Anda di halaman 1dari 3

Al-Ghazali menempatkan pendidik sebagai tokoh teladan bagi murid dan membiasakan murid-

murid untuk mengamalkan ilmu yang dimiliki bagi kepentingan diri sendiri dan masyarakat.

Keadah pembelajaran Imam al Ghazali cenderung pada prinsip sufi dan pragmatik. Menurut beliau
pendidik adalah tokoh teladan pada murid dan membiasakan murid untuk mengamalkan ilmu yang
dimiliki bagi kepentingan untuk diri sendiri dan masyarakat. Selain itu, pendidik adalah yang
mencorak masa hadapan murid-murid dan keperibadian juga dijadikan model. Pandangan beliau
dalam proses pengajaran dan pembelajaran, adalah beliau memperkenalkan beberapa prinsip
moral dan disiplin iaitu hubungan yang positif antara guru dan murid. Para pendidik mendekati
diri mereka agar dalam mengenali kanak-kanak dengan lebih dekat, dengan cara ini murid-murid
akan lebih mudah berinteaksi dengan guru. Pembelajaran dan pengajaran pada kanak-kanak lebih
sikap terbuka iaitu mereka dapat memberi padangan dan cadangan. Kanak-kanak lebih aktif
bercakap apabila mereka diberikan peluang, pendidik seharusnya memberikan masa dan meluang
masa untuk memberi ruang kepada kanak-kanak untuk berbicara dan memberikan respon yang
baik pada kanak-kanak. Dengan ini dapat meningkatkan keyakinan kanak-kanak dapat
memberikan pendapat dan cadangan mereka.

Selain itu, Al-Ghazali berpandangan bahawa seorang pendidik itu perlu mengetahui segala
masalah atau situasi yang sedang dihadapi oleh kanak-kanak. Sebahagian daripada tanggungjawab
pendidik untuk mendengari permasalahan dari muridnya. Kaedah nasihat dan latihan perlu ada
dalam proses pengajaran dan pembelajaran ini. Menurut Al-Ghazali, kaedah contoh atau tauladan
memberi pengaruh yang kuat terhadap anak-anak. Al-Ghazali juga menggalakkan pendekatan
kaedah latihan dan kebiasaan kerana kaedah ini sesuai dengan perkembangan jiwa anak-anak.
Kaedah ini mampu membentuk sikap dan tingkahlaku mereka ke arah yang lebih baik.

Konsep hukuman serta ganjaran yang diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Beliau menegah ibu bapa mahupun pendidik daripada mengenakan hukuman yang melampau
terhadap kanak-kanak. Hukuman yang hendak dikenakan harus bersesuaian dan dijalankan dengan
amat berhikmah. Oleh yang demikian, seorang guru harus mahir menangani masalah bukan hanya
masalah dirinya malah masalah murid-murid.

Imam Al-Ghazali amat menekankan agar akhlak seorang guru atau pendidik itu perlulah sesuai
dengan ajaran dan pengetahuan yang di ajar kepada para pelajarnya. Peranan guru sebagai
pendidik sememangnya berat dan penting. Ciri-ciri seorang pendidik yang baik memberikan impak
yang mengikuti teladan atau role model. Ibubapa juga perlu mempunyai pengetahuan dalam cara
dan kaedah mendidik anak agar jadi insan yang berguna. Penekanan Islam amat memberikan kesan
yang baik agar berakhlak mulia.

