agar dapat hidup bersama dalam keadaan yang saling hormat menghormati antara satu sama lain . Oleh itu, dasar kerajaan dan peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang memberikan pembelaan kepada golongan yang memerlukannya akan tetap dilaksanakan. Konsep 1 Malaysia adalah bertepatan dengan hak kebebasan beragama yang diberi oleh Perlembagaan Persekutuan. Fasal (1) Perkara 3

Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam ialah agama bagi Persekutuan, namun agama-agama lain boleh diamalkan oleh rakyat Malaysia dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan. Walaupun agama Islam merupakan agama rasmi di Malaysia tetapi berdasarkan kepada Fasal (1) Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan, setiap orang di negara ini berhak untuk menganuti agama masing-masing. Prinsip penerimaan di bawah konsep 1 Malaysia menyeru rakyat agar menerima agama, amalan, budaya dan cara hidup kaum lain demi memperkukuhkan perpaduan nasional. Prinsip ini menghargai dan menghormati identiti, agama dan budaya hidup yang berbeza untuk setiap etnik di Malaysia. Perkara ini dianggap sebagai satu aset atau kelebihan yang patut dibanggakan. Apabila kaum di Malaysia menerima agama kaum yang lain, ia secara langsung akan menerima budaya dan cara hidup kaum yang lain. Ini adalah kerana agama merupakan salah satu faktor yang akan mempengaruhi budaya dan cara hidup sesuatu kaum. Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 [Akta 32] dan Akta Lagu Kebangsaan 1968 [Akta 390] diwujudkan untuk menyokong prinsip

kenegaraan dan nilai kesetiaan. Akta 32 digubalkan untuk penggunaan bahasa Kebangsaan untuk semua urusan maksud rasmi dibuat di bawah Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. Akta ini merangkumi penggunaan bahasa Kebangsaan dalam teks sahih undang-undang, penggunaan bahasa Kebangsaan di Mahkamah dan sebagainya. Penggunaan satu bahasa oleh semua kaum membolehkan komunikasi berjalan lancar. Kefasihan dalam Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan penggunaan oleh semua kumpulan etnik memudahkan interaksi antara satu sama lain serta mengeratkan hubungan sesama mereka. Prinsip keadilan sosial dalam konsep 1 Malaysia menuntut bahawa setiap kaum di negara ini harus diberi keadilan yang sebaik mungkin tanpa mengira latar belakang ataupun agama. Semua kaum harus menganggap bahawa

mereka adalah bangsa Malaysia di mana segalanya perlu dinikmati secara bersama. Nasib semua kaum harus dibela dan tiada mana-mana pihak harus dipinggirkan. Prinsip keadilan sosial juga menyaran kerajaan supaya melaksanakan dasar kerajaan dan peruntukan Perlembagaan untuk membela golongan yang memerlukan. Perkara 8 dan Perkara 12 Perlembagaan Persekutuan jelas mengiktiraf dan melindungi hak sama rata di sisi undangundang bagi setiap orang di negara ini dan tidak ada diskriminasi terhadap mana -mana warganegara semata-mata atas alasan agama, ras, keturunan dan tempat lahir . Misalannya dalam aspek pendidikan, kemasukan pelajar ke institusi pendidikan dan bantuan kewangan. Dari segi bantuan kewangan (pemberian biasiswa), nilai meritokrasi yang merupakan salah satu daripada 8 nilai utama dalam konsep 1 Malaysia digunakan bagi memastikan hanya pelajar yang layak akan diberi bantuan kewangan untuk melanjutkan pelajaran mereka.

USAHA USAHA KERAJAAN DARI ASPEK SISTEM PENDIDIKAN Sistem pendidikan yang ada di sesebuah negara boleh menjadi salah satu cara memupuk integrasi dan mewujudkan perpaduan dan keharmonian antara etnik. Bidang yang paling penting untuk memupuk perpaduan dan keharmonian dalam masyarakat ialah dengan mendidik generasi muda

