Anda di halaman 1dari 6

1.

Saya memilih cerita kanak-kanak iaitu Kisah Dongeng Cinderella. Cerita ini bertemakan Tema
Jamaniah iaitu tema yang cenderung berkaitan dengan tubuh manusia sebagai molekul, zat dan
jasad.

Kisah dongeng ini menceritakan mengenai seorang gadis yang tinggal bersama ibu dan
saudara tiri-nya yang kejam namun kerana kebaikan hatinya akhirnya ia menemukan
kebahagiaan yang idamkan. Cinderella seorang yang sangat cantik dan baik hati. Sedangkan ibu
dan kedua kakak tirinya selalu bertindak jahat. Mereka mempergunakan cinderella seperti
orang gaji mereka. Setiap hari Cinderella harus mengerjakan seluruh pekerjaan rumah seperti
mengemas rumah, membasuh baju dan memasak. Sementera Ibu tiri dan kakaknya tidak
melakukan apa-apa perkerjaan. Sehinggalah pada suatu hari mereka dijemput oleh kerajaan ke
pesta di istana. Ibu dan kakak-kakaknya bersiap-siap cantik manakala Cinderella sedih apabila
ibu dan kakaknya tidak ingin membawanya bersama-sama. Sehingga ada kuasa magic yang
membantu Cinderella untuk ke istana bagi meraikan di istana. Apabila sampai di sana seorang
Putera ingin menari bersama-sama hinggalah pada jam 12 malam. Cinderella terpaksa pulang
kerana juga berjanji akan pulang tepat pada waktu itu dan berubah seperti sedia kala. Putera
mengejar Cinderella tetapi tidak dapat. Maka bermula misi mencari Cinderella hingga jumpa.

Watak bermaksud sifat batin seseorang yang mempengaruhi tingkah lakunya atau
fikirannya. Didalam kisah dongeng watak utama adalah Cinderella yang memainkan watak
utama dalam kisah ini. Selain itu, watak dinamik iaitu ibu tiri dan kakak-kakak Cinderella yang
selalu menimbulkan permasalahan bagi Cinderella iaitu situasi dimana meminta mengemaskan
rumah yang cara keterlaluan, tidak membawa Cinderella membawa ke pesta di Istana dan lain-
lain.

Plot ialah rangka asas yang sangat penting dan mengawal tindakan mesti berkaitan
antara satu sama lain, bagaimana pari-paristiwa berkaitan dengan pari-paristiwa lain, dan cara-
cara watak-watak digambarkan dan memainkan peranan dalam acara tersebut. Plot
penceritaan Cinderella ini adalah Permulaan

