Anda di halaman 1dari 21

PENDAHULUAN

Pembelajaran berkesan adalah pembelajaran yang menyeronokkan


(Dick & Reiser, 1989). Keseronokan belajar adalah sesuatu yang diharapkan
oleh

semua

golongan

guru

terhadap

pelajar-pelajarnya.

Keseronokan

membawa implikasi pelajar tertarik dan berminat hendak belajar, manakala guru
pula mempunyai strategi yang boleh mendorong pelajar-pelajarnya memberi
tumpuan

serta

pengajaran

mengambil

pembelajaran.

bahagian

yang

menyeluruh

dalam

proses

teknologi

telah

dapat

Perkembangan

mempelbagaikan perkakasan dan perisian dalam sistem penyampaian.


Penggunaan ICT dalam bidang pendidikan masa kini khususnya,
menjadi satu keperluan yang tidak dapat dinafikan kepentingannya kepada guru
dan murid. Keperluan ini menjurus kepada peningkatan pelbagai pengetahuan
dan kemahiran serta perubahan sikap dalam bidang ICT sejajar dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan kearah melahirkan insan yang seimbang dan
harmonis serta berkembang secara menyeluruh dan bersepadu. Teknologi
maklumat dan komunikasi (ICT) telah menyediakan peluang dan perubahan
cara pelajar belajar dan cara guru mengajar. Proses pengajaran dan
pembelajaran mungkin akan lebih menyeronokkan dan akan membantu
memperkembangkan potensi diri murid atau pelajar.
Kebelakangan ini, timbul isi dimana Kementerian Pelajaran sedang
merangka Draf Peraturan Pendidikan (Disiplin Murid) 2012 yang akan
membenarkan murid membawa peralatan komunikasi termasuk telefon bimbit
dan iPad ke sekolah mulai tahun depan. Kenyataan ini telah membawa
pelbagai reaksi dari pelbagai pihak terutamanya guru, ibu bapa dan juga murid
itu sendiri. Namun begitu, ada pihak yang menyokong kenyataan ini dan tidak
kurang pula ada yang membantah. Berdasarkan dapatan dan maklumbalas dari
pelbagai pihak, wujud pro dan juga kontra bagi isi kebenaran penggunaaan
ipad dan juga telefon bimbit dalam kalangan murid dan juga pelajar sekolah.

BAHAGIAN I

BAHAGIAN I : PANDANGAN DAN SARANAN YANG DISIARKAN DALAM


MEDIA MASSA DIRUMUSKAN DENGAN BAIK UNTUK MENCAPAI SATU
KESIMPULAN UMUM TERHADAP PRO DAN KONTRA ISU KONTROVERSI
INI.
1.1

Peta Minda Pro/Kebaikan Penggunaan Telefon Bimbit Dan iPad


di Sekolah

Memudahkan
Proses
Komunikasi

Kurangkan
Beban Tugas
Guru

Menggalakkan
Pembelajaran
Secara Maya

KEBAIKA
N

Keperluan
Keselamatan
Murid

1.2

Memperkenalkan
Murid Dengan
Dunia Teknologi

Huraian Pro/Kebaikan Penggunaan Telefon Bimbit Dan


3

iPad di

Sekolah
a) Memudahkan proses komunikasi
Komunikasi merupakan proses penyampaian atau pemindahan mesej dari
seorang kepada yang lain. Dengan adanya telefon bimbit dan ipad, proses
komunikasi ini semakin mudah. Para pelajar dapat berhubung dengan ibu
bapa, guru, jurulatih serta rakan- rakan dengan segera. Selain daripada itu
juga, murid dapat memaklumkan atau menyalurkan maklumat dengan
pantas kepada rakan mereka. Bagi mereka yang tinggal di asrama pula,
murid dapat berhubung dengan ibu bapa pada bila- bila masa sahaja
untuk memaklumkan keadaan mereka.
b) Menggalakkan pembelajaran secara maya
Kepelbagaian fungsi telefon bimbit dan ipad yang mana dapat mengakses
internet dan mendapatkan maklumat dengan pantas sekali gus akan dapat
menggalakkan pembelajaran secara maya. Dalam pendidikan, penggunaan
internet bukan hanya tertumpu kepada pencarian maklumat sahaja tetapi
juga sebagai medium penyampaian bahan pengajaran serta menyediakan
persekitaran pembelajaran yang berkesan.( Noraffandy & Wan Salihin ).
Dengan adanya telefon bimbit dan ipad, murid akan dapat mengakses
internet hanya melalui gajet ini sahaja dan sekaligus memberi peluang
kepada mereka untuk mendapatkan maklumat dan kecanggihan ini juga
akan berupaya menarik minat murid mengikuti proses pengajaran dan
pembelajaran.
c) Memperkenalkan murid dengan dunia teknologi
Kebenaran penggunaan ipad dan telefon bimbit disekolah akan turut
memperkenalkan murid kepada dunia teknologi. Ini kerana murid yang tidak
mempunyai asas atau kepakaran dalam mengakses maklumat akan dapat
mempelajarinya melalui bantuan guru dan juga rakan. Dengan ini, murid
tidaklah digelar katak dibawah tempurung dan murid sedikit sebanyak akan
dapat menambahkan ilmu dalam bidang teknologi maklumat yang kian
berkembang dengan pesat ini.
d) Keperluan keselamatan murid
4

