Anda di halaman 1dari 11

PANDUAN KURSUS | i

BMK 2012
Bahasa Melayu
Oleh:
Norsaliza Mohd Shuhaini
Muhammad Fawis Bakri
&
Diana Jumadi
PANDUAN KURSUS | ii

PENGENALAN
Panduan kursus disediakan bagi membantu pelajar untuk memahami sepenuhnya keperluan dan
kandungan kursus ini. Pelajar dinasihatkan membaca setiap bahagian ini dengan teliti. Pelajar juga perlu
memastikan agar dapat mengikuti segala perkara yang disarankan bagi membolehkan pelajar
mengulang kaji kursus ini dengan baik.

Kursus BMK 2012 Bahasa Melayu adalah kursus universiti yang wajib diambil oleh semua pelajar yang
mengikuti program diploma. Modul ini disediakan bagi memudahkan cara pembelajaran dan kursus ini
bernilai 2 jam kredit. Secara umumnya kursus ini adalah untuk mempersiapkan pelajar dengan
pengetahuan dan berkemahiran menggunakan bahasa Melayu sama ada lisan atau tulisan dalam
pelbagai situasi mengikut konteks yang betul.

KUMPULAN SASARAN
Kursus ini ditawarkan kepada semua pelajar yang mengikuti Program Diploma di UPSI. Walau
bagaimanapun, modul ini digubal khas untuk pelajar Program Jarak Jauh.

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN


Mengikut piawaian UPSI dan MQA, setiap jam kredit memerlukan pelajar memperuntukkan 40 jam
waktu pembelajaran. Anggaran agihan waktu pembelajaran bagi kursus ini adalah seperti dalam Jadual
di bawah ini.

Bil Aktiviti Pembelajaran Jam Pembelajaran


Pembelajaran Terbimbing Pembelajaran
Kendiri
Bersemuka Tidak
Bersemuka
1. Membaca modul P&P, ulangkaji dan 21
menyiapkan tugasan
2. Tutorial di pusat (2 kali perjumpaan) 7
3. Forum (E-forum; dalam MyGuru3)
4. Forum (Latihan atas Talian/Tutorial Online)
Jumlah 7 21 52

Jumlah Masa Pembelajaran 80


PANDUAN KURSUS | iii

Isi Pembelajaran Kursus (Bersemuka)

Tarikh/Masa Isi Pengajaran Catatan

6/8/2017 UNIT 1 SEJARAH, DASAR DAN PERANAN BAHASA Kuliah,


(Ahad) MELAYU Perbincangan,
Unit ini menerangkan asal-usul bangsa dan bahasa Latihan dalam
8.00 Melayu, tahap-tahap perkembangan bahasa Melayu modul
- sehingga menjadi lingua franca dan mengenal pasti dasar
10.00
dan peranan bahasa Melayu dalam negara.
(MINGGU 1)
UNIT 2 BAHASA MELAYU BAKU
Unit ini menerangkan konsep bahasa Melayu baku yang
betul,menyebut perkataan dengan sebutan baku yang
betul, mengeja perkataan mengikut peraturan ejaan baku
bahasa Melayu, dan mengetahui istilah dan pembentukan
istilah dalam bahasa Melayu.
UNIT 3 BINAAN KATA
Unit ini menerangkan definisi dan konsep berkenaan
binaan kata secara holistik dan mengetahui serta
memahami proses pembentukan kata bahasa Melayu
secara terperinci.
UNIT 9 PENGUCAPAN AWAM
Unit ini mempekenalkan topik pengucapan ilmiah secara
mendalam, mengaplikasi teori pengucapan awam yang
dipelajari, dan mengetahui jenis-jenis pengucapan awam
yang boleh dijalankan.

