Anda di halaman 1dari 22

Moral Folio Esei

Perpaduan antara kaum di Malaysia , kepentingan dan cara


memupuknya
1. (b) Kepentingan perpaduan kaum
Perpaduan dalam kalangan pelbagai etnik di negara kita haruslah dikekalkan untuk menjamin keselamatan negara agar kemerdekaan yang kita
kecapi sekarang ini berkekalan .Hal ini adalah untuk mengelakkan berulangnya perkara yang tidak diingini seperti rusuhan kaum pada 13 mei
1969 yang telah berlaku di negara kita. Kesan daripada rusuhan ini kita dapat lihat betapa ramai masyarakat negara kita yang mati dalam
peristiwa berdarah ini. Oleh itu, perpaduan penting agar kejadian yang sama tidak akan berulang. Dalam nada yang sama kita akan dapat
mengekalkan kestabilan politik jika kejadian rusuhan kaum ini dapat dielakkan oleh semua anggota masyarakat yang memiliki semangat nasionalisme
dan patriotik yang tinggi.
Selain itu, keharmonian ini juga mestilah dikekalkan untuk melahirkan perasaan cintakan tanah air dan sanggup berkorban untuk negara kita.
Perpaduan dalam kalangan etnik di negara ini juga akan dapat mengukuhkan lagi keselamatan negara daripada ancaman luar dan dalam negara.
Warganegara yang memiliki semangat nasionalisme akan melahirkan kekuatan dalam mempertahankan negara ini daripada campurtangan kuasa luar
seterusnya memelihara kedaulatan negara ini dan mengekalkan kemerdekaan negara ini seterusnya.
Perpaduan negara yang jitu juga dapat membina sebuah masyarakat yang saling menghormati antara satu sama lain disebabkan faktor rasa bersama
dan kekitaan yang lahir dalam jiwa seluruh anggota masyarakat. Sifat dengki dan khianat akan terlebur begitu sahaja jika semua anggota
masyarakat memiliki sifat saling menghormati yang dipupuk sejak kita kecil lagi.

(e) Langkah-langkah untuk mengekal dan memantapkan


perpaduan kaum di Malaysia
Beberapa kempen dan program yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan mampu mengekal dan memantapkan perpaduan kaum di negara ini. Pelan
Tindakan Perpaduan & Integrasi Nasional telah dirancang oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Ia merupakan rancangan lima
tahun iaitu dari 2005-2010 yang merancang pelbagai usaha untuk memupuk dan mempertingkatkan perpaduan dan integrasi nasional. Pelan ini
mengandungi pelbagai strategi yang dirancang dari pelabagai aspek seperti strategi politik, ekonomi, pendidikan, penggunaan Bahasa Kebangsaan,
Agama, Kebudayaan, Integrasi Wilayah, Keselamatan, Pembangunan Kawasan, Penggunaan Tenaga Manusia, Media Massa, Kesukanan,
Pemasyarakatan Perpaduan, Pertubuhan Sukarela, Penyelidikan Dan Penerbitan Bahan Bacaan, Pemantauan Isu-isu Semasa dan Konflik,
Penubuhan Panel Penasihat Perpaduan Negara (PANEL) dan Jawatankuasa Penasihat Perpaduan Peringkat Negeri (JKPPN), program dan
aktiviti perpaduan, Sekolah Wawasan dan Program Latihan Khidmat Negara. Kesemua program, pelan dan aktiviti yang dirancang telah dijalankan
dengan bertujuan supaya masyarakat dapat melibatkan diri dan memupuk hubungan etnik yang erat antara rakyat di negara ini.
Kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memperkenalkan program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP)
sejak tahun 1986. Program ini pada awalnya telah dilaksanakan di peringkat sekolah rendah dan kini diperluaskan ke semua sekolah rendah dan
menengah pada tahun 2005. KPM memandang berat akan pentingnya dijalin hubungan yang rapat antara murid pelbagai kaum di sekolah supaya
wujud kesefahaman dan perpaduan antara mereka. Dengan adanya persefahaman dan berbaik sangka maka akan timbul suasana hormat-menghormati
terhadap agama, budaya dan adapt resam sesuatu kaum dengan kaum yang lain. KPM menyediakan peluang kepada murid pelbagai kaum untuk
bergaul mesra secara sedar dan terancang. Proses perpaduan ini dapat dipupuk dan dibina agar semangat tersebut dapat diamalkan dalam
masyarakat. Usaha ini dijana semula kea rah merealisasikan hasrat kerajaan untuk menjadikan rakyat Malaysia hidup bersatu padu dan
harmoni.Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah lawatan sambil belajar, kursus motivasi, kem perpaduan , sambutan hari perayaan , pameran
kebudyaan dan persembahan pentas.
Sekiranya isu ini diperinci secara mendalam, kerajaan telah mewajibkan remaja yang berumur 17 tahun ke atas menyertai Program Latihan
Khidmat Negara (PLKN). Modul kenegaraan PLKN sememangnya bertujuan untuk melahirkan semangat perpaduan dalam sanubari remaja
daripada masyarakat majmuk yang merupakan bakal pemimpin negara. Selaras dengan modul kenegaraan, para remaja berbilang kaum berpeluang
untuk bekerjasama bagai aur dengan tebing dan seterusnya perpaduan dapat disemai melalui aktiviti-aktiviti berkumpulan yang dilaksanakan dalam
PLKN. Sesungguhnya, tidak dapat disangkal bahawa PLKN turut memainkan peranan dominan dalam iltizam membentuk perpaduan kaum.
Perpaduan kaum juga dapat dipupuk melalui aktiviti kemasyarakatan yang memerlukan setiap kaum mengambil bahagian dalam setiap aktiviti yang
dijalankan. Cara ini dapat memupuk semangat kerjasama dan saling membantu antara satu sama lain dengan menghapuskan sikap mementingkan diri
yang tertanam di dalam jiwa masyarakat kini. Namun, sikap negative masyarakat terutamanya masyarakat yang duduk di bandar yang hanya
bekerja tidak tentu masa dan melakukan kerja sendiri menyebabkan usaha memupuk semangat perpaduan sukar untuk diterapkan. Aktiviti
memperteguh jalinan kemesraan harus dijalinkan seperti aktiviti gotong royong yang memerlukan sumbangan setiap pihak untuk menjayakan aktiviti
tersebut supaya perpaduan secara maksimum dapat dilahirkan. Pendek kata, aktiviti kemasyarakatan dapat menjadi wadah yang terbaik bagi
memupuk semangat perpaduan yang perlu ada dalam diri setiap rakyat seiring dengan hasrat negara untuk mewujudkan masyarakat yang bersatu
padu walaupun berlainan bangsa mahupun agama
Satu daripada cara mencapai perpaduan di antara kaum ialah menjaga budi bahasa serta akhlak dalam pergaulan. Perbezaan agama serta
kepercayaan tidak mengurangkan kepentingan pemupukan budi bahasa. Adat istiadat adalah peraturan yang sentiasa dlpatuhi dan diamalkan dalam
masyarakat Malaysia terutamanya pada hari perayaan. Adat istiadat ini mencirikan Kebudayaan Kebangsaan. Antara hari-hari perayaan yang
sama-sama dihormati ialah Hari Kebangsaan Malaysia pada 31 Ogos, Hari Deepavali, Tahun Baru Cina, Hari Raya, Sambutan Maulud Nabi
Muhammad s.a.w,
Slogan 1Malaysia atau 'Satu Malaysia' adalah satu gagasan peribadi yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia keenam, Datuk Seri
Najib Tun Razak pada 2 April 2009. Intipati gagasan ini idea satu bangsa tanpa mengira kepelbagaian etnik, sub-etnik dan kebudayaan. Semua
pihak mestilah bersama-sama menjayakannya. Pelaksanaannya bukan dibuat semalaman tetapi secara evolusi.Ia adalah ramuan serta formula
pentadbiran dalam proses negara menuju Wawasan 2020 serta menjadi cemerlang, gemilang dan terbilang seperti yang diperjuangkan perdana
menteri keempat dan kelima iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi
Aspek utama ialah sikap saling hormat menghormati dan bersikap menerima di antara satu sama lain.Masyarakat majmuk di Malaysia perlu
disatukan melalui '1Malaysia'. Hubungan kaum dipereratkan bagi jangka masa panjang. Prinsip utama yang mendasari 1Malaysia adalah
kebersamaan dan kekitaan dalam satu keluarga besar. Oleh yang demikian slogan ini sudah tentu menjadi satu pemangkin kepada perpaduan rakyat
di negara ini.
Cara paling penting untuk menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di Malaysia ialah melalui penggunaan bahasa kebangsaan. Penggunaan satu
bahasa perhubungan dan persefahaman di antara satu kaum dengan yang lain dapat diwujudkan tanpa menimbulkan rasa curiga. Langkah ini
mempercepatkan lagi perpaduan dan rasa hormoni antara kaum di negara ini.