Pada masa kini, murid sekolah terutamanya sering terdedah dengan


ancaman bahaya tidak kira dalam atau diluar waktu persekolahan.
Sekiranya murid dibenarkan membawa telefon bimbit kesekolah, murid akan
dapat menghubungi ibu bapa atau penjaga, guru, pihak sekolah dan juga
rakan sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini. Selain itu juga,
sekiranya berlaku hal yang tidak dijangka seperti culik, samun, buli dan lainlain, murid boleh terus menghubungi pihak yang bertanggungjawab seperti
polis untuk memaklumkan kepada mereka.
e) Mengurangkan beban tugas guru
Pada masa sekarang, guru seringkali terbeban dengan lambakan kerja yang
tidak sewajarnya dilakukan guru. Rasional dibenarkan penggunaan gajet ke
sekolah

akan

membantu

guru

memudahkan

sesi

pengajaran

dan

pembelajaran di dalam kelas. Guru hanya memberikan arahan kepada


murid untuk mencari maklumat yang berkaitan dan guru akan meminta
murid untuk menyatakan pandangan dan pendapat melalui maklumat yang
diperoleh. Dengan ini, guru juga akan turut sama belajar dan akan berlaku
interaksi dua hala dengan murid. Selain itu, ia turut memudahkan tugas guru
untuk meyediakan bahan bantu mengajar semasa proses pengajaran dan
pembelajaran berjalan.

1.3

Peta Minda Kontra/Keburukan Penggunaan Telefon Bimbit dan


iPad di Sekolah
5

Penyalahgunaan Gajet
Peningkata
n kos bagi
penjaga

Kebebasan
Sekolah
Terbatas

Kes Kecurian

KEBURUKAN

Menambah
Beban Guru

Menganggu
Tumpuan
Pelajar

Masalah
Displin
Mewujudkan
Jurang Sosial
Dalam
Kalangan
Murid

1.4

Huraian Kontra/Keburukan Penggunaan Telefon Bimbit dan iPad di


Sekolah
6

a) Penyalahgunaan gajet
Naluri

kanak-kanak

menyumbang

dan

kepada

remaja

yang

penyalahgunaan

sentiasa
telefon

ingin
bimbit

tahu
di

boleh

sekolah.

Penggunaan telefon bimbit dan iPad pasti akan mendorong murid untuk
terlibat dengan gejala sosial lain serta taksub dengan kecanggihan yang ada
pada alat ini.

b) Kes kecurian
Membenarkan pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah hanya akan
mengundang kes kecurian di sekolah. Seperti yang kita sedia maklum,
keadaan pelajar disekolah terdiri daripada pelbagai ragam sama ada baik
dan juga nakal. Kita tidak boleh nafikan kewujudan pelajar-pelajar yang
nakal ini di setiap sekolah. Oleh itu, langkah terbaik adalah dengan
mencegah dan tidak memberi ruang untuk pelajar-pelajar nakal ini untuk
'beraksi'. Siapa yang akan dipertanggungjawabkan jika berlaku kecurian
telefon bimbit di sekolah? Kesudahannya nanti pihak sekolah juga
dipersalahkan kerana tidak menyediakan persekitaran yang selamat untuk
pelajar.