6/8/2017 UNIT 4 GOLONGAN KATA Kuliah,


(Ahad) Unit ini menerangkan bidang morfologi dengan baik, dan Perbincangan,
mengetahui golongan kata dalam bahasa Melayu secara Latihan dalam
10.00 terperinci. modul
- UNIT 5 SINTAKSIS
12.00 Unit ini menerangkan definisi dan konsep berkenaan
frasa, klausa dan ayat secara holistik dan mengenal pasti
(MINGGU 2) ciri-ciri frasa, klausa dan ayat.
UNIT 6 SUSUNAN, RAGAM, JENIS DAN BENTUK
AYAT
Unit ini menerangkan definisi dan konsep ayat secara
holistik dan mengenal pasti bentuk ayat dalam bahasa
Melayu.

6/8/2017 UNIT 7 LARAS, RAGAM DAN GAYA BAHASA DALAM Kuliah,


(Ahad) BAHASA MELAYU Perbincangan,
Unit ini mempekenalkan bentuk ragam, gaya dan laras Latihan dalam
12.00 dalam bahasa Melayu, mengaplikasikan penggunaan modul
- laras yang betul dalam pertuturan dan penulisan dan
mengetahui wujudnya gaya bahasa dalam bahasa
PANDUAN KURSUS | iv

1.00 Melayu.
(MINGGU 3)

6/8/2017 UNIT 8 KESANTUNAN BERBAHASA DALAM BAHASA


(Ahad) MELAYU
Unit ini mempekenalkan konsep kesantunan berbahasa
12.00 dalam bahasa Melayu, mengenali ciri-ciri kesantunan
- berbahasa, dan
mengaplikasikan penggunaan gelaran panggilan dalam
1.00 berbahasa.
(MINGGU 3) UNIT 10 KETERAMPILAN DALAM PENULISAN
Unit ini menerangkan perbezaan jenis perenggan,
6/8/2017 mengenal pasti tahap penyuntingan. dan menyenaraikan Penilaian individu
(Ahad) jenis kutipan langsung dan tidak langsung. secara bersemuka
PENILAIAN PENGUCAPAN AWAM DAN ANALISIS
1.00 KESELURUHAN PENGUCAPAN AWAM PENILAIAN
- TUGASAN 1
3.00 PENGUCAPAN
(MINGGU 4) AWAM 20%

Isi Pembelajaran Kursus (Tidak Bermuka)

Tarikh Isi Pengajaran Catatan


7/8/2017 UNIT 1 SEJARAH, DASAR DAN PERANAN BAHASA e-forum
(Isnin) MELAYU
8.00 Perbincangan berkumpulan secara online (sila rujuk
- soalan LATIHAN DALAM MODUL dalam e-forum)
10.00
(MINGGU 5)
7/8/2017 UNIT 2 BAHASA MELAYU BAKU e-forum
(Isnin) Perbincangan berkumpulan secara online (sila rujuk
10.00 soalan LATIHAN DALAM MODUL dalam e-forum) (PENYERAHAN
- TAJUK PENULISAN
12.00 ESEI ILMIAH)
(MINGGU 6) Hanya ketua
kumpulan sahaja
menyerahkan tajuk
15/8/2017 UNIT 3 BINAAN KATA BAHASA MELAYU e-forum
(Selasa) Perbincangan berkumpulan secara online (sila rujuk
8.00 soalan LATIHAN DALAM MODUL dalam e-forum)
-
10.00
(MINGGU 7)

18/8/2017 UNIT 10 KETERAMPILAN DALAM PENULISAN e-forum


(Jumaat) Sesi soal jawab berkaitan tugasan penulisan ilmiah
10.00 (Semakan draf, isi dsb)
PANDUAN KURSUS | v