Dongeng Cinderella IAITU seorang Cinderella bersama ibu tiri dan kedua kakak tirinya.
Cinderella ini sangat cantik dan baik hati. Sedangkan ibu dan kedua kakak tiri sering melakukan
perbuatan yang tidak baik. Setiap hari Cinderella ini harus melakukan pekerjaan rumah. Ibu
tirinya selalu memarahinya. Pada suatu hari datanglah pengawal kerajaan yang menyebarkan
undangan pesta dari istana kepada rakyat. Kakak-kakaknya amat gembira atas kejemputan itu.
Mereka berhasrat ingin berjumpa dengan anak-anak yang berada dan tampan. Malahan juga, Ibu
tiri Cinderella turut gembira dan berkata pada kedua kakaknya “Kamu berdua harus berdandan
secantik- cantiknya dan menarik perhatian Putera agar jatuh cinta.”. Hari yang dinanti sudah tiba
kedua kakak tiri Cinderella berdandan dengan gembira. Cinderella melihat mereka berdandan
dan merasa sangat sedih.
Perkembangan kisah Cinderella ini adalah tiba-tiba muncullah seorang pari-pari di depan
Cinderella. “Cinderella berhentilah menangis. Wajah akan bertambah cantik saat kau tersenyum”
kata pari-pari tambun berbaju biru itu. Cinderella masih terisak sambil bersimpuh di lantai. Pari-
pari tersenyum dengan sangat ramah “Cinderella bawalah empat ekor tikus dan dua ekor kadal”.
Cinderella merasa bingung dengan permintaan pari-pari tetapi dia tetap melakukannya.
Cinderella mengumpulkan tikus- tikus dan kadal- kadal di rumahnya. Setelah semuanya
dikumpulkan Cinderella pari-pari membawa tikus dan kadal tersebut ke kebun labu di halaman
belakang. “Sim salabim” pari-pari berteriak sambil menebar sihir dari tongkat ajaibnya. Terjadilah
suatu keajaiban. Tikus-tikus berubah menjadi empat ekor kuda serta kadal-kadal berubah
menjadi dua orang kusir. Sebuah labu besar di kebun berubah bentuk menjadi kereta berwarna
emas. Yang terakhir Cinderella berubah menjadi Puteri yang cantik dengan memakai gaun yang
sangat indah dan sepasang kasut kaca.
Cinderella bergembira dengan persediaan yang hendak ke istana. Sebelum pergi Pari-pari
memesan agar Cinderella pulang sebelum lewat malam kerana kuasa sihir/magic itu akan hilang.
Kereta kuda emas segera berangkat membawa Cinderella menuju istana. Setelah tiba di istana
Cinderella langsung masuk ke istana. Sang Putera datang menghampiri Cinderella. “Puteri yang
cantik mahukah Puteri menari dengan saya” minta Putera sembari mencium tangan Cinderella.
“Baiklah Putera” jawab Cinderella sambil mengangguk. Mereka berdua menari bersama-sama
dalam alunan musik di bawah pandangan mata seluruh tamu yang hadir. Ibu dan kedua kakak
Cinderella yang berada di situ merasa iri pada Puteri cantik tersebut dan mereka tidak menyangka
kalau Puteri yang cantik itu adalah Cinderella.
Peleraian penceritaan ini adalah Putera terus menari dengan Cinderella. Sedang gembira
menari bersama-sama Cinderella terlupa akan syarat yang diberi oleh pari-pari. Lalu, Cinderella
menarik tangannya dari genggaman Putera dan segera berlari ke luar istana. Di tengah jalan
sepatunya terlepas sebelah kasut tapi Cinderella tidak memperdulikannya ia terus berlari. Putera
mengejar Cinderella tetapi ia kehilangan jejak Cinderella. Di tengah anak tangga ada sebuah
sepatu kaca kepunyaan Cinderella. Meskipun Cinderella kembali menjadi gadis yang penuh debu
ia amat bahagia kerana pergi ke pesta istana.
Esok harinya para pengawal yang dikirim Putera datang ke rumah-rumah yang memiliki
anak gadis. Seluruh rumah di seluruh dan pelosok negeri didatangi untuk mencuba kasut kaca
dengan kaki mereka tetapi tidak ada yang cocok. Sampai akhirnya para pengawal tiba di rumah
Cinderella. “Kami mencari gadis yang kakinya sesuai dengan kasut kaca ini” kata para pengawal.
Kedua kakak Cinderella mencuba kasut tersebut.
Pada saat itu pengawal melihat Cinderella “ kamu pula cuba kasut ini” katanya. Kemudian
Cinderella menjulurkan kakinya. Ternyata sepatu tersebut sangat sesuai.. Ibu dan kedua kakak
tiri Cinderella sangat marah dan iri hati pada Cinderella. Akhirnya Cinderella menikah dengan
Putera.
Latar merangkumi topografi, iklim dan cuaca. Latar memainkan peranan penting yang
mempunyai kesan ke atas setiap aspek dari sebuah buku, mungkin tidak penting dan hampir tidak
disebutkan, atau ia tidak boleh disebutkan sama sekali. Latar Tempat di Rumah Cinderella, Istana.
Latar Masa pada zaman dahulu, pagi, malam. Latar suasana berpesta dan gembira.

Struktur fizikal ialah kriteria umum yang yang harus membimbing orang dewasa
memilih buku kanak-kanak seperti kandungan teks, persembahan, bahasa dan editorial dan
nilai-nilai positif.

Kandungan Teks dalam cerita Cinderella ini ringkas dan mempunyai menceritaan yang
menarik dan sesuai dengan kanak-kanak terutamanya perempuan. Kesesuaian tema dalam cerita
ini juga sesuai dengan kanak-kanak Cinderella yang baik hati dan mempunyai watak jahat iaitu
ibu tiri dan kakak-kakaknya ini memberikan bentuk pada kanak-kanak iaitu sentiasa bersangka
baik dan perbuatan yang baik.

Persembahan daripada buku ini mengikut pada kualiti sesuatu buku. Yang mempunyai
banyak jualan di kedaikedai buku. Daya tarikan dan kesesuaian kulit buku amat menarik
perhatian kanak-kanak yang warna warni, watak-watak yang cantik dan tampan malah reka
cipta pari-pari juga menarik perhatian kanak-kanak.

Bahasa dan editorial menggunaan bahasa yang menarik dan mudah untuk kanak-kanak.
Kaedah mengulangan dan penceritaan yang menarik membantu pendidik menceritakan dan
penerangan pada kanak-kanak.