melalui pendidikan. Pelbagai dasar telah dilaksanakan sejak merdeka hingga ke hari ini demi mencapai matlamat itu. Walaupun banyak kemajuan dapat dilihat dalam hubungan antara etnik pada hari ini , tetapi masih banyak yang perlu dilakukan bagi memantapkan proses integrasi ini. Cabaran-cabaran dan masalah yang timbul, menunjukkan proses integrasi antara etnik di peringkat sekolah perlu dikemaskini dan dimantapkan lagi. Satu dasar atau rancangan yang lebih konkrit dan menyeluruh perlu ada bagi mencapai objektif integrasi antara etnik di sekolah. Menerusi Dasar Pelajaran Kebangsaan yang menggunakan sukatan pelajaran, buku teks,

sistem peperiksaan, system latihan guru dan bahasa penghantar yang sama. Misalnya, dalam subjek Pendidikan Islam dan Moral ,pendekatan yang lebih baik digunakan agar pelajar dapat memahami tentang keperluan moral, sosial, agama dan kepercayaan kepada tuhan serta menjadi warga negara yang baik. Selain daripada itu, Dasar Bahasa Ibunda Pelajar di semua sekolah kebangsaan (POL) telah dilancarkan pada tahun 2006 . Dasar ini akan menarik lebih ramai pelajar bukan Melayu belajar di sekolah kebangsaan kerana mereka berpeluang mempelajari bahasa ibunda masing-masing . Dengan kata lain mereka mempunyai masa yang banyak untuk berinteraksi dan sekali gus proses integrasi berlaku, perpaduan dapat disemai tanpa disedari dan akhirnya meraka dapat berkongsi aspirasi yang sama. Sekolah atau kelas dalam erti kata sebenar sebagai tempat untuk mulanya proses kenal mengenal, saling hormat menghormati dan memahami antara kaum yang berlainan. Belajar di dalam satu bilik darjah di sekolah yang sama adalah kuncinya. Pada masa yang sama, mereka turut membesar bersama-sama dan generasi yang saling memahami inilah yang akan menjadi pewaris perpaduan di masa depan. Justeru proses memperkasakan sekolah kebangsaan atau National School sebagai sekolah tunggal yang sifatnya menjadi lebih nasional dilihat sebagai sesuatu yang amat wajar dan merupakan ramuan terbaik untuk integrasi kaum seterusnya dapat menyemai perpaduan kaum yang kukuh.Setakat ini, terdapat 373 orang guru yang mengajar Bahasa Mandarin dan 163 orang guru mengajar Bahasa Tamil di sekolah kebangsaan di seluruh Malaysia. Kegiatan kokurikulum yang dirancangkan untuk pelajar sekolah rendah dan menengah mahupun di universiti juga memainkan peranan yang penting dalam membantu memupuk perpaduan antara rakyat Malaysia. Pelajar-pelajar berpeluang bergaul antara pelbagai etnik secara lebih dekat semasa menjalani aktiviti kokurikulum atau kerja luar yang dianjurkan oleh

sesebuah persatuan atau unit beruniform. Pelajar yang menjadi golongan minoriti di dalam sesebuah persatuan akan menjadi kekok dan mendapati dirinya seperti orang asing apabila digabungkan dangan golongan majoriti atau yang berbeza kaum atau agama dengannya. Punca perkara ini berlaku adalah kerana pergaulan mereka hanya di dalam kelompok kaum atau agama yang sama. Dengan menggabungkan pelbagai kaum di dalam persatuan

merupakan perkara yang baik dan amat penting bagi membentuk perpaduan, Nilai ketabahan diri yang kuat akan mengubah sikap pelajar untuk bergaul dan mengenali sesama mereka walaupun berbeza kaum dan agama. Perpaduan akan terbentuk jika saling memahami antara satu sama lain dan tabah berhadapan dengan dugaan yang dihadapi oleh persatuan. Oleh itu, kepentingan kokurikulum memperlihatkan ia mampu menjadikan pelajar mempunyai nilai tabah yang tinggi untuk berdepan dengan dugaan dan cabaran untuk kejayaan diri dan negara. Kokurikulum juga sangat penting bagi menimbulkan rasa rendah hati para pelajar. Sifat rendah hati perlu untuk meningkatkan sifat hormatmenghormati dan ikhlas dalam perhubungan sesama pelajar. Dengan adanya nilai rendah hati ini, perasaan bangga diri dan menunjuk- nunjuk dapat dielakkan. Jika setiap pelajar dapat saling hormat-menghormati sesama mereka, sudah pasti persefahaman dan perpaduan menjadi lebih kuat dan tidak timbul masalah untuk memahami pihak lain terutamanya dengan kaum yang berbeza. Pelaksanaan kokurikulum secara tidak langsung telah memasukkan unsur kesetiaan kepada pemimpin mereka seperti pengerusi persatuan atau kelab dan guru mereka. Jika ahli persatuan setia dan patuh kepada pemimpinnya, segala apa yang dirancang mudah dilaksanakan tanpa berlaku kepincangan. Pendapat pelajar bahawa diri mereka tidak akan diterima dan terasa disisih jika pemimpin yang dipilih adalah dari kaum lain dapat disingkirkan. Sebagai contoh, guru patut membimbing agar pelajar dapat