Pengetahuan
Keamanan negara ini sangat penting dalam usaha negara ini menginjak menjadi sebuah negara maju menjelang tahnun 2020.
Antara faktor utama kejayaan ini boleh dicapai ialah melalui situasai keamanan dan kesejahteraan negara sentiasa terjamin
atau tidak boleh dikompromi oleh sebarang faktor lain.
Berdasarkan peristiwa 13 Mei 1969 kita wajar memperkuat semula perpaduan kaum di negara ini agar semua anggota
masyarakat dapat hidup dalam keadaan aman dan harmoni di negara yang kita cintai ini.
Dalam nada yang sama kita seharusnya memahami dan menghayati peristiwa sejarah negara negara ini yang terjajah sekian
lama dan memerlukan kekuatan segenap sudut bagi menjamin penjajahan ke atas negara ini tidak lagi akan berlaku .
Iktibar
Kita juga seharusnya mengambil iktibar bahawa perpaduan hanya dapat dicapai jika semua rakyat bersatu padu , bertolak
ansur, hormat menghormati antara sesama angota masyarakat
Harapan
Saya berharap agar semua warga negara ini akan sentiasa mematuhi undang-undang/ peraturan, tidak terpengaruh dengan
anasir luar dan menghargai jasa tokoh yang telah banyak berjuang bagi mendapatkan kemerdekaan dan memenuhi kemerdekaan
ini agar menjadi lebih bermakna akhirnya.
Nilai-Murni
Sebagai aspek utama dalam memupuk perpaduan dalam kalangan rakyaat Malaysia, saya harus mengamalkan nilai toleransi. Seperti yang kita sedia
maklum,masyarakat Malaysia terdiri daripada tiga kaum utama, iaitu Melayu, cina, dan India, serta kaum-kaum minoriti yang lain. Oleh itu, saya
harus memahami sensitiviti kaum lain dari segi kebudayaan, amalan keagamaan dan pantang larang kaum masing-masing. Dalam sesetengah keadaan
yang tertentu juga, saya wajar menerima pandangan mereka dalam aspek kepercayaan dan pengamalan sosial. Tamsilnya, saya tidak harus
mempersoalkan laungan azan daripada orang Islam dan pembakaran kemenyan daripada penganut agama Hindu.
Di samping itu, saya mesti mengamalkan nilai bekerjasama untuk memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia. Dalam melaksanakan
tugasan-tugasan sekolah atau kegiatan-kegiatan masyarakat dengan rakan taulan, saya mesti memberikan sokongan yang padu dan sinergi yang
berkekalan kepada mereka. Bak kata pepatah, “hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah”. Saya tidak harus memilih rakan untuk
bekerjasama dengan saya berdasarkan kaum. Dari segi sosial pula, saya akan membantu jiran tetangga dalam aktiviti gotong-royong dan
bekerjasama “bagai aur dengan tebing”.
Seterusnya, saya mesti mempraktikkan nilai keadilan dalam sanubari agar perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia dapat dikekalkan. Saya
tidak harus mengamalkan sikap berat sebelah dalam apa-apa jua tindakan yang saya lakukan. Sebagai contoh, apabila saya dipilih sebagai pengerusi
persatuan atau ketua kumpulan, saya akan memilih ahli jawatankuasa berdasarkan kebolehan masing-masing. Saya turut tidak akam mengemukakan
komentar buruk terhadap hasil kerja daripada titik peluh rakan-rakan daripada pelbagai kaum, apatah lagi memandang serong dan memperlekehkan
kemahiran mereka. Sekiranya saya dikehendaki menyelesaikan sesuatu perbalahan, saya akan menilai masalah tersebut berdasarkan bukti yang
nyata dan bukannya berdasarkan warna kulit. Dengan langkah-langkah tadi, perselisihan faham dan pertelingkahan antara kaum dapat
dikurangkan.
Pada masa yang sama, nilai hemah tinggi juga harus saya aplikasikan dalam kehidupan seharian. Lihatlah kes seorang rakyat Malaysia yang
melanjutkan pelajaran di Taiwan, iaitu Wee Meng Chee ataupun dikenali sebagai “Namewee”, yang telah menukarkan lagu kebangsaan kepada lagu
yang berunsur “Rap” berjudul “Negarakuku”. Lagu tersebut dipenuhi dengan bahasa basahan dan unsur-unsur yang menghina kaum lain dan mencabar
kedaulatan negara, sehingga terdapat sesetengah rakyat yang menyarankan agar Namewee dilucutkan kerakyatan! Semasa berkomunikasi dengan
sesiapa pun tanpa mengira bangsa, saya akan mempraktikkan budaya “4M”, iaitu memberikan senyuman, memberi salam, memohon maaf, dan
mengucapkan terima kasih mengikut keadaan. Saya tidak akan bersikap biadap seperti tidak menjaga tutur kata serta mengucapkan bahasa kasar
kepada orang sekeliling. Apabila setiap rakyat Malaysia bersikap hemah tinggi, nescaya persefahaman antara kaum dapat dicapai dan meningkatkan
imej negara di persada dunia.
Seterusnya, saya wajar mengamalkan nilai kepercayaan kepada Tuhan. Agama memang dijadikan sebagai landasan rakyat untuk menyemaikan
keperibadian yang murni, sementara pelbagai filsafat dapat diperoleh daripada ajaran pelbagai agama. Bak kata pujangga, “Yang baik dijadikan
teladan, yang buruk dijadikan sempadan”. saya akan berpegang teguh kepada ajaran agama yang menyarankan saya agar berjasa kepada orang
sekeliling dan tidak mencaci mereka. Sejajar dengan itu, saya juga akan menghormati amalan agama-agama lain dan menjaga perasaan mereka. Saya
percaya sekiranya rakyat Malaysia sering menjaga sensitiviti penganut agama yang berlainan, kita dapat hidup dengan aman damai, sementara
perkara=-perkara yang menyebabkan kepincangan antara penganut agama yang berlainan, kita dapat hidup dengan aman damai, sementara perkara-
perkara yang menyebabkan kepincangan antara penganut agama yang berlainan dapat dihindari, seperti kes pembakaran gereka yang berlaku pada
awal tahun.
Konklusinya, terdapat pelbagai nilai murni yang harus saya amalkan jika saya ingin memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia. Namun,
perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia hanya dapat dicapai apabila rakyat Malaysia sanggup menyumbangkan daya usaha dan kerjasama yang
padu kepada kerajaan untuk membina integrasi nasional, bak kata pujangga, “bersatu teguh, bercerai roboh”. Perpaduan dalam kalangan rakyat
Malaysia dan integrasi kebangsaan yang kukuh merupakan batu asas untuk membina sebuah negara yang maju dan disegani oleh negara-negara lain
kerana “Perpaduan Teras Kejayaan”. Marilah kita bersama-sama mewujudkan perpaduan dalam negara untuk merealisasikan gagasan Satu
Malaysia dan seterusnya Wawasan 2020 demi masa depan negara yang gilang-gemilang. Saya percaya bahawa Malaysia boleh!