Nilai-Nilai Positif dapat diterapkan pada kanak-kanak kecil yang memberikan teladan.
Kanak-kanak dapat menggunakan baik hati sesama adik beradik dan rakan-rakan. Nilai positif
ibubapa boleh membentuk kanak-kanak supaya sentiasa rajin menolong dan saling membantu.
Kesimpulanya, semua eleman ini amat memainkan peranan yang penting untuk kanak-
kanak dan ibubapa serta pendidik agar dapat menyampaikan maklumat daripada buku cerita
tersebut.
2. E-forum 2: 5 Markah (Minggu Ke-5)

Penggunaan bahan sastera yang memberi makna kepada diri kanak-kanak akan menarik kanak-
kanak untuk membaca lebih mendalam dan menghayati dengan sebaiknya.

Bincangkan bagaimana bahan sastera boleh memberikan kesan terhadap perkembangan


kognitif, kreativiti dan sosio emosi kanak-kanak.

Bahan sastera boleh memberikan kesan terhadap perkembangan terhadap kognitif,


kreativiti dan sosio emosi kepada kanak-kanak. Pendidik dan ibubapa seharusnya kreatif bagi
mengolah dan menyediakan bahan-bahan pembelajaran dan pengajaran yang sesuai dengan kanak-
kanak.

Perkembangan kognitif menjadi fokus utama dalam pendidikan awal kanak-kanak kerana keupayaan kognitif
mempengaruhi semua aktiviti pembelajaran. Teori Perkembangan Kognitif Piaget diguna pakai dengan
meluas dalam pendidikan awal kanak-kanak. Aspek komponen kognitif diterapkan kepada kanak-kanak
dengan pengetahuan baharu dan mempertingkat kefahaman kanak-kanak terhadap pengetahuan yang
sedia ada. Buku kanak-kanak membekalkan banyak maklumat yang kanak-kanak tidak boleh dapati
daripada penerokaan dan pemerhatian persekitaran mereka.
Kanak-kanak di peringat prasekolah juga dapat dilatih membuat andaian dengan cara menunjukkan
kulit buku dan bertanyakan kepada kanak-kanak tentang gambar di kulit buku tersebut. Kanak-kanak dapat
meneka tentang cerita yang bakal mereka dengar berdasarkan gambar di kulit buku tersebut. Setelah selesai
membaca buku, minta mereka mengesahkan sama ada tekaan mereka tadi benar atau tidak benar. Semasa
proses membaca buku itu, kanak-kanak digalakkan membuat penekaan terhadap cerita tersebut mengenai
perkara yang akan berlaku seterusnya. Cabar pemikiran mereka memikirkan kesudahan-kesudan yang lain
bagi cerita tersebut. Cara berfikir kanak-kanak akan dapat dipertingkatkan dengan menggunakan buku.
Mereka juga menggunakan kemahiran berfikir secara kritikal dan belajar cara-cara hendak menyelesaikan
masalah.
Selain itu, membacakan banyak buku untuk kanak-kanak akan dapat mengajar kanak-kanak untuk
membuat perbandingan. Contohnya, kanak-kanak akan dapat melihat buku tentang kucing yang kita baca
hari ini berbeza dengan buku tentang kucing yang telah kita baca sebelumnya. Begitu juga dengan membaca
buku tentang kehidupan kanak-kanak lain yang berada di negara lain menggalakkan kanak-kanak membuat
perbandingan tentang cuaca, masa dan cara kehidupan yang berbeza. Guru patut menggunakan peluang
ini juga bagi mempekenalkan kepelbagaian kaum seperti memperkenalkan pakaian, makanan, dan
perayaan-perayaan yang berbeza yang terdapat antara pelbagai budaya di negara kita yang kaya dengan
pelbagai budaya.
Semasa kanak-kanak berusia lima ke enam tahun ialah peringkat mereka yang banyak
berimaginasi. Hal ini kerana pada ketika ini pemikiran mereka amat kreatif dan penuh dengan imaginasi. Kita
dapati kanak-kanak pada usia ini suka bermain drama dan sosiodrama. Semasa membaca buku cerita,
kanak-kanak menggunakan daya imaginasinya bagi melihat cerita yang dikisahkan itu dilayar minda mereka.
Dengan kekuatan imaginasi mereka, kanak-kanak seolah-olah beradai dalam dunia penceritaan tersebut
dan dengan daya imaginasinya kanak-kanak dapat meletakkan dirinya di tempat watak dalam cerita tersebut.
Kebiasaannya juga kanak-kanak menggunakan cerita yang dibacanya sebagai episod bagi bermain drama
ataupun sosiodrama secara suka-suka bagi cerita yang berjaya menambat hati mereka. Oleh itu, sastera
dapat memperkembang imaginasi kanak-kanak dengan memberi mereka idea-idea baru dan membawa
mereka ke alam fantasi yang belum pernah diterokai oleh mereka yang akan lebih memperkaya dan
meluaskan imaginasi kanak-kanak ini. Perlu diketahui kanak-kanak yang berimaginasi ialah kanak-kanak
yang kreatif dan berinovasi serta sifat-sifat ini merupakan peringkat kognitif yang agak tinggi.
Selain itu, kreativiti juga dapat membantu perkembangan kanak-kanak yang memberikan fokus
kepada kreatif dan ekspresif mereka. Para pendidik seharusnya meningkatkan lagi pontensi kreativiti dengan
penyediakan peluang untuk aktif dalam aktiviti seni. Pendidik dapat memberikan suasana kreatif dengan
mengadakan suasana yang selamat di dalam bilik darjah.
Pendidik dapat membantu kanak-kanak membuat pemerhatian dan membezakan hasil sseorang
pelukis dengan pelukis yang lain. Sebagai lanjutan, libatkan murid-murid dalam aktiviti seni yang berkaitan
dengan teknik yang digunakan oleh pelukis atau ilustrasi di dalam buku cerita. Murid-murid pada usia ini juga
suka menggunakan sensori dalam meneroka alam sekitar. Bacakan buku yang mengenai penggunaan deria
sensori mereka. Murid-murid gemar menyanyikan lagu-lagu kegemaran mereka. Dengan pendedahan muzik
kepada murid-murid mendengar lagu atau puisi memberi untuk membuat pergerakan kreatif.
Komponen perkembangan sosial emosi memberi fokus kepada penguasaan emosi dan kemahiran
sosial yang matang. Emosi digambarkan dengan bahasa badan fizikal, iaitu bahasa bukan lisan.
Penguasaan kemahiran ini membolehkan murid belajar mengawal emosi, pemikiran dan tindakan supaya
dapat menyesuaikan diri dalam kehidupan bermasyarakat. Pembentukan perlakuan berlaku melalui proses
mengenal pasti dan peniruan. Murid-murid belajari sesuatu perlakuan melalui proses pemerhatian dan
peniruan. Peniruan boleh berlaku dengan menggunakan buku. Hal ini kerana melalui buku akan terdapat
perlakuan-perlakuan yang prososial seperti bertolak ansur, menunggu giliran, meminta izin, memohon maaf
dan sebagainya. Di sini kanak-kanak akan mempelajari dan mencontohi tingkah laku yang betul dan yang
boleh diterima oleh masyarakat. Tambahan pula, kanak-kanak di usia ini masih baru dalam proses
bersosialisasi dan amat memerlukan contoh yang perlu diikuti oleh mereka.