-
12.00
(MINGGU 8)
24/8/2017 UNIT 4 GOLONGAN KATA e-forum
(Khamis) Perbincangan berkumpulan secara online (sila rujuk
8.00 soalan LATIHAN DALAM MODUL dalam e-forum)
-
10.00
(MINGGU 9)
24/8/2017 UNIT 5 SINTAKSIS e-forum
(Khamis) Perbincangan berkumpulan secara online (sila rujuk
10.00 soalan LATIHAN DALAM MODUL dalam e-forum) PENGHANTARAN
- TUGASAN 2
12.00 PENULISAN ILMIAH
(MINGGU 10) BERKUMPULAN
20%
31/8/2017 UNIT 6 SUSUNAN, RAGAM, JENIS DAN BENTUK e-forum
(Khamis) AYAT
8.00 Perbincangan berkumpulan secara online (sila rujuk
- soalan LATIHAN DALAM MODUL dalam e-forum)
10.00
(MINGGU 11)
7/9/2017 UNIT 7 LARAS, RAGAM DAN GAYA BAHASA e-forum
(Khamis) MELAYU
10.00 Perbincangan berkumpulan secara online (sila rujuk
- soalan LATIHAN DALAM MODUL dalam e-forum)
12.00
(Minggu 12)
8/9/2017 UNIT 8 KESANTUNAN BERBAHASA e-forum
(Jumaat) Perbincangan berkumpulan secara online (sila rujuk
8.00 soalan LATIHAN DALAM MODUL dalam e-forum) PENGHANTARAN
- TUGASAN 3
10.00 LATIHAN MODUL
(MINGGU 13) INDIVIDU 20%
11/9/2017 UNIT 9 PENGUCAPAN AWAM dan ULANGKAJI e-forum
(Isnin) SETIAP UNIT
8.00 Sesi soal jawab
-
9.00
(MINGGU 14)

HURAIAN BMK 2012 BAHASA MELAYU

HASIL PEMBELAJARAN KURSUS


PANDUAN KURSUS | vi

Di akhir kursus BMK 2012, anda diharap dapat:


1. Menganalisis penggunaan bahasa Melayu dalam pelbagai situasi;(C4)
2. Menggunakan bahasa Melayu dengan betul dalam komunikasi lisan dan tulisan; (P4, CS3)
3. Memupuk rasa cinta akan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan;(A3)
4. Bekerja secara berpasukan untuk melaksanakan tugas yang diamanahkan (TS4).

SINOPSIS KURSUS
Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar tentang asas-asas penting dalam penggunaan bahasa Melayu
sebagai bahasa kebangsaan. Pelajar diberi pengetahuan tentang sejarah perkembangan bahasa Melayu serta
aspek-aspek penting yang berkaitan dengannya. Pelajar dilatih menggunakan bahasa Melayu secara lisan dan
bertulis dalam konteks rasmi dan tidak rasmi.

ISI KANDUNGAN KURSUS


Untuk membantu pelajar mencapai hasil pembelajaran kursus ini, isi kandungan kursus dibahagikan
kepada 10 unit semuanya yang terkandung di dalam modul ini.

UNIT TAJUK
1 SEJARAH, DASAR DAN PERANAN BAHASA MELAYU
Unit ini memperkenalkan sejarah asal usul bangsa dan bahasa Melayu hingga menjadi
bahasa moden.

2 BAHASA MELAYU BAKU


Unit ini membincangkan sistem ejaan dan sebutan baku dalam bahasa Melayu.

3 BINAAN KATA BAHASA MELAYU


Unit ini menerangkan pelbagai bentuk binaan kata dalam bahasa Melayu.

4 GOLONGAN KATA BAHASA MELAYU


Unit ini menerangkan jenis-jenis penggolongan kata dalam bahasa Melayu.

5 SINTAKSIS
Unit ini membincangkan definisi,konsep dan ciri-ciri frasa, klausa dan ayat secara holistik.

6 SUSUNAN, RAGAM DAN BENTUK AYAT


Unit ini membincangkan dan menganalisis pelbagai binaan ayat dalam bahasa Melayu.

7 LARAS, RAGAM DAN GAYA BAHASA DALAM BAHASA MELAYU


Unit ini membincangkan kepelbagaian laras, ragam dan gaya bahasa dalam bahasa Melayu.