c) Mengganggu tumpuan pelajar


Peranan sekolah adalah untuk memberi input dalam bentuk akademik
semaksima mungkin mengikut sukatan yang telah ditetapkan di samping
penerapan nilai-nilai murni. Pada masa sekarang, setiap mata pelajaran
hanya diperuntukkan selama 30 minit atau 40 minit bagi satu masa. Oleh itu,
sekiranya masa yang ada digunakan untuk membantu pelajar yang
menghadapi masalah semasa membuka perisian atau kerosakan pada gajet
mereka, hal ini akan membuat masa untuk proses pengajaran dan
pembelajaran menjadi lebih singkat. Kemungkinan besar juga objektif guru
untuk mengajar pada hari tersebut tidak dapat dicapai.
d) Masalah disiplin

Menurut Pengerusi Yayasan Pendidikan Cheras, Senator Datuk Syed Ali


Alhabshee menyatakan bahawa penggunaan telefon bimbit oleh pelajar di
sekolah tidak akan membantu meningkatkan mutu pendidikan, sebaliknya
menyumbang kepada masalah disiplin di sekolah-sekolah. Sebagai contoh,
pelajar mungkin akan menghendap dan merakam gambar pelajar atau guru
perempuan di dalam tandas. Lebih dibimbangi sekiranya gambar ini
disebarkan oleh pelajar yang tidak bertanggungjawab menerusi telefon
bimbit. Jika keadaan ini dibiarkan, dasar pendidikan negara yang bertujuan
melahirkan pelajar berkualiti dari segi ilmu dan moral tidak akan tercapai.
e) Mewujudkan jurang sosial dalam kalangan murid
Salah satu perkara yang perlu di ambil kira ialah masalah jurang di antara
pelajar

dari

keluarga

berkemampuan

dan

keluarga

yang

kurang

berkemampuan. Perbezaan ini akan menjadikan pelajar yang kurang


berkemampuan akan berasa terpinggir serta membuatkan keyakinan dirinya
menjadi rendah. Sikap menunjuk-nunjuk dan berlumba-lumba pasti akan
wujud dalam kalangan pelajar. Sebagai contoh, siapa yang ada gajet paling
terkini dan tablet siapa yang lebih mahal atau gajet siapa yang paling
canggih?
f) Menambah bebanan guru
Di kebanyakan sekolah, jumlah pelajar di dalam kelas seramai 35 - 40 orang
bukan sesuatu yang pelik. Seandainya separuh daripada pelajar membawa
telefon bimbit ke sekolah dan leka dengan penggunaan gajet mereka. Hal ini
sekali gus akan memberi bebanan kepada untuk memantau pelajar tersebut
selain daripada tugas hakiki yang telah diamanahkan kepada mereka dan
juga tugas tambahan sedia ada. Menurut Profesor Emeritus Datuk Dr. Nik
Safiah

Karim

mengatakan

bahawa

telefon

bimbit

lebih

banyak

mendatangkan keburukan dari sudut persekolahan seperti menjejaskan


tumpuan pembelajaran, disalahgunakan, menambahkan beban guru untuk
memantau sewaktu proses pembelajaran selain berlakunya kes-kes
kecurian. Pada masa yang sama, para guru bukan sahaja berhadapan
dengan cabaran mengawal pelajar sekolah ini daripada menyalahguna

telefon bimbit di sekolah tetapi terpaksa melayani masalah kehilangan


telefon bimbit itu. Hal ini akan menyebabkan bertambahnya bebanan guru.
g) Kebebasan sekolah terbatas
Berdasarkan kecanggihan telefon dan iPad pada masa kini, tidak mustahil
setiap aktiviti dan pergerakan di sekolah akan terdedah kepada orang luar.
Sebagai contoh, bilik kebal yang sepatutnya menjadi rahsia pihak sekolah
mungkin akan diketahui oleh orang ramai. Selain itu, dengan kemudahan
telefon yang dilengkapi dengan kemudahan merakam video dan gambar,
kita khuatir ada yang mengambil kesempatan untuk merakamkan gambar
yang tidak sepatutnya serta akan menjatuhkan imej sesebuah sekolah.
h) Peningkatan kos untuk penjaga
Jika setiap murid menggunakan telefon bimbit atau iPad, ibu bapa
semestinya perlu membuat peruntukan khusus untuk membeli kad pra bayar
atau menghantar iPad untuk diservis. Hal ini akan memjadi bebanan
sekiranya murid mempunyai tanggungan anak yang ramai.

