Anda di halaman 1dari 7

PENGENALAN

Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi pada masa sekarang telah banyak

mempengaruhi budaya kehidupan masa kini, khususnya, dalam bidang pendidikan.

Pengaplikasian teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran

memberikan satu inisiatif baru dalam teknik dan proses pengajaran dan pembelajaran yang

dilakukan oleh para pensyarah kepada pelajar mahupun mahasiswa. Penggunaan teknologi

yang semakin hari semakin pesat telah dapat merevolusikan teknik pengajaran oleh para

pensyarah, dengan menggunakan kaedah pembelajaran yang berlandaskan teknologi

maklumat dan komnunikasi yang baik dan secara keseluruhannya cara pendidikan

dikendalikan seiring dengan perkembangan masa kini. Oleh itu, pembelajaran tidak lagi

terhad hanya di dalam kelas atau perpustakaan sahaja malahan ia melangkaui masa dan

tempat. Sebagai contoh, semua akses pembelajaran atas talian boleh dilakukan selagi capaian

internet ada di sesuatu kawasan tersebut. Budaya ini dapat direalisasikan dengan penggunaan

teknologi yang berkembang pesat seperti aplikasi yang tertentu yang membolehkan

pensyarah dan pelajar berinteraksi di alam maya secara konsisten untuk mencapai matlamat

pengajaran dan pembelajaran secara atas talian.

Menurut Hazwani dan Dalbir (2016) membangkitkan persoalan bahawa penggunaan

teknologi mudah alih dalam kalangan pelajar di IPT dipengaruhi oleh dua set ciri-ciri yang

saling bertentangan, iaitu ciri-ciri sebagai generasi Y dan nilai budaya yang diwarisi. Sebagai

contoh, sebagai generasi Y mereka bersikap mahukan sesuatu dengan cepat serta lantang

memberi pendapat, tetapi mereka turut menonjolkan ciri budaya yang diwarisi iaitu terlalu

bergantung kepada guru, memberi maklum balas hanya apabila diminta oleh guru dan

berkomunikasi dalam lingkungan ahli kumpulan. Kajian lebih meluas oleh Issham et al.

(2016) terhadap 551 pelajar di 11 universiti awam mendedahkan peratusan tinggi pelajar

mempunyai tahap kesediaan yang sederhana untuk terlibat dengan pembelajaran. Ramai
antara mereka seolah-olah terasing dengan pembelajaran walaupun berminat untuk

mengetahuinya. Pelajar didapati mempunyai pengetahuan mengenai kelebihan dan faedah

menggunakan teknologi mudah alih dalam pembelajaran pada tahap yang sederhana.

Teknologi hari ini sangat membantu dalam setiap pergerakan manusia. Kemajuan di

dunia internet dengan rakan kongsi mudah alih pintar menjadikan kehidupan lebih mudah dan

tanpa batasan jarak dan masa. Tambahan pula, banyak perkara yang kita boleh pelajari secara

online. Akan tetapi, belajar secara online ini ada banyak kelebihan dan kekurangannya.

Terdapat banyak pendidikan dalam talian telah meningkat dalam beberapa tahun

kebelakangan ini disebabkan oleh pelbagai kekangan dimana para pensyarah tidak dapat

untuk melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka. Hal ini dikatakan

demikian kerana, di negara ini telah dilanda dengan wabak COVID-19 yang mana pihak

kerajaan telah melarang masyarakat untuk melakukan sebarang aktiviti bersemuka dan pihak

kerajaan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi memutuskan rantaian

wabak ini. Oleh itu, aktiviti pendidikan secara bersemuka semuanya terjejas maka dengan

adanya inisiatif pengajaran dan pembelajaran patut dilakukan agar tidak ketinggalan dengan

ilmu yang ingin dipelajari, tetapi ia tidak tanpa kelemahan. Oleh itu, terdapat banyak

kelebihan dan kekurangan kaedah pengajaran dan pembelajaran secara atas talian ini dari

semasa ke semasa.
KELEBIHAN

Pelbagai Kursus dan Program yang Ditawarkan.