8 KESANTUNAN BERBAHASA
Unit ini menerangkan konsep kesantunan dan memahami tatabahasa sosial dalam bahasa
Melayu mengikut keperluan dan ketetapan yang diiktiraf oleh masyarakat.

9 ELEMEN DAN PETUA PENGUCAPAN AWAM YANG BERKESAN


Unit ini menerangkan topik pengucapan awam secara mendalam disamping mengaplikasikan
teori pengucapan awam yang dipelajari.
PANDUAN KURSUS | vii

10 KETERAMPILAN MENULIS
Unit ini menjelaskan jenis dan fungsi penanda wacana, pembinaan ayat yang berkesan untuk
penulisan, membezakan penulisan mengikut jenis, dan mengenal pasti estetika bagi
diaplikasikan dalam kemahiran menulis.

PENILAIAN KURSUS

Pemberatan penilaian kursus:

Kategori Pemberatan
1. Kerja kursus 60%
2. Peperiksaan Akhir 40%
JUMLAH 100%

Agihan pemberatan untuk kerja kursus:

Jenis tugasan Agihan Pemarkahan (Peratus)


Penilaian Atas Talian (E-Forum) 20%
Penilaian Berkumpulan 20%
Penilaian Individu 20%
JUMLAH 60%

PENERANGAN BAGI KERJA KURSUS

Sila ambil perhatian terhadap kerja kursus yang akan diberikan kepada anda untuk mendapat
kefahaman dan gambaran untuk menyelesaikan kerja kursus tersebut.

Terdapat 3 (TIGA) jenis kerja kursus dalam kursus ini, iaitu:

Jenis tugasan Jenis Kerja Kursus Agihan Pemarkahan (Peratus)


Penilaian Atas Talian Latihan Modul (merangkumi unit 20%
(E-forum-Individu) 1-8 sebanyak 20 soalan)
Penilaian Berkumpulan Penulisan Esei Ilmiah 20%

Penilaian Individu Pengucapan Awam (3-5 minit) 20%


JUMLAH 60%

Pemarkahan akan diberikan berdasarkan kualiti dan keaslian jawapan yang diberikan pada setiap forum
yang dibincangkan di dalam MyGuru3.

Kedua-dua tugasan individu dan berkumpulan yang telah lengkap perlu dikirimkan ke dalam tapak
Assignment di dalam MyGuru3(PJJ) dalam bentuk soft-copy. Setiap Tutor e-Lerning yang dilantik akan
menilai setiap tugasan yang telah dihantar.

Berikut adalah penerangan berkenaan Tugasan Berkumpulan dan Tugasan Individu seperti di bawah:
PANDUAN KURSUS | viii

Pecahan Soalan / Arahan Markah Tarikh Akhir


Tugasan Penerimaan
Tugasan Penulisan Esei ilmiah 20 markah (Minggu ke-10)
Berkumpulan Hal ini untuk mencapai LO3 dalam Rancangan
Instruksional, iaitu “Memupuk rasa cinta akan bahasa
Melayu sebagai bahasa kebangsaan (A3)” dalam
Unit 10.
Tema Bahasa disarankan bagi tugasan ini.
Tugasan berkumpulan (1) perlu ditulis sebanyak
25-30 muka surat.
JUMLAH 20 Markah

Bagi E-Forum, perbincangan perlu dilakukan di dalam ruangan Group E-Forum yang disediakan oleh
Tutor e-Learning berdasarkan kumpulan masing-masing dan seterusnya akan dinilai berdasarkan
penilaian indidvidu.