2.Permainan secara atas talian , keburukan dan cara


mengatasinya.

Permainan video semakin meluas dimainkan di seluruh dunia oleh pelbagai


golongan masyarakat. Di dada-dada akhbar tempatan terutamanya Berita Harian
sering mengutarakan rencana mengenai pelbagai permainan video seperti
'Dota', 'Pokemon Go', dan 'Candy Crush Saga' yang semakin menjadi kegilaan
remaja kini khususnya. Seorang aktivis sosial yang terkenal pernah menyatakan
bahawa permainan video yang menjadi kegilaan remaja kini telah mempengaruhi
kehidupan seharian mereka tanpa disedari. Permainan video dan remaja tidak
dapat dipisahkan ibarat isi dengan kuku. Persoalannya, apakah kesan-kesan
permainan video yang tidak terkawal terhadap remaja?

Berakar umbi daripada persoalan di atas, salah satu natijah permainan video
yang tidak terkawal terhadap remaja adalah menjejaskan kesihatan mereka. Hal
ini berlaku demikian kerana apabila mereka dipengaruhi permainan video,
remaja akan lebih mementingkannya lebih daripada diri sendiri. Sebagai
contohnya, remaja akan meninggalkan waktu makannya kerana terasa taasub
dengan permainan video. Apabila corak pemakanan seseorang tidak teratur,
kesihatannya akan terjejas kerana tidak mendapat nutrien dan zat yang
secukupnya untuk membesar dan melawan penyakit dan menurunkan tahap
ketahanan imuniti seseorang. Tambahan pula, masa tidur mereka akan
terganggu kerana perembesan hormon yang merangsang mengantuk iaitu
hormon melatonin terbantut akibat mata terdedah kepada cahaya daripada alat
permainan video. Jelaslah, kesihatan remaja akan terjejas akibat daripada
permainan video yang tidak terkawal.
Seterusnya, prestasi pelajaran remaja yang merosot merupakan salah satu
kesan daripada permainan video yang tidak terkawal. Remaja akan
menghabiskan masa mereka dengan bermain permainan video berbanding
mengulang kaji pelajaran, membuat tugasan dan kerja rumah yang diberikan
oleh guru mereka. Perkara ini membuatkan prestasi akademik mereka semakin
menurun dari semasa ke semasa dan akan merisaukan pihak sekolah dan ibu
bapa. Natijahnya, remaja akan memandang enteng terhadap pelajaran dan tidak
berusaha untuk meningkatkan prestasi akademik mereka serta tidak mempunyai
sifat berdaya saing bak kata peribahasa Melayu kalau tidak dipecahkan ruyung
manakan dapat sagunya. Tuntasnya, salah satu akibat permainan video yang
tidak terkawal adalah prestasi pelajaran remaja akan merosot.

Jika diperhalusi dengan lebih teliti, permainan video yang tidak terkawal akan
melahirkan remaja yang berfikiran jumud . Hal ini berlaku demikian kerana
mereka tidak berusaha memajukan diri dan bercita-cita tinggi. Perkara ini terjadi
kerana mereka tidak terdedah kepada dunia luar dan isu semasa kerana lebih
rela menghabiskan masa yang sangat berharga untuk bermain permainan video
daripada berusaha meluaskan horizon pemikiran mereka agar lebih terbuka
dengan dunia luar. Keadaan mereka ini tidak ubah seperti katak di bawah
tempurung kerana tidak berfikiran di luar kotak dan hanya berada di dalam
khayalan dan fatamorgana permainan video mereka sahaja. Hala tuju diri remaja
pada masa hadapan juga tidak dirangka dengan baik dan hanya berpegang pada
konsep berserah dan reda semata-mata. Sudah terang lagi bersuluh, pemikiran
remaja yang mundur merupakan salah satu kesan permainan video yang tidak
terkawal.

Dalam konteks yang sama, remaja akan menjadi remaja yang tidak tahu
bersosial dan berkomunikasi dengan baik merupakan akibat permainan video
yang tidak terkawal. Remaja tidak tahu cara bersosial atau berinteraksi dengan
orang sekeliling secara berkesan. Hal ini dikatakan demikian kerana mereka tidak
mempunyai peluang untuk memulakan perbualan berikutan begitu sibuk dengan
permainan video yang sangat digila-gilakan . Kesannya, mereka akan sering
dianggap sebagai kera sumbang kerana tidak bercampur dengan rakan-rakan
mereka disebabkan terperap di dalam bilik untuk bermain permainan video.
Tambahan pula, mereka tidak dapat mengasah keyakinan untuk bercakap di
hadapan khalayak umum. Situasi yang berlaku ini menjadikan remaja tidak
mempunyai kemahiran interpersonal. Tegasnya, permainan video yang tidak
terkawal menyebabkan remaja tidak tahu bersosial dan tidak yakin terhadap diri
sendiri.

Selanjutnya, antara natijah permainan video yang tidak terkawal kepada


remaja adalah hubungan kekeluargaan yang semakin renggang. Hal ini
disebutkan demikian kerana remaja tidak meluangkan masa mereka dengan ahli
keluarga kerana terlalu sibuk dengan permainan video dan banyak memberikan
alasan apabila ditegur. Sebagai contohnya, semasa menunggu makanan yang
dipesan di restoran untuk siap dihidangkan, ahli keluarga seyogianya
memanfaatkan masa tersebut untuk bergurau senda dan berinteraksi
berbanding bermain permainan video supaya tidak persis peribahasa Melayu
seperti enau di dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Melalui
interaksi antara ahli keluarga akan dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan
supaya menepati pepatah bagai air dicencang tak akan putus. Izharnya,
hubungan kekeluargaan akan renggang akibat daripada permainan video yang
tidak terkawal oleh golongan remaja yang menjadi harapan negara ini.