  Salah satu kelebihan dalam menjalan aktivit pengajaran dan pembelajaran secara atas

talian adalah pelbagai kursus dan program yang ditawarkan mengikut kemahuan para

penuntut untuk memilih cita rasa mereka sendiri untuk belajar. Pihak universiti dan kolej

banyak menawarkan kursus pilihan untuk pelajar. Mereka boleh mencari kursus dalam talian,

atau program ijazah, yang mereka perlukan ilmu sains sosial, sains tulen, kejururawatan dan

neurosains. Mereka juga boleh mendapatkan setiap, dan mana-mana, ijazah akademik dalam

talian. Memandangkan pembelajaran dalam talian terus berkembang, lebih banyak kolej

menawarkan pilihan pelajar untuk mendapatkan darjah dalam talian. Sebagai

contoh, University Ashford, Sebuah universiti talian bertauliah, menawarkan ijazah dalam

pelbagai bidang, termasuk pentadbiran perniagaan, psikologi, pendidikan awal kanak-kanak,

dan keadilan sosial dan jenayah. Oleh itu, pelbagai kursus dan program yang ditawarkan

dalam sesebuah institusi dalam pengajaran dan pembelajaran secara atas talian ini merupakan

kelebihan yang ada dan sangat baik untuk para penuntut ilmu lebih giat dalam belajar secara

atas talian.

Kemajuan Kerjaya dan Bekerja Sambil Belajar.

Selain itu, kelebihan dalam aktivit pengajaran dan pembelajaran secara atas talian

juga adalah dari segi kemajuan kerjaya dan bekerja sambil belajar. Kursus dalam talian dan

program ijazah membenarkan pelajar untuk bekerja di samping mendapatkan kelayakan

akademik. Sebagai contoh, di Universiti Sains Malaysia menawarkan kursus Rancangan

Pendidikan Jarak Jauh (RPJJ) yang mana para penuntutnya daripada kalangan orang yang

telah berkerjaya dalam sesuatu bidang pekerjaan. Mengambil kelas dalam talian semasa
bekerja majikan menunjukkan bahawa anda mahu kekal bermaklumat dan bersedia untuk

cabaran baru. Seseorang yang bekerja ketika memperoleh ijazah dalam talian mampu

meningkatkan kualiti pendidikan malahan boleh menaikkan pangkat dan insentif seseorang

dalam bidang pekerjaan pada masa akan datang. Oleh itu, pengajaran dan pembelajaran

secara atas talian ini mampu menarik minat para penuntut terutamanya yang sudah bekerjaya

dan ingin mencapai kemajuan dalam bidang pekerjaannya untuk menambah pendapatan dan

sebagainya dan semestinya belajar secara atas talian ini mempunyai kelebihan yang bagus.

Masa dan Tempat adalah Fleksibel.

Seterusnya, kelebihan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara atas talian

adalah masa dan tempat adalah fleksibel. Para penuntut yang belajar secara atas talian bebas

untuk memilih masa dan tempat sekiranya anda belajar secara online. Sebagai contoh, para

pelajar ini boleh melakukan aktiviti pembelajaran dan pengajaran secara atas talian di mana

sahaja selagi mana sesuatu kawasan tersebut mempunyai capian internet yang kuat. Hal ini

dikatakan demikian kerana, para pelajar tidak terkongkong dengan waktu pembelajaran yang

telah ditetapkan seperti di dalam kelas atau di dalam dewan kuliah. Para pelajar dan penuntut

juga boleh memilih bila masa untuk belajar mengikut kesesuaian dan keselesaan sendiri. Oleh

itu, kelebihan pengajaran dan pembelajaran secara atas talian ini mampu memberi para

pelajar untuk menyesuaikan diri dengan aktivit pembelajaran dalam talian dari segi masa dan

tempat yang mereka mahukan.


KEKURANGAN

Pengasingan.

Salah satu kekurangan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara atas talian

adalah dari segi pengasingan. Pelajar yang telah mengambil kelas dalam talian tidak

mempunyai peluang untuk berinteraksi secara bersemuka dengan profesor atau pensyarah dan

pelajar lain. Selain itu, Komunikasi melalui e-mel atau kumpulan perbincangan dalam talian

juga salah satu pengasingan yang berlaku dan menyebabkan para pelajar tidak dapat

menyebarkan idea masing-masing dengan lebih jelas. Hal ini dikatakan demikian kerana, ia

amat sukar untuk membangunkan hubungan dengan rakan sekelas dalam kursus-kursus yang

tersendiri. Sebaliknya, apabila proses pembelajaran secara biasa iaitu secara bersemuka

mempunyai kampus supaya para pelajar boleh bersosial dan belajar, dengan pelajar lain. Dari

segi pertanyaan kepada pensyarah juga amat terhad dan pelajar sukar untuk memahami

apabila belajar secara atas talian berbanding dengan belajar secara bersemuka. Oleh itu,

kekurangan dalam pengajaran dan pembelajaran ini banyak pengasingan yang dilakukan dan

aktiviti pembelajaran sukar untuk difahami.