BAHAGIAN II

10

BAHAGIAN II : PANDANGAN DAN HUJAH YANG BERSIFAT MENYOKONG


CADANGAN UNTUK MEMBERI KEBENARAN PENGGUNAAN TELEFON
BIMBIT DAN IPAD DI SEKOLAH-SEKOLAH.
2.1

Peta minda

Kaedah
Pembelajaran
Terkini
Faktor
perkembangan
semasa dan
keselamatan

Penggunaan
Berdasarkan
Garis Panduan
iPad

Garis Panduan
dan Peraturan
Menangani
Perihal Jenayah
Siber

2.2

Pendedahan
Kepada Teknologi
danMaklumat (IT)

iPad dan
gajet lain

Pemberian
Komputer riba 1
Malaysia

Memudahkan
Perhubungan

Telefon
Bimbit

Sekatan Laman
Web Tidak
Bermoral

Menggalakkan
Penggunaan
ICT Melalui
''1Bestari''

Huraian
Sejajar dengan arus kemodenan masa kini, sistem pendidikan negara

dilihat perlu dirombak agar seiring dengan arus perubahan dan pemodenan
yang dialami oleh negara. Oleh itu, isu kebenaran penggunaan telefon bimbit
dan iPad pada sesi persekolahan bermula tahun 2013 dilihat sememangnya
tepat pada masa. Hal ini juga adalah bertepatan dengan saranan Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib yang menyatakan ia merupakan satu transformasi
negara bagi melahirkan generasi muda yang mampu berfikir dan mempunyai
kelebihan mengadaptasi ilmu bagi menghadapi cabaran akan datang. Menurut
kenyataan Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong berkaitan isu
ini, satu Draf Peraturan Pendidikan (Disiplin Murid) 2012 telah dirangka yang
membenarkan penggunaan peralatan komunikasi termasuk telefon bimbit dan
iPad telah berada pada peringkat akhir penyediaannya sebelum diserahkan
kepada Jabatan Peguam Negara untuk diluluskan.

11

Sebab utama keputusan membenarkan telefon bimbit dibawa ke sekolah


adalah sejajar dengan perkembangan semasa serta faktor keselamatan pelajar.
Menurut Datuk Dr. Wee ka Siong, keputusan membenarkan penggunaan
telefon bimbit adalah satu inisiatif yang mengambil kira pandangan pelbagai
pihak berkepentingan seperti ibu bapa, guru, pelajar serta pihak pentadbiran
sekolah itu sendiri. Bagi pihak ibu bapa, releven keputusan ini dibuat adalah
untuk

membantu

mereka

memantau

aktiviti

anak-anak

diluar

waktu

pembelajaran dan memastikan keselamatan anak-anak mereka terjamin.


Manakala bagi pelajar pula, mereka akan lebih mudah untuk menghubungi ibu
bapa

sekiranya

berlaku

apa-apa

permasalahan.

Seterusnya,

rasional

keputusan ini dibuat bagi pandangan pihak guru dan pentadbiran sekolah pula
adalah bertujuan untuk memudahkan komunikasi di antara murid dalam
menyampaikan maklumat atau info penting terhadap ibu bapa mereka dengan
kadar segera. Oleh itu, menyedari kepentingan dan pandangan pelbagai pihak
ini, penggunaan telefon bimbit terhadap pelajar sekolah dilihat merupakan satu
tindakan yang wajar.

Tambahan lagi, menurut Datuk Dr. Wee Ka Siong, dalam melaksanakan


keputusan ini, pihak kementerian juga akan menetapkan garis panduan dalam
mengawal penggunaan alat komunikasi tersebut bagi mengelakkan ianya
mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Oleh itu, jelas
bahawa dalam melaksanakan penggunaan telefon bimbit di sekolah, pihak
kementerian juga masih mementingkan kualiti pembelajaran murid supaya ia
tidak

memberi

kesan

negatif

terhadap

pembelajaran

murid

dengan

menekankan beberapa aspek garis panduan tertentu. Hal ini secara tidak
langsung dapat membantu murid untuk lebih berdisiplin dan bertanggungjawab
terhadap diri sendiri. Sebagai contoh, antara cadangan garis panduan yang
pernah diusulkan sebelum ini ialah semua telefon bimbit perlu dimatikan
semasa proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) serta kokurikulum
berlangsung, penggunaan telefon bimbit termasuk Khidmat Pesanan Ringkas
(SMS), permainan, nada dering, kamera dan lain-lain hanya boleh digunakan di
kantin, koridor dan ruang legar sekolah, telefon bimbit boleh dirampas oleh
pihak sekolah jika murid-murid tidak memathui syarat-syarat yang ditetapkan
12