3. E-forum 3: 5 Markah (Minggu Ke-7)

Lagu kanak-kanak dapat membina imej dalam pemikiran kanak-kanak, membantu pendengaran
dan menjadikan pengalaman kanak-kanak lebih beremosi.

Jelaskan lima (5) fungsi lagu kanak-kanak dalam pendidikan awal kanak-kanak.

4. E-forum 4: 5 Markah (Minggu Ke-9)

Teknik bercerita penting kerana dapat memotivasikan dan menimbulkan minat kanak-kanak
untuk mendengar dan belajar.
Bincangkan langkah-langkah untuk menjalankan teknik bercerita yang sesuai untuk kanak-
kanak di prasekolah.

Dalam bentuk yang paling asas, pantun terdiri daripada quatrain yang menggunakan skema abab rhyme.
Sebuah pantun secara tradisional dibacakan mengikut irama tetap dan sebagai peraturan ibu jari, agar tidak
menyimpang dari irama, setiap baris harus mengandungi antara lapan dan 12 suku kata. "Pantun adalah
ayat berbentuk empat yang terdiri daripada bergantian, kira-kira garis berirama. Baris pertama dan kedua
kadang-kadang muncul sepenuhnya terputus dalam makna dari ketiga dan keempat, tetapi hampir sama
ada satu pautan semacam. persatuan idea, atau perasaan, yang dinyatakan melalui assonance atau melalui
nuansa pemikiran pemikiran, itu hampir selalu dapat dikesan "(Sim, halaman 12). Pantun itu sangat rumit
dan untuk memahami bahawa pembaca umumnya perlu mengetahui makna tradisional simbol yang
digunakan puisi. Contoh (diikuti terjemahan oleh Katharine Sim): [rujukan?]

Anda mungkin juga menyukai