Menurut Al-Ghazali, mendekatkan diri kepada Allah merupakan kayu ukur kepada kesempurnaan
manusia dan jambatan kepada ilmu pengetahuan. Kurikulum pendidikan yang disusun Al-Ghazali
sesuai dengan pandangannya mengenai tujuan pendidikan iaitu mendekatkan diri kepada Allah.
Pembelajaran dan pengajaran Pendidikan Islam semasa tadika dapat memberikan pendedahan
awal kepada kanak-kanak mengenai akidah, sirah, doa, nilai murni dan lain-lain. Di dalam KSPK
telah memberikan penekanan terhadap pembelajaran pendidikan Islam yang seimbang untuk
kanak-kanak.
Permasalahan perkembangan bahasa kanak-kanak semakin hari semakin membimbangkan, ini
memberikan permasalahan yang besar buat kanak-kanak.
Kanak-kanak sukar melanjutkan kemahiran ke peringkat yang seterusnya iaitu membaca
dan menulis. Ini kerana bagi menguasai kemahiran membaca dan menulis, kanak-kanak
perlu menguasai bahasa dan memahami istilah-istilah yang digunakan dalam bahasa
tersebut (Jalongo, 2011, Machado, 2016 ). Ini disokong oleh Catts, Kamhi, dan Adolf (2012)
yang menyatakan kanak-kanak yang memasuki persekolahan tanpa pengalaman bahasa
yang mencukupi akan mengalami masalah belajar membaca dan juga memahami apa yang
dibaca. Pendedahan awal tentang perkataan dan istilah amat penting kepada kanak-kanak awal,
dengan sikap mendedahkan ini memberikan impak kepada pengetahuan kepada kanak-kanak
untuk mempelajarinya. Sekali gus, dalam penbendaharaan kata. Kanak-kanak dapat menyatakan
sesuatu dengan penggunaan ayat yang betul.
Masalah bahasa bukan hanya memberi kesan kepada pencapaian literasi dan akademik
kanak-kanak, malahan perkembangan bahasa dan komunikasi yang tidak mencapai
tahapnya pada usia tertentu juga dikaitkan dengan masalah tingkah laku seperti hiperaktif,
masalah sosial dengan rakan sebaya, guru kelas, dan ibu bapa pada masa akan datang
(Law,Rush, & McBean, 2014). Jika permasalahan bahasa ianya memberikan kesan terhadap cara
berkomunikasi kanak-kanak. Langkah untuk mengatasi permasalahan ini menyokong cara bertutur
mereka dan menggunakan kaedah yang betul untuk mengajar. Kanak-kanak mungkin ada masalah
pelat, ibubapa dan pendidik seharusnya memberikan sokongan dan membetulkan perkataan.
Kesalahan ini mungkin akan memalukan kanak-kanak sehingga penyebabkan kurang keyakinan
untuk berkomunikasi. Pendekatan pendidik agar memberikan peluang untuk kanak-kanak
berkomunikasi adalah amat penting untuk membantu perkembangan literasi mereka.

Namun kebolehan ini tidak akan berfungsi jika mereka tidak mendapat pendedahan yang
sepatutnya (Beaty & Pratt, 2014). Masalah timbul apabila kanak-kanak tidak mendapat
sokongan pengajaran dan pembelajaran literasi yang mapan pada awal usia mereka
sedangkan pada waktu tersebut otak kanak-kanak begitu aktif dalam menyerap
pembelajaran dan persekitarannya. Seawal usia kanak-kanak dapat menerima banyak
perkataan dan istilah ini dapat menunjukkan kanak-kanak sepatutunya diberikan perkataan dan
istilah yang banyak pada usia awal. Walaupun mereka tidak dapat mengikuti pendidik harus
memberikan pendekatan dan teknik yang terbaik untuk mengatasi permasalahan lambat
berkomunikasi.

The Communication Trust (2013), kanak-kanak yang mempunyai masalah dalam


perkembangan bahasa mereka akan menghadapi masalah dalam literasi, perlakuan,
rendah diri dan sukar bersosialisasi. Permasalahan ini dilanjutkan kepada apabila kanak-kanak
merasakan rendah diri, cara mengatasi permasalahan ini dengan memberikan peluang kepada
kanak-kanak untuk mengutarakan pendapat, jikalau tidak dapat idea atau sebagainya. Para
pendidik boleh menggunakan teknik main peranan, kanak-kanak diberikan watak yang tertentu
menerangkan dengan baik. Mengajari kanak-kanak tersebut dengan baik, kanak-kanak lebih suka
dengan aktiviti role-play ini kerana ianya dapat menjadi seseorang atau orang lain dan
kefahaman mereka untuk mengayaankan dan menceritakan. Pendidik seharusnya melihat aktiviti
yang menarik mampu memberikan pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan kepada
kanak-kanak.

Rujukan : (PDF) Tahap Perkembangan Bahasa dan Komunikasi Kanak-kanak berusia 2+ Tahun.
Available from:
https://www.researchgate.net/publication/320163773_Tahap_Perkembangan_Bahasa_dan_Komu
nikasi_Kanak-kanak_berusia_2_Tahun [accessed Jul 10 2018].

Kaeda

Anda mungkin juga menyukai