Anda di halaman 1dari 6

1.

0 PENGENALAN

Bagi orang-orang purba, mata dianggap sebagai pintu masuk roh,

sementara bagi ahli-ahli perubatan zaman moden pula mata dianggap

sebagai salah satu anggota yang bertindak sebagai tingkap untuk melihat

tanda-tanda penyakit sesetengah penyakit manusia. Menurut Kamus Dewan

Bahasa Dan Pustaka edisi ke-2 (1984) menyatakan mata didefinisikan

sebagai satu organ untuk melihat yang terdapat pada manusia dan juga

haiwan. Menurut Kamus Jururawat (2001) pula, mata merupakan organ

penglihatan berstruktur 3 lapis berbentuk sfera khusus untuk menerima dan

bergerak balas dengan cahaya. Cahaya memasuki mata melalui kornea, yang

membias melalui humor akues kepada kanta melalui akomodasi cahaya

difokus melalui humor vitreus ke atas retina. Dalam retina sel-sel peka cahaya

menghantar impuls-impuls saraf ke otak melalui saraf optik.

Ross And Wilson Anatomy And Physiology (1995) pula

menyatakan, mata ialah organ yang bergerak balas kepada cahaya, terletak

di dalam ruangan obital dan dibekalkan saraf optik daripada saraf kranial

kedua. Memandangkan mata merupakan organ yang amat penting bagi

manusia, maka mata perlu dijaga dengan sebaiknya agar penggunaannya

berlanjutan hingga ke akhir hayat. Menurut Laporan Awal Kajian Mata

Diperingkat Kebangsaan Pada Tahun (1996) yang melibatkan seramai

18000 responden dari seluruh Malaysia telah menunjukkan bahawa prevelans

kebutaan adalah sebanyak 0.29% dengan penyebab utamanya ialah penyakit

katarak, diikuti oleh penyakit yang melibatkan retina seperti glaukoma,

keputihan pada kornea dan masalah rabun. Adalah dianggarkan bahawa

1
daripada 7300 responden berumur lebih daripada 50 tahun mengalami

retinopati akibat kencing manis, 12% telah pun mejadi buta dan 88%

mengalami penglihatan yang terjejas. Ini menunjukkan bahawa ramai

dikalangan masyarakat masih kurang pengetahuan mengenai penjagaan

mata. Bagi mengekalkan kemampuan penglihatan, individu tersebut secara

amnya perlulah mengetahui asas mengenai mata dari sudut pemakanan,

penyakit yang mengakibatkan komplikasi pada mata, serta mengetahui

persekitaran yang bersesuaian untuk mata itu sendiri.

2
1.1 KENYATAAN MASALAH

Bermula dari terbitnya matahari hingga terbenam kembali, manusia

menggunakan mata untuk melakukan tugasan harian. Tanpa mata, segala-

galanya menjadi sukar. Oleh yang demikian, mata merupakan organ yang

amat penting bagi manusia. Tanpa mata manusia tidak akan dapat menikmati

keindahan alam, malahan keselamatan diri turut terjejas. Bagi mengekalkan

fungsinya, adalah perlu bagi seseorang itu mengetahui serba sedikit

mengenai mata serta penjagaannya. Secara amnya perkara ini tidak bolah

dipandang ringan kerana masalah penglihatan meningkat dari semasa ke

semasa.

Sehubungan dengan itu beberapa langkah perlu diambil bagi

menyingkap masalah tersebut. Manusia sememangnya sentiasa berwaspada

dalam melakukan sesuatu aktiviti untuk mengelakkan kecederaan. Namun

tanpa mereka sedari, mata merupakan organ yang paling berisiko untuk

mendapat kecederaan. Faktor utama menjadikan mereka mengambil sikap

sambil lewa dalam hal penjagaan mata adalah kerana mereka kekurangan

pengetahuan dalam memahami kepentingan dan cara penjagaan mata.

Dato. Dr. Mohd Fadzillah Kamsah (2001) pernah menyatakan

bahawa, ilmu pengetahuan merupakan satu perkara yang penting dalam

kehidupan manusia. Dalam konteks ini penyelidik yang pernah melakukan

latihan di Klinik Mata Hospital Teluk Intan mengandaikan tahap pengetahuan

penjagaan mata dikalangan pesakit di sana adalah ditahap yang rendah.

3
Sebanyak 30 orang yang datang untuk mendapatkan rawatan akan di

pilih untuk dijadikan responden. Dalam kajian ini, pemilihan Hospital Teluk

Intan sebagai lokasi kajian adalah disebabkan jaraknya yang berhampiran

dari tempat tinggal penyelidik.

Kajian ini dilakukan adalah bertujuan untuk mengenalpasti faktor

kurangnya tahap pengetahuan, serta turut juga mencungkil faktor penyebab

rendahnya tahap pengetahuan. Sekiranya terbukti tahap pengetahuan pesakit

di sana adalah rendah, maka satu rancangan akan dirangka agar tahap

pengetahuan dapat dipertingkatkan.

4
1.2 OBJEKTIF KAJIAN

Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk mengetahui punca sebenar

masalah pengetahuan tentang penjagaan mata di kalangan masyarakat.

Kajian ini untuk mngenalpasti adakah masalah ini berpunca daripada

kelemahan dalam usaha dan kempen kesihatan yang dilakukan ataupun sikap

masyarakat itu sendiri yang tidak memandang berat terhadap masalah ini.

Kajian ini dilakukan mengenai tahap pengetahuan penjagaan mata di

kalangan masyarakat sekarang dan bertempat di Klinik Mata Hospital Teluk

intan untuk mengetahui tahap kematangan dan pendidikan mereka tentang

amalan penjagaan mata.

Objektif Am : Menilai tahap pengetahuan penjagaan mata

Objektif Spesifik : 1) Mengenal pasti punca kurangnya tahap

pengetahuan mengenai penjagaan mata.

2) Menilai tahap pengetahuan pesakit tentang

kepentingan penjagaan mata.

3) Cadangan meningkatkan tahap pengetahuan

mengenai penjagaan mata.

5
1.3 DEFINISI OPERASIONAL

Faktor-faktor - Definisi dari kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, menyatakan

faktor ialah keadaan, tenaga atau peristiwa yang mempengaruhi atau

menyebabkan terjadinya sesuatu.

Mempegaruhi - Definisi dari kamus dewan Bahasa dan pustaka,ialah kuasa

yang dapat mengubah sikap atau menarik perhatian orang

Pengetahuan - Definisi dari kamus dewan bahasa dan pustaka, segala yang

diketahui atau yang dipelajari tentang sesuatu.

Mata - Definisi dari Kamus Jururawat, ialah, mata merupakan organ

penglihatan berstruktur 3 lapis berbentuk sfera khusus untuk menerima dan

bergerak balas dengan cahaya. Cahaya memasuki mata melalui kornea, yang

membias melalui humor akues kepada kanta melalui akomodasi cahaya

difokus melalui humor vitreus ke atas retina. Dalam retina sel-sel peka cahaya

menghantar impuls-impuls saraf ke otak melalui saraf optik.

Waris - Definisi dari kamus dewan bahasa dan pustaka ialah orang yang

berhak terima harta pusaka orang yang telah meninggal.

Pesakit - Definisi dari kamus dewan bahasa dan pustaka ialah orang yang

sakit

Anda mungkin juga menyukai