Anda di halaman 1dari 16

JANUARY 2024

HBEC1903

PEDAGOGY IN EARLY CHILDHOOD EDUCATION AND CARE


BAHAGIAN 1

Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi telah banyak mempengaruhi budaya

kehidupan masa kini, dalambidang pendidikan khususnya, pengaplikasian teknologi ini

dalam pengajaran dan pembelajaran memberikan satuanjakan baru dalam teknik

pedagogi guru. beberapa penyelidikan lepas telah membuktikan bahawa penggunaan

teknologi telah dapat merevolusikan teknik pengajaran guru, kaedah murid belajar dan

secara keseluruhannya carapendidikan dikendalikan sesuai dengan era masa kini.

Pendidikan awal kanak-kanak merupakan pendidikan peringkat awal usia bagi

kanak-kanak. Sebagaimana yang diketahui umum, manusia mula belajar belajar sesuatu

baru sejak di dalam kandungan ibu lagi. Pembelajaran terus berlaku setelah bayi

dilahirkan dan seterusnya membesar sebagai kanak-kanak. Pembelajaran boleh berlaku

dalam pelbagai situasi dan keadaan, walaupun di mana pun kita berada. Namun

pembelajaran kanak-kanak pada masa kini adalah lebih maju dan canggih berbanding

kanak-kanak pada zaman dahulu. Manusia kini hidup dengan pelbagai kemudahan dan

kemajuan teknologi. Anatara teknologi yang dominan adalah teknologi maklumat dan

komunikasi. Perkembangan teknologi ini mempengaruhi hampir semua aspek kehidupan

manusia pada masa kini. Ia mempengaruhi bagaimana manusia menguruskan kehidupan

seharian mereka yang merangkumi aspek kesihatan dan keselamatan, pengangkutan,

rumah dan kediaman, industri serta aspek maklumat dan komunikasi. Bidang pendidikan

juga turut menerima kesan daripada perkembangan teknologi ini dari masa ke semasa.

Pendidikan prasekolah adalah antara peringkat pendidikan yang mengambil peluang

daripada perkembangan teknologi ini. Pelbagai usaha dilakukan oleh kerajaan dan pihak

berautoriti untuk memastikan kemajuan pendidikan prasekolah di Malaysia.

1
Bidang pendidikan sangat dipengaruhi oleh Teknologi Maklumat dan Komunikasi

isitu ICT. Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pemudahcaraan di prasekolah

merupakan salah satu cara untuk meningkatkan keberkesanan dan kemahiran yang

pelbagai dalam diri kanak-kanak. Teknologi boleh memainkan peranan yang penting

dalam proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak kerana kanak-kanak hari ini

adalah generasi komputer. Hal ini kerana murid pada abad-21 telah didedahkan secara

meluas dan sudah biasa dengan penggunaan internet dan komputer. Murid-murid yang

lebih lengkap pengetahuan dan kemahiran dalam teknologi ini lebih mudah

menyesuaikan diri dan menghubungkaitkan teknologi dengan pembelajaran mereka.

Apakah itu Teknologi? Teknologi merujuk kepada pelbagai alat seperti digital

interaktif, peranti elektronik, tablet dan sebagainya. Teknologi ini digunakan secara

berkesan pada zaman awal kanak-kanak apabila ia berupaya untuk menyokong

pendidikan, pertumbuhan, komunikasi dan hubungan kanak-kanak. Alat yang digunakan

dalam program awal kanak-kanak juga telah meningkat dengan pesatseperti komputer,

tablet, muzik, video, papan putih interaktif dan internet. Kanak-kanak dapat mengunakan

alat ini dirumah dan bilik darjah.