dan murid-murid diingatkan bahawa membawa barangan yang berharga ke


sekolah adalah atas risiko sendiri.
Selain itu, melihat pandangan positif terhadap garis panduan yang akan
dilaksanakan,

langkah

tersebut

merupakan

satu

inisiatif

baru

untuk

mendedahkan murid kepada teknologi maklumat (IT). Secara tidak langsung, ia


merupakan satu usaha untuk membentuk diri murid ke arah membangunkan
modal insan bagi memperlengkapkan warga Malaysia menghadapi dunia
global. Hal ini juga adalah selaras dengan Teras Kedua iaitu Membangunkan
Modal Insan yang dikemukan dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
(PIPP) 2006-2010 yang dilancarkan oleh Mantan Perdana Menteri Tun Abdullah
Ahmad Badwi pada 16 Januari 2007 yang lalu. Hal ini kerana, pada zaman
yang serba moden ini kita tidak boleh membataskan murid untuk menggunakan
telefon bimbit. Jika disekat penggunaannya, bermakna kita sekali gus akan
menghalang murid untuk terdedah kepada IT. Oleh itu, perkara ini dilihat
sebagai pendedahan awal murid untuk mempersiapkan diri agar seiring dengan
arus kemodenan negara serta setanding dengan negara-negara luar yang jauh
lebih maju dalam penggunaan IT.
Bukan itu sahaja, kebenaran penggunaan telefon bimbit dalam kalangan
murid di sekolah juga adalah bertujuan untuk memudahkan perhubungan
seharian. Hal ini kerana penggunaan telefon bimbit dapat membantu murid dan
ibu bapa mendapatkan atau menyampaikan sesuatu makmumat terkini dengan
kadar segera sekali gus menjimatkan masa. Dengan mengambil kira faktor
perkembangan semasa iaitu pelbagai kes jenayah yang timbul serta
vandelisme, kebenaran penggunaan telefon bimbit dalam kalangan murid
adalah wajar bagi menjamin keselamatan murid. Sebagai contoh, murid dapat
membuat penggilan dengan kadar segera sekiranya berlaku kecemasan seperti
kes penculikan, kejadian mencurigakan, pembatalan kelas tambahan, kesihatan
terjejas dan sebagainya dapat dimaklumkan kepada ibu bapa dengan lebih
cepat tanpa perlu mencari telefon awam yang rata-rata sering mengalami
kerosakan akibat perbuatan vandelisme. Selain itu, faktor kesibukan ibu bapa
bekerja juga

memberi pendedahan kepada murid untuk terdedah kepada

bahaya sekiranya ibu bapa lewat gagal mengambil murid tetap pada masa yang
ditetapkan. Oleh itu, sekiranya murid mempunyai telefon bimbit ibu bapa dapat
13

