Anda di halaman 1dari 4

Imunisasi merupakan satu perkara yang sangat penting pada masa kini.

Ini kerana terdapat ramai pelancong dan pendatang dari seluruh pelusuk dunia

dating melawat Negara kita Malaysia,dan ada yang menetap dan bekerja di sini.

Justeru itu, sebaran penyakit berjangkit pasti akn berlaku dengan mudah jika

setiap individu di Malaysia ini tidak mendapatkan imunisasi dengan betul dan

tepat mengikut jadual imunisasi yang telah ditetapkan oleh Kementerian

Kesihatan Malaysia.

Masyarakat yabg kurang kesedaran tentang imunisasi atau yang masih

beranggapan negatif terhadap imunisasi perlu bijak berfikir dan diberi

pendedahan secara global. Daripada tujuan kajian yang dijalankan maka penulis

dapati penemuan dan perbincangan melalui jawapan dari borang soal selidik dan

kajian semula yang diperolehi maka kajian ini mencakupi objektif kajian.

Penulis mendapati keciciran imunisasi yang berlaku pada masa kini hasil

daripada kajian adalah berpunca dari kurangnya kesedaran pengetahuan dan

pendedahan mereka terhadap program imunisasi. Kesedaran perlu diberi

kepada semua lapisan masyarakat terutamanya kepada golongan sasaran iaitu

ibu mengandung primigravida.

24
Walaupun media massa kita di Malaysia canggih, namun masih terdapat

segelintir masyarakat yang tidak mampu atau tidak sempat untuk menonton

televisyen, ikutan terpaksa bekerja untuk menyara hidup. Oleh sebab itu,

beberapa cadangan yang penulis kemukakan akan dapat dipraktikkan atau di

bawa ketengah supaya keciciran imunisasi tidak akan terjadi lagi di masa akan

dating.

25
Kajian yang dijalankan adalah berkaitan kurang kesedarn terhadap

imunisasi di kalangan ibu mengandung primigravida. Setelah kajian selesai

dijalankaN maka penulis dapat memberi beberapa cadangan yang sesuai untuk

dipraktikkan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat terutama ibu

mengandung kali pertama atau primigravida tentang pentingnya imunisasi.

Antara cadangan yang boleh dilakukan ialah seperti :-

Meningkat waktu hari klinik ibu mengandung dari sekali seminggu kepada

dua kali seminggu.

Jururawat yang bertugas di semua klinik kesihatn atau klinik desa perlu

menjalankan program promosi imunisasi terhadap ibu mengandung.

Menjalankan ceramah atau pendidikan kesihatn secara menyeluruh

berkenaan pentingnya imunisasi kepada semua golongan masyarakat.

26
Penerapan berkaitan imunisasi juga perlu diterapkan kepada remaja-

remaja yang tidak mendapat peluang untuk belajar.

Bahagian Pendidikan Kesihatn mesti mengeluarkan pamplet atau buku

promosi berkaitan imunisasi secara total dan perlu dikeluarkan dari

semasa ke semasa dan terkini. Pamplet atau risalah ini diedarkan kepada

semua bahagian , daripada Jabatan Pesakit Luar Hospital, Klinik

Kesihatan dan klinik desa.

Daripada cadangan yang dikemukakan penulis berharap agar ianya dapat

dipraktikkan supaya masyarakat di Malaysia sedar betapa pentingnya imunisasi.

27

Anda mungkin juga menyukai