Anda di halaman 1dari 4

Untuk mencapai matlamat pembangunan sumber manusia yang lengkap, seimbang, bersepadu dan menyeluruh, maka sistem pendidikan

mestilah berupaya menyediakan peluang yang secukupnya kepada semua lapisan rakyat. Dalam erti kata lain, di bawah proses mendemokrasikan pendidikan, setiap individu diberi peluang yang sama untuk mendapat pendidikan dan hak memilih jenis sekolah untuk belajar tanpa mengira status ekonomi, sosial, keistimewaan, jantina, kaum, agama atau latar belakangnya. Menurut Nor Aziah binti Alias dan Azni Zain binti Ahmed (1995) pendidikan seharusnya merangkumi dan terbuka kepada segenap lapisan masyarakat, bukan sahaja dari segi geografi bahkan juga dari segi golongan jenis dan sektor ekonomi. Oleh yang demikian, sistem pendidikan haruslah memastikan tidak ada mana-mana golongan di negara ini yang tercicir dari memperoleh peluang untuk mendapat pendidikan yang bermutu kerana jika keadaan sedemikian berlaku maka kemajuan yang akan kita kecapi pada tahun 2020 nanti pastinya menjadi pincang.

Menurut Abdul Manaf Bohari dan rakan-rakan (2006) dalam buku Sistem Maklumat Dalam Organisasi Komtemporari mendefinisikan Teknologi Maklumat dan Komunikasi sebagai komunikasi yang menggunakan teknologi terkini sebagai alat untuk berhubung antara satu sama lain tanpa mengira situasi, masa, dan lokasi geografi.

Sememangnya penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi amatlah digalakkan dalam kalangan guru. Namun begitu,

Mengintegrasikan komputer dalam pengajaran memerlukan masa yang banyak bagi guruguru dalam membuat persediaan. Persediaan yang diperlukan termasuk dari aspek menyediakan bahan mengajar serta untuk setup bahan pada komputer sebelum kelas dimulakan. Dengan bilangan waktu mengajar yang banyak, sesetengah guru mempunyai bilangan waktu mengajar sebanyak 30 waktu seminggu, adalah sukar bagi guru untuk membuat persediaan mengajar di sekolah dan juga untuk setup bahan mengajar di makmal komputer. Guru-guru juga mempunyai beban tugas lain selain daripada mengajar yang akan

mengambil masa semasa waktu persekolahan seperti guru jadual waktu, setiausaha peperiksaan, ketua-ketua panitia, selepas waktu persekolahan seperti sukan, aktiviti persatuan, mesyuarat-mesyuarat daerah, PIBG, kursus-kursus jangka panjang dan pendek. Situasi ini akan menyukarkan guru untuk melakukan persediaan yang mantap terutama jika mereka perlu menyediakan bahan sendiri, sebagai contoh jika guru perlu mendapatkan bahan dari internet dan untuk memilih bahan yang sesuai kadang-kadang mengambil masa berjam-jam. Penghasilan bahan pengajaran pembelajaran berasaskan kaedah bestari memerlukan masa yang lama kerana penghasilan bahan perlu dibuat dengan teliti supaya bahan tersebut berupaya membolehkan pelajar dapat berfikir dengan kritis dan kreatif, berupaya membuat penerokaan sendiri pada kadar kendiri dan mampu memajukan diri sendiri (self access, self pace and self excel).

Adalah tidak dapat dinafikan bahawa suatu perkara memang terdapat pro dan kontra. Begitu juga hubungannya antara penggunaan teknologi komunikasi dalam bidang pendidikan. perkembangan teknologi banyak membantu dalam dunia pendidikan dewasa ini, namun perkembangan teknologi ini juga mendatangkan beberapa keburukan. Terdapat pelbagai isu dan masalah yang timbul berhubung dengan penggunaan teknologi komunikasi seperti internet dikalangan pelajar dan guru untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Maklumat yang banyak di internet yang tidak ditapis akan mendatangkan bahaya dan kemudaratan khususnya kepada pelajar, yang menjadi antara golongan pelayar internet teramai di Malaysia . Terdapat banyak maklumat yang tidak sesuai seperti maklumat seks, hasutan, khabar angin, diskriminasi, dadah, promosi keganasan dan penderaan, perjudian dan sebagainya. Ini dapat dibuktikan melalui kajian yang telah dijalankan di Amerika yang mendapati 48% guru sukar mencari laman web yang bersesuaian untuk proses pengajaran dalam kelas. Disamping itu, kebanyakan isi kandungan yang dipaparkan di internet tidak dapat dipastikan kesahihannya. Ini adalah kerana, seperti yang kita tahu, medium teknologi komunikasi seperti internet tidak dikawal oleh sesiapa dan semua orang mempunyai hak untuk menulis dan menyiarkan sebarang maklumat di internet. Maklumat ini boleh mendatangkan bahaya sekiranya pelajar tidak dapat membezakan antara maklumat yang betul dan yang salah. Ini akan menjejaskan matlamat pengajaran dan pembelajaran melalui internet. Oleh sebab itu, guru perlu berupaya menilai maklumat yang diperolehi daripada pelbagai media dan sumber serta berupaya membezakan ketepatannya supaya dapat membimbing pelajar mendapatkan maklumat yang tepat dan betul. Kemudahan yang disajikan oleh teknologi komunikasi dalam dunia pendidikan memberi keburukan kepada pelajar. Dewasa ini, para pelajar tidak lagi kreatif dalam memberikan idea-idea sendiri dalam menyelesaikan sesuatu tugasan. Sebagai contoh, teknologi komputer telah menjadikan kerjakerja penyalinan maklumat dengan begitu senang dengan hanya menggunakan arahan file dan hanya dengan menekan copy and paste, semua kerja sudah sia p tanpa perlu bersusah payah memerah otak. Walaupun teknologi membawa kemudahan dalam sistem pendidikan hari ini, namun ada juga keburukannya dimana pelajar yang selalu mengakses