Kesimpulannya, terdapat pelbagai kesan yang dialami remaja akibat


permainan video yang tidak terkawal. Oleh yang demikian, remaja harus
mempunyai keazaman yang tinggi untuk mengongkong permainan video
daripada mempengaruhi kehidupan para remaja kerana bulat air kerana
pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Melalui keazaman ini, diharapkan
dapat melahirkan remaja yang cemerlang dalam pelajaran, sihat tubuh badan,
berfikiran terbuka, bijak berkomunikasi dan bersosial serta mempunyai
hubungan yang baik dengan ahli keluarga. Remaja yang mempunyai ciri-ciri di
atas akan dapat memajukan negara kerana menjadi tokoh terbilang Saidina Ali
bin Abi Talib pernah berkata bahawa untuk melihat masa hadapan sesebuah
negara, lihatlah anak mudanya kerana mereka merupakan penentu arah tuju
negara pada masa hadapan agar lebih maju dan setanding dengan negara yang
hebat.

Kesan
Dasawarsa, selari dengan kecanggihan sains dan teknologi masa kini, corak permain golongan kanak-kanak dan remaja juga berubah. Jika dahulu
permainan seperti gasing, layang-layang, congkak menjadi pilihan kanak-kanak dan remaja. Tetapi kini semuanya telah berubah. Permainan video
komputer merupakan aktiviti yang sangat digemari oleh golongan pelajar tidak kira di bandar mahupun desa. Hal ini telah menjadi duri di dalam
daging kepada masyarakat kita. Pelbagai kesan negatif telah merungsingkan banyak pihak.
Golongan pelajar yang terlibat dalam permainan ini akan menghabiskan masa berjam-jam di pusat-pusat permainan komputer . Keasyikan dan
keseronokan ketika berada di pusat tersebut menyebabkan mereka lalai dan mengabaikan tanggungjawab mereka sebagai seorang pelajar. Masa
muda yang sepatutnya diisikan dengan menuntut ilmu sebanyaknya buat bekalan hari muka diabaikan begitu sahaja. Amanah dan harapan ibu bapa
yang menggunung tinggi dipersia semata-mata kerana leka dengan bermain video.
Selain itu, para pelajar yang terlibat dalam aktiviti permainan ini perlu menyediakan wang secukupnya bagi setiap jam permainan. Jika beberapa
jam diperuntukkan untuk bermain, sudah pasti wang yang diperlukan juga bertambah. Mereka akan menggunakan wang saku yang diberi oleh ibu
bapa untuk tujuan yang tidak berfaedah ini. Justeru, permainan ini merudikan wang mereka. Sepatutnya para pelajar menggunakan wang tersebut
untuk tujuan yang lebih berfaedah seperti membeli buku-buku rujukan dan sebagainya. Atau disimpan biarpun sedikit kerana sedikit lama-lama
menjadi bukit
Pelajar yang ketagih dengan permainan ini sanggup ponteng sekolah atau melepak di pusat-pusat video komputer. Ada pelajar yang sanggup
membawa pakaian persalinan untuk memudahkan mereka memasuki pusat permainan video tersebut. Justeru, pengusaha pusat permainan tersebut
tidak dapat mengenal pasti sama ada mereka merupakan pelajar sekolah atau sebaliknya. Ada juga pengusaha pusat video ini yang menyediakan
kemudahan menyewa pakaian kepada pelajar sekolah ini. Hal ini tidak sewajarnya berlaku.
Permainan video komputer juga boleh mempengaruhi minda pelajar ke arah unsur-unsur negatif seperti peperangan dan keganasan. Aksi-aksi
seperti ni juga akan merosakkan pemikiran mereka serta meracuni fikiran para pelajar. Gejaga ini dikhuatiri meninggalkan kesan dalam pemikiran
mereka dan amempengaruhi mereka untuk melakukan aksi tersebut di luar bilik darjah.
Kesimpulannya , sudah terang lagi bersuluh, jelaslah bahawa permainan komputer hanya membawa kesan buruk kepada golongan pelajar. Ibu bapa
dan masyarakat perlu memberi perhatian terhadap isu ini. Kita tidak mahu generasi muda terus alpa dan menghabiskan masa dengan kegiatan yang
tidak berfaedah ini.

Cara mengatasinya
Memberi Kaunseling
Perkataan kaunseling atau Caunseling berasal daripada kata Latin iaitu Cousilium
bermaksud dengan bersama, ambil-menerima atau memahami. Maksud kaunseling ialah
satu proses diantara dua individu. Seorang yang bermasalah(klien) dan seorang yang
terlatih (kaunselor), berpengalaman dan menolong klien untuk memahami dan
menyelesaikan masalah melalui perbincangan, alternatif serta perancangan agar klien
dapat menganalisa serta menilai sesuatu masalah dari perspektif yang rasional dan
berupaya baginya memebuat tindakan yang wajar serta bertanggungjawab atas keputusan
yang diambil.
Semasa dalam sesi kaunseling, para kaunselor pula harus cuba berkomunikasi dengan para remaja dan memahami keadaan serta sebab-sebab remaja
ketagih dengan permainan video. Hal ini kerana terdapat sebilangan remaja yang suka memendamkan perasaan mereka apabila menemui masalah-
masalah yang tidak dapat diselesaikan. Langkah yang diambil oleh mereka ialah mereka akan memulakan permainan video mereka untuk melupakan
masalah yang sedang dihadapi oleh mereka. Kebanyakkan remaja ini akan melepaskan geram mereka dengan permainan-permainan video yang
berunsur ganas dan sebagainya. Hal ini akan menyebabkan remaja asyik dengan permainan video ini sehingga mereka ketagih dengan permainan ini.
Biasanya , kaunseling ini dijalankan dalam suasana yang selesa dan aman agar remaja dapat menerima secara terbuka tentang perkara yang akan
dibicarkan. Hal ini penting supaya remaja boleh berfikir dengan rational tentang akibat-akibat ketagih dengan permainan video. Kesedaran anak-
anak inilah yang menjadi kunci pada anak-anak untuk melakukan pembahagian masa yang baik antara belajar dengan masa untuk bermain permainan
video dengan baik. Kesedaran inilah yang akan menimbulkan rasa tanggungjawab remaja terhadap tindakan dan keputusan yang dilakukan oleh
mereka sendiri.Dengan mengenal pasti punca masalah yang dihadapi oleh golongan remaja ini ,diharapkan para kaunselor akan dapat memberi nasihat
kepada remaja supaya mereka akan dapat kembali ke pangkal jalan sebelum mereka menjadi ketagih dengan permainan video ini.