Kepentingan teknologi dalam pendidikan awal kanak-kanak sememangnya tidak

dapat dielakkan. Antara kebaikan bidang teknologi dalam pendidikan adalah :

1. Membantu memperbaiki keseluruhan keberkesanan proses P&P

2. Menambahkan kualiti pembelajaran dan peringkat penguasaan pembelajaran

3. Mengurangkan dan menjimatkan masa dan tenaga guru

4. Menambahkan keberkesanan guru dari segi bilangan pelajar tanpa

mengurangkankualiti pembelajaran

2
5. Meransang minat kanak-kanak

6. Memberi kelainan dan kepelbagaian dalam kaedah mengajar

7. Memperkayakan pengalaman kanak-kanak

8. Menghasilkan bahan-bahan pengajaran yang lebih efisen

9. Penggunaan peralatan seperti ICT amat penting dalam membantu kanak-kanak

untuk menjelajah dunia internet dan melalui internet, kanak-kanak dapat membuat

banyak aktiviti yang melibatkan perkembangan kognitif kanak-kanak yang boleh

mendorong mereka terlibat secara lebih aktif dalam pembelajaran.

Manakala keburukkan bidang teknologi dalam pendidikan adalah :

1. Guru kurang berkemahiran dalam bidang teknologi

2. Peralatan-peralatan kurang dan tidak disediakan di sekolah-sekolah terutamanya

disekolah pendalaman

3. Guru kurang bermotivasi dan merasakan bidang teknologi dalam pendidkan

sebagai satu bebanan terhadap kerjaya guru

4. Alatan teknologi pendidikan terutama media elektronik memerlukan peruntukan

kewangan yang besar

5. Guru tidak mempunyai masa untuk menghasilkan Bahan Bantu Mengajar (BBM)

berbentuk IT

6. Kekurangan bahan (software pendidikan)

7. Perkembangan kanak-kanak tidak dapat berkembangan kerana hanya duduk

bermain komputer dalam tempoh waktu yang lama.

8. Kanak-kanak dapat mengetahui sesuatu perkara yang melangkaui batas umur

mereka.

3
9. Kanak-kanak akan menjadi malas belajar dan cepat menjadi bosan dalam sesi

penbelajaran

Pembestarian ICT dalam prasekolah adalah penggunaan teknologi pembelajaran

bagimemperkenal, mengukuh, dan menambah kemahiran kanak-kanak. Penggunaan

teknologi iniperlu digabungkan dengan kaedah pengajaran bagi memberi nilai tambah

kepada aktivitipengajaran dan pembelajaran kanak-kanak. ICT dalam proses pengajaran

kanak-kanak membawa kaedah yang baru dan inovatif yang mana ia dapat merangsang

minda kanak-kanak berfikir dan meneroka. Ini kerana teknologi menawarkan satu

pengalaman intelektualyang unik dan komputer dapat digunakan dalam berbagai perkara

yang menarik.

Pembestarian ICT dalam prasekolah adalah penggunaan teknologi pembelajaran

bagimemperkenal, mengukuh, dan menambah kemahiran kanak-kanak. Penggunaan

teknologi iniperlu digabungkan dengan kaedah pengajaran bagi memberi nilai tambah

kepada aktivitipengajaran dan pembelajaran kanak-kanak. ICT dalam proses pengajaran

kanak-kanak membawa kaedah yang baru dan inovatif yang mana ia dapat merangsang

minda kanak-kanak berfikir dan meneroka. Ini kerana teknologi menawarkan satu

pengalaman intelektualyang unik dan komputer dapat digunakan dalam berbagai perkara

yang menarik. (Seng, 1998& Clements, 1999).Menerusi ICT pembelajaran lebih

berpusatkan kanak-kanak. Mereka dapat meneroka,mencari bahan, penemuan dan yang

penting ia menyeronokkan dan bermakna. Ini melatihmereka berdikari dan dapat

membentuk sikap positif. Mereka mendapat peluang yang luasdalam aktiviti

pembelajaran, belajar secara kadarndan terarah kendiri berbanding pembelajaran secara

4
tradisional yang menyebabkan mereka lebih banyak mendengar danmengikuti arahan

guru. ICT juga membantu kanak-kanak menimba ilmu dengan cntoh yanglebih praktikal.