internet, sebagai contoh lebih tertarik untuk duduk di hadapan komputer tanpa memikirkan kehidupan sosial samada dalam keluarga atau masyarakat. Senario ini akan menyebabkan pelajar menjadi pasif dan kurang berkomunikasi antara satu sama lain sedangkan untuk menjadi seorang yang berdaya saing mereka pelu berupaya untuk memberikan idea-idea yang bernas dan berkualiti bagi memantapan dan pembangunan kejayaan mereka. Masalah plagiarisme juga boleh berlaku tanpa disedari oleh seseorang pelajar. Pelajar sekarang suka copy-paste maklumat yang dicari dari internet tanpa menyedari sama ada ia telah melanggari hak-hak pengeluar maklumat tersebut. Masalah ini diburukkan dengan wujudnya maklumat yang berlambak dalam internet yang senang diperoleh oleh seseorang pelajar hanya dengan satu klik tanpa diketahui oleh pengeluar maklumat tersebut Selain itu teknologi yang digunakan untuk tujuan pendidikan ini juga memupuk sikap malas dalam kalangan pelajar. Dengan adanya teknologi yang canggih, kebanyakan tugas yang memerlukan kemahiran seperti melukis, mengira, menulis telah diselesaikan oleh komputer. Pelajar sekarang akan menjadi lebih malas dan kehilangan kemahiran-kemahiran tertentu dengan meningkatnya kebergantungan kepada komputer. Sebagai contoh, menaip dan mengira dengan menggunakan komputer dan mesin kira akan menyebabkan kemahiran menulis dan mengira pelajar merosot. Masalah komunikasi dan plagiarisme juga boleh berlaku dengan penggunaan teknologi dalam pendidikan. Dari segi komunikasi, terutamanya mereka yang mengikuti program pendidikan jarak jauh, masalah komunikasi antara pelajar dan pensyarah mungkin wujud kerana mereka dijarakkan dengan sebuah komputer. Ia boleh menggalakkan komunikasi yang pasif antara pelajar dan pensyarah mereka. Fikirkan seorang pensyarah yang terpaksa berhadapan dengan banyak pelajar dalam satu masa melalui komputer,tidak mungkin dia boleh memberi perhatian yang sepenuhnya kepada seseorang pelajar dan menjawab persoalan yang dikemukakan dalam masa yang sama. Daripada pandangan pesimis,isu kos yang dibincangkan oleh golongan optimis memberi penjimatan terhadap pengguna. Menurut pandangan golongan pesimis penjimatan kos juga tidak akan berlaku sekiranya pelajar menggunakan kemudahan komputer, internet secara berleluasa. Contohnya penggunaan komputer dan internet digunakan terlalu lama sehingga menaikkan bil elektrik selain harus membayar kemudahan internet yang digunakan. Pendidikan jarak jauh Dari segi perlaksanaan pendidikan jarak jauh, ramai yang mempersoalkan kualiti pelajar yang dihasilkan melalui program ini. Persoalan yang membimbangkan itu memang ada asasnya. Disebabkan pelajar program ini tidak perlu menghadiri kuliah di kampus, maka persaingan antara pelajar boleh dikatakan tidak wujud kerana mereka tidak dapat menyaksikan aktiviti dan kesungguhan pelajar lain mengikuti kuliah, tutorial dan mengulang kaji pelajaran di perpustakaan. Kekurangan persaingan menyebabkan sesetengah pelajar menjadi lalai, malas dan tidak memberi tumpuan sepenuhnya terhadap khusus yang diikuti. Keadaan ini berbeza dengan pelajar yang terpaksa menghadiri kuliah setiap hari yang boleh

menyaksi sendiri kesungguhan yang ditunjukkan oleh kawan-kawan dalam proses pembelajaran dan seterusnya menjadi satu motivasi untuk mereka belajar dengan baik. Namun menurut pandangan optimis pula pendidikan jarak jauh ini memberi peluang kepada golongan pekerja untuk meningkatkan taraf pendidikan mereka. Oleh itu penggunaan teknologi akan memberi kemudahan mereka mengakses ilmu. Bersesuaian dengan zaman globalisasi apa jua boleh didapati melalui hujung jari anda.

Muhamad Rafiq Abdul Rahman. (2012) Pendidikan Menerusi Teknologi Maklumat Dan Komunikasi. Dewan Masyarakat. Mei 2012 Ab. Rahim Selamat. (1992). Teknologi Sistem Pengajaran. Petaling Jaya: Fajar Bakti. Naim Hj Ahmad. (2000). Teknologi Pendidikan. Serdang: Universiti Putra Malaysia. http://isu-pendidikan.blogspot.com/2012/09/ulasan-berkenaan-artikel-penguasaan.html http://cgtyouth2010.blogspot.com/2010/02/pendahuluan-pada-masa-kiniperkembangan.html http://ohhmacarena.blogspot.com/2012/08/aplikasi-thinking-maps-isu-cabaran_1.html http://chongfungken.blogspot.com/2010/04/isu-penggunaan-ict-dalam-sekolah.html.

Anda mungkin juga menyukai