Anda di halaman 1dari 3

16/4/2018

2. Mengapa penting untuk mengintegrasikan penggunaan alat ICT dalam pendidikan STEM?
Mari kita berkongsi pemikiran kita mengenai perkara ini bersama-sama.
26/4/18
3. Apakah peranan ICT dalam pendidikan awal kanak-kanak dari perspektif anda? Mari kita
bincangkan ini bersama-sama.

Pada pandangan saya peranan ICT ini memberikan kepelbagaian proses pengajaran dan
pembelajaran dan bukan hanya tertumpu kepada teknik pengkuliahan iaitu kelas sahaja bahkan
dapat mempertingkatkan kualiti pengajaran dengan menggunakan pelbagai kemudahan yang
terdapat dalam ICT. Mereka ada peluang luas dalam aktiviti pembelajaran berbanding tradisional.
ICT menyediakan kaedah dengan penekanan kepada penciptaan dan penerokaan secara aktif.
Kanak-kanak mencari bukan menerima secara satu hala.

Selain itu, proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik dan berkesan contohnya
menggunakan alat seperti powerpoint, flash, video, visual dan mereka hanya perlu
mengaplikasikan alatan tersebut ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini menjadikan
proses pengajaran dan pembelajaran lebih aktif serta mewujudkan suasana pembelajaran yang
menyeronokkan. Ianya amat menarik kerana bercorak interaktif. Dapat menggunakan pelbagai
media seperti grafik, bunyi, audio dan video.

Dengan ini, pendedahan berkaitan pengetahuan dan penggunaan asas ICT akan diterapkan kepada
guru PAKK bagi menyediakan bahan bantu mengajar berasaskan penggunaan ICT di institusi
pendidikan awal kanak-kanak. Hal ini kerana, aktiviti pembelajaran dan pengajaran berasaskan
ICT akan memperkembangkan kecerdasan pelbagai seseorang individu seperti kecerdasan
intelektual, linguistik, intrapersonal dan sebagainya.

ICT berupaya membantu untuk meningkatkan kefahaman serta penguasaan murid terhadap
pelajaran yang disampaikan. Selain itu juga dapat memberi peluang pembelajaran yang sama
kepada semua murid yang pelbagai keupayaan. Walaupun terdapat pelajar yang agak lemah
dalam kelas, namun mereka juga boleh belajar dan menggunakan komputer dikelas. Ini akan
sekali gus dapat meningkatkan motivasi mereka sebagai pelajarwalaupun lemah dan melatih
mereka kearah pembelajaran individu.

Selain itu juga, denganadanya internet, pelajar dan guru juga mudah untuk mengakses maklumat
yang sukar dicari serta mahal untuk diperolehi. Bukan itu saja, ICT juga membolehkan murid
mencuba atau melaksana eksperimen yang sukar, terlalu mahal, mustahil atau bahaya untuk
dilaksana dengan cara biasa serta juga dapat meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi pelajar.

Akhir sekali, ICT juga sesuai digunakan untuk pembelajaran yang menjurus kepada penyelesaian
masalah kehidupan sebenar. Aktiviti yang berkaitan dengan masa depan juga boleh dibuat serta
aktiviti yang berbentuk simulasi.Penggunaan ICT dapat memberi peluang kepada murid untuk
menentukan haluan dan kemajuan pembelajaran masing-masing dan mendorong murid terlibat
secara lebih aktif dalam pembelajaran. Selain itu dapat memberi peluang kepada murid untuk
menangani masalah sebenar di dalam kelas. Secara umumnya, ICT berupaya membantu untuk
meningkatkan kefahaman serta penguasaan murid terhadap pelajaran yang disampaikan.Selain itu
juga dapat memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua murid yang pelbagai
keupayaan.

6/5/18
4. Tanggungjawab siapa untuk melengkapkan kanak-kanak dengan celik digital? Kongsi
pemikiran anda dengan rakan anda, dan jangan lupa suka dan mengulas idea mereka.

1. E-FORUM 1

Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) semakin memain peranan penting dalam kehidupan kita
sehari-hari. Melalui ICT, dunia seolah-olah berada dalam satu ruang lingkup yang amat sempit kerana ia
mudah dicapai dan diteroka. Dalam sistem pendidikan, ICT dikatakan mampu menyelesaikan masalah
pengajaran dan pembelajaran secara berkesan.

Penggunaan ICT ini menjadikan proses pencarian maklumat menyeronok dan menghiburkan.Dengan cara
ini ianya memenuhi kehendak kanak-kanak yang kini sudah biasa dengan ICT seperti telefon pintar. kanak-
kanak saling berinteraksi dengan pendidik semasa proses kaedah penerangan dan teknik bercerita amat
memberikan kesan yang baik. Pembelajaran dengan menggunakan ICT ini memberikan menganalisis bagi
mencari jawapan yang tetap bagi satu persoalan.

Selain itu, ianya memberikan kesan kepada pembelajaran yang menarik. Kaedah yang memahami kanak-
kanak dengan bantuan dari pendidik. Pendidik hendak memantau kanak-kanak dimana kanak-kanak
memerlukakan kawalan dari penggunaan ICT. Peranan penting dari pendidik memberikan pembelajaran
yang berkesan kepada kanak-kanak agar mereka lebih memahami mengenai sesuatu. Pengajaran dan
pembelajaran hendaklah dijalankan mengikuti kesesuaian, keperluan dan cita rasa bagi kanak-kanak.

Tambahan lagi, penggunaan ICT pada kanak-kanak dapat mempelbagaikan proses pengajaran dan
pembelajaran. Proses ini dimana pendidik menggunakan teknik atau kaedah yang berlainan untun
memberikan peningkatkan kepada kualiti pengajaran dari pendidik itu sendiri. Penggunaan ICT ini
memberikan kesan yang paling baik untuk kanak-kanak. Ibubapa juga dapat menggunakan penggunaan
ICT ini untuk mengajari anak mereka.

Penggunaan ICT dapat memberi peluang kepada murid untuk menentukan haluan dan kemajuan
pembelajaran masing-masing. Penglibatan secara aktf juga memberikan satu kemajuan dalam
pembelajaran kanak-kanak. Selain itu dapat memberi peluang kepada murid untuk menangani masalah
sebenar di dalam kelas. Selain itu juga dapat memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua
murid yang pelbagai keupayaan.

Oleh itu, pendidik dan ibubapa perlulah memainkan peranan penting dan mengambil tanggungjawab untuk
meningkatkan potensi serta kecekapan kanak-kanak dalam penggunaan ICT.

12/5/18
Write an essay answering this question, "What are the advantages of using ICT tools for language
development, mathematical thinking and problem-solving?". Submit your assignment by
uploading it here. (7WEEK)

Choose any theme (fruits, animal, food, my body) and make some PowerPoint slide (maximum 7
slides). You can use pictures/videos/audios and put the details. Use your creativity to produce
interesting PowerPoint slide for teaching purposes. Share your slides here. You can comment on
your friends’ slides and like them if you find them interesting. (WEEK9)

Anda mungkin juga menyukai