Sekirnya dulu contoh yang guru berikan bagi menunjukkan kenderaan didarat adalah

menggunakan gambar kereta atau lori. Tetapi dengan ICT guru bukan sahajadapat

menunjukkan gambar lori dan kereta malah dapat menunjukkan lori dan kereta yang

bergerak. Menerusi ICT, penilaian dapat dilakukan sebaik sahaja aktiviti itu selesai

dijalankan. Bahan ICT yang digunakan perlu mesra pengguna. Segala arahan perlu jelas,

bahasa perlu sesuai dengan umur kanak-kanak dan jangka masa yang sesuai. Arahan

yang kabur akan mengelirukan kanak-kanak. Jangka masa latihan yang terlalu lama

membosankan kanak-kanak dan menyebabkan mereka hilang tumpuan.

Sebaik-baiknya bahan yang digunakan bercorak interaktif di mana ada maklum

balaskepada kanak-kanak. Contohnya perkataan salah dan betul. Ini memudahkan kanak -

kanak mengetahui jawapan mereka betul ataupun sebaliknya. Sekiranya salah, mereka

mungkin akan mencuba lagi. Bahan ICT yang digunakn sebaik-baiknya ada bahan

sokongan seperti gambarajah, carta dan perkataan. Ini memudahkan kanak-kanak

memahami kerana ia lebih bersifat konkrit. Bahan yang digunakan sebaik-baiknya dapat

diindividukan iaitu kanak-kanak dapat melakukan aktiviti mengikut kebolehan mereka.

Ini dapat mencabar keupayaan kanak-kanak mengikut tahap kemampuan mereka. Guru

perlu banyak bersabar dengan kerenah kanak-kanak. Mereka terlalu seronok sehingga

lupa arahan guru. Hanya guru yang sabar sahaja berjaya mengendalikan bahan ICT

kepada kanak-kanak. Begitulah antaranya cara-cara untuk meningkatkan pengalaman

pembelajaran kanak-kanak.

5
Secara konklusinya, teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) yang diintegrasikan

ke dalam bidang pendidikan mampu membawa satu perubahan yang positif kepada

golongan pendidik serta pelajar. Sekaligus mampu melahirkan guru dan pelajar yang

celik teknologi pada masa akan datang. Melalui pengintegrasian teknologi maklumat dan

komunikasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran, sesuatu medium seperti teks,

audio, video, grafik dan animasi mampu disampaikan kepada pelajar dengan berkesan

melalui rangsangan deria yang lebih efektif. Para pendidik juga mampu menjadikan

teknologi maklumat dan komunikasi sebagai satu wadah untuk mengakses dan berkongsi

bahan pengajaran dengan murid dan komuniti pengajar yang lain.

Bahagian 2 (i)

Menurut Hanipah (2004) refleksi mengikut sesetengah orang adalah satu ulasan terhadap

amalan seseorang untuk memastikan ketepatan atau keakurannya kepada satu-satu

6
peraturan yang telah ditentukan. Refleksi juga boleh dilihat sebagai menjadikan satu

situasi bermasalah dalam amalan seseorang itu sebagai satu cara memperoleh

pemahaman atau pengertian baru dalam amalannya. Hanipah juga mendefinisikan

refleksi sebagai satu proses merenung, menganalisis dan mencari alasan dan seterusnya

membuat cadangan dan tindakan untuk memperbaiki diri yang dilakukan secara

berterusan. Pelbagai cabaran dalam dunia pendidikan masa kini memerlukan guru dan

pelajar yang sentiasa berfikir secara reflektif dalam menangani masalah yang dihadapi.

Melahirkan pelajar yang mempunyai pemikiran reflektif memerlukan guru yang

mengamalkan pemikiran reflektif. Amalan refleksi mula diketengahkan oleh Donald

Schon pada tahun 1993 melalui bukunya The Reflective Practitioner yang menjelaskan

bahawa amalan reflektif sepatutnya merupakan proses berterusan yang melibatkan

pertimbangan terhadap sesuatu peristiwa dan pengalaman yang kritikal dalam kehidupan.

Menurut Moon (1999), beliau berpendapat bahawa amalan refleksi ialah satu set

keupayaan dan kemahiran untuk menjelaskan langkah-langkah menghadapi sesuatu isu

yang berorientasikan penyelesaian masalah.

