Anda di halaman 1dari 3

31/3/2018

1.Pengajian Sosial adalah penting untuk pembelajaran dan pembangunan kanak-kanak. Dalam pandangan
anda dari segi apa yang boleh berlaku?
Pada pandangan saya, social studies penting kerana membantu kepada meningkatkan kesedaran sosial kanak-
kanak. Terdapat kurikulum social studies untuk pelbagai jenis kumpulan seperti jenis kaum, keluarga, pakaian,
makanan. Dengan ini kanak-kanak dapat memahami dan mempelajari serta dapat memahami tingkah laku manusia.
Oleh itu, pekara ini juga membantu kanak-kanak untuk mengembangkan perspektif yang luas didalam masyarakat.

Social studies juga memberi tumpuan kepada memupuk pertumbuhan sosial dan emosi anak-anak muda melalui
pengajaran cara untuk berkongsi bahan dan idea, menjalinkan perhubungan yang sihat dengan orang lain,
tanggungjawab terhadap tingkah laku mereka,dan kerjasama. Dengan cara ini, pendidik seharusnya memberikan
implikasi pengajaran social studies ini kepada kanak-kanak untuk menyatupadukan mereka mengenai budaya, minat
dalam sebuah komuniti.

Selain itu, pembelajaran tentang agama, kepercayaan sosial dan budaya, kepercayaan, etnik, nilai, bahasa,
perayaan, makanan dan pakaian, jenis keluarga, menjadikan kanak-kanak ini sedar bahawa masyarakat mereka
hidup, adalah pelbagai. Dengan ini membantu mengenali faedah dan cabaran hidup dengan pelbagai budaya dan
ideologi. Kesedaran ini membantu mereka memahami pentingnya demokrasi, hak dan kebebasan dan hakikat
bahawa untuk hidup dan hidup berdampingan dengan aman setiap orang dan setiap orang perlu menghormati,
percaya dan mengimbangi pelbagai pendapat, nilai dan sikap, gaya hidup, budaya dan amalan dan ideologi yang
ada dalam masyarakat.

Memberikan pengajaran yang berkesan kepada kanak-kanak agar memperoleh pengetahuan mendalam tentang
konsep kepada setiap sains sosial, dan kemahiran dan nilai yang dianggap sebagai sebahagian daripada sosial
kajian. Penyampaian pengajaran secara realiti memberikan kanak-kanak mengetahui untuk memupuk nilai,
menghormati dan lebih bertanggungjawab di dalma komuniti. Di samping itu, untuk memberikan penilaian yang
berkesan.
9/4/2018
2. Bagaimana teori ekologi bronfenbrenner mempengaruhi perkembangan diri kanak-kanak?
18/4/2018
3. Apakah konsep geografi kanak-kanak yang berumur 3 hingga 4 tahun boleh belajar dari persekitaran
kita?
27/4/2018
4. Bagaimanakah anda dapat memperkenalkan anak-anak muda kepada konsep pengguna dan pengeluar?
3/5/2018
5. Bagaimana pengetahuan, kemahiran dan sikap dapat membantu kanak-kanak untuk menjadi
warganegara yang bertanggungjawab?
5/1/2018
6. Dengar muzik dan lagu rakyat dari negara lain. Adakah anda berfikir bahawa lagu-lagu rakyat ini boleh
menyumbang kepada pertumbuhan anak-anak kita? Bagaimana?
Tugasan 1. 22/4/17
Cuba persiapkan sepuluh halaman "BESAR BESAR" sesuai untuk kanak-kanak berumur antara 2-4 atau 4-
6. Anda boleh menggunakan gambar-gambar yang diambil sendiri atau potongan. Gunakan kreativiti
anda untuk membuat buku menarik. Pilih tema untuk berfungsi
• Sumber Pembelajaran Anak, Keluarga, Sekolah Dan Komuniti
• Budaya, Kepelbagaian Dan Nilai
• Kajian Kanak-kanak Masa, Kesinambungan, Dan Perubahan: Sejarah
• Orang, Tempat Dan Alam Sekitar: Geografi
• Pengeluaran, Pengagihan Dan Penggunaan: Ekonomi
• Membangun Kewarganegaraan: Sivik Dan Kerajaan
• Sambungan Global
Pada pandangan saya, masalah tingkah laku ini adalah perkara biasa. Terdapat beberapa langkah
dari guru masa kini yang boleh menangani masalah tingkah laku dengan lebih baik.

Antaranya. menangani masalah tingkah laku remaja iaitu memupuk sikap saling membantu.
Remaja yang mempunyai penghargaan kendiri positif memainkan peranan penting dalam
memberikan bantuan kepada remaja yang mempunyai penghargaan kendiri yang rendah dalam
menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru. Di samping itu, kita juga boleh menaikkan
semangat dengan memberikan motivasi dan galakan kepada para remaja. Malahan peranan dari
ibubapa juga penting yang sentiasa memerlukan bimbingan daripada ibu bapa, guru dan orang
dewasa lain dalam pembentukan identiti dan dalam proses penyesuaian ke dalam masyarakat.

Sebelum bermulanya proses pembelajaran, guru digalakkan mengemukakan soalan yang


berkaitan dengan pembelajaran yang lepas. Hal ini akan membentuk personaliti ego kerana
remaja akan berusaha mengingat, mengamati apa-apa yang telah dipelajari oleh mereka sebelum
ini untuk tujuan menjawab persoalan yang dikemukakan oleh guru. Apabila persoalan yang
dikemuka dapat dijawab dengan lancar, mereka akan berasa puas walaupun jawapan yang
diberikan tidak menepati kehendak guru

Guru harus menggalakkan remaja menggemukan soalan. Teknik soal jawab merupakan teknik
yang paling lama dan paling popular digunakan dalam bidang pendidikan. Pemilihan teknik ini
dalam pengajaran dan pembelajaran dapat melahirkan interaksi antara guru dan pelajar secara
berkesan. Apabila pelajar ditanya sama ada mereka mempunyai soalan atau tidak, mereka akan
berdiam diri atau memberitahu tidak mempunyai soalan. Kemahiran bertanya dan menyoal
bukan sekadar untuk kita mendapatkan sesuatu maklumat tetapi dapat membantu kita membina
iklim komunikasi yang positif dan memupuk sikap saling memahami dan bekerjasama.

Remaja mempunyai perbezaan dalam kesediaan emosi, kesediaan kognitif dan kesediaan
psikomotor. Kita perlu memikir dan mempertimbangkan kemampuan, keupayaan, kebolehan dan
kesediaan kanak-kanak mengikut tahap perkembangan mereka. Guru yang mengajar kanak-
kanak pada peringkat awal perlu lebih kreatif dan fleksibel dalam pengajaran mereka. Mereka
harus peka pada tahap perkembangan dan ciri-ciri peribadi setiap kanak-kanak dan
mengubahsuai teknik pengajaran mereka mengikut keperluan kanak-kanak tersebut.

Kesimpulanya, langkah-langkah ini harus dikuti dan diamati oleh guru dan ibubapa untuk
menangani masalah tingkah laku ini.

Anda mungkin juga menyukai