Pecahan Soalan / Arahan Markah Tarikh Akhir


Tugasan Penerimaan
E-Forum/ Latihan Modul dinilai bagi setiap pelajar bagi melihat 20 markah (Minggu ke-13)
Tugasan kemajuan dan pencapaian pelajar dikesan di akhir
Individu setiap unit. Unit yang terlibat dalam latihan ini
merangkumi unit 1 hingga 8. Soalan dikemukan
kepada pelajar dalam bentuk perbincangan dalam
platform Open learning.
JUMLAH 20 Markah

Pecahan Soalan / Arahan Markah Tarikh Akhir


Tugasan Penerimaan
Tugasan Para pelajar akan dinilai berdasarkan pembentangan 20% (Minggu
Individu pengucapan awam yang diadakan secara keempat)
bersemuka (Sila rujuk jadual isi pembelajaran kursus
secara bersemuka)
JUMLAH 20 Markah

PANDUAN PENULISAN ESEI ILMIAH (TUGASAN BERKUMPULAN)

Penulisan perlulah memenuhi format seperti berikut:


i. Font: Times New Roman
ii. Saiz: 12
iii. Spacing : 1.5
iv. Rujukan / biblografi mengikut format APA
v. Jumlah muka surat : 25-30 (tidak termasuk rujukan dan lampiran)
vi. Setiap tugasan perlulah dihasilkan secara berkumpulan dan setiap rujukan perlu
dinyatakan.
vii. Sebarang plagiat atau peniruan dari mana-mana sumber tanpa dinyatakan hasil rujukan akan
diberikan markah kosong (0).
PANDUAN KURSUS | ix

viii. Jumlah pelajar setiap kumpulan 4-5 orang


ix. Bertemakan Bahasa
x. Tajuk bergantung kepada pelajar. (Tempoh masa seminggu diberikan bagi penyerahan tajuk)

RUBRIK PEMARKAHAN PENULISAN ILMIAH (20% MINGGU 10)


Pembahagian Markah Tugasan Berkumpulan
(Jumlah = 20 markah)
16 – 20% Hasil kajian yang menarik dan memenuhi keperluan topik perbincangan.
Penyediaan format yang tepat dan sangat cemerlang dari segi isi
perbincangan, susunan ayat, kreativiti dan bahan rujukan yang diberikan.
Tiada kesalahan penulisan ayat.
11 – 15% Hasil kajian yang baik dan sedikit memenuhi keperluan topik perbincangan.
Penyediaan format yang memenuhi dan isi perbincangan, susunan ayat,
kreativiti dan bahan rujukan yang diberikan adalah baik. Terdapat beberapa
kesalahan penulisan ayat.
6 – 10% Hasil kajian yang kurang menarik dan kurang memenuhi keperluan topik
perbincangan. Penyediaan format yang kurang tepat dan isi perbincangan
lemah, kurang kreativiti dan bahan rujukan yang kurang sesuai. Terdapat
banyak kesalahan penulisan ayat.
1 – 5% Hasil kajian yang tidak menarik dan agak terpesong dari topik perbincangan.
Penyediaan format yang tidak tepat dan perbincangan isi perbincangan
yang tidak sesuai, tiada kreativiti dan tiada bahan rujukan yang diberikan.
Berlaku kesalahan penulisan ayat bagi setiap muka surat.
0 Terdapat unsur plagiat, atau peniruan. Tidak diserahkan pada waktu yang
ditetapkan. Tidak mengikut topik perbincangan.

RUBRIK PEMARKAHAN LATIHAN DALAM MODUL (20% MINGGU 13)

Pembahagian Markah CIRI-CIRI YANG TERDAPAT DALAM JAWAPAN


(Jumlah = 20 markah)