memilih

dan menerima pemimpin sungguhpun berlainan kaum. Mereka

dididik untuk bekerjasama dan menghormati pemimpin. Dengan cara ini , masalah ketidaksetiaan kepada pemimpin dan perpecahan tidak akan

berlaku. Hasilnya nanti akan lahirlah satu pemahaman dan perpaduan yang diingini di dalam pembinaan konsep 1 malaysia. Nilai pendidikan merupakan salah satu dari lapan nilai di dalam konsep 1 Malaysia. Sebagaimana yang kita tahu, sistem persekolahan di Malaysia masih terbahagi dengan adanya sekolah kebangsaan, sekolah Cina dan sekolah Tamil. Oleh kerana adanya sistem begini, sudah nyata sukar bagi pelajar untuk mewujudkan perpaduan. Demi mencapai pembinaan konsep 1 Malaysia, sudah pasti pentingnya pelaksanaan kokurikulum merupakan satu altenatif bagi merealisaikan konsep tersebut. Bagi mewujudkan perhubungan antara sekolah-sekolah ini adalah dengan melakukan aktiviti kokurikulum bersama. Ianya salah satu cara terbaik untuk membentuk perpaduan. Kerajaan telah melaksanakan Rancangan Intergrasi Murid untuk Perpaduan (Rimup) melalui program akademik, kokurikulum, sukan dan e-intergrasi. Di sini, nilai-nilai bersama dapat dipupuk dan membentuk peribadi yang murni dan bebas dari sifat perkauman. Langkah terbaru yang diambil olehkerajaan ialah menawarkan mata pelajaran bahasa Tamil dan bahasa Mandarin sebagai mata pelajaran elektif di sekolah kebangsaan .Penawaran ini memberi peluang kepada para pelajar daripada etnikmlain mempelajari bahasa Tamil dan bahasa Mandarin sebagai bahasa kedua.Pendedahan kepada kedua-duan bahasa ini dapat menjadi pemangkin terhadap proses interaksi dan intergrasi antara kaum.

USAHA USAHA KERAJAAN MELALUI SEKOLAH WAWASAN Sistem persekolahan sekarang yang memisahkan pelajar mengikut bahasa penghantar dan perbezaan kumpulan etnik tidak dapat memainkan peranannya yang berkesan untuk memupuk perpaduan dan persefahaman

dikalangan pelajar. Untuk mengatasi masalah ini,kerajaan telah mewujudkan sekolah wawasan. Sekolah Wawasan merupakan agenda penting kerajaan untuk menyatupadukan masyarakat berbilang etnik di Malaysia. Sekolah Wawasan merupakan salah satu usaha kerajaan untuk melahirkan bangsa Malaysia yang lebih bersifat cintakan negara. Jika dilihat dari segi konsepnya, sekolah yang diwujudkan dahulu terasing antara satu sama lain tetapi kini akan disatukan dalam sistem pendidikan yang seragam dan selari dengan hasrat untuk menghasilkan rakyat yang mempunyai semangat baru bagi meneruskan wawasan negara. Sekolah wawasan merupakan

