Anda di halaman 1dari 2

FORUM GOOGLE CLASSROOM

TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN


NAMA: AZILA BINTI SHAH BUDIN
NO MATRIK: L20222014821
KUMPULAN: D
PENSYARAH: DR. SYAZA HAZWANI

Sila jawab soalan berikut:

Limpahan maklumat (information explosion) di internet


disebabkan oleh kebebasan para pengguna internet untuk menghasilkan ‘karya
digital’ mereka di internet pada bila-bila masa. Kebanyakan sumber di internet
diterbitkan tanpa perlu melalui proses penyemakan dan pengesahan pihak lain.
Oleh itu, maklumat yang dipaparkan di internet adalah tidak tepat dan diragui
kesahihahnnya. Tambahan pula internet tidak mempunyai badan-badan penapis yang
rasmi. Maka, integriti yang tinggi diperlukan semasa pengguna berkarya di
sumber internet. Pengguna perlu beretika dalam penghasilan maklumat di internet
supaya tidak menimbulkan fitnah dan hasutan yang boleh menjadikan internet
sebagai medan untuk perbalahan, bukannya sebagai tempat untuk berdiskusi secara
ilmiah.

Oleh itu, maklumat daripada sumber internet perlu dipilih dan


dinilai. Sepatutnya, maklumat yang banyak ini akan menghasilkan pengguna yan g
berinformasi, tetapi sebaliknya maklumat tersebut memberi kesan negatif seperti
tidak menepati norma dan budaya dalam sesuatu masyarakat. Oleh itu pengguna
internet perlu bijak memilih maklumat yang sesuai. Mereka perlu berhati-hati
menggunakan bahan yang diperolehi daripada internet. Sebagai contoh, seorang
guru perlu melakukan pemilihan sumber yang sesuai dengan objektif pengajaranny a
serta kumpulan sasaran yang diajar. Ini untuk memastikan bahan rujukan tersebut
adalah relevan dengan pengajarannya.

Jelaskan bagaimana anda melakukan


pencarian maklumat di internet untuk penyediaan bahan bantu mengajar.

Kepesatan dunia Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) telah menyumbang banyak
impak yang positif dalam dunia pendidikan. Tindakan Kementerian Pendidikan Malaysia yang
menjadikan penggunaan pelbagai bahan bantu mengajar seperti komputer riba, cakera padat,
penggunaan pelbagai perisian pendidikan pembelajaran dan pelbagai alat bantu mengajar yang
lain. Oleh yang demikian, adalah perlu untuk setiap pendidik menggunakan pelbagai alat bantu
mengajar sama ada yang berbentuk peralatan mahupun perisian bagi membantu merangsang
dan meningkatkan minat dan kecenderungan murid terhadap sesuatu topik pembelajaran.
Penggunaan internet dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran mampu memberikan banyak
manfaat kepada guru terutamanya dalam mempengaruhi cara seseorang guru menjalankan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan internet boleh membentuk satu suasana
pengajaran dan pembelajaran yang lebih efektif dalam mencapai setiap matlamat dan objektif
pengajaran dan pembelajaran yang telah dibentuk. Antara kelebihan penggunaan internet
dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran kepada guru ialah penggunaan media dirancang
semasa kurikulum dilaksanakan, bukan semasa peringkat merancang dan menentukan
kurikulum. Oleh itu, penggunaan media secara sesuka hati tanpa berdasarkan perancangan
yang sistematik. Dengan penerimaan teknologi pengajaran pada peringkat perancangan
kurikulum, perancang kurikulum dapat bekerjasama dengan pereka pengajaran untuk
menentukan penggunaan teknologi pengajaran dalam kurikulum sekolah. Cara ini akan lebih
menjamin keberkesanan perlaksanaan pengajaran dan kurikulum yang telah digariskan.
Selain itu, pengajaran boleh mempengaruhi sistem atau pendekatan proses pengajaran dan
pembelajaran. Ia boleh menukar sistem atau pendekatan pengajaran konvensional, menerima
sistem pembelajaran jarak jauh, sistem kelas terbuka atau sistem sekolah bebas. Teknologi
pengajaran boleh mengubah cara pengajaran dirancang dan disusun. Sebagai contoh,
kurikulum pengajaran literasi komputer. Dalam perancangan pengajaran, ia melibatkan
penggunaan komputer, pembinaan pengetahuan melalui pembelajaran usaha sama,
penyelesaian masalah dan penggunaan strategi pembelajaran penguasaan. Penggunaan
teknologi pengajaran terutamanya teknologi maklumat, mungkin mengubah cara jadual waktu
dirancang dan dilaksanakan di sekolah, maktab dan di universiti. Proses pengajaran dan
pembelajaran pula berpusatkan pelajar dan berasaskan pengetahuan dan maklumat. Guru hanya
mengurus aktiviti pembelajaran dan menyediakan sebanyak mungkin pengalaman dan
pencarian maklumat menggunakan teknologi baru untuk pembelajaran. Tanggapan masa kini
terhadap pengalaman pembelajaran terjadi bukan secara tidak sengaja tetapi sengaja diadakan.
Oleh itu, pengalaman ini perlu diadakan melalui perancangan yang rapi. Penggunaan atau
aplikasi teknologi pengajaran secara teratur boleh membantu setiap pelajar mendapat
pengalaman pembelajaran yang khusus (sudah tentu melalui proses tertentu) bagi menguasai
sesuatu perkara.
Kesiampulannya, teknologi pengajaran boleh disifatkan sebagai satu bidang yang berusaha ke
arah meningkatkan kualiti atau keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Semenjak
permulaan tercetusnya bidang ini, usaha ke arah ini jelas kelihatan. Misalnya, pada tahun
1930an, penghasilan bahan-bahan visual seperti filem, gambar, dan slide giat diadakan bagi
membantu guru dalam pengajaran di bilik darjah.

Anda mungkin juga menyukai