Pengamal refleksi bukan setakat renungan tentang amalan sahaja tetapi ia

memerlukan seseorang merenung tentang apa yang telah berlaku dan mempertimbangkan

pelbagai dimensi perlakuan tersebut seperti faktor-faktor yang mempengaruhinya dan

kesan-akibat perlakuan tersebut. Mengikut Schon (1987), apabila peristiwa atau

pengalaman di luar jangkaan berlaku, individu yang berfikir secara sedar semasa

menghadapi permasalahan tersebut telah melakukan refleksi semasa tindakan (reflection-

in-action). Apabila seseorang merenung kembali tindakannya, membuat analisa tentang

7
peristiwa lepas dan merancang tindakan susulan, individu tersebut telah mengamalkan

refleksi ke ataas tindakan (reflection-on-action).

Guru sebagai pengamal refleksi yang akan membuat penilaian secara berterusan

tentang pilihan-pilihan yang dibuat (pendekatan, strategi, kaedah pengajaran, pilihan

bertingkah laku dan sebagainya). Guru refleksi akan sentiasa memikirkan cara

melaksanakan pengajaran dan memikirkan tentang matlamat akhir proses pendidikan.

Seorang guru refleksi merupakan guru yang menunjukkan kualiti pemikiran strategik

yang dapat melihat kesemua peristiwa dan perkara dalam perspektif yang betul.

Kepentingan pemikiran reflektif dalam pendidikan dan sebagai satu kemahiran berfikir

yang wajib dalam perkembangan profesion perguruan telah diutarakan oleh Dewey

(1933). Pendapat beliau ini telah dibincangkan secara meluas dalam bidang pendidikan

terutamanya bagi meningkatkan kecekapan, kemahiran dan keyakinan guru dalam

pengurusan pengajaran dan pembelajaran. Dewey (1933) berpendapat bahawa pemikiran

reflektif merupakan aktiviti kognitif yang mengimbas kembali pengalaman atau

pengetahuan lalu untuk membuat pertimbangandan pentafsiran yang lebih teliti. Proses

pemikiran ini melibatkan pertimbangan kritikal terhadap pengetahuan, nilai dan

kepercayaan diri; kreativiti mencari cara, kaedah dan sumber alternatif untuk mendapat

kesimpulan akhir yang lebih sempurna. Lazimnya proses ini dirangsangkan dan

dijanakan apabila seseorang menghadapi kekeliruan terhadap persekitaran baru. Proses

pemikiran reflektif dijanakan ke arah memberi cadangan menyelesaikan masalah yang

dihadapi.

Kesimpulannya, Pemikiran reflektif merupakan satu jambatan antarateori dan

amalan. Ia adalah satu cara untuk manusia berfikir lebih efektif dan konsisten dengan

8
adanya pemikiran reflektif. Walau bagaimanapun amalan pemikiran reflektif ini perlu

ditingkatkan ke tahap yang lebih tinggi dalam usaha menyediakan bakal guru yang

berupaya membentuk para pelajarnya yang mampu bersaing di pentas dunia. Dengan

tanggungjawab sebagai seorang guru dalam meningkat dan memperbaiki pembelajaran

murid, adalah penting mereka memahami bagaimana menjadi pemikir yang berfikir

secara reflektif dapat menjadikan mereka guru yang lebih berkesan, seterusnya

meningkatkan pencapaian pelajar. Bagaimanapun, mempelajari amalan dan proses

pemikiran reflektif merupakan satu kemahiran yang perlu bermula di peringkat awal lagi

semasa siswa pendidik memulakan program pendidikan guru mereka.

9
Bahagian 2 (ii)

Syukur kepada Tuhan kerana dengan limpah kurnianya, akhirnya kerja kursus ini dapat

saya selesaikan pada masa yang ditetapkan. Sepanjang menjalankan tugasan ini, saya

mengambil peluang berterima kasih kepada guru tadika Yuk Yu kerana banyak menolong

saya untuk memahami Pedagogi secara mendalam.

Tajuk tugasan ini banyak member input yang bermakna serta berilmiah kepada

saya yang merupakan bakal guru kelak. Hal ini demikian kerana, dalam tajuk ini saya

dapat mempelajari bagaimana cara untuk menggunakan teknologi dalam pedagogi awal

kanak-kanak yang diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran.