pengelompokan Sekolah Kebangsaan, Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil dalam satu kawasan yang sama. Di dalam kawasan ini, sekolah tersebut akan menggunakan segala kemudahan infrastruktur yang ada seperti padang,kantin, perpustakaan dan pelbagai lagi secara bersama atau dikongsi bersama. Pelajar sekolah rendah ini akan bergaul secara langsung apabila mereka bersukan di padang, makan di kantin atau semasa mengadakan hari terbuka sekolah. Konsep Sekolah Wawasan ini juga begitu bersesuaian dengan pepatah Melayu yang mengatakan "Melentur Buluh Biarlah Daripada Rebung. Pendedahan pada peringkat awal (murid-murid sekolah rendah) adalah yang paling sesuai. Masalah yang timbul daripada sikap prejudis serta perasaan curiga -mencurigai sesama masyarakat pelbagai kaum berlaku akibat kurangnya interaksi antara mereka. Proses asimilasi budaya kurang wujud apabila anak-anak dibesarkan tanpa pendedahan tentang budaya kaum lain melalui pengasingan tempat pendidikan serta institusi awam yang lain. Dengan kata lian,terhapuslah tembok pemisah serta mengurangkan jurang yang wujud di antara pelbagai kaum di negara ini. Sekolah Wawasan Lurah Bilut di kawasan felda Bentong, Pahang merupakan sekolah perintis bagi konsep ini.

USAHA USAHA KERAJAAN DARI ASPEK SOSIAL KEMASYARAKATAN Dunia sudah kerapkali menyaksikan keruntuhan sistem sosial negaranegara yang mempunyai kamposisi kaum berbeza kerana tiada wujudnya persefahaman antara kaum. Tragedi l3 Mei 1969 yang telah berlaku di Malaysia boleh dijadikan sebagai renungan bahan sejarah bagi membentuk masyarakat yang bersatu padu. Disebabkan negara kita terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum, justeru itu terdapat pelbagai jenis perayaan yang berlainan. Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali dan Hari Natal adalah antara perayaan terbesar yang disambut oleh kaum di negara ini. Perayaan-perayaan ini bukan saja disambut oleh kaum-kaum tertentu malah turut dimeriahkan oleh kaum-kaum lain. Sahabat handai dan jiran tetangga tidak kira agama atau kepercayaan akan menghadiri rumah terbuka yang diadakan. Pada masa kini,rumah terbuka peringkat negeri dan kebangsaan turut diadakan dengan gilang-gemilang dan penuh warna-warni, dihadiri oleh pemimpin tertinggi negara dan rakyat yang berbilang kaum. Menurut Perdana Menteri kita, konsep Satu Malaysia dapat dijayakan melalui majlis sebegini. Semasa kerajaan mengadakan majlis rumah terbuka, masyarakat negara kita yang tediri daripada pelbagai kaum memberi komitmen yang tinggi. Mereka menghadirkan diri untuk bersama-sama

menyambut perayaan tersebut dan seterusnya mengitimkan hubungan mereka dengan masyarakat yang mempunyai pelbagai kaum dan latar belakang. Amalan ini dapat member peluang kepada masyarakat untuk mengenali dengan lebih dekat lagi budaya kaum lain sekali gus mengeratkan hubungan. Amalan bersukan tidak terhad kepada pembinaan sebuah masyarakat yang cergas dan sihat semata-mata. Lebih penting lagi .sukan dijadikan

penggerak perpaduan di negara kita. Ini disebabkan kebayakan sukan atau

permainan melibatkan masyarakat pelbagai kaum. Atlet-atlet sukan ini berlatih dan bertanding bersama-sama. Di samping itu, setiap kali pertandingan berlangsung, perpaduan dapat dilihat apabila sokongan diberi oleh para

penonton berbilang kaum tanpa mengira siapa atlet tersebut. Prinsip keadilan sosial yang merupakan prinsip teras yang terakhir dalam konsep 1 Malaysia menuntut bahawa setiap kaum di negara ini harus diberi keadilan yang sebaik mungkin tanpa mengira latar belakang ataupun agama. Semua kaum harus menganggap bahawa mereka adalah bangsa Malaysia di mana segalanya perlu dinikmati secara bersama. Nasib semua kaum harus dibela dan tiada mana-mana pihak harus dipinggirkan. Dari aspek pendidikan, peluang kemasukan pelajar ke institusi pendidikan dinikmati oleh semua rakyat tanpa mengira kaum. Dari segi bantuan kewangan (pemberian biasiswa), PTPTN diberi bukan saja kepada palajar bumiputera malah semua pelajar yang berasal dari keluarga berpendapatan rendah dan berkelulusan cemerlang layak memohon untuk melanjutkan pelajaran mereka. Perpaduan kaum juga dapat dipupuk melalui aktiviti kemasyarakatan yang memerlukan setiap kaum mengambil bahagian dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Cara ini dapat memupuk semangat kerjasama dan saling membantu antara satu sama lain dengan menghapuskan sikap

