Anda di halaman 1dari 1

(Kesan terhadap anak-anak)

Antara kesan terhadap pendera ialah pendera berkemungkinan akan bertindak denganlebih agresif
dari semasa ke semasa dan ketagih. Hal ini kerana tindakannya dalam kes-kespenderaan yang
dilakukannya terdahulu tidak mengakibatkan kesan yang negatif keatasdirinya. Oleh itu, tidak
mustahil jika pendera akan menjadi jauh lebih agresif dan hilangkewarasan serta tidak lagi mengenal
mangsanya. Pendera berkemungkinan merasakantekanan emosinya hanya dapat dilepaskan dengan
melakukan keganasan ke atas orang lain.Oleh itu, hal ini menyebabkan dirinya lebih cenderung
untuk melakukan penderaan berulang-ulang kali. Selain itu, ini juga mengakibatkan pendera lebih
cenderung untuk melakukan kes-kes penderaan yang lebih agresif dan melibatkan lebih ramai
mangsa, dan merebak ke dalammasyarakat.Selain itu, mangsa penderaan iaitu kanak-kanak tersebut
akan mengalami kecederaandari segi fizikal. Mangsa akan mengalami kecederaan fizikal akibat
daripada pukulan atauhentakan yang kuat. Kesan penderaan kanak-kanak dapat dilihat dengan jelas
melaluikecederaan pada anggota fizikal mereka seperti luka di kepala, badan dan muka. Hal ini
akanmemberi kesan yang negatif khususnya terhadap masa depan mereka apabila
meningkatdewasa kelak. Hal ini juga secara tidak langsung akan mengundang berlakunya
kecacatanfizikal sama ada serius atau kecederaan kecil. Terdapat sesetengah kes penderaan
yangmenyebabkan mangsa mengalami kerencatan otak yang berlaku akibat hentakan di kepalaoleh
benda-benda keras dan berkemungkinan dapat meragut nyawa mangsa. Disamping itu, mangsa juga
berkemungkinan mengalami kecederaan dari segi mental.Hal ini berlaku akibat daripada seksaan
atau penindasan kerana mereka berada dalamketakutan dan mereka tidak dapat membantah untuk
membela diri mereka danmengakibatkan perkembangan emosi mereka terjejas.

Sehubungan dengan itu, mangsa akan menerima tekanan emosi yang mendalam yang akan
mempengaruhi kehidupannya sehari-harian kerana hilang kepercayaan ke atas dirinya sendiri.
Sebagai contoh, mangsa akanmenjadi lebih penakut untuk menghadapi masyarakat kerana trauma
akan perlakuanpenderaan ke atasnya. Selain itu, akibat daripada deraan juga menyebabkan kanak-
kanaksentiasa berkeadaan bimbang, menimbulkan rasa kecewa, hilang keyakinan diri
sendiribersikap agresif, dan fikiran mereka sering terganggu. Dalam sesetengah kes,
mangsapenderaan lebih cenderung bertindak dengan lebih agresif dan mengakibatkan
merekamelakukan penderaan terhadap orang lain, sebagaimana yang diperlakukan ke atas
dirinya.Apabila emosi mereka terjejas, ini akan menimbulkan kesan yang buruk ke
atasperkembangan sahsiah kanak-kanak.

Anda mungkin juga menyukai