Kos Teknologi.

Selain itu, kekurangan yang ada dalam pengajaran dan pembelajaran secara atas talian

ini juga adalah dari segi kos teknologi yang semakin hari semakin mahal. Program perisian

dan sambungan ke internet adalah aspek yang paling penting dalam kelas dalam talian.

Pelajar mungkin dikehendaki mempelajari komputer dan kemahiran penyelesaian masalah

baru, yang mungkin mengambil masa. Pelajar juga perlu membeli perisian terkini untuk

mengakses program dalam talian mereka, atau membayar tambahan untuk menaik taraf ke

internet berkelajuan tinggi. Sebagai contoh, apabila pelajar ingin membeli akses atau data
internet dari agensi seperti Unifi, Celcom, Digi dan sebagainya adalah tidak murah. Selain

itu, alat-alat yang digunakan dalam aktiviti pembelajaran juga kosnya adalah tinggi seperti

computer, computer riba, speaker dan sebagainya. Persaingan lain ialah pelajar perlu

menyesuaikan jadual mereka di sekitar tarikh tugasan yang mungkin menjadi masalah bagi

pelajar antarabangsa atau mereka yang tidak tinggal dalam zon masa yang sama sebagai

pengajar. Tegaslah bahawa, kekurangan yang ada dalam pengajaran dan pembelajaran secara

atas talian ini banyak menggunakan kos yang tinggi terutmanya dari segi kewangan pelajar

yang mana kebanyakkannya pelajar adalah daripada golongan yang sederhana dan miskin.

Masalah Tenaga Pengajar.

Seterusnya, kekurangan yang ada dalam pengajaran dan pembelajaran secara atas

talian adalah dari segi masalah tenaga pengajar yang ada. Pengajaran dan pembelajaran

secara atas talian adalah sedikit mencabar bagi pengajar juga. Sebagai contoh, tenaga

pengajar ini perlulah ada pengalaman dalam menggunakan sesuatu aplikasi dalam aktiviti

pengajaran dan pembelajaran. Sebagai perisian semakin maju, pengajar sentiasa cuba untuk

bersaing. Pensyarah yang mengajar seperti biasa percaya dalam kuliah dan pemberian, dan

mungkin mempunyai masa yang sukar menyesuaikan diri dengan sistem kursus dalam talian

ini. Oleh itu, kekurangan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran ini sukar bagi tenaga

pengajar yang baru melakukan aktiviti ini dan juga mereka perlu masa untuk memahami

bagaimana untuk memulakan bagaimana untuk mengajar para pelajar yang mengambil

sesuatu kursus.
RUJUKAN

Hamdan, A., Din, R., Abdul-Manaf, S.Z., Mat-Salleh, N.S, Kamsin, I.F., Norman, H., Ismail,

N.M., dan Mohamad-Zaid, A.S. (2013). Kelebihan dan Kekurangan Teknologi Web

2.0 dalam Model Integrasi E-Latihan Bermakna (I-MeT) dalam Kalangan Pelajar.

4th International Conference of Asean Studies on Integrated Education and

Islamic Civilization UKM-UNIMED. Dicapai pada 15 Julai. Dari

http://ejournal.ukm.my/ebangi/article/view/34031/9653#.

Hazwani Nordin & Dalbir Singh. 2016. E-pembelajaran di institusi pengajian tinggi daripada

perspektif generasi Y dan budaya. ASEAN Journal of Teaching and Learning in

Higher Education. Dicapai pada 15 Julai 2020. Dari

http://ejournals.ukm.my/jpend/article/view/42.02-02/7425#.

Issham Ismail, Siti Norbaya Azizan & Thenmolli Gunasegaran. 2016. Mobile learning in

Malaysian universities: Are students ready? International Journal of Interactive

Mobile Learning. Dicapai pada 15 Julai 2020. Dari

http://ejournals.ukm.my/jpend/article/view/42.02-02/7425#.

Anda mungkin juga menyukai