2) Didikan Agama dan moral yang Mendalam


Langkah lain yang boleh diambil untuk menyelesaikan masalah ini adalah dengan memberikan didikan agama dan moral kepada golongan remaja sejak
dari kecil lagi. Langkah ini amat menepati pepatah Melayu yang berbunyi “melentur buluh biarlah dari rebungnya.” Ibu bapa hendaklah memahami
jiwa anak dalam membimbing dan mendidik mereka kerana pada peringkat awal remaja ini, anak lebih sensitif dalam hal yang menyentuh peribadinya.
Mereka mula menempuh pergolakan kehidupan serta mula mencari identiti mereka.Pada peringkat ini, pengaruh luar seperti pergaulan, pendedahan
kepada media cetak dan elektronik serta persekitaran tempat dibesarkan mempengaruhi mereka. Pada peringkat ini ibu bapa janganlah bersifat
keras dan kasar atau keterlaluan terhadap anak.Sekiranya ibu bapa bersikap sedemikian, anak akan memprotes, menjadi liar dan suka melawan
orang tua. Sekiranya orang tua lalai, berkemungkinan anak akan jauh menyimpang daripada jalan benar.Oleh itu, pada masa ini, anak harus
dibimbing mengikut dasar keagamaan yang mendalam dan teratur serta efektif dengan pengawasan intensif. Ia adalah kerana agama sebagai ubat
mujarab untuk mengubati penyakit rohani dan sebagai ubat pencegah kenakalan remaja.
Dengan didkan agama dan moral yang mendalam ini, anak-anak akan membesar menjadi insan yang beriman serta dapat membezakan yang baik
daripada yang buruk. Golongan remaja ini juga akan dapat mengelakkan diri mereka daripada ketagih dengan permainan video ini kerana mereka
tahu ketagihan terhadap permainan video yang terlalu melampau ini akan membawa keburukkan kepada diri mereka sendiri sahaja.Remaja yang
biasanya mempunyai didikan agama dan moral yang mencukupi biasanya akan dapat mengelakkan diri mereka daripada terlibat dengan gejala sosial
dan terjebak ke kancah maksiat. Hal ini kerana golongan remaja ini akan mempunyai benteng keimanan yang cukup kuat untuk mempertahankan diri
mereka daripada ketagih dengan permainan video ini. Sebagai contoh, mereka diajar untuk membahagikan masa mereka dengan berkesan antara
bermain, belajar, menjalankan tanggungjawab mereka dan sebagainya. Remaja yang diberikan didikan yang mendalam ini sejak dari kecil akan
mempunyai sifat tanggungjawab tentang perkara yang akan dilakukan oleh mereka. Mereka akan sedar tentang perkara yang dilakukan oleh
mereka dan mereka Golongan inilah juga akan berjaya dalam hidup mereka kerana mereka mampu menjaga diri dan akhlak mereka walau di mana-
mana sahaja dan menjauhkan diri daripada terlibat dengan gejala sosial. Justeru itu, ibu bapa perlu menjamin anak-anak mereka untuk memperoleh
didikan agama dan moral yang sempurna sejak kecil lagi. Hal ini akan dapat memastikan pembentukan perisai dalam diri anak selepas dewasa kelak
dalam menghadapi cabaran getir dunia moden.

3) Pengawasan Ibu Bapa


Pengawasan ibu bapa juga amat penting untuk mengelakkan remaja daripada ketagih dengan permainan video ini. Mereka seharusnya mengajar anak-
anak mereka untuk membahagikan masa mereka dengan berkesan. Hal ini membolehkan anak-anak mereka akan dapat membahagikan masa mereka
antara bermain, belajar, bermain, bersukan dan sebagainya dengan lebih berkesan. Selain itu, ibu bapa juga harus memberitahu tentang kesan-
kesan Ibu bapa juga seharusnya memberikan perhatian terhadap permainan video yang sesuai dengan anak-anak mereka. Mereka seharusnya
menghindarkan anak-anak mereka dari jenis permainan video yang dapat merangsang meningkatnya sikap aggressive mereka seperti permainan yang
jenis perbunuhan, perkelahian , penyeksaan dan sebagainya.
Kebanyakkan ibu bapa pada hari ini menganggap anak-anak mereka sebagai object dan dimestikan patuh kepada arahan mereka dari semasa ke
semasa. Mereka melarang anak-anak mereka untuk bersentuhan dengan permainan video. Jelasnya, anggapan dan tindakan sebegini adalah salah
sama sekali dan hanya akan memburukkan keadaan sahaja. Sebenarnya, ibu bapa juga patut membenarkan anak-anak mereka untuk bermain
permainan video. Ibu bapa juga boleh memilih permainan jenis merangsang daya pemikiran, imaginasi dan kreativiti kepada anak-anak mereka. Hal ini
buakn sahaja mengalakkan proses pembesaran remaja yang positif malah juga dapat menghindarkan remaja daripada ketagih dengan permainan video.
Remaja ini bagaikan “perahu yang patah pendayung di tengah lautan” jika ibu bapa tidak mengentahkan mereka. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa
pengawasan ibu bapa amat penting dalam mengelakkan anak-anak mereka daripada ketagih dengan permainan video.

4) Melibatkan diri dalam sukan dan aktviti kokurikulum


Langkah-langkah yang lain untuk mengelakkan remaja daripada ketagih dengan permainan video adalah dengan mengalakkan remaja untuk menyertai
aktiviti-aktiviti yang sihat seperti sukan, kokurikulum dan sebagainya.Badan yang sihat akan mempamerkan otak yang cerdas. Begitulah ungkapan
yang menekankan kepentingan badan yang sempurna untuk melaksanakan kegiatan seharian. Dewasa ini, menyertai aktiviti badan beruniform
merupakan cara yang efektif dalam menghasilkan insan sebegitu yang bukan sahaja produktif, malahan juga proaktif. Hal ini akan dapat
mengelakkan remaja daripada ketagih dengan permainan video. Antara aktiviti-aktiviti badan beruniform yang dilaksanakan saban hari termasuklah
aktiviti perkhemahan, merentasi hutan dan kembara duga.Aktiviti-aktiviti sebegini dilaksanakan dengan giat di dalam .
Tidak dapatdinafikan lagi bahawa dalam dunia yang serba moden ini, aktiviti unit beruniform memainkan peranan yang amat penting dalam membina
keperibadiaan individu. Antara kebaikan menyertai aktiviti termasuklah aktiviti ini akan meningkatkan ketahanan mental dan fizikal. Marcapada ini,
para pelajar akan didedahkan kepada pelbagai aktiviti yang menguji ketahanan lasak diri mereka. Antara aktiviti yang kerap dilaksanakan untuk
membina peribadi individu termasuklah kursus kepimpinan, latihan kecergasan dan latihan membina jati diri. Aktiviti sebegini kerap diaplikasikan
supaya para pelajar arif tentang kepentingan menjaga keadaan tubuh badan dan jugaminda. Selain itu, pelajar turut dapat menambah keyakinan diri
mereka melalui aktiviti kokurikulum ini. Kokurikulum menyediakan satu “medan”yang sesuai kepada pelajar untuk memimpin atau mengetuai sesuatu
pertubuhan. Situasi ini memberikan mereka satu keyakinan terhadap kemampuan mereka dalam aspek-aspek tertentu. Mereka mula menyedari
bakat yang ada dan berupaya untuk mengembangkannya serta mengasahnya menjadi sesuatu yang lebih cemerlang lagi seperti memimpin pertubuhan
belia, syarikat dan mungkin juga negara.
Seterusnya, aktiviti kokurikulum juga berupaya memupuk dan menggembur semangat kerjasama dan pembentukan disiplin dalam diri seseorang
pelajar. Para pelajar yang menyertai aktiviti kokurikulum akan lebih sedar akan tanggungjawab yang harus dijunjung oleh mereka untuk
menjadikan diri mereka lebih sempurna. Aktiviti seperti membina khemah dan merentasi hutan bukan sahaja akan membina hubungan yang lebih erat
antara para pelajar, malahan akan menanam sifat kepimpinan dalam diri para pelajar. Dalam masa yang sama pembabitan pelajar memastikan mereka
tidak terbabit dengan aktiviti yang tidak sihat. Kegiatan kokurikulum dilakukan pada masa-masa yang telah ditetapkan. Penetapan masa ini
menyebabkan pelajar terpaksa menguruskan masa mereka dengan bijak. Pelajar yang terbabit dalam aktiviti ini akan mengutamakan aktiviti
kokurikulum dan pembelajaran mereka. Oleh itu, pembabitan remaja dalam aktiviti kokurikulum dan sukan memang dapat mengelakkan mereka
daripada ketagih dengan permainan video.

