Anda di halaman 1dari 3

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh dan salam satu permata.

Sekalung apresiasi
saya hulurkan buat yang dihormati, rakan-rakan seperjuangan seterusnya hadirin sekalian.

Berdirinya saya di sini adalah untuk menyampaikan sebuah ucapan yang bertajuk usaha-
usaha memartabatkan Bahasa Melayu.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Definisi Memartabatkan Bahasa Melayu iailah meletakkan Bahasa Melayu pada tempat
yang sepatutnya, sesuai dengan kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan seperti yang termaktub
dalam Perkara 152, Perlembagaan Malaysia. Bahasa Melayu juga merupakan bahasa pengantar
utama pendidikan berdasarkan Akta Pendidikan 1996.

Hadirin yang dikasih sekalian,

Usaha yang dapat dilakukan untuk mermatabatkan bahasa Melayu dengan cara pendidikan
dengan betul seperti pendedahan kepada anak-anak mengenai kesedaran tentang kepentingnya
bahasa Melayu. Dalam hal ini sudah tentu peranan tersebut perlu dimainkan oleh ibu bapa dan
guru-guru. Perkara yang boleh dilakukan adalah ibu bapa seharusnya bertutur Bahasa Melayu
dengan cara yang betul bersama anak-anak. Sebagai contohnya, penggunaan ayat yang menepati
aspek dalam bahasa Melayu. Peranan memberikan kesedaran ini juga perlu diberikan perhatian
dari pendidik iaitu guru haruslah menerangkan kepentingan bahasa Melayu di negara kita dan juga
sejarah bahasa Melayu yang telah dijadikan lingua franca pada zaman keagungan kerajaan Melayu
Melaka pada kurun ke-15. Sehubungan dengan itu, sudah pasti mereka akan memiliki jati diri dan
semangat cinta akan bahasa ibunda yang kuat. Sekiranya kesedaran ini dapat dipupuk sejak kecil,
seperti kata pepatah, “Kalau hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya.” Sudah pasti hasilnya
akan akan berkekalan hingga dewasa.

Sidang pendengar sekalian,

1
Usaha lain adalah melalui kempen dan peranan media massa. Pihak-pihak tertentu telah
memberikan kuasa tanggungjawab dalam hal ini berperanan untuk menjalankan kempen yang
memartabatkan bahasa Melayu pada semua lapis masyarkat. Kuasa ini berikan kepada Dewan
Bahasa dan Pustaka (DBP) bagi menjalankan kempen yang berkesan untuk memupuk kesedaran
dalam kalangan masyarakat agar mencintai bahasa Melayu dan menwujudkan perpaduan diantara
kaum. Sebagai contohnya, pihak DBP telah bekerjasama dengan pihak sekolah dan institusi
pengajian tinggi awam atau swasta yang lain untuk menjalankan aktiviti yang menjurus ke arah
memartabatkan bahasa Melayu. Selain itu, peranan dari media massa turut memberikan kesan yang
positif kepada kememartabatan bahasa Melayu ini dalam kalangan anggota masyarakat. Hal ini
demikian kerana, media massa adalah media yang paling mudah untuk mempengaruhi masyarakat
pada zaman kini. Oleh hal yang demikian, sudah pasti perkara ini telah membuahkan hasil dan
dapat meningkatkan penggunaannya dalam kalangan masyarakat di negara kita. Perkara ini
dapatlah disamakan seperti kata pepatah, “Duduk sama rendah,berdiri sama tinggi” dengan bahasa
antarabangsa yang lain di dunia ini.

Hadirin sekalian,

Peranan sektor swasta dalam memartabatkan bahasa Malaysia amatlah dialu-alukan.


Sektor swasta haruslah peka dan menganjurkan lebih banyak kegiatan bahasa di luar negara seiring
dengan promosi perniagaan atau produk masing-masing. Kegiatan promosi dan pasaran secara
terancang akan memberikan pulangan yang merangsangkan perkembangan bahasa Malaysia
sebagai bahasa ekonomi, sains, dan teknologi. Papan-papan tanda dan iklan yang mempromosikan
sesuatu produk haruslah menggunakan kata-kata bahasa Melayu yang betul dalam semua urusan
rasmi. Dengan cara ini, kita akan dapat mendaulatkan dan memartabatkan bahasa Malaysia bukan
sahaja di negara kita malah di pentas dunia. Menurut Timbalan Menteri Pelajaran, orang Malaysia
sendiri mesti membetulkan kelakuan, sikap, tanggapan, dan semangat mereka terhadap bahasa
Malaysia. Jika tidak siapakah lagi yang akan bertanggungjawab memperjuangkan dan
mendaulatkan bahasa Malaysia yang menjadi bahasa kebangsaan?

Secara kesimpulannya, sebagai negara yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa
rasmi,kita perlulah memartabatkan bahasa kita sendiri. Usaha-usaha untuk memartabatkan Bahasa

2
Melayu ini bukan sahaja menjadi tugas pemimpin atau pihak-pihak tertentu,malahan seluruh
penutur juga harus memainkan peranannya yang tersendiri. Kepentingan Bahasa Melayu ini harus
dipandang dari pelbagai sudut kerana menerusi usaha-usaha yang diambillah yang akan
mempopularkan Bahasa Melayu dimata dunia.

Akhir kata dari saya, “Bersama-sama lah kita memarbatkan Bahasa Melayu”.

Anda mungkin juga menyukai