15-20%  Takrif yang bertepatan terhadap soalan


 Bahasa yang digunakan lancar dan bersih dalam segala aspek.
 Terdapat beberapa keseragaman bahasa yang susunan dan
pengolahannya sangat menarik.
 Fakta dan isi cukup dan berkembang seiring dengan contoh-contoh yang
bersesuaian.
 Olahan hujah sangat logik dan dapat memperlihatkan ciri-ciri kematangan
fikiran.
10-14%  Takrif yang masih bertepatan dengan soalan.
 Pengolahan fakta dan isi yang cukup dan agak menarik.
 Penggunaan bahasa yang memuaskan.
 Keseragaman dalam ayat agak sedikit.
 Masih terdapat ciri-ciri kematangan fikiran dalam penulisan dan
pengembangan idea.
5-9%  Takrif terhadap soalan agak kurang tepat dan kurang difahami.
 Fakta dan isi sedikit terpesong.
 Pengolahannya agak lemah dan kurang teratur.
 Terdapat beberapa kesalahan bahasa yang tetap boleh diterima.
PANDUAN KURSUS | x

 Tiada keragaman bahasa.


 Perbendaharaan kata terhad dan pengelolaan agak kabur.
0-4%  Takrif terhadap soalan tidak difahami langsung.
 Fakta dan isi terpesong dan pengolahannya sukar difahami.
 Terdapat banyak kesalahan dalam perbendaharaan kata.
 Penguasaan bahasa amat lemah.
 Susunan ayat yang kelam kabut.

PERINGATAN

- Setiap keperluan dan perbincangan mengenai kursus ini perlulah merujuk kepada arahan dan
penerangan daripada Tutor E-Learning anda
- Kehadiran dari segi penyertaan perbincangan melalui tutorial secara E-Learning adalah WAJIB
- Ketidakhadiran di dalam kelas dan tutorial E-Learning akan menyebabkan anda dihalang (bar)
dari menduduki peperiksaan akhir.
- Sebarang peniruan dan plagiat adalah tidak dibenarkan dan boleh diambil tindakan tatatertib
- Sentiasa PEKA terhadap tarikh berkaitan dengan kehadiran kelas, perbincangan tutorial dan
penghantaran kerja kursus.
- Sentiasa merujuk kepada pengumuman di dalam E-Learning dari masa ke semasa
- Sebarang permasalahan mengenai penghantaran kerja kursus perlu dirujuk kepada Tutor
E-Learning anda.
- Sebarang perubahan dan penambahan terhadap kerja kursus adalah bergantung kepada
arahan melalui Tutor E-Learning mengikut masing-masing.

PANDUAN PENILAIAN PENGUCAPAN AWAM (INDIVIDU)


Pengucapan awam perlulah memenuhi keperluan seperti berikut:
i. Individu
iii. Durasi masa 3-5 minit
iv. Tema: Bahasa

RUBRIK PEMARKAHAN LISAN (20% BERSEMUKA MINGGU 4)

Pembahagian Markah PENILAIAN PERSEMBAHAN


(Jumlah = 20 markah)
7% Kandungan (merangkumi Pengenalan, Fakta, Kesesuaian contoh, dan
Kesimpulan)

6% Penyampaian (merangkumi Kaedah dan Kreativiti)

5% Persembahan (merangkumi Kelancaran, Kesinambungan ayat, Keyakinan dan


Komunikasi yang jelas)

2% Pengurusan Masa
PANDUAN KURSUS | xi

PEPERIKSAAN AKHIR (INDIVIDU 40%)

Bentuk Soalan: Objektif


Jumlah Soalan: 40 soalan (1 Soalan 1% x 40 soalan = 40%)
Pilihan Jawapan: A, B, C dan D sahaja
Kandungan Soalan: Soalan meliputi Unit 1- 8 sahaja masing-masing seperti berikut:
1. Sejarah, Dasar dan Peranan bahasa Melayu
2. Bahasa Melayu Baku
3. Binaan Kata
4. Golongan Kata
5. Sintaksis
6. Susunan Ayat
7. Ragam, Gaya dan Laras bahasa Melayu
8. Kesantunan Berbahasa
Penyediaan OMR: Semua jawapan perlu dijawab pada kertas OMR yang telah disediakan.
Masa: 1 Jam sahaja
Pengumpulan soalan: Soalan peperiksaan akhir disediakan oleh pensyarah

Anda mungkin juga menyukai