3.Pencemaran sisa toksik, kesan dan cara mengatasinya


https://www.permohonan.my/pencemaran-alam-sekitar/

Alam sekitar penting kepada kehidupan manusia dan benda-benda hidup yang lain.
Hal ini demikian kerana alam sekitar yang bersih dapat menjamin kehidupan yang
sejahtera. Antara kepentingan menjaga alam sekitar ialah dapat mewujudkan suasana
persekitaran yang bersih dan nyaman. Suasana yang sedemikian penting
terutamanya untuk merehatkan minda setelah penat bekerja atau belajar. Suasana
yag tenang dan nyaman juga dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan dan
mengelakkan ketegangan. Namun demikian, pembuangan bahan-bahan sisa
pertanian kian meruncingkan dan akan mengundang kepada masalah alam sekitar
sekiranya tidak diurus dengan baik.

Bahan-bahan sisa pertanian boleh ditebus guna untuk mengelakkan masalah alam
sekitar. Pelbagai cara boleh dilakukan bagi memastikan keberkesanan kaedah
menebus guna bahan-bahan sisa pertanian. Cara yang pertama ialah dengan
menghasilkan baja kompos. Bahan-bahan sisa buangan pertanian seperti jerami,
sekam padi, dan hampas tebu boleh diproses untuk menghasikan baja organik. Baja
organik tersebut boleh digunakan bagi membaja tanaman bagi menyuburkan tanah
dan meningkatkan kualiti tanaman baharu.. Oleh itu, nilai menyayangi dan
menghargai alam sekitar hendaklah disemai dalam kalangan masyarakat Malaysia
bermula dari zaman kanak-kanak lagi, bak kata pepatah, “melentur buluh biarlah
dari rebungnya”.

Selain itu, bahan sisa pertanian juga boleh ditebus guna dengan cara menjana
biogas. Misalnya, najis lembu, kambing, dan ayam boleh dirawat secara biologi
melalui proses pembiakan mikrobiologi. Proses pereputan yang berlaku akan
menghasilkan gas metana. Penggunaan gas metana amat meluas sebagai bahan
bakar, dan digunakan dalam proses kimia dalam bidang industri. Dengan
menebusguna semula bahan-bahan sisa pertanian, masyarakat mampu mengekalkan
kualiti kehidupan manusia dan alam sekitar yang harmoni. Oleh itu, nilai
keharmonian manusia dengan alam sekitar hendaklah disemai dalam diri setiap
lapisan masyarakat.

Bahan-bahan sisa pertanian juga boleh ditebus guna dengan cara menghasilkan
perabot yang berkualiti dengan menggunakan pokok getah dan batang-batang
kelapa sawit. Pokok-pokok ini terbukti dapat digunakan dalam penghasilan perabot
seperti almari, meja, katil dan sebagainya. Tambahan pula, kos yang diperlukan
adalah jauh lebih murah berbanding menggunakan pokok jati atau pokok-pokok
lain. Sehubungan dengan itu, masyarakat perlu mengamalkan nilai peka terhadap
alam sekitar serta lebih berfikiran inovatif dalam usaha menyelesaikan isu alam
sekitar.

Cadangan terakhir yang boleh dilakukan bagi mengurangkan masalah pengurusan


pembuangan alam sekitar yang tidak terkawal adalah dengan menjadikan bahan sisa
pertanian sebagai sumber makanan haiwan ternakan. Contohnya, hampas kelapa dan
hampas isirung kelapa sawit boleh dijadikan makanan binatang ternakan. Justeru,
masyarakat sekeliling perlulah sedar bahwa pengekalan keseimbangan alam sekitar
merupakan tanggungjawab bersama.Maka, nilai kemapanan alam sekitar mestilah
diamalkan dalam usaha meningkatkan kualiti kehidupan bersama.

Akhir kata, kita mestilah bersama-sama menunaikan tanggungjawab menjaga alam


sekitar demi menikmati kualiti kehidupan yang lebih baik
Laporan
https://www.academia.edu/30725690/_2016_Laporan_Kerja_Amal_Pendidikan_Moral

https://papercollection.files.wordpress.com/2012/01/contoh-laporan-kerjaamal-pendidikan-
moral.pdf

1 menceriakan taman herba sekolah

Objektif :

 Memupuk sikap tolong-menolong antara saya dan rakan saya dan


mengeratkan hubungan

antara satu sama lain

 Mewujudkan kesedaran mencintai alam sekitar yang bersih

 Memupuk sikap rajin dan tanggungjawab dalam diri kami supaya menjadikan
kebersihan

alam sekitar sebagai tanggungjawab bersama

Perjalanan Projek :

Bagi melaksanakan kerja amal dalam bidang alam sekitar, saya dan rakan-rakan
saya

telah merancang untuk membersihkan kawasan alam sekitar. Pelbagai


perancangan dan

perbincangan telah diadakan untuk menperjayakan aktiviti ini. Pada pukul 8


pagi, saya

bersama rakan-rakan saya telah berkumpul di Teluk Cempedak. Pelbagai alatan


seperti
penyapu, beg plastik untuk mengandungi sampah sarap dan sebagainya telah
disediakan

untuk membersihkan kawasan alam sekitar. Selepas itu, saya dan rakan-rakan
saya telah

dibahagikan mengikut kumpulan dan kawasan kerja, kerja pembersihan bermula


dengan

setiap kumpulan ditempatkan di kawasan yang berbeza. Semua peserta


bertungkus-lumus

melaksanakan tugas yang diberi. Pelbagai aktiviti dijalankan seperti menyapu


sampah,

mengutip sampah, membuang sampah dan sebagainya. Pada pukul 10 pagi,


semua tugas telah

diselesaikan dan semua orang pun pulang ke rumah masing-masing.