mementingkan diri yang tertanam di dalam jiwa masyarakat kini. Jesteru itu kerajaan boleh menganjurkan aktiviti yang memerlukan sumbangan setiap pihak untuk menjayakan aktiviti tersebut supaya perpaduan secara

maksimum dapat dilahirkan contohnya Gotong Royong Perdana bagi sesuatu institusi di sesuatu daerah . Dengan menganjurkan program Hari Keluarga, semangat muhibah antara kaum yang berbeza di Malaysia dapat disemarakkan. Agenda program ini bertujuan untuk mewujudkan nilai keakraban dan membendung sikap diskriminasi. Menerusi program hari keluarga ini, pelbagai lapisan masyarakat yang hadir dapat berkomunikasi serta bertukar-tukar idea dan pendapat

10

berkaitan dengan sesuatu isu. Di samping itu, kerajaan juga boleh mengadakan sambutan ini khas untuk kakitangan kerajaan. Jelaslah bahawa usaha-usaha dalam membentuk perpaduan kaum di Malaysia boleh direalisasikan dengan program Hari keluarga yang berpotensi untuk memperkasakan hubungan antara kaum di negara kita. Dari kaca mata yang lain, penerapan nilai-nilai budaya dan warisan juga merupakan salah satu langkah dalam mendekati matlamat dan harapan para pemimpin kita dalam mencapai perpaduan kaum. Negara Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum yakni Melayu, Cina dan India. Rakyat boleh mengaplikasikan budaya kaum mereka dari aspek pemakanan,pemakaian, dan adab resam serta berkongsi dengan kaum-kaum lain. Sebagai contoh, semakin ramai wanita bukan Melayu yang memakai baju tradisional orang Melayu iaitu baju kurung semasa menghadiri majlis-majlis rasmi dan kuliahkuliah. Makanan India seperti roti canai dan capati juga semakin popular di kalangan kaum yang lain. Oleh itu, kemasukan nilai-nilai budaya dan warisan berbilang kaum ini dapat menimbulkan rasa hormat antara satu sama lain dan seterusnya mengeratkan lagi perpaduan kaum dalam negara.

Sekiranya isu ini diperinci secara mendalam, kerajaan telah mewajibkan remaja yang berumur 17 tahun ke atas menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Modul kenegaraan PLKN sememangnya bertujuan untuk melahirkan semangat perpaduan dalam jiwa remaja daripada masyarakat majmuk yang merupakan bakal pemimpin negara.Selaras dengan modul kenegaraan, para remaja berbilang kaum berpeluang untuk bekerjasama bagai aur dengan tebing dan seterusnya perpaduan dapat disemai melalui aktiviti-aktiviti berkumpulan yang dilaksanakan dalam PLKN. Sesungguhnya, tidak dapat disangkal bahawa PLKN turut memainkan peranan dominan dalam iltizam membentuk perpaduan kaum.

11

KESIMPULAN Keamanan dan kemakmuran Malaysia perlulah bergantung kepada perpaduan kaum . Rakyat Malaysia yang bersepadu merupakan aset negara kita yang paling bernilai dalam pembinaan negara yang berbilang kaum demi visi Wawasan 2020. Demi mencapai matlamat itu,pelbagai pihak harus bergerak sederap, seia sekata dalam iltizam kerajaan dalam mencapai hasrat keharmonian dan perpaduan negara bak kata pepatah bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Akhir kata,perpaduan kaum merupakan suatu misi yang amat penting agar Malaysia dapat mengorak langkah menuju ke arah pembentukan negara bangsa dan menjadi sebuah negara yang mampu berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negaranegara maju.

12

Anda mungkin juga menyukai