memaklumkan kepada murid untuk berada di kawasan dalam sekolah yang


jauh lebih selamat berbanding kawasan luar sekolah.
Seterusnya, menurut Datuk Dr. Wee Ka Siong, kebenaran penggunaan
iPad di sekolah pula adalah selari dengan kaedah pembelajaran secara dalam
talian yang semakin popular di negara ini. Hal ini kerana penggunaan iPad
dilihat sangat praktikal dan sesuai dengan kaedah pembelajaran terkini.
Pemilihan iPad juga bukanlah disebabkan alat itu tetapi lebih kepada kelebihan
yang ada padanya untuk menjadi pemudah cara bagi guru dan murid dalam
menguasai proses P&P. Guru hanya menyatakan laman sesawang tertentu
untuk dilayari oleh murid dan serta-merta proses pembelajaran dapat
dijalankan. Murid pula akan lebih bebas belajar sendiri berbanding terpaksa
bergantung kepada guru semata-mata melalui pembelajaran konvensional yang
dilakukan sebelum ini. Inisiatif penggunaan iPad juga adalah bertujuan untuk
membebaskan murid daripada menanggung bebanan membawa banyak buku
teks dan nota ke sekolah. Di samping itu, penggunaan iPad juga dilihat
memberi kelebihan untuk menjadikan generasi muda celik IT pada peringkat
seawal usia di sekolah rendah dan celik ilmu IT setanding dengan negaranegara luar.
Bukan itu sahaja, dalam perkembangan berkaitan kewajaran
membenarkan penggunaan iPad disekolah adalah kerana Draf Peraturan
Pendidikan (Disiplin Murid) 2012 juga akan menetapkan peraturan untuk
menangani perihal jenayah siber. Ini antaranya bertujuan untuk mengelakkan
pelajar menyalahgunakan alat komunikasi tersebut untuk tujuan yang tidak baik
termasuk memfitnah guru di internet. Oleh itu, jelas di sini bahawa faktor
keselamatan dan kepentingan guru serta pihak sekolah masih tetap diberi
penekanan utama dalam melaksanakan isu ni. Bagi pihak ibu bapa serta guru
pula, mereka tidak perlu bimbang dan melihat isu ini secara negatif, sudah tentu
pihak kementerian tidak akan membiarkan murid begitu taksub dengan alat
komunikasi mereka, malah tindakan yang sewajarnya akan diambil untuk
membimbing dan membantu murid menggunakannya dengan betul. Tambahan
lagi, garis panduan yang telah dibuat turut menetapkan had masa yang
membolehkan murid menggunakan alat tersebut di samping akan sentiasa
14

dipantau dan diawasi oleh guru di sekolah. Guru-guru juga diberikan kuasa
punuh untuk merampas atau mengambil tindakan tegas terhadap murid
sekiranya mereka melakukan kesalahan dan melanggar garis panduan yang
telah ditetapkan.
Selain itu, kebenaran membawa iPad dan IT gajet yang lain mulai sesi
persekolahan tahun depan dilihat sebagai satu inisiatif untuk menggalakkan
golongan pendidik dan murid untuk menggunakan teknologi komunikasi dan
maklumat (ICT) secara meluas. Hal ini juga adalah selaras dengan langkah
untuk melaksanakan pembelajaran pihak Kementerian Pelajaran melalui
1Bestari di seluruh negara. Apabila pembelajaran 1Bestari dilaksanakan, wifi
akan diberikan secara percuma dan hal ini dapat mewujudkan persekitaran
pembelajaran maya yang membolehkan murid menggunakan gajet mereka
untuk belajar. Melalaui program ini, proses berterusan ke arah meningkatkan
penggunaan ICT dalam pendidikan dapat ditingkatkan dengan memberi fokus
kepada kualiti P&P dan pengurusan sekolah untuk membantu murid
menghadapi era teknologi maklumat. Walau bagaimanapun, memetik kata-kata
Datuk Dr. Wee Ka Siong, beliau tetap menegaskan bahawa keputusan untuk
membenarkan murid membawa alat komunikasi seperti telefon dan iPad ke
sekolah bukanlah bermaksud Kementerian Pelajaran akan menggalakkan
pembelian produk berteknologi tinggi dalam kalangan murid.
Pemberian komputer riba 1 Malaysia juga dilihat merupakan satu inisitif
pihak kementerian untuk membantu murid yang kurang berkemampuan untuk
memiliki gajet- gajet terkini yang jauh lebih mahal harganya. Pemberian
komputer riba 1 Malysia sekali gus dapat membantu meringankan beban ibu
bapa terutamanya yang berada di kawasan luar bandar. . Hal ini secara tidak
langsung dapat memberi peluang dan ruang untuk murid meneroka dunia IT. Di
samping itu, bantuan ini juga dapat membuktikan bahawa pihak kerajaan tidak
meminggirkan murid-murid luar bandar dan pedalaman dalam mengejar
kemajuan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT). Justeru, penggunaan
komputer semasa proses P&P juga dapat digunakan sebagai pengganti iPad
sekiranya ibu bapa tidak mampu untuk mendapatkannya. Pemberian komputer
ini juga secara tidak langsung dapat memudahkan murid mengakses ilmu
15