Peranan Saya :

Dalam aktiviti yang berfaedah ini, saya telah meluangkan masa untuk berbincang

dengan rakan-rakan saya sebelum aktiviti membersihkan kawasan alam sekitar


Teluk

Cempedak diadakan. Saya telah mengemukakan beberapa idea dan cadangan


ketika

berbincang dengan mencadangkan bahawa kumpulan-kumpulan ditempatkan di


zon-zon yang

berbeza di kawasan alam sekitar bagi mempercepatkan kerja membersihkan


kawasan alam

sekitar. Saya prihatin dengan masalah-masalah yang mungkin timbul dan


berusaha

menyelesaikannya.

Saya bertanggungjawab mengutip sampah-sarap bersama ahli kumpulan yang


lain.
Saya telah menyumbang tenaga saya dengan mengutip sampah sarap dan buang
ke dalam

tong sampah kitar semula. Saya rajin menjalankan tugasan saya dengan bantuan
rakan-rakan

saya. Saya juga memberi kerjasama semasa saya dan rakan saya mengutip surat
khabar

untuk mengitar semula. Dengan adanya sifat kepemimpinan saya, saya telah
mendapat

kerjasama daripada rakan saya. Saya berupaya mengawal keadaan semasa


menjalankan

aktiviti membersihkan kawasan alam sekitar supaya tidak ada orang cedera. Saya

bertoleransi dengan rakan-rakan saya apabila berhadapan dengan rintangan


yang harus saya

selesaikannya. Kami bertolak ansur supaya tidak menimbulkan sebarang konflik


yang akan

melukakan perasaan rakan saya. Setelah semua kerja pembersihan selesai, saya
amat

prihatin dengan memastikan semua alatan telah memulangkan kepada orang


lain.

Kesan Yang Diperolehi :

Kesimpulannya, setelah dua jam bertungkus-lumus membersihkan kawasan


Teluk

Cempedak, saya sedar akan kepentingan kawasan alam sekitar yang bersih dapat

mewujudkan alam sekitar yang bersih dan indah. Saya juga insaf akan sikap saya
yang selalu

mengabaikan kepentingan menjaga kebersihan alam sekitar. Selain itu, saya


mengambil
iktibar daripada penyertaan aktiviti ini dan bertekad untuk berubah sikap saya
yang

mementingkan diri sendiri dengan kerap melaksanakan tugas menjaga


kebersihan alam

sekitar dengan penuh semangat. Saya telah memperolehi sikap kesederhanaan


dengan tidak

bertindak keterlaluan dalam melaksanakan tanggungjawab saya untuk menjaga


kebersihan

alam sekitar.

Pada 11 April 2015 , bersamaan dengan hari Sabtu


yang lalu, saya bersama-sama dengan beberapa pelajar Pendidikan Moral
yang lain telah membuat satu aktiviti gotong-royong untuk
membersihkan padang di Kompleks Sukan, Sibuga. Aktiviti ini bermula
lebih kurang pada pukul 1:00petang, setelah tamatnya aktiviti-aktiviti
sukan tara yang dijalankan pada pagi tersebut. Aktiviti gotong-royong
untuk membersihkan padang kompleks ini dikendalikan oleh guru
Pendidikan Moral kami iaitu cikgu

objektif kerja amal ini adalah untuk memelihara dan memulihara


alam sekitar dengan membersihkan padang kompleks sukan melalui
aktiviti gotong-royong. Seterusnya, nilai-nilai seperti menyayangi dan
menghargai alam sekitar serta kemapanan alam sekitar dapat dipupuk
dalam diri para pelajar. Kerja amal ini juga adalah bagi memenuhi kehendak kerja
kursus Pendidikan Moral peringkat SPM.Saya telah menyumbangkan tenaga
dan meluangkan masauntuk mengutip sampah sarap yang terbiar di
sekitar padang tersebut. Saya juga turut
menyumbakan idea
untuk menggabungkan kumpulan saya dengan satu lagi kumpulan yang
lain bagi memudahkan kerja dan memupuk sikap

kerjasama
antara kami. Sepanjang aktiviti itu dijalankan, semua ahli kumpulan
bersifat
rajin
dan melaksanakan tugas dengan
bertanggungjawab serta mengamalkan
toleransi yang baik sekali.
Kepimpinan
saya dalam usaha untuk menjayakan aktiviti ini telahdapat
mengawal keadaan kami apabila berlakunya sedikit percanggahan
antara kami. Aktiviti seperti ini juga telah berjaya menimbulkan perasaan
prihatin
kami terhadap isu-isu alam sekitar.Selepas melakukan kerja amal ini, saya
memahami dan berasa
insaf akan keadaan saling memerlukan hubungan yang harmonis antara manusia
dengan alam sekitar. Hal ini telah menimbulkan satu
kesedaran dalam diri saya secara tidak langsung. Kerja amal ini telah
membantu saya mengalami
perubahan $ikap
dan boleh dijadikan sebagai
iktibar
untuk menghargai dan mengekalkan kualiti alam sekitar.

4.kitar semula

Pelaksanaan Projek Sebelum projek ini dilaksanakan, guru Pendidikan Moral kami,
PuanKamisah telah memberi penerangan dan panduan kepada kami tentangkerja
amal ini. Puan Kamisah telah menjelaskan kepentinganpengurangan
penggunaan bahan sumber, mengguna semula danmengitar semula. Di
samping itu, cara pelbagai Program Amanah Hijaudilaksanakan serta cara
penglibatan diri kami dalam penjimatanpenggunaan sumber juga
diperkenalkan kepada kita melalui unit 18pendidikan Moral, tajuknya adalah
“Fikir Dahulu Sebelum Buang”. Kamitelah sedar tentang kepentingan dan faedah
kitar semula. Kumpulan kami telah membuat persediaan selama 3 minggu
sebelumpelaksanaan kerja amal ini. Pertama sekali, kami telah
mengadakanperbincangan untuk menyelaras dan membincangkan perkara-
perkaratentang kerja amal ini. Kami telah membincangkan tempat yang sesuaidan
masa yang tepat. Projek ini telah dijalankan pada 29 July 2011.Sebelum itu, saya
dan ahli kumpulan saya telah mengumpulkan bahan-bahan kertas untuk dikitar
semula. Pada hari tersebut, kami telahmembawa bahan-bahan itu ke pusat
kitar semula untuk dikitar semula.Akhirnya, kerja amal ini telah dijalankan dengan
sempurna.
Peranan Saya Dalam kerja amal ini, saya telah memilih untuk melaksanakan kerja
amal ini secara berkumpulan. Saya telah meluangkan masa dengan ahli kumpulan
saya dengan membincangkan dan meyelaraskan projek ini. Saya telah menyumbang
idea dengan mencadangkan mengitar semula surat khabar lama dan majalah lama
kerana saya bersikap rasional sertamenyayangi dan menghargai alam sekitar. Saya
dan kawan-kawan sayajuga telah menyumbang tenaga. Semasa hari pelaksanaan
projek ini, kami telah dibahagikan kepada tiga kumpulan. Kami mengamalkan sikap
kerjasama dan toleransi supaya tidak berlaku sebarang pertelingkahan dan
perselisihan faham. Kumpulan satu iaitu saya dan seorang rakan ditugaskan
mengumpul surat khabar lama dan majalah lama. Manakala kumpulan dua rakan
saya telah mengumpul dan membalutkan surat khabar lama dan majalah lama untuk
dikitar semula. Kumpulan tiga ditugaskan untuk menghantar surat khabar dan
majalah-majalah tersebut ke pusat kitar semula. Oleh sebab sikap kami yang rajin
dan bertanggungjawab, projek ini dapat dilaksanakan dengan sempurna. Selepas
projek ini diselesaikan, barang-barang tersebut pun telah dikitar semula. Walaupun
proses ini amat memakan masa, tetapi saya berasa amat berpuas hati kerana saya
memahami nilai kemapanan alam sekitar.