Mengajar adalah tugas utama bagi pekerjan guru. Seperti pekerjaan lain, tugas

mengajar memerlukan pengetahuan dan kemahiran-kemahiran tertentu yang perlu

dikuasai oleh guru sebagai pekerja. Begitulah juga halnya dengan tugas guru sebagai

pengajar dalam bilik darjah. Guru perlu mendiagnos keperluan pembelajaran yang

10
spesifik atau kurang di kalangan murid serta menyediakan strategi tersebut untuk

membantu murid mencapai objektif pembelajaran yang ditentukan.

Teknologi memainkan peranan positif dalam pembangunan dan pembelajaran

kanak-kanak. Melalui penggunaan teknologi, guru mempunyai akses kepada kaedah

pengajaran yang lebih inovatif dan lebih baik yang membolehkan mereka merangsang

pembelajaran dan mewujudkan persekitaran pembelajaran yang aktif untuk kanak-kanak.

Penggunaan peralatan teknologi seperti tablet atau papan putih telah meningkatkan

penglibatan murid-murid muda dalam pelajaran di bilik darjah mereka. Selain itu,

teknologi membantu guru mereka bentuk persekitaran pembelajaran yang unik untuk

kanak-kanak. Hal ini kerana penggunaan peralatan teknologi membolehkan guru

membawa sumber-sumber baru ke dalam bilik darjah dan memberikan pengalaman yang

lebih interaktif kepada kanak-kanak dengan menggunakan aplikasi atau kuiz dalam

talian.

Kunci kepada kejayaan pembelajaran dalam pendidikan awal kanak-kanak adalah

interaksi dan hubungan antara murid dan gurunya. Dengan menggunakan teknologi guru

mempunyai keupayaan untuk mengenal pasti peluang untuk menyokong perkembangan

pembelajaran murid dengan lebih mudah dan memupuk interaksi yang kuat dengan

kanak-kanak tersebut. Penggunaan peralatan teknologi juga membantu guru

meningkatkan kemahiran mengajar mereka yang memenuhi keperluan individu murid.

Kesimpulannya, peralatan teknologi bukan sahaja digunakan untuk interaksi

dengan murid tetapi juga untuk arahan, dokumentasi, penilaian dan sokongan medium

komunikasi yang membolehkan guru mewujudkan persekitaran pengajaran yang lebih

berkesan. Sebagai contoh, guru boleh menggunakan aplikasi khusus untuk merancang

11
pelajaran atau menggunakan media interaktif untuk mendokumentasikan dan menilai

kerja murid sambil dapat berkongsi perkembangan mereka dengan ibu bapa secara dalam

talian. Tambahan pula, latihan dalam perkhidmatan menggalakkan guru meningkatkan

perkembangan profesional mereka sendiri dan mengukuhkan kemahiran menggunakan

peralatan dan aplikasi teknologi.

12
BAHAGIAN 3

13
APENDIKS

RUJUKAN / REFERENSI

1. https://pendidikanawalkanakkanak2020.blogspot.com/p/ict-awal-kanak-

kanak.html

2. https://www.scribd.com/doc/101204386/ict-dalam-pendidikan-awal-kanak-kanak

3. http://katacikguece.blogspot.com/2015/05/awal-kanak-kanak-dan-ict.html

14
4. https://abckidslife.blogspot.com/p/ict.html

5. https://journalarticle.ukm.my/10870/1/Shamsiah-Md-Nasir.pdf

6. https://izzahhanis.weebly.com/educational-blog/penggunaan-teknologi-dalam-

pendidikan-awal-kanak-kanak

7. http://eprints.utm.my/5333/1/NorHasnizaIbrahimMFP2006.pdf

8. https://app.pandai.org/teacher/lesson/peranan-guru-dalam-pembelajaran-dan-

pengajaran-pdp-abad-ke-21-1633580556/start

9. https://seminarrefleksiat05bk1e.blogspot.com/2017/05/proses-refleksi_26.html

10. https://icecrs.umsida.ac.id/index.php/icecrs/article/view/1219/866

15

Anda mungkin juga menyukai