pengetahuan dari serata negara untuk diaplikasikan semasa proses P&P


berlangsung dengan menggunakan wifi 1Bestari yang disediakan. Bagi pihak
guru pula, mereka dapat mempelbagaikan gaya pembelajaran dengan
menggunakan kemudahan yang ada iaitu komputer atau pun iPad serta wifi
dengan bermanfaat dan semaksimum yang mungkin. Hal ini juga secara tidak
langsung dapat menarik minat murid untuk belajar berbanding sebelum ini yang
mana penggunaan komputer dan wifi hanya terbatas penggunaannya di
makmal komputer sekolah.
Seterusnya, ibu bapa mahupun guru tidak perlu risau dengan
kebenaran penggunaan iPad dan gajet-gajet IT yang lain kepada murid di
sekolah kerana pihak kementerian terlebih dahulu telah menetapkan sekatan
terhadap laman sesawang tertentu yang mengandungi unsur-unsur lucah dan
laman sosial pada waktu persekolahan. Hal ini secara tidak langsung telah
menyekat murid dari menggunakan peralatan tersebut untuk tujuan yang tidak
berfaedah. Murid-murid hanya boleh mengakses bahan-bahan ilmiah seperti
nota tambahan, bahan rujukan, video pendidikan dan sebagainya yang dapat
membantu mereka meningkatkan pengetahuan semasa proses P&P. Murid
akan lebih menggunakan peluang yang ada untuk mendapatkan sumber
maklumat dengan sebaiknya dan membuat perbincangan menjurus kepada
topik yang diajar.
Berdasarkan hujah-hujah yang telah dinyatakan, penggunaan telefon
bimbit dan iPad di sekolah adalah sangat relevan dengan keadaan masa kini
dan perkembangan teknologi yang semakin pesat membangun. Murid-murid
perlu diberi peluang dan ruang untuk meneroka dunia tanpa sempadan demi
perkembangan masa depan mereka. Tambahan pula, keputusan berkaitan isu
ini dibuat adalah dengan mengambil kira beberapa pihak berkepentingan
seperti ibu bapa, pelajar, guru dan pihak sekolah itu sendiri. Oleh itu, setiap dari
mereka perlu mengetahui peranan dan tanggungjawab masing-masing supaya
isu salah menyalahkan antara satu sama lain tidak wujud. Garis panduan yang
dinyatakan dalam melaksanakan isu ini merupakan tunjuang dan teras yang
perlu difahami sebaik mungkin kerana telah jelas menyatakan proses
pengajaran dan pembelajaran sama sekali tidaka akan terganggu sekiranya
16

garis panduan yang ditetapkan diikuti oleh murid. Kesimpulannya, usaha


kerajaan dalam usaha membenarkan murid membawa telefon bimbit dan iPad
adlah satu langkah berani dan perlu disokong sepenuhnya demi kemajuan
sistem pendidikan negara kita.

17

BAHAGIAN III

BAHAGIAN III : Menyatakan pendirian menerusi refleksi berfokus dan


rumusan keseluruhan.
3.1 Refleksi
Berdasarkan isu dan hujah-hujah yang telah dibincangkan pada
Bahagian I dan Bahagian II, saya berpendapat bahawa dasar untuk
membenarkan murid membawa telefon bimbit dan iPad ke sekolah merupakan
satu usaha dan langkah inisiatif yang baik dalam pembangunan sistem
pendidikan negara ke peringkat lebih tinggi agar seiring dengan kemajuan
teknologi terkini. Namun, dalam usaha melaksanakannya saya melihat terdapat
pelbagai

cabaran

melaksanakannya.
membenarkan

dan
Oleh

murid

halangan
itu,

yang

adalah

membawa

wajar

telefon

terpaksa

ditempuhi

pelaksanaan

bimbit

dan

iPad

dalam

terhadap
ke

isu

sekolah

dipertimbangkan semual atau ditarik kembali seperti yang pernah dibuat pada
tahun 2006 yang lalu. Sebaliknya, langkah terbaik dalam menangani isu ini

18

ialah dengan memperkemaskan sistem pendidikan di negara kita dengan


menyediakan infrastruktur dan pelaksaannya.

Pelajar berasrama sahaja


Cadangan menambah bilangan talipon awam di sekolah, membenarkan murid
menunggu di dalam kawasan sekolah, memasang cctv dikawasan menunggu di sekolah
dan pihak pihak yang berwajib tu kerap kerap la sikit meronda ronda ke menjenguk
jenguk ke kat sekolah ni.

3.2 Rumusan

19

http://www.budaktrolak.com/2012/07/bawa-telefon-bimbit-dan-ipad-kesekolah.html

http://das-bin-ich-zueyusof.blogspot.com/2012/07/pelajarsekolah-dibenarkan-bawa-telefon.html

20

21

Anda mungkin juga menyukai