Kesan KepadaSaya Setelah melaksanakan kerja amal ini, saya telah sedar
memahami kepentingan dan keindahan alam sekitar, pengekalan ekosistem yang
stabil dan juga kepentingan kitar semula. Bumi merupakan rumah kita, penduduk
bumi seharusnya mengamalkan nilai menyayangi dan menghargai alam sekitar.
Menyayangi dan menghargai alam sekitar adalah tanggungjawab kita. Demi
memelihara dan memulihara alam sekeliling, kita mestilah membantu menyedarkan
masyarakat bersama-sama untuk mengekalkan keindahan dan keseimbangan alam.
Dalam tempoh pelaksanaan projek ini, saya telah mengumpulkan banyak maklumat
tentang kitar semula. Banyak kawasan telah menjalankan program kitar semula tetapi
tidak banyak disokong oleh orang ramai. Kita haruslah mengamalkan nilai peka
terhadap isu-isu alam sekitar, selalu peka terhadap masalah alam sekitar dan berdaya
upaya untuk menyelesaikannya. Pengekalan keseimbangan ekosistem adalag
tanggunjawab oenduduk bumi dan ini akan menjaminkan kesejahteraan manusia dan
juga alam sekitar. Dalam melaksananakan prjek ini, saya telah memperoleh banyak
ilmutentang kitar semula dan juga pengajaran dan kesedaran tentang kepentingan
alam sekitar. Saya berjanji akan lebih peka terhadap alam sekitar dan lebih
bertanggungjawab untuk memelihara dan memuliharakannya.

Pengenalan Projek

Program ini khas dilaksanakan untuk mendedahkan semua warga sekolah

pengetahuan tentang kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar dan

seterusnya meningkatkan tahap kesedaran warga sekolah dalam amalan lestari

hidup terutamanya mengitar semula bahan-bahan yang sedia ada dalam kawasan

sekolah. Antara aktiviti yang dianjurkan di bawah program ini adalah Program Kitar

Semula, Aktiviti pengumpulan bahan-bahan terbuang yang diperolehi di sekitar

sekolah dan rumah warga sekolah

Objektif Projek

I. Mendedahkan warga sekolah pengetahuan mengenai kepentingan

pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar dan program-program

mesra alam.

II. Menggalakkan warga sekolah melaksanakan aktiviti mesra alam dengan

berkesan seperti program kitar semula.

III. Memupuk semangat kerjasama semua warga sekolah dalam menjaga

kebersihan dan keceriaan persekitaran sekolah

IV. Mewujudkan suasana sekolah yang kondusif bagi melahirkan warga

sekolah yang mempraktikkan amalan hidup lestari.

V. Memupuk sikap bertanggungjawab kepada bumi dan alam sekitar dengan


memberi dan menyediakan peluang dan kesempatan kepada warga

sekolah untuk menjalankan aktiviti kitar semula.

Faedah Projek

I. Semua warga sekolah didedahkan dengan pengetahuan secara lebih

mendalam mengenai kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam

sekitar.

II. Aktiviti melibatkan pelajar-pelajar dalam amalan lestari hidup seperti

penjimatan pengunaan air dan tenaga elektrik, cara-cara menjaga alam

sekitar dan mengitar semula bahan-bahan yang tidak berguna.

III. Warga sekolah dapat memanfaatkan program ini untuk dilaksanakan di

tempat kediaman masing-masing dengan mempraktikkan amalan kitar

semula.

IV. Secara tidak langsung, sebagai satu sumber pendapatan dari hasil jualan

barangan kitar semula yang dikumpulkan itu.

Pihak Pelaksana Program Amalan Lestari Kitar Semula

PIBG SK Bandar Baru Seri Petaling 2, Panitia Kemahiran Hidup, Panitia Kajian

Tempatan, Panitia Pendidikan Moral, PSS SKBBSP 2 dan AJK Sekolah Lestari.
Strategi Pelaksanaan

1. Mengadakan taklimat ringkas berkaitan dengan kitar semula kepada semua

murid semasa gerak gempur pagi.

2. Memaparkan maklumat tentang pencemaran alam sekitar dan risalah-risalah

tentang kepentingan kitar semula di setiap kelas.

3. Menganjurkan pertandingan antara kelas yang berjaya mengumpul bahanbahan

kitar semula terbanyak dan berkesan.

4. Memberi pengiktirafan kepada kelas yang menyumbang dan terlibat secara

aktif dalam melaksanakan program kitar semula ini

5. Menjalankan aktiviti pungutan dan pengumpulan bahan kitar semula pada

hari penamat program ini.

6. Menyediakan beg plastik hitam dengan label kepada setiap kelas

agar mereka dapat mengkategorikan jenis-jenis bahan kitar semula mengikut

kumpulan yang betul misalnya kertas, plastik dan tin-tin aluminium.

7. Menghubungi agensi-agensi berkaitan untuk mengumpul semua bahan kitar

semula yang berjaya di kumpul oleh murid-murid di setiap kelas


d

Rumusan
Saya amat bersyukur kerana telah menyelesaikan kerja kursus

Pendidikan Moral dalam tempoh masa yang ditetapkan. Ketika

menjalankan kerja kursus ini, banyak pengetahuan, pengajaran dan nilai

yang telah saya pelajari. Misalnya, tugasan-tugasan harian yang saya tulis

ini mengajar saya untuk berpandangan jauh, ber=kiran matang dan

rasional untuk meningkatkan produktiviti negara. Selain itu, saya juga

dapat mempelajari 'ara menghormati dan bertolak ansur dengan

perbe$aan agama, bangsa, budaya dan adat resam agar dapat hidup

bersatu padu dalam Malaysia.

Melalui kerja-kerja amal pula, saya sedar baha3a saya perlu yakin

akan kebolehan diri dan tidak bergantung harap kepada orang lain.

Seterusnya, keinsa&an saya telah mengajar saya tentang pentingnya alam

sekitar yang terjaga kepada manusia, di samping bagi mengekalkan


keseimbangan ekosistem. 0ebih-lebih lagi, saya telah mempelajari

mengenai kepentingan kerjasama dalam membuat sesuatu. Akhir sekali,

kerja-kerja amal tersebut telah membantu saya mengalami perubahan

sikap dalam semua aspek.

Anda mungkin juga menyukai