Anda di halaman 1dari 3

KELEBIHAN PEMBELAJARAN SECARA MAYA

Isi-isi penting

- Pembelajaran yang lebih mudah dan interaktif


- Pembelajaran yang selesa dan kondusif-
- Meningkatkan kemahiran teknologi
- Memudahkan pelajar untuk mengulang kaji pelajaran
- Memanfaatkan penggunaan e-buku atau bahan pengajaran atas talian
- Meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar

Contoh Karangan Kelebihan Pendidikan Maya (Pengajaran & Pembelajaran Dalam Talian)

Pendahuluan

Dasawarsa ini, penggunaan gajet seperti telefon pintar, komputer riba dan tablet menjadi
kewajipan bagi segenap manusia. Evolusi teknologi yang pesat membangun telah banyak
merubah cara hidup manusia pada hari ini. Misalnya, penggunaan surat telah digantikan dengan
emel yang hanya menggunakan alam maya untuk berhubung dan perkhidmatannya adalah
percuma. Kemajuan yang dikecapi manusia pada hari ini menjadi satu bukti bahawa kita
hendaklah terus berevolusi untuk memanfaatkan teknologi. Hal ini kerana tamadun yang maju
adalah tamadun yang sentiasa menambah baik kehidupan mereka khususnya anggota
masyarakat agar kita dapat duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara maju
yang lain. Antara sektor yang perlu meraikan penggunaan teknologi masa kini dan meninggalkan
cara konvensional adalah sektor pendidikan. Maka, wajar untuk kita bincangkan apakah
kelebihan pendidikan secara maya atau pengajaran & pembelajaran dilaksanakan secara dalam
talian?

Isi 1

Pendidikan secara dalam talian dapat membantu guru untuk menyampaikan ilmu
dengan cara yang lebih mudah serta interaktif buat para pelajar. Berbeza dengan
pembelajaran secara bersemuka, pendidikan maya memerlukan guru dan pelajar berinteraksi
melalui tablet, komputer atau telefon. Guru-guru perlu menyediakan bahan pembelajaran
secara video dan mengajar melalui webinar atau panggilan video kepada anak muridnya. Kita
akui, cara ini kurang memberikan kepada pelajar khususnya kanak-kanak yang memerlukan
pembelajaran secara bersemuka. Tetapi, guru boleh menggunakan video interaktif yang
terdapat secara percuma di Internet. Pelajar juga boleh mencari sumber pembelajaran yang
lebih banyak berbanding hanya bergantung kepada buku teks. Malah, terdapat banyak aplikasi
seperti quiz yang dapat memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian
untuk guru dan pelajar. Bak kata pepatah Melayu, laut yang ditimba tidak akan kering. Selagi
kita ada kemahuan untuk mencari dan menyampaikan ilmu, pasti ada jalan yang terbaik untuk
kita mengecapi niat murni itu.
Isi 2

Dari sudut pandang yang lain, pendidikan secara maya dapat memberi keselesaan
atau suasana yang kondusif kepada pelajar dan guru. Jika di sekolah, pelajar perlu
memakai pakaian seragam yang bagus untuk mendisiplinkan mereka tetapi apabila di rumah,
pelajar tidak perlu untuk berpakaian seragam dan hanya memakai pakaian mengikut keselesaan
mereka. Selain itu, pendidikan secara maya di rumah membolehkan pelajar untuk fokus dengan
lebih baik kerana kurang gangguan daripada pelajar atau raka sekelas. Tapi realitinya, masih
ramai pelajar di luar bandar yang ssukar untuk mengikuti pendidikan secara maya. Oleh itu,
pihak berkuasa hendaklah melakukan tindakan untuk meningkatkan infrastruktur Internet di
seluruh negara agar pendidikan secara maya ini dapat dinikmati oleh segenap penduduk di
Malaysia.

Isi 3

Kelebihan lain pendidikan secara maya adalah ia dapat meningkatkan kemahiran


teknologi dalam kalangan guru dan juga pelajar. Umum mengetahui, pendidikan secara maya
memerlukan kemahiran teknologi pelajar untuk akses masuk ke dalam aplikasi pembelajaran
dalam talian. Pelajar perlu mendapatkan talian Internet yang stabil untuk melalui proses
pendidikan maya secara lancar. Di waktu negara kita menghadapi pandemik COVID-19, kita
dapat menyaksikan guru-guru menggunakan pelbagai kaedah khususnya penggunaan teknologi
untuk menyampaikan pengajaran kepada murid-murid. Situasi ini telah membuatkan warga
pendidik untuk berfikir di luar kotak dan menghasilkan bahan pengajaran yang terbaik
menggunakan teknologi yang ada. Intihannya, pendidikan secara maya dapat meningkatkan
kemahiran teknologi dalam kalangan guru serta pelajar secara langsung atau tidak langsung.
Isi 4

Akhir sekali, kelebihan pendidikan secara dalam talian ialah memudahkan pelajar
untuk mengulang kaji pelajaran. Contohnya, pelajar boleh melihat semula rakaman
pengajaran guru sekiranya mereka tidak memahami atau ingin mengulangkaji pelajaran. Situasi
ini adalah satu kelebihan jika dibandingkan dengan pendidikan secara bersemuka kerana
pelajar mungkin berasa malu dan takut untuk bertanyakan kepada guru. Tambahan pula,
pelajar dapat mengakses pelbagai bahan pembelajaran yang terdapat di Internet untuk
mengulang kaji dan tidak bergantung kepada buku teks sahaja. Pembelajaran yang interaktif
ini sedikit sebanyak dapat membuka minda dan ruang kreatif pelajar dalam mendapatkan ilmu
pengetahuan dan menambah kemahiran diri mereka. Natijahnya, pendidikan secara maya
banyak membantu pelajar untuk tidak menjadi seperti katak di bawah tempurung kerana
penggunaan tekcnologi akan menjadi satu perkara penting di masa kini dan akan datang.

Penutup
Kesimpulannya, pelbagai kelebihan yang diperoleh sekiranya guru atau pelajar melaksanakan
pendidikan secara maya. Seperti yang saya bincangkan, masih terdapat jurang di kawasan luar
bandar yang tidak mampu untuk menikmati pendidikan dalam talian dengan baik. Justeru,
kerajaan hendaklah berganding bahu dengan pembekal perkhidmatan talian Internet untuk
memastikan liputan Internet di Malaysia ditingkatkan dan berada di tahap yang terbaik.
Pandemik Covid-19 menjadi satu bukti bahawa kita perlu bersedia untuk melakukan anjakan
paradigma dalam mendepani apa jua situasi agar pendidikan anak-anak kita terjamin.
Seterusnya memastikan generasi akan datang yang mewarisi barisan kepimpinan negara dapat
menjadi lebih baik dan membawa negara yang maju ke persada dunia. Related : dikatakan
demikian kerana, sistem pendidikan di negara, termasuklah pemprosesan kata hamparan,
bertaraf dunia, pendidikan maya di negara, sistem pengajaran dan pembelajaran, pelajar
dapat menguasai, dilakukan di rumah, data senarai kandungan kalendar, pemprosesan kata
hamparan data, salah satu, institusi pendidikan, hamparan data senarai kandungan, menangani
kepelbagaian masalah pelajar

Ⓒ Artikel Asal Di : https://www.ipendidikan.my/pendidikan-maya.html

Anda mungkin juga menyukai