Anda di halaman 1dari 1

KESAN KES BULI

Gejala buli ini akan mendatangkan kesan buruk


kepada mangsa dari segi luaran dan dalaman.
Kesan luaran yang dilihat pada mangsa buli ialah
kecederaan yang dialami pada fizikal mereka dan
besar kemungkinan kecederaan yang parah akan
membawa kepada kematian. Kesan dalaman pula
ialah kesan psikologi ke atas mangsa buli seperti
trauma,hilang keyakinan dan hilang fokus terhadap
pelajaran. Ada sesetengah mangsa yang
mengalami tekanan akan menanam azam untuk
membalas dendam kepada orang lain. Hal ini
dilakukan bertujuan untuk mengembalikan harga
diri mereka kembali. Atau yang lebih teruk lagi
merea yang tidak dapat menerima tekanan akan
mencari jalan mudah iaitu memunuh diri. Manakala
pelajar yang membuli pula akan dikenakan
tindakan seperti digantung persekolahan dan jika
sesuatu kes buli tersebut membawa kepada
kematian maka kes tersebut akan diserahkan
kepada pihak polis.

Anda mungkin juga menyukai